posts in category GATEAWAY

Sabtu, Mac 26, 2022

MAK KIAH HIDDEN CAMPSITE : Port Baru untuk getaway

 

Mak Kiah Hidden Campsite: Port Baru untuk Getaway

Hi, Hi Hi 


Kembali kita dalam siri bercuti dan berkhemah bersama si Nopal. Eh, bukan. Bersama Nayla, Najmi dan si kecil Nadhira. 


Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Iskandar kelmarin, memang sudah dirancang oleh Sang suami nak berkhemah lagi semenjak pengalaman pertama kali berkhemah lalu meninggalkan rasa teruja dengan ketenangan alam tu. 


Baca juga: Pengalaman berkhemah dengan anak kecil di Logok Campsite


Makanya, diulang kembali sesi berkhemah dengan tempat baru, suasana baru dan alhamdulillah pengalaman baru jugak apabila sebaik saja suami siap mendirikan khemah dan baru hendak melepas lelah setelah sejam jugak perjalanan daripada Skudai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Mula seronok, bila hujan lebat makin menderu mula membawa turun kepala air dari gunung. Allahu, punya seronok tengok anak mandi, terlupa dengan sungai tu. Seram, nasib tak terus bungkus la. 


Sepanjang hujan lebat tu, tuan tanah Mak Kiah Campsite ada turun padang memantau keadaan sungai yang semakin tinggi airnya. 


image kredit: Page Mak Kiah Campsite

Dah sampai lupa ambil gambar khemah dah siap pasang, al-maklum la ada anak kecil. serba serbi serabut. Haha 


Alhamdulillah setelah dua jam hujan turun, menunjukkan tanda redanya. Arus sungai mula surut. Dan kami kembali ke khemah yang habis banjir. Luar je la tapi. Dalam selamat selesa tidur 5 beranak sampai esok pagi. Tak sangka pulak kan. Try and error punya style. Haa, pengalaman kan? 


Mak Kiah Campsite

Ianya merupakan satu tempat perkhemahan yang diusahakan oleh suami isteri di dalam ladang kelapa sawit dengan menghadap sungai dengan kemudahan tandas sebanyak 4 pintu. Alhamdulillah bersih dan selesa. 

Harga tapak untuk disewa : RM20/malam (promosi terhad untuk Mac 2022) boleh hubungi Tuan Tanah Mak Kiah Campsite: 

Cikgu Azam - 0179771286

 atau layari page FB: 

Mak Kiah Campsite


Tapak juga terhad untuk 3-8 kumpulan saja. - Demi menjamin keselesaan antara pelanggan. Kebiasaannya Aien tengok dari pelanggan lalu Mak Kiah Campsite ni kebanyakan datang keluarga saudara mara begitu. Tak pun sesama kenalan pejabat yang punya hobi sama seperti suami dan kawannya. 


Tuan Tanah juga sangat ramah dan mengalu-alukan cadangan baik dari kami dan sentiasa datang ronda pagi dan juga malam. Kalau tak silap Aien kedua mereka itu cikgu. Mengusahakan tanah tinggalan mak.  Begitu la. 


Syiok sangat wei. Kalau tak jumpa kepala air tu, eh.. dua malam kami. Seram juga tengok air tinggi wei. Ada anak kecil lagi. Dengan khemah barang semua banyak. Memang idok ler nak suruh suami kemas sorang. 

Ohh, selain daripada itu juga, Mak Kiah Campsite ini tidak mengalu-alukan walk-in ke tempat mereka atas faktor keselamatan agaknya. Tiada piknik -means bakar-bakar. Tahu saja la kan ladang, monyet pun ada. Walaupun begitu, sepanjang kami berada di sana, tiada juga mereka datang sergah khemah kerana tuan tanah sudah menyediakan sensor untuk mengesan binatang-binatang liar. Jadi, kalau mereka ni tersesat alarm akan berbunyi macam siren. Haa, pesanan tuan tanah. Jangan terkejut pulak dengar siren tengah hutan. Bukan maksud berbahaya. 

Macam biasa laa, kalau dah berkhemah mana akan ada letrik ye dak? Jadi tiada letrik untuk kamu di sana.  Haha But no worries, talian telefon maxis paling syiok laju dia. Siap boleh skrol tiktok bagai. Umobile sendu sikit. Ada line, tapi terbatuk-batuk. Tapi, apa guna untuk getaway tapi masih nak fix ngan phone kan?

