posts in category CAMPINGLIFE

Selasa, September 05, 2023

Pengalaman camping di Nomad Campsite, Tanjung Lompat

 


Setelah sekian lama tak camping, buat pertama kali untuk tahun 2023 baru ada kelapangan untuk berkhemah dan grounding serta healing di Nomad Campsite.


Kali terakhir kami sekeluarga berkhemah di Bayu Impian Campsite bersama kawan camping suami, ini kali baru repeat dengan dia lagi. Berhabuk barang khemah setelah setengah tahun duduk dalam stor. Sebelum tarikh kejadian, habis godek semua nak pastikan semua molek lagi. Kebanyakan seperti kipas telah tak dapat digunapakai, diganti baru. Kerusi yang telah dijadikan kerusi rehat di rumah nenek, ditukar dengan warna sama dengan meja. Power bank satu kembung kerana tidak digunakan.  Selebihnya semua dapat diguna lagi. 


Sejak kes ribut di BIC dulu, kayu khemah agak lentik jugak la. Boleh dipakai, cuma jika bertemu lagi dengan ribut, wallahu alam la cerita dia. Risik khemah decathlon hari tu, boleh tahan harga dia. Semoga murah rezeki suami nak pinang khemah baru. 


Nomad Campsite 1.0 Tg. Lompat Kota Tinggi

Agak rare jugak tempatnya yang tidak mempunyai jalan masuk melainkan ikut susur pantai. Menariknya tempat khemah ini punya dua pilihan healing sama ada view pantai atau view sungai. 


Seketul kapisah dengan apa adanya berpisah tiada. Nak gmbr lagi hebat boleh la roger FB Nomad Campsite dan perkongsian ramai ahli yang telah ziarah dan berkhemh ke mari. 


Senang kata elok sedang tempat dia, walaupun ada bad rumor jugak tempat ni dulunya. 



Apa aku suka tempat ni as dia banyak buaian. Memang healing sungguh la bila anak kau takut ombak tapi bila di muara dia boleh tersenyum sigat seronok main air. 



Tandas yang cukup untuk kepadatan yang ada. Nomad Campsite ni dia tidak mengambil ramai-ramai camper untuk suatu masa. Cukup selesa untuk kita yang dah pun buat tempahan awal. 

Ada surau yang selesa untuk menunaikan solat. Tapi buat geng camper lejen, tempat solat ni tidak menjadi satu masalah lagi buat mereka. Kan? 



View dari area khemah kami. Anak-anak main depan mata. Sambil masak jengah anak-anak. Aku tunggu air pasang je baru turun mandi. Dah settle tugasan sebagai seorang ibu. Memastikan juadah ahli keluarga telah siap masak, haaa. Ajum la kita berendam. Tu pun separa hitam jika nak dibandingkan dengan mereka lain. Haha 

Harga penginapan di Nomad Campsite 

Satu kereta - RM50/malam untuk satu tapak
Carvan - RM70/malam untuk satu tapak 

Jika nak berpiknik atau mandi manda dalam kawasan Nomad Campsite - RM30/tapak 

Add ons - RM10 untuk sampah 

Kemudahan lain: 

✔️ Boleh mandi di tandas Nomad Campsite yang tidak dibuka untuk awam

✔️ perkhidmatan sapu bersih sampah dan tong sampah juga disediakan

✔️ Lampu generator buka dari jam 7 ptg sehingga 12 tgh malam. Selebihnya lampu solar. 

❌ dilarang berkaraoke. Membuat bising ganggu healing orang lain. 

❌ plug point. Power station sendiri. 

👀 View lawa, sungai dan pantai serta hutan.
🍃 tempat kurang angin dan sempoi je hening.
☀ Dapat view sunrise, sunset agak tersembunyi. 

Sebarang tempahan boleh hubungi En Riwan

Kami di Nomad Campsite 

First excited sebab lama dah tak camping. Aku ni asal camping je sakit sana, sakit sini. Penat la nak healing tapi macam apa. Tetap la enjoy walaupun begitu. 


