The best spot to enjoy sunset with authentic Thai food at Carabao Thai Restaurant Puteri Harbour

Isnin, Julai 08, 2024



Orang Mesia dan makanan memang tak boleh dipisahkan. Bila sebut pasal makanan Thai ni mesti semua kecur air lioq pasal makanan sebelah sana memang tak pernah mengecewakan. Jadi untuk hari ini, I nak cerita our pengalaman cuba makan di Kampung Carabao Puteri Harbour pada Jumaat lalu.


Apa yang penting bagi I bila nak bawak anak-anak makan mesti cari kawasan yang kids friendly. Alhamdulillah this Kampung Carabao have nice space dan kami pun pilih tempat duduk yang jauh sikit dari orang tapi masih boleh layan view sunset yang indah di Iskandar Puteri ni. 


Last kami datang ke mari, December tahun lalu, rasanya Carabao Restaurant ni baru beroperasi dan mendapat sambutan di penduduk sekeliling. Nice view, makanan sedap as chef recommended dan boleh buat gathering sesekali bersama keluarga. 


Menu di Kampung Carabao Thai Restaurant

For those yang suka makanan Thai dan korang tak tahu mana nak makan area Gelang Patah atau Nusajaya kebiasaannya, boleh try Branch Puteri Harbour ni selain korang nak layan sunset tadi. Bagi I menu di Kampung Carabao ni semua sedap-sedap dan korang kena pandai pilih la jugak sebab bimbang terlajak. Apa yang seronoknya, korang boleh pilih lauk dan sayuran serta side dish sahaja untuk disekalikan dengan nasi putih. Ala, biasa kan? Kalau pilih macam tu lagi murah dan semua orang kenyang serta happy. 


Untuk main lauk kami empat keluarga hari tu, atas chef recommended kami cuba tiga jenis ikan (based on gambar di atas, iaitu Fried Fish Mango - ini sedap sebab rasa masam pedas manis bercampur. Ikutkan chef kata pedas, tapi peminat pedas yang ada kata tak pedas. I olls bila dikata pedas tu memang tak makan laa. In the middle picture, Cripsy Fried Fish Thai Style - ini pun pedas, tapi tak jug. boleh juga dimakan untuk anak-anak yang suka pedas manja gitu. Ikan dia cukup rangup lagi yang kami order itu menggunakan ikan siakap. Semua menu ikan ni berbeza harga mengikut citarasa ikan yang korang mahukan sama ada ikan siakap, ikan merah atau ikan jenahak. Itu juga tertakluk pada ikan apa yang available untuk hari tu. Last sekali, Steamed Fish Soy Sauce Hong Kong Style yang pasti tak pedas dan boleh dimakan oleh semua yang tak makan pedas. 




Seterusnya atas recommended chef juga kami cuba (mengikut gambar) Coconut Seafood Otak-otak yang sangat sedap dan creamy gitu. Lala Carabao Style cukup berbaloi untuk korang try. Dianya tak pedas dan tak juga masin la. Sedang-sedang sahaja. Sangat sesuai dimakan untuk dua orang. Next which is Fried Sotong yang luckily dia tak guna sotong ring. Haha Thai Prawn Cake ni surely sedap korang! A must try from me la. Makan dua ketul pun dah cukup kenyang sama nasi putih. Heee, I ingatkan donut aje la. Tapi memang sedap. Kenyang kami dua Nadhira makan ni. 



Phew, cerita pasal makanan ni terbayang sedap dia. Nasib dah siap lunch masa siapkan artikel ni. Next kami pilih dua jenis kerabu iaitu, Thai Mango Salad dan juga Som Tam kemudiannya dua jenis masakan udang yang agak besar juganya, memang berbaloi dengan harga dia la kan. That's why I tell you, jangan rambang mata tengok menu. Kadang kan memang dia sebab picture aje, jadi tak boleh agak. But this is my experience, udang dia memang besar. Not saiz XL tapi enough for 2 person makan. Butter Prawn dan Curry Leaf Prawn which berbeza by taste kot. Yang Butter Prawn more to creamy Dan tak pedas tapi Curry Leaf tu pedas juga. (untuk yang tak makan pedas) Crispy Fried Kangkung which is rasa sedang saja la. No long komen. 


Untuk berkuah kami ambil Seafood Tomyam yang sedap dan berlemak pedas gitu. Sekali slurp nikmat gituuu.. Banyak juga pilihan Tom Yam seperti biasa di mana-mana kedai Tom Yam, Dan surely menu ni korang tak nak lepaskan untuk cuba. 



Atas saranan Chef, Carabao Seafood Mix Platter a must korang cuba kalau ke Kampung Carabao. Ada bermacam jenis seafood digabungkan di dalamnya, seperti yang korang dalam gambar. Berbaloi untuk penggemar makanan laut. Puas hati bila dah  try. 


Another a must try makanan di sini adalah the Japanese Oyster Fresh Saiz 2XL dipadankan dengan tiga jenis sos yang berbeza iaitu sos Tomyam, sos ikan dan bawang goreng. Kitanya nak cuba tapi takut tak tertelan sebab kepah besar pun kita tak dapat masuk. Tengok yang lain makan macam sedap aje. Haha Tapi korang mesti cuba sebab oyster dia fresh kome. 


Signature drink yang mesti cuba kalau pergi kedai Thai ni adalah Green Tea Dan Tea Ice combo ni. Memang sedap dan sekali nak hirup anak dah bedal dulu. Tak dan Ibu kau nak merasa let anak oi.. 




Kalau korang ke Johor Bahru mesti singgah di Kampung Carabao sekitar Johor ni terutamanya yang I pergi dengan keluarga ni di cawangan Puteri Harbour yang kurang sikit crowded dia. Paling penting boleh enjoy sunset as I mention di atas nu... Selamat menjamu selera!

Bertempat di: 
LG09, Lower Ground Floor, Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor

Masa Operasi: 
12pm - 11pm (everyday)

Instagram: Kampung Carabao

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