Jika korang risau la kan, eh letrik tak ada? Habis tu gelap laa.. jangan risau ada 7 lampu solar besar mengeliling kawasan Mak Kiah Campsite ni.  

Paling best apa tau, kalau la buat macam kem survival kan, siap ada campfire tau. Memang fefeeling sangat. Lagi meriah la kalau dapat buat family day kat situ. Atau family getaway kan. 




Dia ada tiga tingkat susun atur khemah dan yang mana ikut keselesaan korang la kan. Kami pilih masa tu, paling dekat dengan jeram. Keluar khemah je terus turun sungai. Mandi. Haha Kan semalamnya dah hujan lebat. Kejap je air dia dah jernih balik, dan takungan air pun puas hati dewasa nak mandi ala-ala puteri bunian. 


Tingkat 1 (dekat dengan jeram) - boleh memuatkan tiga khemah. Dia ada juga sediakan tapak seperti dalam gambar di atas. 

Tingkat 2 - (medium) dekat dengan tempat parking. boleh memuatkan 3-4 buah khemah keluarga. 

Tingkat 3 - dekat dengan bilik air. Paling tinggi. Boleh memuatkan 3-4 buah khemah juga. 

Over all, memang puas hati, again I want to mention it. Not paid review okay,  cuma dari tingkat 1 tu nak naik ke tandas/bilik air rela turun ke sungai. Haha 

Lagipun di tingkat 2, berdepan dengan  tapak campfire ada juga paip air untuk bilas badan. Tapi open space. Tayangan umum gituu.  


Ajum kita treasure gambar Ibu yang amatur ni snap buat kenangan untuk korang dan juga kami. 




Jalan masuk ke tempat perkhemahan. Memang bertutup dengan buluh. Jadi bila korang dah tempah, jangan ragu jangan gusar. bukak dan masuk saja dan jika boleh maklumkan terlebih dahulu dengan Cikgu Azam yang korang akan sampai jam sekian-sekian. 


Masa ni duduk dalam kereta standby. Tinggal bapak-bapak saja jaga barang kat belakang. Mana tahu dia makin lebat memang terus terbang saja la bawak diri dan barang berharga. 


Mak anak tiga tumpang lalu nak mandi. Kalau laut malas juga nak layan sebab melekit. Sungai, was a big YES for me. HAHA peduli laa. 


Tiga ketul bergambar kenangan di banner Mak Kiah Campsite. Elok aje si Nadhira sepanjang 2 hari 1 malam kat sini. Tiada juga meragam. Alhamdulillah dia paling senang la. Dia cuma nangis bila Ibu babap tangan dia sebab sibuk nak main wayar lampu dan kipas yang sambung dengan power bank tu kan.


Last but not least, kenangan kami dua keluarga di sana. Jumpa lagi kawan baru. Tapi, Iolls lupa tanya nama. Haha Sporting habis. Umur pun masing-masing lebih kurang. Suami kami berdua satu pejabat la jugak kiranya. Baru berjumpa di Logok Campsite ritu masa dorang nak balik. Eh Eh, memasing pun baru mula nak set . 


Begitu la pengalaman kami berkhemah dalam ladang kelapa sawit. Baru adventure sikit. Kejung kaki ibu turun naik ke tandas.  Dengan Nadhira jadi anak warek (monyet). Bila letak bawah, buat kerja sungguh dia. 

Nak  info lebih lanjut tentang Mak Kiah Hidden Campsite, korang boleh tengok di page FB 

Tidak la mewah, tapi cukup untuk cipta kenangan indah bersama keluarga

Next location please...  

Ahad, September 27, 2020

Short Gateaway ke Kota Tinggi


Short Gateaway ke Kota Tinggi | Sempena Hari Hol Sultan Iskandar khamis lalu, terima kasih Encik Suami bawakkan kami anak beranak percutian pendek ke Kota Tinggi. Dapat juga hirup udara selain daripada kebiasaan. Ke mana kah kita? 

Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil


Namanya selalu buka media sosial sana sini, tapi benda viral begini pun tak tahu. Ingatkan nak mandi di Tanjung Balau. Alih-alih eh jauh bebeno. Ceruk mana ntah jalan tanpa penghujung. Sampai di suatu kawasan, yang sudah dipenuhi dengan kereta walaupun baru saja jam 1030 pagi. Entah jam berapa gamaknya mereka ni bertolak dari rumah. Kami yang kira seawal 830 pagi pun rasa macam lambat saja. 


