Khamis, Ogos 26, 2021
Permainan telefon kegilaan ramai suatu ketika dahulu
Weh, game ni dulu aku pernah main kot!
Kebiasaan ayat yang akan didengari dari remaja 90-an dahulunya apabila melihat permainan ini. Tahu tak korang permainan apa yang mengamit memori ni?
Game Ular wei! Game masa telefon Nokia 3310 atau tiga tiga sekupang dulu orang panggil. Telefon lejen yang kalau dibaling takkan berderai atau pecah. Dan satu-satunya permainan yang ada dalam telefon itu hanyalah permainan ular tangkap-tangkap makan, biar dia sampai panjang. Siapa paling panjang dia la juara. Aien ingat lagi, kalau siapa dapat paling panjang, sampai ular tu dah tak dapat pusing kotak dia dah. Nasib ada pintu ajaib, dia boleh telus je. Bila teringat ni, terus Aien jalan-jalan di play.org dan terjumpa game ular ni. Masyaa Allah membawa balik memori uolls .
Malangnya bila dah lama tak main, alih-alih dalam bentuk 3D, kekoknya lahai. Asyik "GAME OVER" je. Geram iolls tahu.
Macam ni rupa 3D dia. Tak perlu download, tak perlu aplikasi, senang ya amat. Ini dah kali ketiga puluh tiga Aien kalah. Urgh~ stress. Mana taknya, sebab dulu kan papan kekunci. Senang nak tekan. Kali ni di telefon pintar nak kena tap tap tap dia punya arah tuju tu. Memang kekok 80%.
Nampak sangat berubahnya zaman ni. Permainan lama, nak dinaiktaraf ke dalam telefon pintar memang seronok, membawa memori. Aien main dengan bebudak. Dorang pulak seronok dengar bunyi yang menarik dan warna yang nampak colourful serta ular yang sibuk dok kejar makanan tu. Ibunya aja terkial-kial nak bagi ular tu panjang.
Keliru dengan arah tuju dia. Nampak macam makanan tu dekat, tapi sebenarnya kau salah row. Haha Kena pusing. Kat tepi tu, dinding. Kena tak telus, terus mati. Aiguuu~
Terkial-kial Aien cakap wei. Adooo.. Pening kepala den. Terus anak-anak cakap, Ibu kenapa mati? Mana ada Ibu mati nak oi. Ular ni yang mati. Nayla sampai nak main sendiri. Dia main, tak sampai sesaat. Terus kalah. 3D tu buatkan kita yang dah beso ni konfius. Korang mesti trigger kan nak main sama kan? Ha, pergi la layan 3D Super Snake jom la kita lumba ular siapa paling panjang.
Jangan cakap Aien sorang je kekok ke? Haha Selain dari permainan ni, di laman web tu banyak sediakan permainan baru setiap minggu. Ada game Mario, ada macam-macam la. Aien dah cuba beberapa game yang pernah Aien main dulu, memang asyik. Hilang stress Ibu!
Tak buleh hadapan selalu, nanti tak jadi kerja. Sementara anak-anak tido ni, Aien nak sambung lah main game ular yang tak sudah ni. Nah, tengok la gaya noob mak-mak main. Haha
Dalam banyak-banyak game, Aien paling suka game arcade. Kadang game strategi. Tapi tu kena main berjemaah dengan adik beradik. Kalau tak, tak jadi strategi Aien. Haha
K la. Nak sambung. Bai! Jangan lupa singgah tau di plays.org untuk main permainan kegemaran korang.
Selasa, Januari 22, 2019
THE OTHER ME..
Hi~ Assalamualaikum
Having someone that you always love him everyday as much as the same when you two met such a blessed. Right?
Been two days without update anything. Currently try to sibukkan diri dengan makan memandangkan diri ni dah slowly nak makan. Okay, that's not the story. Based on the title, I would like to share with you guys, when you meet the other part of you. Yes, indeed the one and only that you searching for.
Yet, masa remaja dara, I used to asked myself, who would be my husband. Acaner hidup aku lepas dah kawen nanti? How suppose I change to supaya dia sentiasa ada dengan diri? Unfortunely jangan la hujani daku dengan soalan, do you couple with him? And the answer always not. We just friend that never met till 2015.
He the one make the move and I just follow the flow. How do I trusted him? Well, nak katakan dengan istikharah tu, jawapannya tiada melalui apa-apa, cumaan dimudahkan semuanya. Alhamdulillah itu satu tanda juga. So the journey was began. It's different path you know. Langsung tak sama masa kami tak pernah jumpa. Ada saja ceritanya. Bila dah jadi husband and wife... Haha ada cerita tapi terserlah la perangai masing-masing. Okay itu bukan the point.
