posts in category AUTHORSPEAK
Sabtu, November 09, 2019
سلام مولدالرسول 1441ه
Salam Maulidur Rasul 1441H | Allahumma solli ala saiyidina Muhammad.
Hi~ Assalamualaikum semuanya, salam hujung minggu ya.
Apa aktiviti korang hujung minggu ni? ada sesetengah warga kerja yang mungkin juga terlibat dengan perarakan sempena maulidur rasul ni, keep be strong sambil-sambil tu jangan lupa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.
Oh ya~ hujung minggu Aien biasa-biasa aja, tapi relax sikit sebab tak balik kampung in law. yeay!
Tiap-tiap minggu balik, kadang naik boring pulak. Haha Tapi, malam tadi mak mentua hantar pesanan, tanya anak-anak buat apa. Alahai~ ini lah sebabnya kadang tu tak sampai hati naa bila tak nak balik sana.
Alah, bukan jauh sangatnya pun. Dalam 45 minit sampai laa. Sekali sekala laa, tak payah balik kampung.
Teringat masa kecik-kecik dulu, rumah nenek sebelah ayah sebelah rumah kitaorang je, so tak ada feeling macam balik kampung langsung. Haha bila rasa nak balik kampung, tu haa balik kampung sebelah Umi di Kuching. Tapi, itu lah nya, setahun sekali baru balik. Bila dah besa makin jarang balik. Last balik sana, masa mendiang nenek perempuan mati,2012. See, lama kan?
Haih~ Jangan merungut. Hari yang baik ni, mari kita berselawat banyak-banyak. :)
Baik la, Aien ni tengah sibuk try test jahit baju untuk si kakak. Haha, lama dah tinggal dunia penjahitan ni, agak kekok jugak. Dah siap nanti Aien upload, dan cerita ya.
Salam hujung minggu semua! Jaa nee!
Isnin, Oktober 07, 2019
HOME MANAGER IS HARDER THAN YOU THINK
Hi~ Assalamualaikum | Home manager is harder than you think.
Haa, gamaknya acaner kamu ni nak bercerita ni Nur? Aduh, aduh... Besar bete yer masalah kamu ni.
Sejak dah naik umo 29 ni, kawe ni ghase tak seghupe manusia dah haa. Eh, bende tak seghupe manusia, otak ni da seghupe mesin dah, tak nghenti nghenti berfikir. Time nak tido pun sibuk dok itong bende ntah. 🙀
Kawe ni cumanya nak belajo ler menghuruskan rumah tangga kawe ni jah! nak bagi seghupe oghang sikit. Kata oghang tu, ada anak kecik bukan penghalang ko nak buat mende apa yang ko suke. Tapinye ko kena cari ikhtiar lain. Kalo somi kamu tu udah bekerja kat luor sana tuh, kamu kena la bekerja keras untuk pastikan rumah kamu tu serba serbi cukup. pahe dok?
-kamu tu, baca aje la dalam loghat mana kamu suka ye. Kawe ni dah bercampo bahasa smpai lupe asal usul sendiri diri bumi kenyalang.
Eh,, sik kamek lupak kowh! iNgat jk. cuma pahm ka nisik kitakorang tuk kelak, nisik kamek tauk eh.
Eh, bercerita pasai bahasa pulak kita. Kawe ni nak bebel pasal udah, penatnya berfikir. Mana tidaknya masuk muka buku dok skrol group kawan² dok suka ngemas. Kawe ni suka nak ngemas, ikutkan nak je buang semua. Tapi mende masih helok akhlaknya takkan ler nak dibuang begitu aja? Kan satu pembaziran namanya.
Teringat ler pulok perange satu yang suka bebeno membazir. Laki kawe pun dah maroh dah. Suka bebeno membazir. Beli sana, beli sini..
Masa kita sendiri kerja, sakan membeli tak hinget dunia. Bila dah sendiri dok melango tengok barang menimbun, haa, ngange!
Sekarang pun dah tak ada ke mana nak melawa pun, kat rumah aje ler.. So, baju zaman kolej dulu semua tersemat rapi dalam boxes a.k.a beg. Niat dari lepas pantang ritu nak jual preloved, risau pulak tak ada yang berkenan. Ye la, mak mak je suk nk beli² sana sini tapi tak pakai. La ni, dah inshof sikit haa..
Inshof mende, yang ko dok follow hakak² bundle tu.. hadeh, hadeh.. itu buat cuci mata yang ui.. buat hilng boring. Skrol2 tengok deme buat sales, tapi kita bank yang tak terisi ni mampu like dan share je laa..
so, Hakikat sebenarnya menjadi manager sebuah rumah tu payoh lagi berat nanang. Kamu berjaya bentuk keluarga kamu, tahniah ler bete ucapkan. kawe ni ler yang terkial-kial cari rentak walaupun dah dekat 3 tahun kawen. Seronok tengok orang yang baru kawen dapat manage hidup deme dua laki bini. Kawe anak dah dua pun, baru nak pasang sampan ni haa. Lobang sana, lobang sini. Berfikir memang sarat. Tang duit datang, habis berkecai semua yang dalam pale dok suap nafsu. Heran tak? Kamu heran, saya lagi heran.