Kami bertolak dari rumah jam 9 pagi, sampai Kota Tinggi agak sesak jugak dah masa tu, singgah ke Eco Shop beli itu ini yang tertinggal dan terlupa namun tetap juga ada yang terlupa. 🤣 

Beli air minum di Maslee dan beli pelampung buat anak-anak. Sekali dah sampai Tg.Lompat tu, tetap jugak tak boleh masuk ke tempat campsite sebab air pasang besar. Mau tunggu sampai lepas zohor baru ada jalan masuk. Disebabkan ikut persisiran pantai kan, kena tunggu la. Masa nak balik pun ini la paling lambat kami keluar jam 3 petang. Haha



Full moon dari khemah. 2 malam ni sini, memang seronok tengok full moon. Ada la rekod untuk konten quotes nanti. 



Khemah kami sebelah tandas. Senang sangat la. Tapi tetap juga ada ambil air untuk cuci tangan ke kaki sebelum masuk ke khemah. Al-maklum la gaduh dengan pasir ni memang leceh. 



Ada gambar family buat kenangan pun cukup. Memang berpisah tiada dengan telefon sebab dok rekod sana sini. Pisah masa cas dan tido saja. Nampak budak takut ombak tu. Geram aje la. Gambar penuh boleh tengok di FB la ek. Kalau mahu. Hahaha 


Nasib ada gambar spoiler ni. Tutup auratku sedikit. Nomad Campsite ni dia macam ada dua port seberang sungai untuk tapak khemah. Siapa cepat dapat port yang sebelah pintu masuk. Lambat sikit ke belakang la jawabnya. But, it's okay aje la mana-mana tempat tapak pun sama je function dia. Janji dapat dekat dengan tandas. Tak gaduh takut nak membuang memalam buta. 



Geng camping husband dari mula. Semoga sampai bila-bila. Ada masa adjust masing-masing kita gerak je. Majoriti kami bercamping memang dengan keluarga ni je. Sampai anak-anak pun dah kenal abang im dan kakak sofi mereka ni.  



Ada buaian dalam sungai. Tapi rapuh sikit kalau mak-mak naik. Aku ni segan nak rekod sana sini. Segan kacau privasi orang. Di sungai ni ada port mengimbau masa kecik kita dulu (bukan aku la tapi) yang tali gantung kat pokok pahtu terjun masuk sungai.  Best sangat! Nak kita buat memang tak boleh la kan. haha 


Kau tengok anak dara sorang tu. Senyum dia dapat mandi sungai. Kalau di pantai tadi, jadi anak warek. Melekat terus. 


Last but not least, a sunrise depan khemah. Leka sangat terlajak nak amek view sunrise. Bawak tripod pun lupa nak set up. Apa-apa je la ek. 


Next, ke mana kah kita? Hehehe thank you husband bawak kami grounding. Anak-anak pun lama dah bertanya, belum ada kelapangan lagi. Semoga murah rezeki husband bawak kami jalan-jalan lagi. Hehehe 


Rabu, November 23, 2022

Repeat Bayu Impian Campsite & Homestay , Punggai Johor

Kredit gambar: Page Bayu Impian Campsite

 

Repeat Bayu Impian Campsite & Homestay

Hujung minggu lalu, sekali lagi kami bertandang ke Bayu Impian Campsite. Kali ni bersama kawan suami pulak. Baru beberapa bulan tak datang, banyak jugak perubahan lain di sini. Terutama sekali sudah ada tapak khemah bagi memudahkan para campers pacak khemah mereka. Tandas ditambah lagi di bahagian tengah untuk memudahkan campers mandi dan berurusan dunia. 

Dulu masa memula pergi Hari Merdeka bersama keluarga suami KE MARI masih suka hati la kau nak pacak kat mana. Signboard tu pun belom ada. Hee, kali ni datang pun tak sempat jugak ambil gambar pasal hari nak balik diserang ribut lagi. 

