Selera Ni Ha, Kampung Ulu Pandan JB

Jumaat, Ogos 02, 2024

 Bilamana dah lama betul tak update, lupa cara untuk menaip dalam blog ni. Tak ada mood itu biasa, writer block itu juga biasa. 

Maka, hari ni nak simpan kenangan bulan lalu la pergi makan sini. Kebetulan hari rabu, support anak join Karnival Sukan Pra Sekolah di Sport Prima, Kangkar Tebrau. Selesai anak main selepas zohor. Suami ajak pusing-pusing kawasan sekitar. Walaupun hari sekolah, phewww jammed area tu memang tak boleh bawak bincang. 
.
Suami bawak ke pasar Pandan yang selama ni cuma terbaca dan dengar orang bercerita. Hotspot warga JB nak cari lauk segar. Ada juga kawan atas kawan, gigih dari Pekan Nenas ke situ semata untuk top-up lauk. Aien pulak, selama 7 tahun menjadi warga Joho, itu kali la jejak Pandan. Sedih? Tak la. Sebab tukang bawak tak suka jammed. Kita pun belajar la ke mana saja orang bawak ikutkan aje memandangkan sendiri pun tak pandai bawak kereta. 

Jadi, bila dah lunch semestinya perut dah lapa. Pusing-pusing macam tak nampak kedai makan. Teruk nau an? Suami suruh cari, sesungguhnya google la paling senang nak guna. Keyword- kedai makan near me. Kedai makan sedap Pandan. 

Akhirnya, paling dekat masa tu, Selera Ni Ha ni. Suami siap tanya, kedai melayu ke ni? Idok ler kedai indon. 🤣 


satay ayam untuk anak-anak. Kuah kacang dia lain, siap ada sambal naa. Kita ni tak pernah keluar Malaysia, jadi teruja sikit. Sedap wei satay dia. Memang baca review majoriti cakap kedai ni sedap. Tapi tu ler, masuk ceruk. 


Ini namanya Es Tilor. Ala-ala ABC tapi tak ada kacang. Siap ada buah naga seulas dua dan ada cebisan kek I wonder. sedap! Order secawan sorang untuk anak-anak, sudahnya dua tapau balik. 


Nasi ayam Geprek pilihan suami. Malangnya, tidak menepati selera suami yang suka pedas. Katanya tak kick pedas dia. 


Ini pulak menu kita, Bakso Urat. Sedap! Biasa akan ada pilihan an, nak megi ke, mee ke, atau mihun. Tapi ni bukan mihun. Daging dia beso. Puas hati ler dengan harga dia. Cuma, rasa dia plain sikit sebab kitanya tak letak sambal dia. Hehe 


Menu yang ada di Selera Ni Ha. Harga worth it. Parking luas jugak, dan kawasan kedai bersih. Mungkin sebab kami pergi tu dah jam 3 petang, jadi lengang dah kedainya. 



Paling buat aku teruja apa tau, Selera Ni Ha pun ada jual jajan-jajan dari Indon which is sebagai Sarawakian jajan Indon tu senang nak jumpa sana. Sampai sini, susah naw nak nampak. Kadang ada jugak terjumpa di Econsave, Eco Shop tu. Biasa la kitanya jarang keluar. Jadi tiap kali keluar kita ni serupa batak na aje la. Hehehe 
.

Kalau korang suka nak makan menu dari seberang, boleh cuba di Selera Ni Ha sekiranya korang berada di area Pandan JB ni. 

2 ulasan

  1. Kita suka bakso n gado2 kalau dpt yg fresh sayur2 nya plus kuah kacang yg panas mmg tmbh selera lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahhh sedapnya kak... Terbayang-bayang pulak kita

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