Zaman semuanya dihujung jari. Duduk rumah pun terjebak dengan mende lagha nih. haha
Udah ler.. penat pulak kamu semua nak membaca. Kawe nak sambung fikir lagi nih. Esok lusa kawe taip bende apa lagi yang difikirkan nyee.
Selamat tinggal dunia!
Selasa, Mac 12, 2019
SALAHKAH SEKADAR BERPUAS HATI?
Hi~ Assalamualaikum
Kebelakangan ni ada sesuatu yang menganggu fikiran Aien. Actually banyak sebenarnya. Antara salah satunya adalah salahkah kalau kita cepat berpuas hati dengan sesuatu benda?
Contoh: Kan sejak akhir-akhir ni Aien ada cerita pasal mengemas, well.. Walaupun tak la mencapai kekemasan seperti yang diingini, but Aien berpuas hati sebab Aien berjaya mengemaskannya. You know what I mean?
Dalam minda dan angan teringin nak macam rumah orang lain, kemas itu kunci utama. Aien sematkan dalam hati - You Can Do It, Nur! apatah lagi bila diri berbadan dua ni, cepat sangat lelah. I try to manage how much as I can go, atleast.. walau tak seperti yang diidamkan sekurang-kurangnya berubah dari yang sebelum. Bak kata orang expectation bertemu dengan realiti. Haha
Aien try not to depressed myself to do such a heavy duty job but otak ni tak reti nak senyap tau tak. Bising memarahi diri kerana terlalu cepat berpuas hati dengan sesuatu hasil yang tidak mencapai kemahuan. Fuh, Well.. Slowly I tried to make a move. Stop pushing yourself too hard. Kadang-kadang itulah kita mengharapkan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Terlalu memandang tinggi tanpa melihat yang di bawah.
Please dear myself. Enjoy the moment. May Allah help you to achieve your home sweet home. 😘
Jumaat, Mac 01, 2019
HELLO MARCH!
Hi~ Assalamualaikum
Salam Jumaat pertama di bulan ketiga tahun dua puluh sembilan belas ini.
Semoga bulan ketiga ini membawa rahmah dan berkah untuk kita semua walaupun terpaksa menghadapi cuaca yang agak panas sehingga mengancam kesabaran kita.
Itu saja. Happy weekend guys!
Isnin, Februari 04, 2019
GOOGLE+ GOING SHUTTING DOWN
Hi~ Assalamualaikum
Berita sedih buat kita pengguna G+ also known as Google plus kerana mereka akan tutup selamanya buat kita pada 2 April 2019. Ini akibat kekurangan pengguna di kalangan masyarakat dunia. Alah~ sedihnya. G+ ni lebih kurang macam twitter dan kita boleh link dengan kita punya blog. Ala~ kalau dah tak ada macamana Aien nak connect dengan blogger lain? Tidak!!
Oh~ tidak!!
Makanya kita ken cari alternatif lain la kan? Ayo~
Khamis, Disember 13, 2018
BELI APA TU PADA SALE 12.12??
Hi~ Assalamualaikum
Remember I told you gais, Aien menang voucher dari Lazada 2 hari lepas. Here I am to story mory dengan u olls apa yang Aien beli dengan voucher tu. Hee~
Al-kisahnya, Aien teringin sangat nak beli vacuum cleaner memandangkan rambut ni bersepah merata. Geram sebel bila nak menyapu. Lagi-lagi bila Nyonya Nayla pun sekarang ni dah start selak-selak karpet Ibu. Ado~ tak cukup dengan hanya kibas-kibas je karpet tu. Macam tak cukup bersih je rasa. So, I told Tuan Izwan. I wanna to buy the vacuum. He said, bazir je. Penyapu lidi pun bersih jugak. Haha
Haa~ dah Tuan Izwan kabo gitu. Kita senyapkan aja la. Sampai la detik dapat voucher ni minggu lepas. Me like~ yeay!! Dapat beli vacuum. Yeay! Yeay! And sale 12.12 is coming. Cun! Tepat pada masanya. Saya suka!!
Taraa~ usha² yang ni nampak tengah viral di kalangan rakan muka buku Aien. Tengok rating pun macam okay je. So, apa lagi grab la satu. Ikutkan harga dia kalau normal rm75++ la. Jadi dia dah turun la RM10 gitu. Termasuk postage sama jugak harga dia RM75. Pusing-pusing situ jugak kan. Why not grab je satu. Buat percubaan. Sekali dah proceed payment apa semua, Aien masukkan la kod voucher ni tadi, but, Sedih! Shipping voucher ni tak cover. Like, burn je la RM5 haku!! Aien dah la memang tak ada benda lain nak beli. Macam oh, tidak!!
Bincang-bincang dengan Tuan Izwan, dia kata amek je la. So, dah proceed semua. Tunggu la dia sampai je. Jangan la abang posmen malas lagi nak panjat. Tak larat la nak pergi poslaju je. Haha
Okay, tu je nak cerita. Till I write again~
PS: Nanti dah sampai Aien buat review. hee~
Langgan:
Catatan (Atom)