posts in category 2nd Pregnancy Journey

Rabu, September 18, 2019

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA DI HSA


Hai, Assalamualaikum readers fellow, 

Hah! Baru nak timbul nih. Sejak seminggu lalu dah karang ayat apa nak tulis, tapi tak habis dikarang, maka Aien ngambil keputusan taip semula walaupun draft nya dah ada. Yep. Idea tengah mencurah. Tak salah kita nak taip lagi. 😌 Rajin kan? 

Seperti yang dijanjikan. Nak la simpan kenangan bersalin untuk bacaan sendiri atau share pengalaman dengan orang lain kan. Serba sedikit membantu ibu ibu di luar sana mungkin tengah nervous kan. 


The beginning of another little fellas will coming thru after this. Before that, let me bla blah myself. So damn tired, and I need some coffee. (yet I'm still lay down feeding my little one here) 

Aha, He's turn 2 month today! Happy month-day honey! 🎉 

And here we go down to little memory lane for 2 month ago. 


15-7-19 (Isnin)

I suppose to felt afraid that you might came out late from your EDD. I don't want to, because your EDD such a nice date. 17-7-19. Later at night before we gone to sleep, I asked your ayah to talk with you. And tomorrow if I not had a sign to labour, we need to go check up for last more time. I am just can't wait to meet you little buddy, either you a girl or a boy. neither we can choose. 


16-7-19 (Selasa)

Pagi hari, bangun awal semata-mata nak masak lunch untuk Husband. Risau nanti kalau lambat balik tak sempat dia nak makan pulak dan aien pun terlewat nak pergi cek up. Tapi, lepas mandi terasa macam ada benda mengalir. Bila di cek, rupa-rupanya lendir dan darah. Okay, hati dah nervous plus happy la dah tiba masanya. gituu   Alhamdulillah dia nak keluar ikut EDD dia like I wish for and he listened to his ayah. Aha, me like, "Nak ayah jugak pujuk." 

Terus kejut Encik Husband and kabo kat dia. Dia punya takut sampai lompat katil and asked, "Ada rasa sakit ke? Nak kena g spital terus ke?" I said " Tak ada sakit, cumanya bleeding je la macam period gitu. Sepertinya daku masih boleh berkmas lagi, nervous tu sebab tak tahu either nak pergi KK ke HSA. Ikutkan tanda, kena terus pergi hospital like nurse always remind everytime we goes to check up. So, we decide to go to HSA. 
After give Nayla bath, and Encik Husband siap-siap, we left to HSA as people are busy to off their office in the morning. Jammed teruk! Haha 

For some usual step to get in, after 20 minute at bilik saringan. Cek semua, CTG semua. is normal and I didn't rasa the pain. The way baru bukak 2cm. 

Masa kakak dulu baru bukak 2cm tu dah sakit la jugak, terus rushing ke Hospital Pontian sebab masa tu kat kampung. Kena la jugak bermalam di sana, tapi still tak ada tanda-tana nak bersalin. Har har. Dia punya lambat nak siap mekap, amek masa seminggu. 

Back to the story, bila dia cakap baru 2cm, me be like, "ceh?!" 

And after some test, doctor asked regular question and tell me to back home till the huge sign. Masa tu macam, "Bila la baby Ibu nak keluar ni nak?" 

Ping pang ping pung, lewat petang kitaorang balik kampung. As we planned cause need to leave Nayla with her granny if we need to go HSA again. Kalau kat rumah sendiri kang, kelam kabut jugak. Like people always said, giving birth ni macam time bomb. Dapat EDD but the real time is, we doesn't know when and where. 


17-7-19 (Rabu)

The D-day comes yet the pain is such a tiny pain. Not the huge one. So, we wait for it. Minum air kelapa, enjoy the last moment for three people before we become four. Enjoy sebelum stress dengan suara nangis yang kita tak tahu dia nak apa even though is such a happy moment buat sementara waktu. 😅 

Petang, me and Encik Husband trained kakak Nayla to be left with her granny. We left for buy her milk. And should I say, the pain became rough. And kept coming around half and hour. Still can bear it, even bila jalan tu terberhenti sampai Encik Husband ngusik, "takkan nak terberanak dah." Sebabnya kitaorang merempit. Kah! Tengah sakit tu. That's the best moment. Ye la, lama dah tak dating since dah ada Nayla and advice for new weds couple, never rush to get a child. Enjoy your momento with your new spouse, lover and friend. Even you guys dah lama kenal, perkahwinan is not same with those term. Get it? 

