Selasa, November 15, 2022
Impian tercapai melihat karya sendiri dibukukan
Yeay! Buku dah sampai. Masya Allah tabarakallah. Terima kasih bekas timbalan saya dulu yang kini merupakan kaunselor bertauliah memberi peluang pada kakakmu ini. Merasa la juga jadi penulis. Baiknya pihak editor dan penerbit tak banyak ragam dalam menyusun karya kita tu.
CFE : Ku Children & Families Enchanment
Sabtu, Februari 26, 2022
E-Book Review: Reunion by Pena Kayu
As you may want to know, Pena Kayu adalah salah satu penulis kegemaran Aien sejak 2016. Novel pertama karya Pena Kayu yang Aien baca adalah Lelaki Idaman milik kakak Aien Dan seterusnya macam karya dia ngam dengan jiwa. So, Novel pertama yang Aien miliki adalah Kerinduan.
Baru-baru ni Aien jumpa instagram beliau dan mula mengikuti perkembangan beliau dan teruja banyak sangat karya yang telah beliau hasilkan. Heee, excited Aien. Mula dah hobi lama masa dara dulu, kumpul novel HAHA
Tapi, zaman dah berubah. Ramai penulis kini menulis dalam bentuk digital disebabkan pandemik dan minat generasi yang lebih kepada bentuk digital. Aien lagi prefer hardcopy. Berbalik pada cerita kita. Hari ini Aien nak review salah satu e-book karya Pena Kayu yang bertajuk "Reunion" .
Sinopsis/ Blurb:
Menghadiri reunion sekolah tidak pernah masuk dalam perancangan Nina. Nina benci zaman sekolahnya. Lagipun Nina ada konflik keluarga. Menghadiri reunion sekolah bermaksud dia perlu balik ke kampungnya dan mungkin akan bertembung dengan mama. Itu bala besar.
"Either you go to the reunion or you lose your job. Dua tu saja."
Kata dua yang menjerat Nina telah pun dilontarkan. Nina mesti ada perancangan yang sempurna mengharungi reunion sekolahnya. Dia bakal bertentang mata dengan si perasan Miss Universe, si pembuat kuih talam dan si pakar penikam dari belakang. Nina pun bakal bertemu semula dengan first crushnya yang tidak pernah tahu pun isi hatinya selama ini. Kalau salah perancangan, Nina yang susah nanti.
Malangnya, Nina lupa meletakkan takdir di dalam perancangannya. Yang sempurna bertukar gempar. Beberapa jam setelah majlis reunion selesai, dia ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan!
Lebih parah, mama yang tak pernah mengambil tahu halnya selamanya ini, sewenangnya sahaja meminta dia dikahwinkan. Demi menutup malu kata mama.
Nina bukan gadis pingitan yang akan mengikut telunjuk mama. Mama sendiri memberi contoh tak baik, jadi kenapa Nina nak dengar cakap mama? Tetapi dia luluh setelah isi hatinya diselami.
"Maafkan diri awak. Let the past go. Takkan ada kebaikan selagi awak simpan rasa bersalah tu."
Nina membeku. Permintaan lelaki itu tidak mampu dia proses dengan baik. Dia masih tunduk melihat sepuluh jarinya. Lama sebelum bibirnya bergerak menyusun ayat.
"Kenapa awak nak kisah? Kita bukan kawan pun!" Bagaikan letusan gunung berapi suaranya.
"Because this guilt is hurting you, and because I love you so freaking much."
Ada konflik yang perlu Nina selesaikan. Ada jiwa lelaki yang perlu Nina kisahkan. Kerana kalau tidak diselesaikan, selamanya Nina takkan sempurna.
"Awak nampak teruk."
"Sebab saya nampak teruk, jadi awak sengaja benam perasaan saya supaya saya nampak lebih teruk?"
MY REVIEW:
Selasa, Oktober 05, 2021
E-Book: Dr Isaac Luth
Akibat terpengaruh bookstagram Sue, Aien dapat ebook ni. Got excited nak baca. Dah baca... Eh, situ je. Sambung la lagi sambung la..
Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Dr.Aina Qistina yang dapat housemanship di nun jauh Negeri di bawah Bayu. Jauh cinta dia datang, akhirnya bersatu jua dengan jodoh ketentuan Allah.