Ihsan dari owner Bayu Impian Campsite yang aktif di page facebook dan Tiktok memang terbaik sangat ramah dan suka bertukar pendapat dengan pelanggan mereka. 

ihsan:  fb campsite


Penambahbaikan di Bayu Impian Campsite

Biarpun tetap ribut masa nak pulang, again Aien will said, this best port ever nak camping setakat beberapa kali dah camping ni kan. Kemudahan yang sudah pun dinaiktaraf di sini adalah: 

  • plug point berdekatan dengan tapak memudahkan campers dapat bekalan letrik
  • Kedai mini di pintu masuk
  • Tandas dan bilik mandi di dua kawasan
  • Sinki ada di tiga bahagian

Mungkin pada masa akan datang akan ada perubahan, wallahu alam. Yang penting kena rajin follow mereka di: 



Memang class dengan editing video mereka di tiktok. Dah tak perlu influencer da gamaknya. Haha Kita suka berkongsi tempat best, jadi kita share je la walaupun hasil tak la segempak dia. Nak tengok reels how we have fun di sini boleh tengok di Instagram Aien okay. 


Kali ni pergi, anak-anak awal masuk tido dek kepenatan di petang hari, ayahnya bawak jalan-jalan sampai ke Arcade Punggai ikut persisiran pantai. Kalau laluan lepas tu clear, sampai ke Sunrise Campsite jugak gamaknya. 

Penat wei jalan tepi pantai. Camping singkat ni, sesungguhnya bawak minda jauh jap dari berfikiran rutin harian suri rumah dan over thinking something yang tak tau akan berlaku. Macam tunggu keputusan siapa PM 10 ni kan.. Ehhh 

Haa, next camping tak tau la bila lagi kan sebab new year will be our new rutin with Nayla skool. Heee~ 


Selasa, Oktober 18, 2022

Pengalaman berkhemah di Kem Tasik Biru, Melaka bersama Deer Creek


 

Hi, there! Happy weekend. Lama dah tak bercerita di sini. Pasal banyak sangat rintangan dan dugaan akhirnya kita berjumpa juga untuk cerita khemah bulan lalu yang asyik tertunda ni. 

Kali ni Aien nak kongsikan dengan korang pengalaman kami berpeluang berkhemah bersama Pasukan Deer Creek di Kem Tasik Biru, Jasin Melaka. 


Kem Tasik Biru, Jasin Melaka

Kalau korang peminat aktiviti luar dan riadah begini pasti kenal tempat famous dengan pemandangan yang lawa ni. 

Kem Tasik Biru yang terletak di daerah Jasin negeri Melaka Bumi Hang Tuah merupakan sebuah pusat perkhemahan persendirian yang menyediakan tapak perkhemahan (semestinya la kan) untuk orang awam menikmati permandangan tasik Biru tu. Selain daripada tu korang juga boleh melakukan aktiviti kayak dengan bantuan professional dengan harga yang berpatutan. 



Ni je la dapat amek gambar. Blur blur sibuk buat story dan video. Gambar lupa nak snap. Begitu la nasib Ibu anak tiga kecilan. Dok ralit dengan anak lupa apa nak dibuat. 

Camping with Deer Creek 

Ini merupakan perkhemahan kali kedua kami bersama dengan Deer Creek selepas perkhemahan raya ritu. 


Memamg seronok habis sebab dapat berkongsi pengalaman kawan-kawan camping  mempunyai khemah yang sama. Majoriti yang ikut ni memang geng #FCJ (Family Camping Johor) dan masing-masing menggunakan khemah Deer Creek type 8 person Hurricane Plus 


Paling besar dan affordable buat keluarga B40 dan kecik macam kami la kan. Apa yang penting hari tu, Deer Creek ada launch khemah jenis sama tapi warna hitam. Lagi hensem wei tengok warna yang memikat. 


Kalau korang berkenan dengan khemah mampu milik Deer Creek memang harus grab khemah hesmes ni. Ketinggian dia cukup ketinggian biasa Malaysia untuk berdiri tegak. Dah tak payah terbongkok lagi dok dalam khemah. Erti kata lain senang nak solat juga. Dengan harga bawah RM500 korang dah cukup selesa la macam kami 5 beranak ni. Cuma ayahnya mengalah tido beralaskan toto. Tilam bersaiz queen muat masuk dua, tapi penat la asyik nak pam aje tiap kali tido. Jadi kami pasang satu je. 