Eceh, sempat lagi kan? 

After maghrib the pain comes very fast. Sekitar 10 minit sekali dan dalam seminit ke dua minit macam tu. Fuh, Ingat nak hold sampai pagi esok cause tak mau la pegi tengah malam lagi. Kang semua tak cukup rest. 

Masa Nayla sebab the first time, the pain unbearable, even masa memula tu, tapi sebenarnya lepas tu you can tell when the time is. So don't be nervous, I kept telling myself that one. Be cool, don't cry, don't scream. Selawat bebanyak. Pray for the best. Yet, tengahari jugak Nayla keluar. fuh, bermalam la semalam di Hospital tu. 

Bila the second one ni, me like, okay..  sakit. The worst part one. Lupa kan masa ni? haha 
Bila semua orang sibuk nak masuk tidur, Encik Husband asked, "are you okay? Need to go now?" Me like, "nevermind. boleh tahan lagi." dan setengah jam kemudian hati terdetik, "sakit ni macam masa dah kat wad dulu je." Tapi tengok muka husband baru nak lelap. Nayla dah lena lama dah. Sebab dah sakit yang amat end up kejut jugak cakap dah tak tahan. Really to go now before bersalin kat rumah. Sakit dia dah sampai rasa nak je teran. 😂 


18-7-19 (Khamis)

Zup zup zup... Macam Michael Schumacher, Encik Husband bawak dari Pekan Nenas ke HSA, 15 minit jam 1, dah sampai. Fuh, sakit usah dibawa bincang. Teringat dalam drama, macamana deme masa sakit tu boleh suruh driver makin laju even dah tak tahan sakit? Humor me. Cause me like makin tell him to slowdown while the pain attacked. Such a pain. Sebab tu la agak lambat sikit la. haha But, jalan tengah malam in the middle of week.. naa is such a road to heaven, kau~

And macam biasa laa, even tengah malam lagi ramai manusia di dewan bersalin ni. Masa tunggu pun, sakit dia tu.. coming thru part two. Sempat cakap dengan Encik Husband, "harap-harap dapat terus masuk labour room, bersalin, rehat dan boleh balik petang. Tak payah bermalam kat hospital."
"One more thing, harap jugak dapat balik dengan gelang biru. Boleh rehat terus." Encik Husband just senyum. Masuk bilik saringan, CTG show up with some sign of labor. Me like dah gigil masa tu sebab takut ke sejuk tak tahu la. Kena bebel dengan doctor pun dah tak kisah. Tengah malam nok, ada jugak nak bebel. Adeh, but what she said is true. And me like swear.. Yeah, After I got the boy, then I relax.

Dua hari lepas yang datang tu, pakar scan baby may huge than we think he is. Around 3kg and might be prepared for caeseran. Dan itu yang paling nak dielakkan. Dan juga macam biasa masa Nayla pun, doctor situ keep asked why me never be refer to pakar because of my height. Lucky me, I don't have such a problem during my pregnancies and never drink the sugar water that most pregnant woman afraid of. My HB is doing fine, my baby is doing well. Even not with the properly diet. #alhamdulillah

Bila tengok dorang gelabah macam apa, like nurse said, "doc, dia dah ready.." and doctor pecahkan air ketuban, nurse cucukkan jarum/branula kat tangan. Lepas tu, suruh tukar baju but not in toilet. Masa tu, gigil lagi tak payah bawak bincang. huwaaa, kenapa kenapa?? Why is it?? macam mamai tengok dorang kelam kabut. Ala, nak salin normal. Sambil tukar baju tu, nurse asked for Encik Husband and suruh daftar. Punya la Encik Husband takut dia nak jumpa dulu. Haha

After all, there nothing. Dorang gelabah sebab kejarkan dewan bersalin yang tengah ada kosong dan Aien pun dah tunjuk tanda-tanda nak bersalin. Gila kau, aku rasa macam nak teran dah masa tu. But, still hold for gentle birth la. Siap nurse tanya last makan jam berapa tadi. Nasib la labu. Sebab dah masuk labour room tak buleh makan. Hanya air masak saja.

Jam 2 standby dalam labour room. Peed twice on them, on bed once cause of nervous and pain part three. After giving some painkiller, I was gone for a little rest.

And here we go.. Pain high level part four. Ah,, Aku lupa part ni paling sakit!! O M G. Allahuma solli ala Muhammad. Baca selawat Nabi Yunus.