Bila baca novel kan, I respek dengan dorang novelist ni cause their imagination tinggi tau. Macam nak sambung ayat tu semua. I really impressive dengan dorang. Sebab dahulunya konon cita-cita tak jadi I ni nak jadi writer or novelis, tapi bila sedar sendiri ni ayat tak puitis and balik-balik kosa kata yang sama aje digunakan , so resign la. Lagipun jalan cerita I ni predictable. Tak ada excited. Tak ada bunga-bunga dia. Haha
Nak buat review panjang tak pandai ah, sebab E-book dia ada 300 plus plus pages je. Macam tak puas je baca. Lagi-lagi bila tengok cover dia, ditilik lama macam muka Jang Ki Yong pun ada. Haha adoo, Dr Isaac Luth ada lesung pipit pulak tu. Aiguu~ so cute.
Bila dulu masa remaja baca novel boleh hype dengan hero dia, sekarang kalo baca asyik nak kaitkan dengan laki sendiri. Paroh paroh! Tu la orang kata tiada siapa boleh tandingi cinta seorang suami. Ajee gituu.
Buat Aien terfikir sejenak bila ngenang Couvade Syndrome Dr Isaac Luth tu. Sweet aje. Teringat diri sendiri pulak. 3 kali pregnant, bila ngandung anak perempuan je mesti ayahnya kena sekali. HAHA nasib la labu. Baik masa Nayla dulu atau masa Nadhira. Sebab tu masa ngandungkan Nadhira, rasa hati kata sah perempuan. Sebab ayahnya kena sekali. Dia bukan muntah-muntah tau, dia jadi migrain teruk si ayahnya. Pahtu ada mengidam makan and lemau teruk ayahnya. Dan masa ngandungkan Nadhira, alih-alih dia tak leh makan pulut. 😂 Padahal sebelum tu elok aje. HAHA
Sayang sangat ayahnya kat anak perempuan dia ni. Bila ngandungkan Najmi, sedikit morning sickness pun tak ada. Semua smooth aje sampai nak bersalin kan dia. Macam tak ada memori sangat sebab tak banyak karenah. Aiguu~ sian anak bujang Ibu. Dia begitu la kan. Benda yang pahit tu lagi kita kenang, manisnya hilang entah ke mana.
Eh, orang nak buat review e-book ni. Ko pulak bukak cite ko. SMK betul. K dah la bai~ pageview masih merundum lagi. Malaih ler nak menulis lagu ni... hurm...
Sabtu, September 11, 2021
Sweet Revenge by Fara Hana
Tajuk: Sweet Revenge
Penulis: Fara Hana
Terbitan: Fajar Paker
Sinopsis:
MY REVIEW
Mengisahkan tentang perjalanan cinta Tengku Kayden dan juga Zandra Nur Tatiana. Bermula dengan sebuah dendam dan berakhir dengan bahagia. -semestinya .. 😂
First of all Aien ucapkan tahniah la pada penulis yang akhirnya berjaya mengarang sebuah novel yang boleh lawan tebalnya karya Siti Rosmizah. Jalan ceritanya kemas walaupun agak meleret jugak rentetan dia. Over all okay je, dan Aien pun berjaya habiskan dalam masa dua hari setelah sekian lama tak baca novel kan.
Al-kisah dah taip panjang-panjang tau tadi, tapi entah mana pulak hilangnya, maka idea review pun dah terbang jugak. But, I tried to write at my best.
Tengku Kayden, seorang lelaki yang terlalu mencintai Dahlia Aisya yang pergi meninggalkannya kerana terpaksa mengahwini lelaki pilihan keluarganya atas dasar terhutang budi. Kerana kecewa, Tengku Kayden membawa diri ke resort milik Tengku Kamal di Sabah.
Zandra, satu-satu anak perempuan Datuk Borhan baru saja tamat pelajarannya di alam kolej, ditaja oleh bapanya untuk bercuti ke Sabah. Bertemu dengan Tengku Kayden, lelaki yang asyik 'makan' anak tebuan. Pantang diajak bergurau, ada saja marahnya.
Ketenangan Tengku Kayden terganggu oleh kehadiran Zandra malahan tergugat dengan hadirnya keluarga Datuk Borhan sekaligus membawa semula kenangan pahitnya apabila Dahlia Aisya hadir sekali sebagai kakak ipar Zandra. Kerana rasa dendamnya Tengku Kayden terhadap Zameer, abang kedua Zandra yang telah 'merampas' kekasih hatinya, Tengku Kayden nekad menghancurkan keluarga Datok Borhan bermula dengan Zandra.
