posts in category HOT AIR BALLOON BDO

Rabu, November 28, 2018

APA YANG MENARIK CUTI SEKOLAH DI JOHOR??

Hi~ Assalamualaikum 

Kali ni Aien malas nak bebel panjang sebab Aien cuma nak share keterujaan benda menarik cuti sekolah ni. O M G!! 

P/S: entry ni Aien creditkan pada mereka yang susah payah mengarang ayat dan membuat post yang menarik sampai Aien rasa nak pegi tapi bajet nak mengizinkan. So, demi rakyatku eh... kawan-kawan blogger yang lain... go go tempat menarik ni! Konfem anda tak menyesal. Aien teringin nak pergi, tapi... tapi.. tapi.. tak lagi aku... eh! 



Tempat menarik cuti sekolah di Johor kali ni adalah ...

1. DINASOUR KINGDOM, PUTERI HARBOUR 
    - Kingdom ini telah dibuka pada 20 Nov 2018 sehingga Januari 2019. Ada macam-macam aktiviti antara Fossil Dive, Dinasour Battlezone, The Swamp dan banyak lagi la. Harga tiket RM30/dewasa, RM20/kanak-kanak. Untuk details, boleh klik gambar. 

Dinasour Kingdom


2. MOSCOW CIRCUS, PUTERI HARBOUR
   - Circus ini juga telah dibuka sehingga 1 Jan 2019. Yang ni Aien teringin sangat nak pergi sebab asyik tengok dalam movie je kan. Berdasarkan daripada perkongsian rakan blogger kita ni, keterujaan tu jadi bertambah sebab dorang bebas haiwan dan ada macam-macam show. Alaaaa, macam cerita 'The Greatest Showman' tu.. Nak pujuk Tuan Izwan pergi yang ni pun jadi la. Doakan yaa~ 



3. JLAND Hot Air Balloon, Aeon Bandar Dato' Onn
  - Untuk Hot Air Balloon ni sekejap je di Aeon Bandar Dato' Onn. And this one.. Nak jugak!! Haha



Gais, untuk info lebih lanjut, mohon klik dan baca pada link yang dikongsi yaa.. Kredit pada mereka yang menulis dan berkongsi pengalaman yang dah pergi. Aien cuma mampu share je.. hee~

4. WET WORLD Village Resort, Batu Pahat
 - Untuk wet world ni, Harga tiket RM16/kanak-kanak dan RM18/dewasa. Dibuka setiap hari pada cuti sekolah dan tutup pada hari Rabu pada hari biasa.


Setakat ni je dulu entry kita. Kawan-kawan ada tempat menarik lagi ke? Jom la share.