posts in category #misinurkemas2019

Ahad, Oktober 20, 2019

SALAM HUJUNG MINGGU!


Hi~ Assalamualaikum | Salam Hujung Minggu


Uolls buat apa tu?? Rehat-rehat ke? 
Buat warga Johor, yang telah kembali bertugas, selamat bertugas ya. 

Aien pun dah mula bertugas la as home manager ni. Hari Ahad is almost my busiest day, because I need to do everything. 

Every home manager, love to see their home is clean, and kemas tiap masa. But, since we have two tiny monster, so ignore the sepah². Tarik nafas panjang and, lepaskan! 

Satu kunci untuk home manager ni jangan tambah stress untuk diri sendiri adalah, let it go. Alaa~ masa Anna selalu nyanyi dalam Frozen tu. 

Let it go, let it go.. let it go.. 

Bukan bermaksud kita biar je rumah sepah. It's a big no - no juga tu. Apa yang penting, kita tahu apa yang kita nak ye anak-anak. 

As many time I told, I is always feel stress bila tengok rumah sepah. Dengan berhabuk nye, dengan baju tak berbasuhnya, dengan aahhh~ semuanya laaa.. 

Sebelum ni selalu rasa Sunday is my misery day. Soon, I realise it's me that a big problem. CauseI always want to rushing those unnessecary thing. If you can't do it all, don't leave it all. Umderstood? 

So, conclusion dari benda stress ni semua, Aien belajar untuk lepaskan satu-satu benda yang Aien rasa buat Aien tertekan tiap hari. 

Contohnya la kan. Manage your morninv routine. Haa, as my alarm these kids or Nami selalu bangun susu around 5am, so me take my me time kat situ. Selesaikan urusan kita dengan Allah dulu. Baru settle semua benda. 

Kalau rasa macam kita ni bukan jenis pengingat, mohon la buat check list. Di Pinterest banyak jenis check list ikut citarasa kita. Either kita nak buat by a day, by a week, by a month. Semuanya ada. Kalau nak lagi proper, by every season pun ada. Haa~ 

Aien sekarang ni, follow by a day and a week je dulu. Mana yang tak dapat tu, jangan sedih~ cuba sampai boleh. Yang paling penting, if korang lost hope nak berkemas, pegi la bukak group #kemasrumahwithani, confirm semangat akan melonjak naik. Guarentee punya laa~ 

Kalau bukan hari ni, esok lusa konfem punya. Korang akan kemas sikit demi sedikit bila mampu. Lagi-lagi berhadapan cabaran bersama anak kecil. 

Tips yang terbaik adalah, knowing your limit and your house. Kalau korang asyik sibuk nak push diri aku nak rumah macam orang tu,, sampai bila² pun takkan boleh. 

#bersyukurdanhargai

Selamat berhujung minggu.  

Ahad, Mac 10, 2019

BERJAYA KEMAS BILIK PANTRY #MISIKEMASPARTTWO

Hi~ Assalamualaikum

Yeah! Good job Nur! Pat yourself for doing such a good job for this time. Setelah tertangguh yang katanya nak buat daripada minggu lepas selepas mengemas bilik pakaian, akhirnya semalam telah berjaya kemas bilik pantry yang tak la berapa kemas, atleast but not least I know what to usual thing that I always use everytime I cooked. And can find it, dengan mudahnya. 

Fuh, penat jugak. Siap dapat hadiah lebam sikit. Tapi tak mengapa. Atleast ruangan tu dah berkemas. Tinggal nak hias sikit² je la. Kalau bajet tak membenarkan, itu pun sudah memandai. 


Macam biasa, yang sebelah kiri sebelum dan sebelah kanan selepas. Di depan pintu masuk dah lapang. Fuh, tak ada lagi pemandangan yang semak tu. Cumanya plastik hitam tu nak dibuang sekalian dengan kotak-kotak yang bertingkat di gambar seterusnya. Wallpaper pun Aien tak tampal habis lagi, sebab tengok macam gelap pulak bilik ni ditampal dengan warna tu. Way to enter this room just fine bila dah lapang gitu. Senang hati bila tengok dari pintu dapur. Hehe



Kalau dari sini nampaknya barang-barang yang dari pindah berbulan yang lepas belom lagi dipunggah or di unpacked kan. Conclusionnya dah kemas tu terus la unpacked semua. 

Kind of tak berapa nak teratur sangat sebab ikutkan Aien nk dia nampak sistematik dan more organize lagi daripada ni. Tujuan asal mengemas semua benda ni.