The point of this story is, me wanna to tell you which about him, tht makes my heart, dup dap dup dap. Dengan adanya dia hidupku lebih meriah. Eceh~
1. He such a calmer than me. Tenang bak kata mertua ibarat arwah ayahnya. Tak sempat jumpa, but memang iras. Serupa, sebijik. Dari muka la kan. Perangai tu mertua mengiyakan. Tak pernah kata tak. Lagi-lagi kata berjalan. Dituruti aja. Dengan Aien pulak, dia rancang semua. haha I follow je. Al-maklum la sesama Libra. So, masing-masing lebih kurang. Beza dia laki, Aien perempuan. Tahu aja la perempuan guane. Gelabah namati. Dia, tenang ja. Cool gitu. Tapi, jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Siap la kalau buat silap. haha
2. Apa lagi yek? 😂 Haa, caring in the dark. Ayat kau kamil~ Masa tunang, gigih buat suprise masa birthday. Dah kawen, hancur hati yang kudapat. Tapi, pandai la dia amek hati tebus balek. Perempuan, suka simpan dalam lubuk hati dia. Yet, masa ngandung dulu, adik beradik semua kata nampak nau laki den ni caring. hehe #sweettapisawit
Orang laki, siapa tak sayang bini ye dak? Kalau tak sayang tu, bek hantar balik umah mak bapak dia je.
Haa, dalam banyak-banyak ini je yang Aien mampu kasi. Banyak la. Takkan nak share semua. Akan kisahkan di lain hari.
Ceritanya di sini, I lap my husband. Gitu~ Saranghae gitu.. Walau apa-apa next eleven Feb is our second anniversary. Moga our wedding till jannah dengan penuh mawaddah dan sakinah. Ye?
Rindu pulak tengok gambar weds sendiri. Hehe
kbai~
Rabu, Januari 16, 2019
TOP 5 BEAUTY PRODUCT ALL THE TIME
Pilihan di luar sana terlalu banyak sampai kadang-kadang make me hate the promoter yang terlalu nak sales, sampai tipu customer. So girl like me always tertipu. Bwahaha ini nak gelak sendiri. I do jealous to my other sisters yang reti bergaya dan make up or they do know which the best skincare for their face. Masalahnya sekarang is, the more expensive is the better. Which I can't afford to buy that thing. Makanya, skincare yang digunakan pada hari ini adalah kerana diriku yang begitu malas nak stay pada satu-satu rutin.
PS: I don't blame at other. I just get lazy with getting beautiful and lazy is the great enemy for women. Kan?
And this is my beauty product all the time. Yup, the most favorite sekarang la kan.
1. Vaseline Intensive Care
The most favorite ever since I know her. Ceh~ Benda ni tak pernah tak ada dalam my beg mekap. Sentiasa ada even dia dah expired. haha Aien suka guna yang size besar sebab dia takkan pernah habis, dan tetiba rasa membazir beli besar macam tu. Why the because? Is takkan pernah habis sampai dia expired sedangkan Aien gunanya bila keluar saja. Sometimes bila bibir over dry baru calit sikit. So, dear myself esok lusa tahun depan, mohon beli yang kecik. Senang dan mudah bawak ke mana.
2. Lipstick
Bila seorang wanita tu keluar dari rumah, calit lipstick sikit pun dah bagi confiden pada dia untuk berhadapan dengan mensia di luar sana. Pergh~ ayat. Jenis kulit Aien is kuning langsat or putih pucat? Haa itu tak pasti. Sometimes people kata kuning langsat. Kadang putih pucat sampaikan nak disamakan dengan Kak Lang. Tahu tak siapa tu Kak Lang? Haha
So, demi untuk tidak la disamatarafkan dengan Kak Lang, calit la sikit lipstik. Currently yang ada dalam beg is Silkygirl Lipstick no 07. Itu pun dah patah sebab cair kena panas. Masih simpan sebab adik ipar tegur In 2 It Lipstick 04 tu terlalu terang buat daku. Eleh, kalau ikut nombor pun jauh na beza kan? haha
3. Good Virtue Toner
Ini salah satu favorite since dari kolej lagi. Sejak product GV ni sentiasa ada di Watson, and Aien berkenan sangat dengan bau dia. Jadi GV product jadi pilihan Aien untuk skincare. Sampai kawen pun, product GV jadi hantaran. Sekarang je tak pakai sangat sebab dia macam sensitif sangat pada muka Aien sekarang ni.