Pengalaman kami beranak kecil berkhemah di Kem Tasik Biru,Jasin


Wah, masa mula nak pergi tu teruja la sebab dilihat pada map ni luas kawasan Kem Tasik Biru ni. Bila dah sampai, wah! Memang masuk ke dalam tempat dia. Berebut la masing-masing peserta nakkan port 12 sebab lawa port dia. Style kena cabut undi. Siapa cepat dia dapat la kiranya tapak khemah tu. Nayla jadi tukang cabut undi, kami dapat port 23. Alhamdulillah bersaiz 20*19 kaki agak mencabar juga bila kita dah biasa pacak khemah asal boleh je. Tetiba terhad begini, mau 5 kali En. Husband bukak pasang fly sheet supaya tak keluar kawasan. 


Alhamdulillah, selama 3 hari 2 malam di situ, jam 3 pagi saja hujan lebat. Alhamdulillah tak ada la struggle sangat macam berkhemah di tepi pantai. Baik-baik saja, boleh relax lagi cumanya barang di luar basah je la. 

Anak-anak pun tak banyak meragam sebab dah serasi berkhemah cuma Nadhira masa nak balik tetiba muntah-muntah pulak. Minum susu muntah. Makan keluar balik. Sampai lembik aje member. Mana la nak tolong ayahnya berkemas untuk balik, nak layan dia. Dengan Ibu sekali pening kepala. Sudahnya, kami antara orang terakhir balik. Sampai rumah sendiri saja jam 11 malam. Nasib highway tak jammed. Eh, ke mada tu kami balik ikut jalan dalam. Dah tak ingat pasal pergi Hari Malaysia ritu. Selepas dari tu, bersusun aje tiap minggu masing-masing tak sehat. Allahuma solli ala Muhammad. 
 

Ni baru nak baik balik .. Jadi korang jaga diri semua. Sampai ketemu next story camping. 








Selasa, September 06, 2022

Family Camping di Bayu Impian Campsite, Punggai Johor

 


#6 Family camping dengan keluarga sebelah suami. 


Plan mula ingat nak cuba tempat yang sebelum ni kami dah pergi, bersyukur juga suami bawak ke tempat yang lagi best uolls. Heee~ 


Baca juga: Pengalaman Camping di Sunrise Campsite


So far campsite ni la paling favorite sebab dia dapat both view sunrise dan sunset dengan begitu jelas. Padu gituu~ seronok la kan bila dapat cuci mata bila tengok view semula jadi begini. 


Bayu Impian Homestay & Campsite



Baru saja dibuka untuk orang awam dalam sebulan yang lalu. Memang fresh la dari onar dan kotoran bandar. Ahh~ gitu. Nak masuk ke campsite ni akan lalu sebuah taman which I guess owner tempat ni memang kaya, alhamdulillah dimanfaatkan buat tempat percutian untuk orang ramai. Fasiliti yang ada pun serba lengkap juga, siap ada spotlight malam hari. Terang la jugak. 

Syiok amek video nak buat reels, terlupa nak capture gambar untuk campak dalam blog. Aiguuu khafisah khafisah. Kena makan mindatopic la ni, bagi sel otak berhubung sikit. 


Harga Campsite

Pilihan campsite ni banyak, ada yang cas berdasarkan kemasukan kereta, ada yang cas ikut kepala. Makin ramai kepala masuk, makin murah. Macam kami kali ni pergi seramai 11 dewasa dan 2 kanak-kanak atas 5 tahun dan 4 bawah 5 tahun dan termasuk cas kebersihan semua cuma RM240 sahaja untuk 3 hari 2 malam. Murah kan? Pahtu buat kawasan macam kami yang punya. 😂😂 

Ini rate penuh Bayu Impian Campsite untuk 2 hari 1 malam: 


1 pax:  RM 30 
2 - 5 pax:  RM20 
> 5 pax: RM10 


Kanak-kanak 5 tahun ke atas: RM5/seorang 
Kanak-kanak bawah 5 tahun: Percuma 

Deposit Kebersihan: RM20 

Kalau piknik dia kira lain lagi. Cuma lagi murah sikit berbanding bermalam. Should try camping sini ui, best sangat. #donemenghasut 

Hasut adik beradik join camping semua

Bab mandi pantai uolls tak ada siapa menolak. Tetiba kena camping, semangat memasing siap siaga untuk selesa di hari kejadian. Mak mak be like, lengkapkan segala keperluan dapur dan makanan supaya rakyat tak kelaparan selepas mandi pantai. 