Sekitar jam 430 pagi. The proses begin with doc helping me to spread the way. Maybe the way doesn't fit enough for him to came out. But his head was there already. The doctor tell Encik Husband to going outside first and she asked me to push in proper way. And aha, Dah okay  and me was ready, bila Encik Husband masuk dia tekan kepala kita, masa tu rasa macam nak jerit je. Hahaha Orang nak teran makin dilock-downya kepala kita. Hadeh hadeh hadeh.. end up Aien terjerit sampai doctor kata, "Puan, napa jerit. Selawat puan." Such a nice doctor. And realise second exprience was good enough.

Paling momento is, when Encik Husband bisik kat telinga Aien, "Lelaki wak.. " 😭😭

Masa tu dalam hati, alhamdulillah boleh rehat. hahaha dan second parr best is doctor letak baby fresh from oven kat dada as we always seen kat luar negara. Masa Nayla dulu yang sambut sepasukan bola doctor intern. Ramai tapi, semua nervous macamana kita yang nervous. Dah la first time, ramai macam tu and semua gelabah. But, the second time.. so peaceful walau nampak kelam kabut.

Jam 448 pagi, lahir seorang putera buat pasangan Wan dan Nur. Alhamdulillah dah sepasang. Boleh rehat sebentar bersama KitKat.

Tapi sayang Izz Najmi tak saing dengan Putera ketiga TMJ. hehe Tak apa, janji anak Ibu sehat, membesar dengan jayanya alhamdulillah. Sekarang pun dia asyik tengok kakak Nayla main sorang². Tak sabar la tu. Tunggu ye, Ibu create bilik khas untuk korang berdua,, semoga kita dimurahkan rezeki ye.. 😊

That's all the end of my journey second pregnancy of Izz Najmi. Kalau mahu, tunggu tiga empat tahun kemudian, target nak dapatkan sepasang lagi supaya Nayla dan Najmi masing² ada kawan main,gaduh dan bff. Tiada apa yang lebih baik daripada adik beradik sendiri. 😉

Then, we meet in other entry. Night!






Selasa, Jun 25, 2019

TIK TOK TIK TOK...... JULY IS COMING, HERE I COME IBU!!


Hai hai Assalamualaikum~ 

Comel je kan kalau bayangkan baby lambai macam ni? Aha, 37 weeks is around. Alhamdulillah tadi sesi check up 2 minggu sekali telah pun selesai dengan sekejap dan mudah. The last scan keadaan baby dalam kandungan pun going so well la, moga-moganya. And the more I shocked is, berat baby lagi berat daripada kakak Nayla. 😵 O M G.. Mudah-mudahan boleh bersalin normal lagi la. huh, bisa terankan dia keluar huhu

Barang-barang pun boleh la dah prepare tinggal nak angkut balik rumah mentua je lagi. Hope this confinement journey going so well, disebabkan dah pernah sekali, makanya mental is prepare very well.. hehe 

Harap nye la kan. Dengan line tak ada, 😅 gitu je la rehat ngadap anak, ngadap kakak Nayla nanti. hehe

Itu je la.Nak bebel. kbai

Sabtu, Mei 18, 2019

PERSEDIAAN UNTUK NEW COMING BABY!


Hi~ Assalamualaikum 

Who's getting excited with a newborn?? Yeay! The nervous and excited getting near with 31 weeks pregnancy. Nervous sebab takut nak bersalin lahi. Excited sebab dapat cium bau baby lagi and beli baju dan barangan baby. Haha Yet, Aien tak buat apa-apa persediaan pun. Masa first pregnancy dulu, time cenggini alhamdulillah 80% barangan berpantang dan baby dah standby. Beg baju untuk emergency pun dah standby. Ini, jangankan semua tu, buku pink pun kadang-kadang lupa nak usung bersama. Yadoi, la anak.. 

Well, setelah pemeriksaan lanjutan pada Selasa yang lepas, misi dah noted la kan, make sure barangan baby dah standby apa semua. So, Aien amek insiatif kemas segala barangan baby yang lepas. Normally when you get a second born, you don't get so excited like the first one. Lucky you kakak~ Second born ni dia recycle la apa adanya demi kekangan bajet nak raya dan sebagainya. Harap la rezeki dia ada di tempat lain. Pray I will love you both fair and square sayangku. 

