Panggilan untuk semua Kdrama, Kpop, Kfood lover yang suka makan pedas terutama tu mai pakat dekat mai pakat set alarm korang untuk 2 hari lagi ( 4 Julai 2024) menu Gangjeong Chicken Meal kembali buat kesekian kalinya.
Al-kisah hari tu aku join pelancaran pembukaan branch Marrybrown terbesar di Johor iaitu di I-park Kulai Bandar Indahpura sekaligus perasmian kembali semula menu Gangjeong Chicken ni.
Dari rata-rata ceruk Johor terutama sekitar Johor Bahru, Skudai, Pontian, Pasir Gudang atau sekelilingnya, Marrybrown pertama yang ada pandu lalu hampir di kawasan korang. Hari tu ada baca review orang jugaknya sebab di Marrybrown ini serba serbi lengkap kalau korang daripada Highway lalu Kelapa Sawit nak balik rumah la, macam Aien, lalu sini la kot. senang, selesa dan ada tempat main untuk anak-anak serta paling penting dia ada surau jika korang pilih untuk dine-in.
.
Pasal parking kadang manusia ni bingung juga kan, bahh boh riso laa. Surely cukup la jika bukan musim gaji. 🤣 Tapi memang luas la Marrybrown I park ni I telling u. Tak ada bohong-bohong punya. Dilancarkan pada Disember 2023 target market Marrybrown cawang Ipark ini bukan sahajja orang sekeliking bahkan seluruh warga Johor boleh menikmati keselesaan di sini.
Buat Aien yang jarang la jugak makan di luar, sebab biasa selesa nak take away ataupun order delivery sahaja. Marrybrown Ipark bagi satu keselesaan buat mak-mak nak healing. wei, anak-anak boleh main laa. Korang nak nyembang sambil topu-up makanan pun tak kisah. Lagi tak risau mana nak cari tempat solat kan..
Marrybrown I park ni memang penting kebahagian mak-mak dan keseronokan anak-anak gitu terutama housewife yang jarang keluar dan nak berkumpul dengan semua.
.
Lagi sejak 7/10 hari tu, memang dah tak ada langsung lepak di tempat begini. Sekali dah join event perasmian hari tu, anak-anak mula menyebut lagi bila nak pergi sini. Adeh, begitu la jika mereka mula suka dengan sesuatu tempat.
Korang jangan risau jika queue panjang, boleh juga self order dan ada robot tukang delivery makanan korang ke meja. Memang advance Marrybrown I park ni. Sesuai dengan Bandar Indahpura.
Kalau korang suruh Aien repeat betapa bestnya cawangan I lagi nak repeat over and over. Takut korang jemu la pulak kan. Kali ni menu Gangjeong Chicken datang dengan 4 jenis combo iaitu:
Kimchi Rice Bowl bermula RM13.90
Gangjeong Chicken Combo bermula dengan RM18.50
Untuk Gangjeong Chicken Burger Combi bermula daripada RM 17.50
Setiap combo ini didatangkan dengan air Strawberry Fizz serta French Fries (kecuali Kimchi Rice Bowl)
Kalau korang nak add on Strawberry Custard Pie atau Cheese Stick bermula RM6.50.
Semua nak menarik kan? Bagi aien korang suka makan pedas mungkin boleh cuba. Aien as peminat Kdrama dan Kpop ini mahu la join the hype. Tapi pedas bak hang.. Sebab kitanya tak makan pedas wak... 🥲
Jadi kita layan view di sekitar Marrybrown Ipark ni yang sungguh indah dan menarik tatkala hari cerah.
Korang jangan lupa tau check it out di semua media sosial Marrybrown untuk tahu info promosi terbaru daripada team MB!
aienienka
3 ulasan
bestnya sebab parking dengan kawasan dine-in tu luas siap ada surau dengan playground. kalau ada yang nak buat gathering boleh buat dekat sini. Menu dia a bit unique
BalasPadamAdeh, dah la tengah control makan ni. Memang mengundang betullah marrybrown ni
BalasPadamAs someone who likes spicy food, I'd like to try it! Sedapnyaaa
BalasPadamhttps://mypermanentnotes.blogspot.com/2024/06/5-kelebihan-sunscreen-terbaik-tekstur.html
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