Nayla dah termenung tengok air. Sejak dia membesar ni, air tu bukan best friend dia. Rugi betul pergi pantai lawa begini tak mahu mandi. Ibunya pulak tak turun dek kerana beg barang berharga. Adooo, sekali turun untuk ambil Nayla dia dah meraung, alamak! Lawanya air dia. Masya Allah. 


Najmi saja puas main dengan ayahnya. Buat pertama kali Najmi ke pantai, dia tak kekok bermain. Siap pandai mengapungkan diri lahi, kata ayahnya. 

Setelah puas bermain di pantai, maka kami bergerak ke Pekan Kota Tinggi, meneruskan misi mencari makanan. Bila dicari, berkenan dengan satu restoran yang boleh tahan mengancam gambar makanannya. Dicari tak ketemu, bertanya pada orang tempatan. Rupa-rupanya Restoran Haji Daud sudah lama tidak beroperasi semenjak PKP dilaksanakan. Sayang pulak rasanya. Kerana malas hendak berjalan ke tempat lain, kami memilih untuk makan di sebuah kedai makan Indonesia di prebet sebelah terminal bas. 


Aien pilih untuk makan bakso. Dan sesuap dua baru teringat nak amek gambar. Dasar! Kalau menu Encik Suami pulak Nasi putih Pece Lele tidak pulak diambil gambarnya. Bukan mahu sokong karya bini dia ni. Ahaha


Anak-anak join Ibu saja makan bakso. Segelas milo es extra untuk dorang. 

Selesai menjamu selera, kami bergerak ke tempat Kota Tinggi Firefly Park. Satu tarikan baru di Kota Tinggi. Jangan keliru ya kawan-kawan. 

Kota Tinggi Firefly Park - 

carian google


1.9km dari Pekan Kota Tinggi. Jika datang waktu siang sedikit seperti kami ini, sekitar jam 1630 petang, memang seperti tiada apa-apa menarik. Kerana aktiviti bermula selepas maghrib. 

Makanya kami bergerak ke destinasi yang satu lagi. Masih juga bertemakan kunang-kunang, lebih kurang 15 minit ke hadapan lagi. 

Kota Tinggi Firefly Valley Leisure Park 

carian google


3.7km dari pekan Kota Tinggi, masuk jauh ke dalam kebun kelapa sawit. Ikut saja arah yang dibawa oleh gps atau maps. Don't worry anda akan sampai ke destinasi. 

Masih juga sunyi sepi di petang hari. Ya la, siapa nak tengok kunang-kunang di hari terang. Seronoknya KT Firefly VLP ni, mereka menyedikan mini zoo untuk kanak-kanak. Ada kura-kura, arnab, ayam yang pelbagai jenis, burung merpati, kolam ikan, kambing dan angsa. Boleh la buat buang boring sementara menunggu malam. 


Ada jambatan gantung di antara tasik. Jadi kita boleh bagi ikan makan. Teruja anak-anak bila ikan datang serbu. 


Kandang ayam. Macam-macam jenis ayam.
 

Satu lagi kolam ikan di hujung valley. Sebelum ke jeti. 


Masih jugak kolam. Luas la tempat ni. Seronok bawak budak-budak cuci mata, tengok binatang. 


Haa, ayam belanda. Nayla teruja tengok ayam besar. Haha adik dia ikut sorak . 


Arnab dalam rumah besar. Kandang berasingan. Banyak la dorang ni. Ada lebih 20 ekor agaknya. 


Kambing. Anak kambing comel. Yang besar dah tak comel sebab dorang rakus nak makan. Ayahnya saja berani. Anak-anak dah lari takut apatah lagi si Najmi yang selalu acah berani je. Haha


Sungai yang dibawa untuk melihat kunang-kunang di malam hari.   Ada jetinya di sebelah belakang, tapi lupa pulak nak ambil gambar sebab dalam kepala dok merungut sebab dorang pengurusan tak sedia pagar tepi tu. Jadi kita as parents risau bebeno la anak-anak yang aktif suka nak menguji keberanian ni. Fuh, boleh tahan dalam sungainya. 



Ni nah tadi, kura-kura yang bijak. Dia tahu tau kita bawakkan makanan, mengejar ke main. Najmi belajar ayat baru, Campak!  pandai dia sebut. 


Angsa riuh sekampung. Adooi~ bebudak jadi takut. Tapi nasib baik dia duduk dalam pagar je. Saja bagi salam perkenalan. 