As you can see, nampak tak perbezaan sebelum dan selepas kemasnya? Haha Kalau tak nampak tu tak apa la, janji Aien nampak dan agak berpuas hati sebab bilik ni nampak agak lapang dan lebih teratur daripada sebelumnya. Ini Aien baru kemas seberapa yang mungkin dengan barang yang sedia ada. Tengah pujuk hati, tak mau tambah apa-apa kecuali meja dan bekas untuk nampak ruangan ni lebih teratur dan kemas lagi. In shaa Allah kita cuba la dari masa ke semasa. Tak janji sebab pada masa akan datang pun perlukan banyak bajet lagi dengan kehadiran orang baru. Well, kira ada rezeki lagi ada lah penambahannya. hehe

Till Aien rajin kemas ruangan lain kita tunggu yer. #misinurkemas2019 #misirumahimpian2020

Ahad, Februari 24, 2019

MISI KEMAS RUMAH PART ONE


Hi~ Assalamualaikum 

Bila mood rajin kau dah tiba, seboleh-bolehnya kau nak buat semua benda. Begitu la perumpamaannya. So, nak cerita la kan yang mood rajin Aien dah sampai serunya. Haha 

Dia lagi-lagi tengah mengandung ni, idea nak kemas tu apa orang kata , berlambak haa. Lagilah baru-baru Aien jumpa #kemasrumahwithhani di muka buku. Phew~ kawasan rumah dia tu, Aien tahu dan tahu besar mana kawasan dia. Still, Hani tu manage rumah kecil dia jadi as simple as minimalis. Lawa! Idaman setiap suri rumah dan isteri-isteri untuk menghias rumah secantik mungkin. Bezanya mahu dan tak mahu atau hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih. 

Aien pulak jenis yang cepat terikut gaya seseorang, macam chamelion. Lalang pun hado. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, mengembu.. haha kesimpulan Aien terpikat dengan gaya dan cara Hani ni tadi. Tetiba dia jadi idola pula dalam bab mengemas ni. Syiok tengok gaya dan tips yang dia kongsikan. Tak lokek gitu. 

Ikutkan kumpulan #kemasrumahwithhani ni, minggu ke-4 dah dalam misi mengemas rumah sampai raya nanti. Ada zon yang telah diasingkan oleh Hani dan langkah-langkahnya pun trlah disediakan. Mudah je. Tinggal nak ikut dan anda pasti akan berpuas hati dengan keputusannya. 

Ceritanya Aien dah plan nak kemas bermula dari dapur dan bilik pantri. Dah siap dah pun plan mengemasnya. Tapi, hari ni terkemas bilik baju pulak. haha

Alang-alang Aien nak keluarkan baju yang dah 5 bulan dok dalam plastik guni sejak pindah rumah dengan khidmat syarikat lori sewa September lepas, tu yang sekali jalan je.

. Malangnya, sebaik-baik perancangan itu, Allah dah tentukan the end of storynya. Haha 

Apakah itu? Aien plan nak decluttered kan semua baju yang tak guna, asingkan satu tempat. Akan tetapi, end up Aien gantung je semua baju-baju tu sebab tak ada kotak lagi nak asingkan dia. Nak guna plastik guni tu, kang bersepuk kat sudut macam tak syiok pulak tengok sedangkan niat asalnya nak buang plastik guni tu kan. 

Walaupun nampak messy jugak, tapi atleast dia messy di sudut tu je. Andai adik beradik atau keluarga in-laws datang, boleh bentang toto sebelah hadapan tu, masih ada ruang lagi. 

 

Asal kejadian bilik ini, dijadikan bilik sidai baju sebabnya al-maklum la rumah flat, jadi ruangan sangat terhad. Esok-esok tempat penyidainya bakal dikalihkan ke tempat lain, cuma masih mencari ruang. 


Lepas dah bawak semua harta karun yang hado, Fuh, leganya tengok bilik ni lapang. Masya Allah terasa luas pulak bilik ni. Haha 

Kalau perasan, gambar memula, tikar getahnya agak tak cukup di ruang depan. Dengan itu, Aien kalihkan ke belakang sana dan ditutupi oleh sudut gantungan tu. Nampak la penuh sikit tikar tu yang pada hakikatnya tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya Nayla tak lagi kutil tikat getah Ibu. Haha


Kesudahan kejadiannya. See  nampak lapang sikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ni. Seperti yang Aien cakap sebelum ni, atleast kalo ada tamu datang, dorang takkan tido di ruang tamu. Ye dok? 

Jangan ditanya kenapa tak pasang langsirnya. Sebab tingkap tu tinggi. Aien pulak tak ada tangga mahu pun kerusi. So, benda tu tak wajib sangat la. Haha Lagipun tingkat tiga, tak ada perlu dirisaukan. hehe

Hati ni berbelah bagi tau sebenarnya bila dah kemas macam ni. Nak berpuas hati tu macam tak sampai sangat. Tapi cuba nak pujuk hati  setidak-tidaknya ko dah kemas Nur! 

Next misi, dapur ngan bilik pantri tu. Hope dapat la buat esok atau Rabu nanti. Hari selasa tak buleh sebab Nayla check up. Tengok la. Nak paksa diri pun tak buleh sebab masih sedar diri lagi. 

Doakan dapat kemas before parents Aien nak datang bulan depan. Mrs. Umi tu confirm nak buat spotcheck kat rumah anak dia yang malaih ni. haha

#misimengemas2019