Disebabkan hari cuti, konon awal la bertolak sebab risau jammed jalan. Bertolak jam 8 dari Pekan Nanas, tiba di destinasi jam 10 pagi. Kejap tak kejap? Adik ipar dari Rawang pun bertolak jam 1 petang tiba di destinasi jam 4 lebih kurang gitu la. 

Yang paling lawaknya, macam orang nomad asyik berpindah randah sebab nak spot yang selesa untuk masak. Adeh. Sudahnya team lelaki penat pindah khemah aje la. Bayangkan dari pagi sampai dekat petang baru siap pasang semua flysheet untuk kawasan makan dan 7 biji khemah. Adehh. Kata adik-adik ipar semua kami masih kadet. Haha 

Dah last day berkhemah memasing pakat, harus la beli khemah. Mana destinasi on jer. Katanya... 

Bila tengok-tengok balik gambar, awat la tak dak gambar aktiviti kami. Yadoi, semua pakat direkod jadi video. Blur wei. Teruja sangat dapat pergi ramai-ramai. Selama ni, balik dari camping mesti balik rumah mak, simpan khemah kat situ, cerita la apa aktiviti kami. Bila dah ramai-ramai. Sakan. Plan nak ambil gambar kenangan sebelum balik bila dah siap kemas, sudahnya hujan. Selamat memasing angkut diri je la. Haha 


Masa tiba di tempat kejadian sempat juga snap gambar mak dengan owner. Sporting aje la kak Karmila ni. Masa ni pun ramai orang berkhemah untuk piknik. Ada yang dah datang awal dari kami semalam. Hari 31hb tu dah nak check out. Tu yang menunggu port tu. 


Cantik cuaca untuk dua hari kami di sini. Seronok la seketul Khafisah ni snap sana, rekod sini pemandangan sampai terlupa nak snap yang utama. Aiguu. 


View malam dari arah tandas. Terang dek 3 biji spotlight. 5 kereta tersusun tanda 5 anak Saniah pulang berkumpul. Eh, padahal sorang aje dok jauh nu di Selangor. Selebihnya semua masih di Johor. 

Memang kami aje la meriah. Haha Sebelah ada satu khemah unta senyap sepi je jika nak dibandingkan dengan kami ni. Disebabkan hari Khamis masih bersekolah, jadi port masih kosong. Malam esoknya baru ramai pacak khemah. 


5 beradik tapi kenapa 7 khemah? Haha Mak, kami dan Pokde bebudak ni satu khemah. Ucu dia satu khemah paling ujung. Mak Ngah dia dengan bakal, satu khemah sorang. Tetiba tengah tu nyelit la Ucu sorang lain dengan suaminya. Nasib cukup khemah. Kali ni siap ada power point yang ditarik oleh Pokde budak-budak ni Encik Wiring. Syiok la tido kipas kuat. Dia ada angin, tapi bila dah bertutup dalam khemah, bahang siang terasa ui. 


Siap malam tu dapat view subhaanaallah cantiknya bulan. Lensa aje la tak berapa nak aum sangat.  


Antara camera Xiaomi Redmi Note 9s (atas sana) dengan Redmi Note 10pro. Heee~ kalau amatur tu amatur aje la. Haha Yang penting lawa sangat bulan sabit malam tu. 


Aktiviti 3 hari 2 malam di Bayu Impian Campsite


Macam biasa la namanya ke pantai, of course main event dia mandi pantai. Tak sempat wei amek gambar. Khafisah ni sibuk rekod aje la video. Penuh dah memori ni padahal dah reset ritu. 

Nak tengok video penuh aktiviti kami - boleh tengok di instagram aienienka: 




Adik ipar a.k.a. Pokde budak-budak ni suka mancing. Memang paling semangat la dia dengan joran pantai dua batang. Hari kedua baru dapat anak ikan pari. Nak dapat omma dia, sampai balik tak dapat. Dapat ikan gelama aje sokmo. 


Lepas tu ngajak ler main tarik tali. Lemau memasing. Koi ada anak kecik ngelat. Haha jadi tukang rekod je. Memasing kepenatan menarik, cuma menang sekali je walaupun 3 kali main. Aiguu. 1-0 la... 


