posts in category Herv

Khamis, November 28, 2019

SELEPAS MENGGUNAKAN HERV NATURAL


Selepas menggunakan Herv Natural | Hi~ Assalamualaikum 

As some of you might read  THIS dan sekarang Aien nak review la serba sedikit pengalaman selepas menggunakan produk ni.

Moh ler kita recap balik how I met this product and after I found the preloved on, I use it till now and some of the item met their end. Sob sob jugak tengah fikir either nak teruskan guna atau pun tak. Sebelum apa-apa keputusan, nak la simpan sini kenangan dia, so that bila lupa kita boleh tengok kat sini apa jua produk skincare yang pernah dicuba. Haa, tak ada la pisang berbuah dua kali.

My Skin type is normal to dry sensitive skin. Perhaps~ haha Based on apa yang Aien cuba pakai dan hasil sekian sekian dan sekarang ni most of skincare Aien nak cuba is all skin type sebab dari some of my reading, all skin type ni is most safest skincare dan ianya senang nak dijaga. cuma kena alert dengan bahan-bahan dia saja la.

Bila tengok Herv Natural ni sesuai untuk skin type Aien, that's why berani cuba and again, lucky me found the cheapest one. Again, now Aien so pening kepala either nak repeat lagi ke, atau bertukar kepada drugstore product. Ibu is pening~

Tak ada ke sesiapa nak kasi free dengan sis? Haha Bila asyik carian di google or di media sosial lain, automatik segala sponsored or iklan di mana-mana akan berkaitan dan mengeluarkan apa yang kita cari. Guess what apa yang Aien cari? Hahaha U know me right?

Kebanyakan yang Aien jumpa so pricey for unemployed housewife like me, or perhaps some people might say, 'ala, nak cantik, takkan tak nak labur duit?' And me laughed and smirk in same time.

And I said to myself, you have another choice tho' .

Least, but not last, Aien dah cuba product ni, maybe someday bila aku kaya, hahaha Akan cuba beli lagi.

Hasil menggunakan Herv Natural ni, wajah Aien dah kurang sikit kusam dia, sebab essence yang Aien beli tu pun dah separuh, kalau pakai 7 layer method itu la kejap na habis.


Oil Brightening Cleanser is so much awesome. Even Aien tak dapat la hasil macam yang dorang selalu war-warkan tu, Aien assume my skin tak kotor sangat cuma kering saja. Bila basuh-basuh kan, waa dapat la sikit kulit mati yang masih sibuk nak melekat kat muka ni.


Cleanser Mixberry menjadi pilihan Aien sebab skin type Dry, agent suggestkan guna yang ni. Kalau ada jerawat keluar pun, cepat je kecut kalau kita dok usap-usap manja jerawat tu dengan Cleanser ni. Tekstur dia likat dan transparent dengan bijian ungu, yang mungkin dari mixberry tu. Bau dia macam anggur gitu. Haa, jangan dok makan pulak.a Kadang-kadang Aien biarkan dia jadi masker dalam 10 minit gitu, hasil dia tak pernah mengecewakan buat masa ni.


Youth Brightening Essence Herv Natural ni sangat best. Aien tell you gais, setaraf dengan produk korea yang sekarang sama mencanak naik. Mungkin Aien yang terlambat untuk berjinak dengan skincare, but essence ni memang berbaloi dan cepat menyerapk ke dalam kulit wajah. Tak ada la nak tunggu lama sangat kan. Lagi-lagi bila kita nak hasil yang tip top, guna 7 layer, haa~ tu dia.. toink toink muka.

Yang penting sekali, Aien ni ada dry skin area hidung dan bila sapu extra kat situ, dia cepat absorb dan tak melekit. Lepas tu, area hidung tu macam much better daripada sebelumnya.


Untuk scrub tiap 2 kali seminggu, Aien gunakan Deep Exfoliator Cleanser ni. Hasilnya kulit lembut macam baby. First time guna terus jatuh cinta. Sayangnya, sejak Honey Bee Venom Moisturizer habis, dan Aien bertukar kepada moisturizer lain, dia rasa tegang je lepas basuh. Macam tak selesa pun ado. Tapi, jangan bimbang. Lepas disapukan Clinelle Hydrating Lotion baru dia more comfortable sikit. Di tambah dengan essence, kulit rasa lebih lembut dah bersih gitu.

Spoiler bagi Aien bila dalam dah elok pakai rutin empat produk ni, Aien saja gatal saja nak guna produk lama Aien dah beli tu.

As Garnie Micellar Water for Sensitive Skin, end up benda ni buat kulit muka Aien mengelupas dan pedih sangat bila jumpa essence Herv. Sob sob jap kat situ.

Tapi  gatal lagi ulang pakai sebab trial and error kan. Dan sekarang baru stop betul. One more thing ialah , moisturizer dari Honey Bee Venom Moisturizer dari True Island a.k.a Nafura, Aien beralih kepada Safi Habatussa Sauda and Aloe Vera Moisturizer untuk siang dan Nurish Organic 24K Gold Moisturizer untuk malam, Hadeh! Pedih tak terkata laa. Terutama Moisturizer malam tu. Dia terlalu wangi dan mungkin Aien kena elakkan produk yang ada Fragrance ni.