Taman permainan di sebelah sudut lain. A bit rusty jugak. Dengan rumput yang siap ada tajam-tajam tu, apakan nama dia. Yang selalu melekat kat seluar tu.  Adoo, pengurusan tak jaga rumput. 


Barisan kandang ayam. Boleh agak la berapa banyak ayamnya. 


Dan harga untuk masuk adalah RM2 seorang. Termasuk kanak-kanak. Dan diberikan bekas makanan ikan & kura-kura serta Arnab & Kambing. Kalau tengok kunang-kunang di sebelah malam RM18 dewasa dan RM12 kanak-kanak terus free masuk mini zoo ni.

Secara keseluruhan dari segi kebersihan dan SOP semuanya okay, cuma rumput dan pagar tepi sungai tu je la. 

Puas jugak pusing-pusing dalam mini zoo ni. Kekurangannya juga untuk kita muslim tempat makan serta solat teda la jugak kalo kamuorang mau pigi petang, sekaligus tengok kunang-kunang. 

Jika punya anak kecil pun ikut petua orang lama, tak payah la dibawa ke mari sehingga lewat malam. Nanti apa-apa jadi susah. Gitu~ bagus kamuorang sediakan payung sebelum hujan k. 

Maka tamat sudah perjalanan kami sebelum encik suami pandu pulang ke pontian. Lain kali boleh repeat lagi. Thanks a lot. :)

Isnin, Februari 03, 2020

10 TEMPAT MENARIK DI MIRI WAJIB PERGI


Bendera Daerah Miri

10 Tempat Menarik di Miri Wajib Pergi | Hi~ Assalamualaikum 

Cuti sekolah bakal menjelang bulan tiga nanti, korang ada yang dah susun plan ke? Kalau belum, meh Aien nak share dengan korang tempat best jika korang nak ke Miri, Sarawak. 

Seperti yang korang tahu, Bandar Miri merupakan salah satu bandar di Bumi Kenyalang yang terkenal dengan apa ya, HAHA malunya nak ngaku anak jati Miri sebab Aien pun tak tahu. Adeh, sedih la. Yang Aien tahu, Miri terkenal sebab dia dekat dengan Brunei Darussalam. Ada lagi la sebab apa korang mesti singgah Miri. Meh, tengok!

1. Hawaii Miri

Korang ingat, Miri ni tak ada pantai lawa ke? Ada.. Kalau rasa nak fefeeling, mohon la bawak diri mendengar deruan ombak pantai.

Lokasi: Kampong Bakam, Miri



2. Taman Negara Loagan Bunut

Selain Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan ni juga korang wajib singgah. Sebelum tu, pastikan korang baca la dulu kisahnya baru terjah. Kenapa? Korang kena tengok sendiri keindahan semulajadi tempat ni. Tak best la spoil kan.

Lokasi: Loagan Bunut National Park, Miri



3. Bukit Kanada

Sudah la tadi Pantai Hawaii, ada pula Bukit Kanada, tak meriah koo Sarawak ni. Di Bukit ni ada Muzium Petroleum dan korang boleh tengok sunset serta keindahan bandar Miri di waktu malam. 

Lokasi: Bukit Kanada, Miri 


4. Pantai Tusan Bekenu

Pernah tengok gambar viral pantai di Malaysia ada lampu warna biru di persisiran pantai dia? Haa, kat sini la pantainya. Fuh, terujanya kalau dapat tengok dengan mata sendiri. 

Lokasi: Exit Jalan Bekenu-Miri Coastal, Miri



5. Miri Crocodile Farm & Mini Zoo

Rugi kalau pergi Miri tak singgah Zoo kat sini. Bukan untuk kanak-kanak je tau, malahan untuk orang dewasa sama. Jangan sombong, ambil ilmu tentang jenis buaya di Sarawak. 

Lokasi: Lot 164, 24KM, Miri-Kuala Baram Road, Miri



6. Piasau Nature Reserve 

Hutan simpan yang terjaga. Hutan ini cukup kaya dengan flora dan fauna yang pelbagai. Yang paling menarik, korang berkesempatan melihat burung kenyalang yang menjadi kebanggaan Sarawak dalam alam hijau ini. 

Lokasi: Piasau Reserve Park, Miri


7. Boulevard Hypermarket 

Miri bukan saja kaya dengan alam semula jadi, dan jika korang rasa rindu nak tengok pusat membeli-belah, Miri ada juga pusat membeli-belah yang jadi tarikan pelancong dari Brunei. Boleh la shopping cuci mata, sambil makan dan beli keperluan. 