Yang terpaling terbakar adalah mereka ni sebab Ibu terlupa beli sunscreen kids. Team merah sepupu Nayla tiga beradik. Nayla dan adik-adik team kuning. Puas la deme makan jajan dibelanja bakal pak ngah deme ni. 


Suami sempat menanam dirinya sendiri. Haha Dari jauh tengok dia gali pasir. Ingatkan nak masukkan Nadhira, rupanya dia yang nak masuk. Apa lagi kita tanam la dia. Ada la dalam 30 minit. Penangan dari tu, dia tumbang dulu selain anak buah sorang selamat juga demam penat main. Anak-anak lain setakat sunburn je. Heee~ panas dia usah dikata. Nadhira tengok ayah dia tinggal kepala aje, dikatuk dia. Hee~ bertuah punya budak. 


Night walking mesti tak dilupakan. Macam-macam jenis siput dijumpai include baby ketam. Itu Mak Ngah deme la jumpa. Malam-malam seronok ler memasing dating bila anak-anak dah tido. Ibu ayah tak leh dating sebab bebudak memang sticky sikit. Tido kalo tak ada yang meneman, nangis. Nasib juga tak meragam setelah puas berpanas di pantai. 

Alhamdulillah family camping berjaya! Mana lagi lepas ni kita mark dulu. Ada fulus jalan. Haha 

Baca cerita camping lain, boleh klik di label atas. done camp #6 ke #7? dah lost count sebab best giler. 

Ahad, Ogos 07, 2022

Pengalaman Camping di Sunrise Campsite, Kg. Punggai, Penggerang Johor

 

Sunrise Campsite


Masya Allah, baru nak update yer duhai Kapisah.. Lama betul nak ambil mood tu untuk menaip. 

Baik la tanpa membuang masa, mari kita menaip apa yang masih segar di ingatan. Perkhemahan kelima buat kami sekeluarga. Walaupun begitu, ini kali kedua untuk Edisi Pantai setelah Logok Campsite dulu. 

Kali ni kami bertolak awal dari rumah. Awal tak awal pun kol 8.30 pagi jugak. Sampai di Sunrise Camp jam 10 pagi. Memang teruja dengan angin yang agak kencang dan anak-anak lagi la tak sabar nak mandi. Setelah dapat tapak khemah, suami mula memasang khemah terlebih dahulu sebelum membawa anak-anak turun ke pantai. Dek kerana berlawan dengan angin, dari jam 10.30 pagi pasang khemah sampai la jam 12 tengahari baru siap set up semuanya. Adeh adeh.. Anak-anak dah tak sabar menunggu untuk terjun ke dalam air. 


SUNRISE CAMP, Kg. Punggai, Johor


Baru dibuka untuk orang awam pada tahun 2022. Campsite yang tak perlukan kos yang tinggi tapi cukup lengkap kemudahan untuk membawa keluarga berkhemah di sini. Harga untuk tapak khemah cuma RM25 / kereta satu malam manakala  RM10 / balik hari. 

Cukup tandas dan bilik mandi untuk menyegarkan diri. Sinki untuk membasuh segala perkakas selepas masak dan makan. Plug point yang boleh disewakan mengikut keperluan. Apa yang penting line telefon 4G. 

Sunrise Campsite

Bilik air yang cukup banyak bagi aku la kan. Sebab setakat 3 hari 2 malam di sini, tak pernah lagi beratur untuk mandi. Rupa-rupanya owner campsite memang hadkan setiap pengunjung untuk masuk ke dalam. Jadi kita tak la terada terbeban dan stress dengan kemudahan yang sedia ada. 

Sunrise Campsite


Tandas juga tak pernah lagi rasa tersangkut nak membuang. Satu lagi Aien nak puji tempat ni, owner dia guna power pumping air supaya tidak tersangkut bila orang ramai mandi dalam satu-satu masa. Memang ada juga sesekali air kecik, kemudian pasti akan banyak semula selepas orang selesai mandi. 

Sunrise Campsite Fasiliti

Kawasan yang agak luas dan tenang saja. Sunyi di malam hari, tapi tidak kesepian. Haa, paham ke idak? Ada certain tempat dia macam meriah dengan lampu, tapi agak sherraamm..You know what I mean? 

