Nama diberikan semenjak lahir tanggal 29 September 1990 ialah Nur Khafisah Binti Ashadi. Nama pena aienienka yang diambil ketika zaman rebel dulu, untuk sentiasa sayang diri sendiri sehingga kini. Berasal dari Bumi Kenyalang dan telah merantau ke Bumi Malaya semenjak usia 13 tahun dan berhijrah ke Tanah Johor pada tahun 2017. Diri ini telah pun mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dengan seorang jejaka tall dark handsome dari Tanah Johor kelahiran Pekan Nenas, Pontian. Mempunyai 3 orang buah hati iaitu Nayla Insyirah, Izz Najmi, Dan Nadhira Imaani. Kini setia menjadi petugas di Oil and Gas kediaman rasmi Tuan Izwan dan menjadi pengasuh tetap Nyonya Nayla & Imaani dan Tuan Najmi.
Hobi sampingan selain memasak, mengemas rumah dan menghias rumah adalah blogging. Di sini tempat mencurah perasaan, berkongsi kehidupan dan bercerita tentang apa jua yang dilihat, dialami dan dibaca. Segala apa yang ada hasil dari buah fikiran yang tak seberapa hebat ini. Walaupun begitu, ianya masih segar dan kekal di sini. <3
Pernah bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Anchi selama 6 tahun kemudian di hantar ke madrasah swasta di Bandar Country Homes, Rawang Selangor. Bermula episode sebagai perantauan di bumi Malaya. Pada usia 15 tahun berpindah pula ke Sg. Petani menjadi pembantu taukey soya. Belajar menjadi orang utara. Kemudian dipindahkan ke Pochan, Kodiang, Kedah. Kembali merasa sebagai pelajar dan juga orang kampung.
17 tahun kembali semula ke Tanah Galian Minyak, Miri untuk mengambil SPM sebagai Private Candidate. Beberapa tahun merasa alam pekerjaan. Kemudian menyambung pelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka yang kini Universiti pada tahun 2014-2016. Tamat pengajian sebagai pelajar Diploma Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia, jodoh telah tiba tanpa diduga.
Moga anda para pembaca yang sudi singgah ke teratak hati saya ini memperolehi sesuatu darinya. Terima kasih juga saya ucapkan kerana masih nampak teratak usang yang kian lapuk di mamah usia. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik anda. Semoga anda semua dalam baik-baik saja dan saya sentiasa mendoakan anda sukses dalam kehidupan anda.
Salam sayang,
Salam Kenal
BalasPadam