Kemas punya kemas, hampir sebakul penuh jugak baju yang terdiri daripada romper, jumpsuit and sleepsuit sahaja. Wow, sakannya Ibu kau berbelanja masa kakak yer. Ye la, dulu bekerja. Ada duit tambahan pe semua. Sekarang ni, huhu je la kita ye. Nak sakan sangat dah tak boleh. Janji apa adanya. So, padan la second born ni calm and cool je. Kah~ Just because Ibu is the second born, I'll proud the pronounce I'm getting excited to get know you baby~ 

Kain bedung, mittens and booties, topi, handkerchief, dan barut semua dah ada. So no worries. La ni, dapat duit BSH untuk raya boleh la spend untuk pampers, tuala mandi, ubat-ubatan untuk confinement. Harap la tak membazir macam dulu. So many thing yang end up tak makan dan tak guna pun. Sedih jugak bila difikirkan. But, who knows kan. Anak sulung always make a new parent excited to. 

So, hoping this time Ibu boleh manage emosi dan mental dengan lebih baik la sebabnya kemungkinan Ibu akan berpantang lagi di rumah nenek. Opah jauh. Kekangan dari segi selesa tu nak kena jaga lebih sikit supaya emosi tu lebih terkawal. 

Moga diriku lebih selesa dari dulu dan mesti rindu rumah tu lebih, sebab rumah sendiri is more comfy dari mana-mana tempat, ye dok ? 

Agaknya acaner la jadi mak anak dua yer.. huhu 






Selasa, April 30, 2019

SUMMARY OF APRIL 2019


Lihat lah langit, di sore hari, 
berwarna biru, sebiru hatiku.. 

Eh.. Ternyanyi pulak. Hi~ Assalamualaikum uolls.  Haa, penatnya nak kumpul positif vibes setelah hampir sebulan dilanda negatif vibes. Huh! Shush! Go away. I don't want to play with you anymore. Lagi seminggu nak masuk Ramadhan, lagi sebulan nak Raya. So, I need a good feeling one to feel great for those month. Yeah or nay?!

Hope uolls sehat-sehat belaka ye.. 

Okay as usual untuk year 2019 ni, Aien buat summary by monthly so that I keep a track in my monthly activity. Disebabkan April such a pasif month, Aien malas la nak summary benda yang negatif ni. Tak best pun. Apa-apa pun we need to grown up to be matured so people would not piss off with us anymore. Bagi mereka yang suka sangat jadi batu api ke, tikam belakang ke, tak kira la dalam berkawan ke atau beradik's -hey, jangan ingat dalam beradik's tak ada okay?- stop la being childish. Tak penat ke nak jadi attention seeker ni? Ko kalo nak orang pandang ko je, jangan la sampai orang sekeliling ko semua nampak jahat. Damn you! 

Eh, tabuleh tabuleh.  Baby sorry! Hahaha dah! malas nak bebel. Biar dia la. Aku tak kacau hidup kau, dan aku cuma nak tengok je jauh mana ko boleh pergi. Jealous sangat tengok life orang, jangan la dengki sampai membusuk kat situ. Sampai bila-bila kau takkan senang, get it? 

Ha, bebel lagi! *face palm* 

Dok bebel-bebel kan dah lupa nak cerita apa tadi. Adoyai! So, starting this week, Aien dan mula check up dua minggu sekali. Macam sekejap je rasa sebulan sekali. Doakan ye kawan-kawan, (kot ade la yang membaca kan) Baby tadi scan, doc kata kepala dia kat atas. Harap next scanning kepala dia dah turun la yek. Semoga dipermudahkan sehingga dia keluar nanti. 

Kalau dah start dua minggu sekali, means next month, tiga kali kitaorang akan jenguk KK tu. Haha Banyaknyaa.. Rasanya mcm tiap minggu je pergi. Haha Sebabnya next month baby Nayla, eh... Kakak Nayla kena check up satu tahun! Yeay! Alhamdulillah, besar dah dia. Tak berasa kan? Ikutkan kalendar Islam, 9 May ni dia dah setahun sebab lahir 4 Ramadhan. 

Akal pun makin panjang. Bijak main memek muka, pandai express diri dia. Paham apa kita cakap dengan dia. So, Ibu dan Ayah kena la makin aware setiap gerak geri dia yang semakin lincah. Geram je tengok dia buat muka comel tiap kali kena jerit dengan Ibu. Haha 

Nanti macamana gaya dia dah jadi kakak ye.. Kadang-kadang pandai dia, bila tanya adik mana? Laju je mata dia dilirik ke perut Ibu ni haa.. mOga jadi kakak yang penyayang ye sayang. 