Sunrise Campsite, Kg Punggai

Suasana menghala ke pantai. Ada juga pilihan wakaf untuk kita santai dan semestinya ada penambahan pembayaran la jika begitu. Ni ketika orang ramai dah mula bersurai meninggalkan campsite dan kembali kepada kesibukan kota. 

Sunrise Campsite

Agak luas jugak kawasan campsite ni. Penat juga kalau dapat tapak paling hujung dan berjalan ke tempat mandi. Jika malam pulak, termenung jap fikir nak ke tandas. 😅


Aktiviti 3 hari 2 Malam

Orang selalu kata, lamanya 3 hari 2 malam camping dengan anak-anak. Tak bosan ke deme? Weh, kalau dah jumpa pantai, dari celik mata sampai pejam mata balik pun deme tak nak naik. Naik ke tanah sekadar mengisi perut kemudian turun semula ke pantai. Berulang begitu saja la. Cukup jam dah sejuk dan penat, mereka kata nak mandi kat bilik air. Ye, dituruti saja. Bagi makan kemudian rehat sekejap. Tidur dulu. Celik saja mata, turun semula ke pantai. Ibu pulak, busy pikir nak masak apa. Masak dengan dapur satu saja. Menunggu la masaknya. Belum masuk lagi dengan 'bergaduh' dengan angin yang boleh tahan kuatnya. Ayah temankan anak-anak. Petang sikit baru ibu turut sama. 

Sunrise Campsite

Antara trademark Sunrise Campsite ini adalah mereka ada tempat untuk lawan bantal, sesuai untuk aktiviti keluarga. Memang sesuai lagi kalau nak tempah tempat ni untuk family day gitu.

Sunrise campsite

Aktiviti wajib la kalau dapat ke pantai. Nadhira suka pulak kena tanam berdiri begini. Haha Leka dia perati ayahnya buat begitu. 

Sunrise Campsite

Buaian dipasang di setiap pokok yang ada di tepian pantai. Memang tuan tanah ni sangat memahami selera orang kini suka relax dan mengambil gambar kenangan gitu. Hasil tangkapan Nayla. Anak dara sibuk dah nak jadi fotografer. 


Sunrise Campsite, Kg Punggai

Juga salah satu trademark di Sunrise Camp. The problem is kena ambil gambar di sekitar awal pagi dan tengahari baru lawa gambarnya. Jika sudah petang, jadi la gambar seperti kami. Gelap sebab lawan cahaya. 


Sepanjang 3 hari 2 malam di sini, berlawan dengan angin yang sangat kuat. Malam pertama kami di sini, hujan selebat alam sehingga semuaa barang di luar dipenuhi dengan pasir keesokan harinya. Dari sini juga, suami berkata. Harus dibesarkan lagi ukuran flysheet ni supaya boleh selamat dari tempias hujan. Paling tidak ada lagi ruang yang boleh dijadikan tempat berteduh selain dalam khemah. Kami empat beranak duduk la dalam khemah sementara ayahnya menguruskan keadaan luar dan sekelilingnya. 

Sunrise Campsite

Khemah di siang hari nampak tenang aje. Ini la gaya berkhemah gaya kita. Tak boleh juga la ikut gaya have-have. Heeee~ janji dapat bawak anak-anak bersantai di luar. Tunggu sikit-sikit kita upgrade kan dia jadi lebih selesa. Risau kenderaan pun kena upgrade jugak sebab barang semakin banyak. Haha

Sunrise Campsite

Selain Nadhira, Najmi juga mahu ditanam. Tak lama kemudian menangis sebab diusik ayahnya. Jiwa anak lelaki ni manjanye lahai. Kakak Nayla langsung tak mahu ditanam sebab dah faham nanti mesti ayahnya mengusik. Rela dia bermain di sebelah saja. 

Sunrise Campsite Kg Punggai

Masing-masing takjub melihat ikan yang selama ini mereka lihat mati di pinggan ataupun hidup dalam aquarium bergerak depan mata. Nadhira langsung tak takut. Hasil pancingan kawan suami. Senyap-senyap ketika air surut dia boleh peroleh lebih 5 ekor ikan gelama bersaiz kecil. Alhamdulillah boleh buat lauk. 


