Selasa, Disember 27, 2022
Tahniah adik ipar!
Alhamdulillah, barakallahu fik, selamat semuanya dengan sekali lafaz, seorang lagi adik ipar Aien bergelar isteri orang. Off market dah semua adik ipar perempuan. Tinggal sorang aje lagik. Tu pun nganto pengantin aje la.
23 Disember 2022 - tarikh yang di pilih jatuh pada hari Jumaat kedua terakhir untuk tahun 2022. Semput eh mengelola majlis ni sebenarnya. Yang lagi penat semestinya pengantin. penat senyum, penat tunggu kena mekap, penat kena inai dan berlapar. Tapi tak apa, untuk hari istimewa sendiri juga kan.
Jika 2020 dulu Aien secure wedding adik ipar masa PKP, tak besar jemputannya, kali ni walaupun tak la berapa ramai jemputannya still phewww.
Memang terasa juga perbezaannya kan. Well, semuanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mak mentua lepas ni dah bebas la nak berjalan tanpa risaukan anak dara dia lagi.
Kali ni Aien teruja sebab suami jadi wali dia, terkenang kembali la moment kami dahulu. Anak-anak bila tengok dia bersamping apa semua, bila ditanya "Ayah kawen lagi boleh?" marah anak-anak. Haha Bukan takat anak-anak tau marah dengan Ibu dia sekali ni marah jap g.
Imam ni pun supporting sangat, sebab suruh pengantin mengadap ke tetamu. katanya senang nak amek gambar. Sempoi teruk! Sedangkan masa Aien dulu, imam dah la -- malas la nak cakap. Selamat dah tiga ketui kami ni ha.
Masing-masing berdebar. Pengantin lelaki jelas di wajahnya gugup. Tetiba rasa macam seronoknya kali majlis aku ada orang amek gambar macam aku amek ni. Haha Ada fotografi, tapi ya la.. Mahu yang versi video juga. Kali ni, adik ipar sempoi je tanpa hantaran sebab masing-masing memilih untuk sekali je hantaran masa tunang hari tu. Jadi masa nikah dah tak kalut 5-7 dulang tu lagi.
Rabu, Disember 21, 2022
Upside Down House, Kuching
Image Credit: Facebook Upside Down House, Kuching |
Bayaran masuk Upside Down House, Kuching
⏰ Dibuka setiap hari 9.30 pagi sehingga 6 petang
Rabu, Disember 14, 2022
RJ Cafe - Ayam Bakar lejen!
Yah, hari ni teman-teman saya mau bercerita pasal makanan ni satu sedap di Kuching atas recommended my sister.
RJ Cafe - best known as their ayam bakar so delicious. But for me, biashe biashe saje. But, why not kita share juga. Sebagai simpanan yanh kami sudah cuba ke mari.
Over all menu yang kami cuba pun biasa-biasa saja. Again - cuba lagi toast yang sama di King Laksa Sarawak, tapi kali ni tak laku pulak dengan anak-anak. Betul la tu. Persekitaran atau keramaian menarik minat anak-anak untuk makan. Apatah lagi bila dia tengok semua orang makan menu yang dia order.
RJ cafe, Kuching
image kredit: teaspoon |
3 Tempat RJ Cafe
Ahad, Disember 11, 2022
Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching
Jalan-jalan ke Taman Sahabat, Kuching.
Taman Sahabat?
Image kredit: bombasticborneo.com |
Sabtu, Disember 10, 2022
Family Time selepas beberapa tahun
Family time selepas beberapa tahun
Day 2: Lepas Sarapan di King Laksa Sarawak kami bergegas ke rumah baru Atok dan Opah di - port rahsia. Haha
Selesai solat zohor bersama sedikit tahlil dan bacaan doa selamat untuk keselamatan dan murah rezeki 2023, in shaa Allah kami pun makan menu masakan Kakak sulong kami nih. Jauh import Asam Pedas Ikan dari Melaka ui. Ada linut a.k.a ehh apa nama lain dia eh.. Pahtu sayur campur banyak udang. pahtu Ayam goreng, pahtu kerabu mangga dibawa oleh auntie a.k.a adik Opah Nayla ni.
Sebenarnya kami adik beradik ni mahu ler menyenangkan semua pihak, suruh order saja. Tapi ayah ku memilih untuk makan masakan anaknya. Hee~ semua mogok tak nak tolong. Last-last datang jugak la tolong, tolong makan. Haha Tak ada la jahat begitu an. Tolong sikit-sikit je sebab bukan buat besaran pun. Kami adik beradik aje dah bersendat di ruang tamu tu. But, seronok dapat makan masakan rumah which I olls terlupa capture sebab busy membawang. Kah!
Alang-alang memasing dah ada, mak ayah pulak p hantar haji yang dijemput untuk bacaan doa selamat tadi, pulang ke rumah dia. Aiguu.. Maka kami berfotografi sesi gambar adik beradik.
Harap tak clear. Kang marah pulak adik beradik aku campak gambar kat sini. Haha Well, Aku kan suka cerita semua mende.. Pahtu kalo campak pun nobody cares right? Hee
Pahtu anak-anak pulak baik hati siap dah kenyang makan lena ler memasing. Alhamdulillah perjalanan kali ni seronok la jugak kan sebab dapat jalan ke sana ke mari. Tak macam yang lalu, dok rumah aje lebih. Duit mengalir. Seram~
Next, kami ke rumah adik bongsu perempuan sebab dia menghitung hari nak pindah which masuk ke rumah atok dan opah Nayla as guardian rumah tu. So, merasa la suasana rumah studio apartment yang ada pool. Bertambah suka budak-budak ni dapat mandi kolam. Tak ingat eh. Siap tanya lagi, ayah tak bawak khemah ke ibu? Aduhai.. Dia rasa homey sangat sebab ada rumah macam rumah sendiri, kereta macam kereta ayah dia. Ehh..
Pool di tingkat atas bangunan. Merasa tengok sunset di apa tu.. orang panggil, kejap eh.. Apa eh... Rooftop! Masya Allah Nor! Tengok keliling gelap hujan, last-last lepas kami dah masuk bangunan baru luar hujan. Alhamdulillah tak kena hujan. Haha
Pahtu ronda kejap di AEON, Kuching. Kakak aku cakap, datang Kuching tapi masuk Mydin, pergi Aeon, dah macam Malaya pun ada. Tak ada rasa beza dengan Semenanjung. Lain la kalau balik Miri, semua Sarawak made. Belom ada lagi Mall dari Malaya pecah masuk Miri. Kan?
Last berbalik ke rumah atok cause atok dan Opah nak merasa anak cucu menantu berkumpul. Hee~ ikutkan saja sebab itu la tujuan utama kami di sini kan. Ada orang tu sibuk dengan bola dia malam tu. Nasib Johor menang kan.. Last year dia kata Johor tak menang. Sama jugak di Sarawak masa tu. Haha Nasib la bang.