Sedih bila dah dapat skin helok sikit, spoil balik. Lagipun, bila kita pakai sesuatu produk ni, kena jugak add ons mana yang tak ada untuk lengkapkan skincare routine kita yang asas. Ini setakat yang Aien guna untuk sampingan.


So that is for awhile. Later for the next skincare product.

Jaa Nee!



Ahad, Oktober 13, 2019

BERALIH ANGIN KEPADA HERV


Hi~ Assalamualaikum | Beralih angin kepada Herv. 

Hujung minggu ni, pulang dari window shopping drugstore makes me want to write something about skincare. 

Actually, I'm not the expert one, yet I'm still searching some skincare that suitable for my skin. As people do read my oldest post, I have some skin problem either it's eczema or roscea, yet I still not make an appointment with some skin expert. Mahal laaa~ Nak pergi hospital tu, kalau bukan sebab bersalin je, malas nak pergi. Haha 

Produk sebelumnya Aien try almost banyak skincare yang mampu milik la kan. Since 13 years old, my dad always asked Aien nak beli skin care apa. Muka masih mulus cuba la safi. Masa Aien teenage dulu, skincare bukan la suatu yang penting dalam hidup. Sampai umur 18 tahun pun me is still tak guna mana² skincare yang proper rutin dan iyanya bukan satu kewajipan.  

Since Aien kerja, baru nak belajar erti cantik-cantik ni. Produk pertama yang Aien try adalah Ah,, takkan ingat laa. 

Aien start consume produk skincare ni sejak muka dah macam zombie,, kena hot shock sejak kerja kilang. Dan tempoh Aien berkerja di situ cuma seminggu je. Selebihnya demam dan terus muka macam apa entah. Mungkin sebelum tu Aien asyik kerja dalam aircond, jadi kulit mudah kering dan tak ada guna apa-apa skincare, and that's make the worst happen. 

Lepas tu la,, mengelabah cari skincare yang boleh cover balik. Mana la tau kena repair skin barrier dulu ke ape. Terus anggap bahawa aku ni sensitive skin rupanya. Tak selidik dulu tang mana sensitive nye apa. 

Actually,, kalau ikut gen family, kami adik beradik susah nak naik jerawat. Kecuali adik no 3 tu, jerawat almost full face. Ntah apa tak kena tak tahu la. Mungkin zaman gila asyik kejar muka nak flawless without kaji produk tu sebenarnya selamat ke tak. 

Pernah la cuba produk kunyit tu,, bagus result dia. haha Itu masa zaman kolej Aien cuba, sebab terpengaruh dengan testimoni dia. 

Okay, back after I resign dari kerja kilang tu,, Aien try la Hada Labo since orang kata dia hydrating and toink toink gitu. Tepengaruh dengan iklan juganya serupa bagus. Tapi tak cek yang mana satu Hada Labo yang bagus. Kah! Asal tulis  for sensitive skin, itu la Aien grab. Sampaikan fikir teori,, kalau kulit kita sebenarnya tak sensitive tapi kita pakai yang sensitif, makin la dia jadi sensitif. It's logic ke? Haha Mana la nak tahu~ 

Hada Labo 

Hada Labo Goku jyun ni kalau tak silap Aien try memula masa skin break out. Skin tengah teruk masa tu, ,terus try pakai Hada Labo ni. Pada mulanya segala skin peeling, yang pedih² tu okay di bulan yang pertama. After awhile Aien guna Goku Jyun ni,, muka jadi berminyak sangat. Dalam bilik yang ada air cond seem like okay la. Worth to try. Tapi, bila berjumpa dengan matahari. Oh my God, muka jadi berminyak yang amat dan Aien sejenis yang tak selesa betul kalau muka rasa berminyak. Terus rasa nak basuh. Jenis yang tak suka nak tepek apa-apa la. Senang cakap.

After that, I was stop using anything produk in properly term. Sebab risau nanti makin teruk. Tak fikir pun, bila langsung tak guna itu lah yang makin teruk. Haha

Masa kerja jadi Sales assistant kat Sendayu Tinggi lagi la malu sebabnya kita ni jenis skincare tak jaga, alih² boss suruh mekap-mekap la pulak. Makin la janggal terserlah di situ. Nasib la tak lama kerja situ. 

Till, I met Good Virtues Co. dan produk dorang macam sesuai dengan kulit Aien.


Good Virtues co. merupakan produk local yang kira best la jugak. Aien cuba ni masa dia belom dikenali ramai lagi. Satu set Aien cuba. Nampak okay. Cuma day cream dan night cream rutin Aien tak buat. Sebab rasa muka berminyak sangat. Hampir 4 tahun Aien guna produk ni. Sampai dibuatkan hantaran masa kahwin dulu. Over all sebenarnya mampu bertahan lama dengan produk ni adalah kerana ianya murah jika dibandingkan dengan produk drugstore yang lain. Poket yang tak berapa nak tebal ni, mampu yang ini saja.

