Jumaat, November 15, 2024
2024 will end too....
Lama betul tak menulis a.k.a menaip di sini. Banyak asbab dia yang pertama which is ku tak tau nak tukar email utama blog ni. Pasal email sebelum ni, dah penuh sangat. Jadi bila tak dapat apa-apa info atau performance monthly blog ni, jadi aku hilang mood nak menulis. Kedua, konon nak privasi. Padahal tiada orang pun yang baca blog kau ni. >.<
Untuk 2024, life was hard. Indeed untuk semua la terutamanya. Malas nak merungut, which is bila aku menulis a.k.a menaip ni aku mesti nak merungut dan membebel. Malas! Negative vibes aku teruk sangat. Penat! Nak kongsi benda berfaedah pun aku sendiri buat yang randomly je.
Teruntuk 2024, last aku menaip September lalu untuk supplement. Untuk personal last August. 2024 ni banyak stay di rumah. Cari ilham pun dengan menonton drama. Ada je terfikir nak review drama. Tapi, Allah tegur melalui banyak cara. Which terkesan pada aku, takmau share saham dosa. My biras said it to me, bila aku kongsi dengan dia pasal benda-benda lagha ni. Buatkan aku terfikir panjang. Cukup la yang sudah ada tu. Allah tutup aib kita, kita dak canang aib sendiri. Malunya lahai..
Memang seronok tengok benda ni banyak carian, zaman fitnah macam-macam la yang kalau kita buka mata hati tu, banyak je teguran Allah pada diri untuk balik semula padaNya. Betul la, perempuan zaman nau is so hard to live. Hati nak kena jaga, aurat nak kena jaga. Serba serbi nak kena pelihara. Back to kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha la kan.. Atau kena jadi perempuan lindungan kaabah gituu..
While menaip ni, over flow perkara dalam kepala. Aish, tak tau nak reset dia macamana. sokmo overthinking. Button reset dia tu dengan berbalik kepada yang Maha Mengetahui. Serahkan semua pada Dia.
untuk aku, seketul bilis di semua bidang, masih cuba untuk hidup di dunia atas talian, walaupun sukar untuk bernafas. Nak kata ikut flow pun malas juga sebab kadang benda viral tu susah nak dikejar. kita hidup dalam pace kita saja. Dan pace aku adalah dalam santai-santai buat video, buat affiliate dan selebihnya mengurus rumah, suami dan anak-anak. Rutin tu takkan pernah berubah selagi masih bergelar isteri dan ibu kan?
apa lagi nak membebel since August lalu? Birthday sendiri pun tak ada update. Hah, faktor umur lahai. dah separuh jalan menuju siri 40. Haha tak percaya aku rasa hidup lagi sampai umur itu. Nak kena ubah la mind set tu supaya jangan hidup di takuk sama. Jangan asyik nak mengeluh, merungut dan sebagainya. that's semua negative vibes dari dulu. Asal jumpa mereka je, aku macam penat ya amat. terus overthinking dan hasilnya termangu di malam hari. Macamana nak elak kalau itu keluarga sendiri kan? Kang kata kita tikam batu pulak... hehe
Dah, sekian nukilan seketul khafisah pada tengahari jumaat 15 november 2024. Seronok menaip dengan keyboard yang dah beli lama tapi tak pakai. Sampai krem tangan dok support geng beg kuning. Last aku terfikir, lahh kau ada keyboard bluetooth kan? and here me now...
Itu la meja makan, itu la meja konten... Begitu la dia diary seorang perempuan yang sentiasa di dapur. 😂😂 kbai~