Done story perkhemahan kami kali kelima. Dah lelama boleh dah handle cuma lebih mencabar apabila Nadhira dah boleh berjalan. Jadi bermacam akal dia nak bermain. Ada senang dalam susah. Ada duka dan gembira. Haa، lumrah alam. Begitu la dia. 

Next, destinasi mungkin ke pantai lagi ke? Ayuh... 


Isnin, Jun 13, 2022

Camping 3 Hari 2 Malam di Taman Eko Rimba, Sg Bantang Bekok Segamat Johor

 

Camping di  Sg Bantang, Bekok, Segamat


Phewww~ meriah ek cuti sekolah kali ni. Sana sini jammed, merata lambakan manusia. Kami juga tidak ketinggalan mengambil peluang keluar daripada bangunan tinggi masuk ke hutan.


Perjalanan dari Skudai melalui susur keluar Yong Peng agak lengang jugak. Kami bertolak jam 9 pagi, tiba di Yong Peng singgah beli barang sedikit sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sg. Bantang. Masuk aje,pheww~ kemain ramai giler orang. Jauh ke dalam hutannya, pun masih ramai orang sudi bermandi-manda di situ bawak keluarga dan sanak saudara. Best~ 


Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Johor

Merupakan salah satu antara kawasan tumpuan umum di kala cuti sekolah ataupun hari biasa. Pada waktu kami pergi pun ketika cuti sekolah merangkap cuti Birthday Agong, usah dikhabarkan la berapa ramai manusia dalam tu. 🤣 


Tiba jam 2:45 petang lebih kurang begitu. Anak-anak masing-masing sudah teruja nak terjun dalam sungai. Para ayah sibuk cari tapak nak dipacak khemah nanti. Orang masih ramai, jadi pilihan kurang jelas di mana lagi. 


Kalau korang nak tahu, di Taman Eko Rimba Sungai Bantang ni best dan agak terjaga persekitarannya walaupun sekadar dijaga oleh 5 orang renjer. Untuk pengetahuan korang juga, jika hendak bermalam di sini harus la mendapatkan permit terlebih dahulu sebagai kebenaran perlepasan. Begitu juga dengan mendaki. Ada juga bayaran dikenakan untuk bermalam iaitu RM10 sekepala. Namun untuk setakat manda mandi dan piknik di siang hari seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang tiada masalah. Kebiasaanya pasti juga netizen akan layari page Taman Eko Rimba ini sendiri untuk melihat bilangan pengunjung yang melawati tempat. 



Pintu gerbang menuju ke tapak piknik dan tempat mandi manda. Kredit untuk Encik Suami la ambil gambar keliling. Bini dia ni suka menulis, tapi tak berapa kreatif dan pandai adventure. 



Ikutkan peta ni. Besar sungguh la kawasan Taman Eko Rimba ni. Puas hati mandi dari atas sampai ke bawah kalau tak ada orang. Sejuk bebeno ler air dia. Bilik air, surau, tapak perkhemahan serba serbi selesa. Cumanya jika manusia masuk hampir 4k sehari, memang terpaksa beratur juga di siang hari. 


Sebab tu Aien cakap, kalau setakat datang mandi mungkin tidak jugak sampai ke mari. Takkan dapat menikmati ketenangan bunyi alam di malam dan pagi hari. 


Anak-anak dari celik mata sampai nak lewat malam  baru kenal erti tidur. Badan over penat sampai ke hari ini masing-masing masih kurang sehat. Seronok dapat main pasir. Tengok orang ramai. Mandi sungai. Naik ke darat semata untuk mengisi perut sahaja kemudian turun semula mandi. Adeh, kadang bila diingat balik lawak jugak. Tapi seronok tengok mereka bermain. 




Kali ni memang bertenang habis jugak la. Tak ada huru hara sangat sebab dah kali ke-empat selepas: 


2. Mak Kiah Campsite, Kota Tinggi



Wah, tak berasa dah 4 kali ek. Rasa macam sah banyak kali aje. Orang kata biar tak ada la estetic gaya nordic bagai. Tapi cukup makan, lena tido sepanjang 3H 2M pun dah cukup bagus. 

Sikit-sikit Encik Suami nak upgrade supaya lebih selesa sikit dan makanan tidak la terhad dengan makanan segera sahaja. In shaa Allah coming soon, akan lengkap jugak. 


Hehe