Kehormatannya diragut, namun Zandra tidak kisah asalkan Angah dan keluarganya yang lain selamat dari dendam Tengku Kayden. Pulangnya ke Kuala Lumpur, Zandra berharap agar tidak bertemu lagi dengan Tengku Kayden. Malang tidak berbau, ibu bapanya terjumpa akan urine pregnancy test milik Zandra. Datuk Borhan membuangnya tak ubah seperti kucing kurap. Datangnya Tengku Kayden ibarat knight 'menyelamatkan' Zandra. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya, hidup Zandra tiada lagi ketenangan.
Dirinya dibenci bapanya, dimaki hamun ibu mertuanya, Tengku Marina. Zandra diam tanpa melawan. Kadang geram jugak dengan watak Zandra. Dia terlalu baik, terlalu optimistic terhadap semua perkara demi orang lain terutama keluarganya. Biar la dirinya derita asalkan keluarganya tidak diusik Tengku Kayden. Jangan membenci sangat, silap-silap boleh jadi kecintaan. Begitu la pepatah sesuai untuk Tengku Kayden dan Zandra.
Kerana hatinya mula sayang pada Zandra, Tengku Kayden membatalkan semua hasratnya untuk membalas dendam pada keluarga Datuk Borhan. Apatah lagi Dahlia Aisya seperti terhegeh-hegeh dengan dirinya semula. Cintanya cuma milik Zandra, isteri tercinta.
Ketidakpuashati Dahlia terhadap Zandra membuatkan dia melakukan kesilapan satu demi satu untuk menghancurkan keluarga mertua sendiri. Bermula dengan kejadian Zafril mati dilanggar treler, yang pada hakikatnya dibunuh oleh Dahlia. Kemudian syarikat Datuk Borhan muflis kerana projek yang diuruskan syarikat itu runtuh dek kerana bahan binaan yang tidak selamat, juga daripada Dahlia. Tapi, yang sampai ke telinga Zandra hanya nama Tengku Kayden. Bermula episod I hate you, goodbye.
Dahlia Aisya berpuas hati dengan perpisahan mereka. Apatah lagi dia kaut keuntungan daripada semua hasil jualan rumah milik Datuk Borhan yang dijual Zameer atas alasan tidak cukup untuk semua hutang yang ada. Namun, itu semua dusta belaka, kerana hutang milik Datuk Borhan semua sudah diselesaikan oleh Tengku Kayden.
Pengakhiran novel yang agak kemas apabila naluri seorang ibu tak pernah salah. Datin Saerah merasakan bahawa anaknya Zameer seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Diajak anak menantu untuk menziarah Zameer dan isterinya. Rahsia Dahlia Aisya yang bertopengkan nafsu itu terbongkar akhirnya. Dia la dalang disebalik kehancuran keluarga Datuk Borhan. Kematian Zafril dan juga kematian Datuk Borhan sendiri. Zameer yang ditemui hampir separuh nyawa dibelasah oleh kekasih Dahlia Aisya. Dia ditangkap polis, namun tak sampai beberapa hari, pihak polis menghubungi Zameer mengatakan Dahlia Aisya mati akibat gantung diri.
Tengku Kayden menarik nafas lega kerana dia tidak berterus terang dengan Dahlia Aisya yang sebenarnya dia anak orang kaya. Jika tidak, dia takkan bertemu dengan penghuni hatinya, Zandra Nur Tatiana.
Pihak Zandra pulak, penulis garapkan dia sangat menyesal atas semua tohmahan dan sikap kasarnya terhadap Tengku Kayden. Bahkan mengugut mahu membunuh zuriat mereka. Alhamdulillah mereka dapat hidup bahagia atas takdir dan jodoh yang Allah tentukan untuk mereka. -THE END
ini kali rasa macam lama pulak habiskan seketul novel. haha
Sabtu, April 18, 2020
NOVEL | Kerinduan by Pena Kayu
Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.
“Saya nak Aliff.” - Din
“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar
“Saya ayah saudara dia.” - Din
“Saya bonda dia.” - Hajar
“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din
Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.
Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.
“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar
"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din
Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
Rasanya ada beberapa buku hasil karya Pena Kayu ni telah aku miliki. Tak ingat di mana lokasinya, sama ada di Melaka atau di Miri. Nanti kita cari semula.