Masa pakai pun, produk ni tak memberi apa-apa kesan pada skin Aien. Dia cuma ada pada syarat saja la. Al-maklum la, Basic skincare pun failed tang sunscreen, apatah la dengan double cleansing bagai. Janji muka tak ada jerawat pun dah cukup baik, fikir diri masa tu.

Bila diri semakin meninggalkan 20-an ni dan ada kawan yang baik hati masukkan Aien ke dalam group skincare di muka buku, Aien diberikan kesedaran dan hidayah tentang pentingnya penjagaan muka ni dan yang penting sekali adalah mengenal pasti produk mana yang betul dan baik untuk skin dan mana yang timbang kilo. Nasib la labu,  mak ni sempat sekali je terjebak produk kilo. Haha

Jalan punya jalan, terbaca satu produk local yang sedang mencanak naik sekarang ni. Macam nak cuba,, mampu milik la kalau jumpa set travel dia.

Herv

Haa, kecintaan Aien sekarang ni. 😍 Lucky me, dapat set yang worth RM250 ni dengan harga RM70. Siap ada free gift lagi. Beli preloved pada orang yang dia guna baru seminggu dan muka dia break out hasil dari penggunaan ni. Sian dia, but sis, Aien doakan moga muka sis pulih sepenuhnya.


Ini la set RM70 tu. Wow, kalau dikirakan sebenarnya set ni,, worth around RM300 tau. Huh, kalau nak beli sendiri mampu tak nak la kan. Tengok sebelah mana je mampu.

Okay, Herv ni terdiri daripada Brightening Oil Cleanser, Essence dan Deep Exfolitor. Oil cleanser tu untuk double cleansing la kan. Essence untuk pulihkan balik kulit wajah kita dan Deep Exfolitor tu untuk buang sel kulit mati yang menghalang daripada kulit kita serap apa jua produk yang kita guna.

Patut la Aien ni sentiasa miss somewhere je. Dead skin is too much. Yang tak best yang Set ni, Dia tak ada pencuci muka. Huwwwaaa~ Paksa Aien beli sendiri la selepas pakai Pencuci muka GVC tak berkesan, lagi nampak macam kering bebeno kulit.

Aien keep reading on that group, mana yang berpegalaman kan cuba Herv ni. Dorang kata bagus pakai satu set dengan pencuci muka dia, lagi kita boleh nampak kesannya.

And one more thing, rupanya if you ada sensitif type skin, you need to avoid foam type cleanser. Wow~ itu lah yang Aien tengah pakai. Masya Allah. So,, me need to stop using that. And pejam mata beli pencuci muka yang cenonet HERV tu dalam RM35.


Aien try Mixberry soothe Hydra Cleanser ni sebab katanya sesuai untuk dry skin type. So, me is now that type kot. Sebab rasa macam tak ada zat je kulit muka ni.

Now, almost 3 weeks Aien cuba Herv ni. Nampak kesan dia bagus. Cuma seakan slow sikit sebab ada sehari tu, Aien lupa nak buat double cleansing sebelom tido dan hari tu pulak Aien campuradukkan guna produk GVC toner dan Sunscreen Biore tu. dannya muka macam.. Okay,, I need to show some new thing such as JERAWAT!!

Oh my god, it's been a long time jerawat tak ziarah muka I. Kusam-kusam pun jerawat tak pernah keluar. but,, haa ada tapinya.  Jerawat tu cuma macam say Hai je. Pahtu dah blah gitu tanpa muncul dengan lebih aggresif. Fuh,,

Ada salah pakai ke hee?

Currently trying those product and routine yang harap memberi kesan la kan. Kalau ikut niat hati teringin bebeno nak cuba Mary Kay. Tapi untuk rakyat marhaen dan poket yang tak berapa nak ada kat baju ni,, mampu tengok je la. Kalau ada sesiapa let go the preloved, I would like to try. After this Herv.

Okay, Let's say this my current routine and product that I'm using.

AM:
Cleanser - HERV Mixberry Soothe Cleanser
Toner - Clinelle Pure Swiss Hydra Lotion
Essence - Herv Luxe Essence Advance
Moisturizer - True Island Venom Multi Solution Cream
Day Cream - Senka White Beauty Glow UV Cream
Sunscreen - Biore UV Milk

PM
Oil Cleanser - Herv Brightening Oil Cleanser
Cleanser - Herv Mixberry Soothe Cleanser
Toner, essence, moisturizer same as AM.

And that's it. My skincare routine.

Bila nak keluar, tambah la CC Cream with Serum by Senka dan A little lipstick by Anastasia, hadiah dari adikku terchenta.

Okay that's all. Kalau nak tahu perubahannya sila la tengok di IG,, sebabnya malas nak upload kat sini.

Till the next product!