Lokasi: Jalan Merpati, Miri


8. Luak Bay Esplanade

Lokasi kegemaran warga tempatan mahupun pelancong untuk berkelah dan berkhemah serta ber-BBQ sambil menikmati angin pantai dan melihat keindahan matahari terbenam. Jika bertuah, korang mungkin dapat mengira bintang juga. 

Lokasi: Luak Esplanade Bay, Miri


9. Air Terjun Pantu

Salah satu sebab kenapa air terjun ni kurang mendapat sambutan walaupun keindahannya tak kurang hebat dengan air terjun yang lain adalah kerana kedudukannya agak jauh daripada HQ Taman Negara dengan pendakian dan perjalanan turun naik bukit yang secara keseluruhan memakan masa sekitar satu jam. 

Lokasi: Taman Negara Bukit Lambir, Miri


10. Gua Rusa

Mendapat nama Gua Rusa kerana penduduk setempat sering terlihat rusa datang berteduh ke dalam gua ini dan menjilat garam yang menyelaputi batu kapur pada gua.

Untuk sampai ke gua ini, korang perlu mengikuti trek yang sepanjang 3KM yang mana korang boleh menikmati pemandangan hutan hujan dan sungai yang mengalir segar.

Lokasi: Gua Rusa, Gunung Mulu National Park, Miri


Tergoda bukan? Haa, jangan kan korang bahkan Aien sendiri rasa macam nak balik Miri je terus ni. Hadeh! Kau tunggu aku balik nanti. Kau tunggu.

Apa lagi korang, jom ke Miri. Jangan risau, untuk ke Sarawak dan Sabah korang tak perlu passport melainkan korang berkad pengenalan MERAH kerana sebaik saja tiba di mana-mana Lapangan Terbang yang ada di Sarawak atau Sabah, korang akan diberikan pass kebenaran melawat selama seminggu. Jangan hilangkan tau!


kredit: Telegram Tauk ka sik Kawu? 

Isnin, Oktober 30, 2017

JALAN-JALAN KE KLUANG


Jalan-jalan ke Kluang | Hi~ Assalamualaikum

Remember when I said I was jalan-jalan few days ago?? Ni baru nak bukak hikayat la ni. 

Hujung minggu lepas, meriah Johor Bahru dengan macam-macam aktiviti even penjawat awam dah gaji awal bulan hari tu. Kah~ ngeng sangat! Dengan Jom Heboh dia, Karnival sana-sini, Sekarang UTM pun tengah meriah dengan FESKO UTM. a.ka Festival Konvo. Sampai esok kot. Malam kelmarin Ustaz Kazim Elias, Aien lupa nak g. Semalamnya Anuar Zain dengan Misha Omar. Ajak En.Suami, dia kata hujan, jalan jammed. Tak payah pegi katanya lagi. T^T Bawak hati lara, Aien tido awal. Kah~ Malam ni ada Projector Band. Malam penutupan ada Aiman Tino. Itu dah tak kisah dah. 

Okay, back to original story. Last Thursday, Me and family go to Kluang. Saja jalan-jalan. Bawak mak mentua dengan adik ipar yang teringin nak naik kereta api. Katanya, kapal terbang dah, kereta api dekat ni je belum. Hahaha Maka berjalan la kami. 

Ada apa di Kluang? 

Part ni Aien nak gelak dulu. Tak ada apa eh.  Bagi Aien yang tengah sarat mengandung tu kan, Alasannya cuma nak jalan-jalan dan nak naik kereta api. Hahaha Berbaloi? Boleh la. Tiket kereta api bukan mahal sangat pun. Kalau daripada Kulai hanya RM12 untuk Dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas. Pergi balik baru RM24 seorang. Okay kan? 

Trip kereta api dia, Sekali pagi, petang dan malam. So, senang. Nak jalan-jalan sana pun boleh. Sampai leput pun tak kisah. Barang-barang kat Kluang pun boleh la tahan murah. Masa Aien pergi tu, Johor kan tengah cuti Hari Hol Sultan Iskandar, banyak la kedai tutup jugak. Sunyi sepi je pekan Kluang tu. hahaha 

Kalau google pun, mesti ada je blogger cerita tempat menarik di Kluang yang boleh dibilang dengan jari. So, kalau bermalam tu, mungkin ada best sikit kot. 