Ha, 4 May ni pulak, satu-satunya kakak Aien akan melangsungkan majlis pernikahannya di Miri. Sebab itu, kami nak balik Khamis ni! Yey! Excited ke? Haha, naaa.. Hati cuma tak sabar nak balik makan makanan Sarawak je. Untung adik berkesempatan Ibu menjamah sebelum dia keluar. Kalau Nayla dulu, jenuh jugak. Sampai dah tak ada hati nak makan. So, sempat la berpuasa dengan Mak pak kat sana. Nanti Raya dah tak payah balik. Raya sini lagi.. 

So, over all untuk April is bulan yang depressed sampai Aien rasa macam hopeless sangat life ni. Sedangkan negatif vibes tu dah lama dah tau tak singgah, alih-alih dia nak singgah.. Sebulan jugak nak pulih. Dah la, pegi main jauh-jauh. Buruk prasangka semua tu dah tak mau. Aku nak hidup keep positif and be happy. Kan? 

That's a wrap for April. Till we meet again!

Sabtu, Januari 26, 2019

SECOND TRIMESTER BEGIN.


Hi~ Assalamualaikum

23 January, maka berakhir la first trimester Aien. Alhamdulillah scan baby baik-baik saja. Nanti 28 minggu kita scan lagi. Moga baik-baik aja. 

Actually, I never story this pregnancy other than here. But, all my family and mil dah tahu la kan. Perasaan mak mak be like, kita tak bagi tahu pun dia dapat tangkap. haha 

Untuk perjalanan mengandung kali kedua ini, Aien nak abadikan di diary ni. Moga ingat la kan. Sebab masa ngandung Nayla dulu, asyik nak termenung je sebab sorang je kat rumah. Yang ni, ada Nayla buat gaduh, alhamdulillah sementara jaga dia tido tu, ideas datang bak air bah. Fuyyooo~ Nak sematkan semuanya di sini. 

Trimester, atau lebih mudah sekali adalah jangka masa 3 bulan pertama yang selalu digunakan sepanjang mengandung. Ala, macam dak student selalu guna semester tu. Tapi dorang 6 bulan. Untuk mengandung moleknya guna trimester.


Di sini Aien tepekkan maksudnya sekali lagi. Makanya, the first trimester yang selalu menjadi dugaan buat ibu-ibu mengandung itu telahpun berlalu bagi Aien. Fuh, hilang dah juga sekali mual-mual tak nak makan tu, tak boleh bau tu. Ada la sikit-sikit. Cumanya tak sedahsyat yang lepas. Sekarang dah nak makan nasi sikit. One more thing Aien perasan, kalau sayur or apa-apa jenis sayur yang ditaruk ikan bilis, yek yek tak dapat la tekk den nak terima. Ish.. Anak punya makanan pun tak leh masuk la rasa dia. Main ikut rasa je la letak stok ayam dia, stok ikan bilis dia tu. Tawar tak apa, jangan masin.

Second trimester bermula, maka cara tido pun daj kena ubah demi anak dalam kandungan. Makan pun kena banyak lagi. Ubat masih kena jaga lagi. Fuh, nasib baik ubat kancing gigi kena bulan 3 nanti. Tapi, gigi geraham utama Aien ni dah sengal-sengal je kerjanya. Dah tak buleh makan ikut situ. Tumbuk nak dikasi kerjanya pada si Kiri pulak. Kanan dapat yang lembut je. Sodih kan? Masa gosok gigi pun gusi asyik berdarah je. Adeh, memang ken consume susu bebanyak. Masa Nayla, susu tak mau hadam. Tak leh hadam, sat g muntah balik. Yang ni laju susu diminum. Susu kurma Goodday tu, Susu fresh milk apa-apa jenama. Janji susu. Kalau yang bancuh Aien try Frenleaf je. Nak minum Anmum, takut kena kencing manis pulak. Haha harapan kali ni tak kena minum air gula tu meninggi. Sebab yang lepas tak kena. Walau orang kata  tak ada kencing manis pun kena minum. huhu 

Well, terselamat part Nayla, yang ni wallahu alam laa.. Hb pun cantek je, darah pun okay. Harap-harap baik-baik saja sampai dia keluar. Doakan yaa.. 

Impian yang sama jugak masa Nayla dulu, harap dapat nyusukan dia. Walau mil asyik kata tak buleh kena topup ngan fm jugak sebab tak cukup and sebab senang nak jalan. Moga Aien terus kuat untuk anak sendiri. Bukan apa, susu badan 100% jimat, mudah dan selamat. Ye dok? Sekarang ni training Nayla waen off dari susu badan atas nasihat Doc pun, adeh... payahnya nak ken berangkut susu lagi, bangun memalam buatkan susu dia lagi. Yok, penat kawe! 