Toner ni bagus la bagi Aien kan sebab dia macam repair kulit yang kering tu dengan cepat, which is bila Aien combinekan dengan Clinelle Moisturizer tu hurt sikit. Rasanya moisturizer ni tak ngam ke hape. Sebab muka pun macam teruk sekarang. Konfius la sis nak guna apa.
4. Biore UV Sunblock 50spf
Yang ni sebenarnya Aien tak tahu dia untuk kulit berminyak. Haha Tapi, me pakai is okay je. Tak ada macam dry ke oily ke. Aien assume dia sesuai la dengan muka even review ada mengatakan dia untuk oily type. Aien kenal ni dari tahun lepas bila ada member kata sunblock is the most important in ur routine. Dan sejak Aien menggunakan sunblock ni, balckhead pun nampak kurang di wajah. eceh~ Ini bukan tipu yek. Still ada but , which is muka sekarang dah kering sangat sekitar hidung makanya pedih sikit bila pakai. Makanya, guwe berenti dulu gunakannya. Padahal benda ni basic kan dalam skincare rutin? Adoododo..
5. Aloe Vera
Yang ni boleh dikatakan dah lama cari di seluruh Watson akhirnya jumpa di Watson Miri. Haha Serius benda ni favorite baru sebab dia aloe vera. Currently Aien cuma guna ni je kat muka. Adeh, dia punya pedih tu tak terkata. Macam pakai aloe vera yang original. Quite nice actually. And this product pun share dengan Nayla dan Tuan Izwan. Masing-masing ada dry part of body. So, letak laa Nayla sejenis mensia yang tak tahan panas. Bila dia panas, part kering tu dia akan garu. Kalau Tuan Izwan biasalah, orang kerja dalam penghawa dingin. Cepat la kulit dorang kering.
Last but not least, this is not my favorite actually sebab sejak tukar ni muka jadi macam teruk sangat. Aien rasa benda ni menyesal jugak beli sebab satu mahal dan duanya Aien beli dua botol. Mesti korang wonder why beli dua kalau rasa nak mencuba? cause kena bodek dengan promoter dengan promo buy 1 free 1. Huwaaa.. Dia sebenarnya sedap dan okay pakai. Kenapa la pulak? Sebab Aien pakai kat tangan somehow tangan rasa soft and luka yang ada kat tangan cepat betul healed. Tapi, why kat muka tu teruk? Sedih la rasa sebab muka pun makin teruk sekarang ni. Tak tahu nak pakai produk apa. Dia punya kering tu, rasa macam tak pakai apa. Even Aien dah guna moisturizer kat muka masih terasa keringnya. Which lead me to another conclusion yang mana daku ni kurang air dalam badan. bwahaha. udah ler aok tu nyusukan anak, bela la sorang kat dalam tu. Air pulak tak dapat nak masuk. Masuk je, muntah. Phew~ cabaran jugak tu. Untuk itu, tembikai la solusinya. Hehe Makan tembikai boleh kenyang dan hilang haus dalam masa yang sama. Kan?
Any suggestion untuk kulit extra kering? heeee...
Ahad, Januari 06, 2019
THE 10 THINGS I CAN'T LIVE WITHOUT
Untuk top 3 yang Aien tak boleh hidup tanpa is my parents, my siblings and my little family. Itu yang penting kan? Because without them there is no Aien at all. Kerana mereka I'm still alive after going thru everything that always make me want to suicide. Alhamdulillah, because of them.. here I am. Thanks for everyone and everything.
Keempat is of course an item. Currently all people in this world can't live without it. Unless they never knew about this thing, never try it and never found any magic about it. Guess what? haha
Benda ni keperluan. Satu kewajipan mesti ada seiiring dengan waktu sekarang. Somehow, benda ni boleh jadi keutamaan yang sangat melalaikan bila kita duapuluhempatjamtujuhhari mengadap dia ja. Sampai juling mata. Lagi-lagi sekarang teknologi yang semakin maju, every smartphone company want to do their best to attract consumer to buy their gadget, right? Haa, apa lagi manusia pun gigih trade in and doing everything untuk dapatkan yang latest. Teringat pulak hari Khamis lepas, dengar di Sinar.fm masa nak balik kampung. Seorang lelaki di China menjual sebelah buah pinggangnya demi satu telefon pintar yang femes masa tu. Dia mungkin dalam lingkungan umur 18-20 kot kalau tak silap masa dia jual tu. Selalu orang kita acah-acah je kan, tapi tak pernah pulak buat. Tapi, budak ni berani p buat dengan jaminan tiada kesan sampingan dari perbuatannya. Dapat telefon akan tetapi malang buatnya sehingga kini dia masih terlantar di hospital kerana buah pinggangnya yang tinggal itu gagal berfungsi. Dan ahli keluarganya pula terpaksa membiayainya. Eh~ tertulis dah suara Abang Adi pula. Haha So sad kan?