First bila dah sampai tu, kalau dah turun dari kereta api, cepat-cepat la bergerak jika anda ingin tempat duduk di Kluang Rail Coffee. Kalau tak, tak ada tempat duduk. rezeki kami dapat tempat duduk sebelum dan selepas berjalan. Hahaha Seronok menikmati kopi di tengah hari. Tapi, Aien tak boleh minum kopi dan tertarik dengan namanya, Coco Dinasour tu yang order. Sekali tengok, hanyalah secawan milo tabur. Hahaha Bantai gelak.. Boleh laaaa.. Penuh cawannya dengan milo. Menyelerakan tika panas ni. Makan pulak bersama Nasi Lemak yang agak pedas sambalnya, memang berulam la dengan dinasour ni. Jangan pelik pulak kenapa adik sorang tu gigit jari. Dia pening kepala lepas turun dari kereta api, panas pulak. Nugget ayam diorder lambat sikit sampainya. Menengok kan aje orang makan dlu.


Apa yang sedap di Kluang Rail Coffee ni, roti bakar dan kopi dia yang agak mengancam. roti bakar dengan ada bermacam jenis yang anda nak ikut selera anda. Untuk 9 orang makan tak sampai pun RM50. Murah kan? makan pun kenyang jugak sampai patah balik ke sini semula. Al-maklum la, sebelum tunggu kereta api datang tu, singgah lagi ke sini. Dalam kereta api, sambung tido je. :D

Lepas makan, kita berjalan. Turun ke bawah pekan anda akan berjumpa dengan Lama Kreatif Kluang yang terletak di sebelah kanan penjalan kaki. Laman kreatif yang baru nak berkembang ni, banyak jugak lukisan yang cantik. Kalau dilihat, kebanyakan lukisan itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yang mengunakan hashtag kitakankawan ni. Lukisan semua cantek. Cumanya tak berapa nak penuh sangat. Aien pun tak ambil semua gambar dia, sebab kepanasan. Tengah hari bai jalan situ. Memang gambar cantek, tapi kena sabar la dengan panas terik mentari. :)





Ini merupakan jalan masuk ke Laman Seni, Kluang. 


 Menarik kan?? Seronok ambik gambar je kat laman ni. Macam-macam karya dari artist tempatan.

Jalan-jalan ke Kluang

Gambar Upin-Ipin pun comel kat sini. Geram je tengok.. 

Jalan-jalan ke Kluang

Kluang Man~ legend cartoon for 90-an kids. 

Jalan-jalan ke Kluang


Kak saudara tengah sibuk amek gambar anak dia, Aien p snap! Comel je dengan Boboboi dan Yaya. 

 Suasana kampung gitu..


Eh~ Shin Chan pun ade? Haa, kuatnya Shin Chan ni duduk atas batang paip tu..

Dora the Explorer. Cartoon tak berapa bijak di katanya mereka. haha

 Hai~ hello kitty.  besar dia ni.


Spider Man ada jugak.  Kenapa semua orang tak nampak jambatan tu? 

Jalan-jalan Ke Kluang 

Eh, siapa di situ? Hampir tak nampak tadi. Haha


MIL dengan kakaknya iaitu Mak Ngah. Tinggal dorang je adik beradik perempuan dalam keluarga Mak. 


tunggu sayang ke tu bang?!





Dah sampai ke hujung jalannya. Panas sangat akak sedara tu, bila nak ambil gambar pun macam nak cari gaduh. haha

Lepas habis jalan-jalan di Laman Kreatif ni, kami ke Kluang Parade yang mengambil masa 12 minit berjalan kaki. Ni namanya jalan. Betul-betul jalan punya. Tak beli apa sangat sebab tak jumpa benda menarik di sini. Tapi, mana tahu, ada perkembangan kemajuan daripada segi pelancongan dan tarikan mesti menarik lagi. Setakat ni. kalau warga Johor ke sini jalan-jalan tu, maknanya nak naik keretapi saja-saja. Merasa lepak di Kluang Rail Coffee tu. Cukup la kot. Meluangkan masa dengan family, berjalan bersama. Alhamdulillah, masa kami jalan ke mari, hujan mula membasahi bumi semenanjung. Sini pun baru hujan semalam ja. 

Sekian. It saja entry jalan-jalan makan angin kita. Esok Aien nak pergi buat check up pulak. :)

Jaa Nee!