Duit pulak kena sentiasa standby untuk stok susu dia. Mangai! Sib bek Nayla ni senang nak kena training sebab mungkin susu badan dah mula drop, tu yang dia mudah nak minum. Yet, malam dia masih mencari. kah~ Sabar la nak. Nanti ada adik awak leh tolong Ibu ye.. Sian awak. Paling tidak target nak susukan anak ni sampai umur 2 tahun. Biar badai  dan ombak menghalang, moga diri terus kuat dan maju demi anak-anak. 

Sejak Nayla minum susu fm ni, kadang-kadang boleh dengar paru-paru dia macam berat gitu. Berdesah je bunyi dia. Risau tahu dengar. Ditepuk suruh sendawa tak mahu. Hari tu, dah sekali dia termuntah susu dia. Huish.. seriau ati Ibu. Moga baik-baik aja la Nayla. Bertahan untuk beberapa bulan yaa.. Ibu ♡ Nayla. 

Ni dah macam cerita Nayla je. Bukan pasal ngandung dah ni. haha Ngandung ni alhamdulilah no hal. cuma penat naik tangga sampai tingkat 3 nih haa.. But, it's fun. Haha Moga senang nak bersalin nanti. Kah~ 

Baru 15 minggu. Jauh lagi tu... Mommy Rayyan tu tengah tunggu hari. Kita pulak seram tunggu. All the best mommy.. Moga dipermudahkan semuanya. hehe 




Jumaat, Januari 18, 2019

THE BEAUTY OF PAIN


Hi~ Assalamualaikum 

Salam Jumaat semua. Harap baik-baik aja ya. Yang kerja tak sabar nak cuti sebab minggu ni cuti lama sikit memandangkan hari Isnin nanti cuti Thaipusam kan? So, apa plan untuk cuti tiga hari nanti? Sebelum panjang berjela bercerita, jangan lupa al-kahfi ya. 

Hari ni terdetik nak cerita yang berkenaan dengan tajuk di atas. Semua orang tahu, banyak-banyak sakit dalam dunia ni ada beberapa jenis yang boleh diubati dan ada juga yang tak boleh diubati. Perlu diingatkan bahawa semua sakit yang Allah kurniakan pada kita adalah ujian penghapus dosa. Please bear in your mind and always redha with the pain. 

Kali ini Aien nak cerita the one and only yang buat perempuan tak pernah serik untuk sakit itu. Hee? dah boleh agak kan? Just terkenang masa check up hari tu, one chinese patient dia bawak anak dia check up. As usual nurse tanya memacam la kan pasal anak, and Aien tak perasan apa yang nurse tanya menyebabkan dia jawab dia czer as elektif. Misi sorang lagi jawab, dia pilih sendiri nak czer. Alasan dia tak nak sakit. Certain ibu mengandung memang akan pilih macam tu just because sakit nak bersalin is the greatest pain ever. Wow~ kalau diikutkan lepas beranak tu, fikir dah la tak nak beranak lagi. Tapi, once anak dia besar asyik terbayang je ngandung tu acaner dan juga beranak tu. Itu la lumrah perempuan kan? Tak pernah nak serik. Sometimes bila dapat lelaki atau suami yang rajin membantu, bagi sokongan terubat sikit sakit tu. Nama pun dah sakit kan. Mana nak fikir apa. Even sakit gigi sekalipun, orang bising sikit pun dah bengang kan? 

Al-kisah nak cerita kecantikan lepas bersalin ni la yang semua pasangan dalan dunia ni tunggu. Bila seorang anak yang kita kandungkan 9 bulan, lahir dan semua orang teruja tengok baby comel tu. Which leads to couple to the phase. Haa~ Siapa tak nak kan? Adakalanya terfikir anak itu satu anugerah dah juga ujian buat kita. Ye dok? 

Itu je la nak cerita hujung jumaat ni. Kadang-kadang sakit itu indah, kalau kita dapat lihat hikmahnya. Takut pulak fikir untuk diri sendiri 7 bulan akan datang. Udah ler pose tak ganti lagi. Ni kali pose tengah sarat, in shaa Allah diusahakan puasanya. Harap dapat la yer. 

Tahniah baca sampai habis, dan thanks sebab sudi baca. Esok² kalau terfikir nak bebel apa pulak Aien taip yer. hehe

Selamat berhujung minggu semua. ^^