Gais, ni kak Munah nak pesan, walaupun orang sekeliling kita telefonnya lagi canggih dari kita, it doesn't mean we need to catch up with them. Guna la apa yang termampu janji kau dapat telefon mak abah kat kampung. Apa la guna telefon berjuta rupiah tu kalau telefon mak abah pun tak pernah, ye dak?
Buat Aien, ciri-ciri telefon Aien boleh pakai is, tahan dibuat main game, dengar lagu, dan tengok drama. Itu je. Dulu la kan. Sekarang ni, mana yang laki aku mampu itu la aku pakai. Tapi, mesti menepati ciri-ciri di atas walaupun sebahagian. Janji bateri tahan la. Sekarang fast charging fast die. Susah!
Eh~ terbebel pulak bila buka hikayat telefon pintar ni. Kan dah lupa next item. Thank you, next!
Benda kelima, Aien can't live without is vaseline. Ala, vaseline is jenama. Apa kan tu, petroleum jelly tu. Yang 1001 macam kegunaan dia. Since I knew about being cantik, being a proper lady. Benda ni tak pernah miss daripada menghuni beg tangan atau beg mekap Aien. Tapi susah nau nak habis la guna. Biar sampai expired. Pahtu beli baru. Kadang-kadang suka beli besar terus. Sebab beli kecik nanti cepat hilang. Ghaib bin ajaib entah mana dia pergi. So, besar is lebih afdal la kan?
Keenam, dear earpiece. Tapi dah kawen ni, ghaib ditelan dek barang lain. Dah ada anak, ada masa ke nak dengar by earpiece tu. So, dia bukan lagi benda yang Aien tak buleh nau hidup tanpa dia.
Eh, nak skema buleh tak? haha Next, next benda yang Aien tak buleh sangat hidup tanpanya adalah, udara! Yes. Udara yang kita guna untuk bernapas ni. Haa, skema tak? Tak ada idea la nak senarai hitamkan benda yang tak buleh dengan. Apa yang disenarai di atas itu je la. Aien mesti usang ke hulu ke hilir, siap buat spare part lagi. Satu kat rumah, satu kat kampung , satu dalam beg anak, satu dalam beg tangan sendiri? Kau rasa? Benda apa?
Baru teringat, minyak angin. Roller punya style by Freshcare.
Rabu, Disember 26, 2018
REVERSE BUCKETLIST: MY ACHIEVEMENT SO FAR
Hi~ Assalamualaikum |
Baru balik dari blog walking a few blogger friends, baca dorang punya entry such a depressed on the end of the year. So, Have a faith and good luck for next year.
Aien bukan la nak cakap depressed sebab baca blog dorang, cumanya sedih baca entry tu. Tumpang sedih cause semua orang rasa apa yang kita rasa but NOT at the SAME TIME. You know what I mean? Everyone has their own roller coster. Masa kita tengah sedih, kita tengok orang ni happy. Time kita happy, entah-entah orang tu tengah sedih. Kan? So, that rollercoster is always up and down. To you guys, please keep positif even though I am not a positif person. Keep have faith with Allah because He is The Almighty. Keep doa and sabar. K?
Untuk happykan korang, Aien terfikir nak buat reverse bucket list ni. Hasil idea post challenge yang tak habis lagi la. Adoo~ ada a few lagi tinggal. Rasa macam dah hujung tahun ni, Malas pulak nak update blog. Bukan apa. Nak new template. Tapi nak duit. NAK .. Dan terus nak. Daripada berfikiran tamak sebegitu rupa, kesudahannya mim alif lam sin.
Haiya~ it's that happykan kitaorang Aien? huh~ baik tapayah!
Nah, ini sebenarnya benda nak share dengan korang semua.. Reverse bucket list ni ialah benda yang korang dah achieved sebelom ni. Means, korang dah buat la. Kasi sikit korang dan diri Aien sendiri proud dengan diri. Tengok cermin, tepuk bahu, say it. "I am proud with me. " Senang kan?