posts in category Bilanurcuba²

Isnin, Oktober 28, 2019

ORANGE POMANDER BALL MY VERSION


Hi~ Assalamualaikum | Orange Pomander Ball My version

Hari tu, Aien terjalan di blog Si hati Merah Jambu bercerita tentang Segarkan Rumah guna oRange Pomander ball ni, Aien macam berminat nak cuba tapi my version la kan. Haha Orang baru nak berjinak-jinak bercerita tentang lifestyle dia dengan lebih memberi inspirasi kepada orang lain. So, Sis azhafizah!! Kita dah buat.. hehe 

*Excitednya**


Sebelum tengok my version, meh la tengok macamana rupa Orange Pomander Ball ni sebenarnya. Dia merupakan buah oren yang telahpun dicucuk dengan bunga cengkih. Comel kan? Ada banyak design sebenarnya buat mereka yang kreatif. But for me yang tangan kaku ni, macam ni bawah ni rupa dia. ^_^


Hanya separuh saja berjaya ditanam bunganya, sebab cengkih dah habis. Hari tu pergi Mydin lupa nak grab cengkih sekali. T^T


And, ini adalah rupa keseluruhan the other side of this pomander ball. Comel je sebenarnya. And bau dia refreshing gitu. Dan Aien pun tinggal la pomander ball ni balik kampung dua hari. 

And guess what?? Dah tak wangi!! T^T 

Adakah aku yang tersalah beli oren? atau dia nak pakai oren yang sunkist tu je? atau.. aku yang tak cium bau dia betul-betul sebab selsema? Haha 

Balik dari kampung dengan cuaca yang tak menentu ni, diri mula minta perhatian. Huhu 

Well, it nice to try. And I will do it again, sebab bau dia sedap sebenarnya. Bunga cengkih tu dah la memang wangi, dengan bau oren yang meyegarkan tu. Pergh! Semangat tau nak masuk dapur. 

Okay itu je nak cerita. Awak2 semua nak try, apa yang anda perlukan hanyalah sebijik oren dan dua bungkus cengkih kalau rasa nak letak banyak. If not, cukup la memadai dengan sebungkus. Korang boleh cuba macam-macam design untuk pomander ball ni. 

Hasilnya, anda pasti puas hati. Antara salah satu fungsi pomander ball ni selain daripada menyegarkan ruang dapur anda, ia juga bertindak sebagai pembasmi lalat yang suka nau nak singgah dapur tu, lagi-lagi la masa anda sibuk nak masak kan? 

Sungguh praktikal kan pomander ball ni. Selamat mencuba!