posts in category Buffet Ramadhan 2024

Ahad, Mac 03, 2024

Buffet Ramadhan by Dapo Mokcik Kopi Pokcik

 


Buffet Ramadan di a Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Allahumma solli ala muhammad, semalam ada rezeki bawak anak-anak mencuba Buffet Ramadhan Preview dianjurkan oleh Dapo Mokcik Kopi Pokcik. Sekian lama teringin nak makan di situ, tak ada peluang lagi. Orang kata, dekat-dekat tu la susah nak pergi. 


Dari rumah jam 6.30 petang, nampak dekat tak sampai 10km pun tapi nak hadap jammed menghala ke Pontian serta susur ke Tun Aminah tu adeh adeh, lapar jadinya.  Alhamdulillah sampai la juga. Kalau bulan puasa tu, nak berbuka di sini lagi, kena keluar awal. Atleast, before 6.30 petang la. Semangat nak berbuka la katakan. 


Dapo Mokcik Kopi Pokcik mula pesat berkembang semenjak PKP oleh suami isteri yang suka memasak dan membuat kopi. Sweet kan? I olls suka vibes kedai dia ni, tenang sambil-sambil layan pemandangan jammed di hadapan kedai. Ada port OOTD buat mereka yang gemar bergambar. 
.

Untuk buffet Ramadhan yang dikelola oleh Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni totally air tangan Mokcik sendiri dengan harga yang mampu milik jika kita malas nak masak. Keyword dia si isteri nak relax-relax macam I ni haa, seronok sesekali dapat masakan rumah tapi di tempat selain rumah sendiri. 
.

Boleh juga dikatakan Buffet Ramadhan di sini lebih kurang vibes kita small gathering orang gitu. Atau someone who cooks for us laa. I suka sebab santai aje. No worries no rush. Kalau nak solat pun ada tempat solat disediakan, korang bagi kaum waniga cuma perlu bawa telekung siap-siap je la ye. 
.

Menu Buffet Ramadhan Dapo Mokcik Kopi Pokcik 



Menu utama untuk buffet ini akan bertukar setiap minggu, jadj kalau korang nak menu tertentu berdasarkan selera korang, datang la pada minggu tersebut. 



Apa yang penting sekali signature Dapo Mokcik iaitu Daging Palembang wajib ada tau. Selain daripada itu Nasi Lemak Basmathi serta lauk-lauk lain juga ada.


Tak mahu makan nasi? Ya, ada juga signature lain dari Mokcik ni. Mee Kari cukup padu rasanya dan sesuai untuk mereka yang memiliki kapasiti tong perut kecil. Ngam dan semangkuk ni. 


Deretan kuih muih yang cukup menarik selera. Tak payah banyak. Apa yang aku imagine berbuka di Dapo Mokcik ni, ada lah tagline, Hari ni aku malas nak masak. Jadi nak makan orang lain masak. Ahhh, memang okay saja semuanya. 


Set up khas untuk buffet Ramadan ini saja. Jadi kalau korang nak buat tempahan boleh skrol ke bawah untuk dapatkan number untuk di hubungi. Siang hari semestinya tak beroperasi. Cuma seawal jam 6 petang Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni akan dibuka untuk mereka yang ingin berbuka puasa di sini. 


Side klasik yang aku suka. Setiap kali berbuka mesti nak air kosong, air sejuk sejenis dan air panas sejenis. Ha, dah memadai untuk hilangkan kehausan berpuasa tadi. 


Selain Nasi lemak Basmathi ada juga nasi putih berserta lauk pauk yang bakal bertukar setiap minggu ni. Di antaranya adalah Asam Pedas Ikan, Sayur Labu masak lemak, Lemak cekur Pari dan lain-lain lagi. 
.



Dapo Mokcik Kopi Pokcik seperti dinyatakan atas tadi, mula beroperasi dari 14 Mac sehingga 8 April dari jam 6 petang untuk berbuka puasa. .

Untuk dapatkan tempahan boleh hubungi Mokcik seperti nombor yang tertera. Korang juga boleh Waze Dapo Mokcik Kopi Pokcik untuk tanda arah. Pesanan ikhlas, jangan lambat sangat datang sebab dikhuatiri sesak di hadapan kedai. 😊 
.

Korang juga boleh follow Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni di media sosial lain untuk menu yang lebih menarik lagi.


Facebook Page: Dapo Mokcik Kopi Pokcik




Selamat berpuasa semua!