Khamis, Disember 09, 2021
Cuti-Cuti Sarawak: Bahagian Satu. Johor ke Miri
Hi, baru nak ada mood taip ni haaa.. Mood bercuti masih pending leave ni. Korang apa kabar? Mood hujung tahun ni ramai nak take five dari segala media sosial kan? Nak rehatkan minda sebelum mula tahun baru yang dengar-dengar lebih mencabar lagi. semoga baik-baik sahaja kita kan.
.
Minggu lalu, kami sekeluarga telah direzekikan untuk pulang ke Sarawak setelah hampir 3 tahun tidak dapat pulang ke sana. Alhamdulillah, seronok sangat dapat bawak anak-anak jumpa Atok Miri dengan Opah mereka. Direzekikan pulang dapat jelajah separuh daripada Sarawak atas idea gila atok Miri deme ni. Phewww~ jangan tak merasa kan?
.
Sabtu 8.30 pagi. Bergerak dari Skudai ke Senai Airport. Naik Grab. RM18 Dapat Toyota Vios. Okay la. Dua luggage je kot.
.
Bayangkan dah siap turun bawah, Nadhira boleh pulak berak. Haha Timing cun cantik. Selalu kalau duduk rumah jarang amat dia nak poo pepagi gitu. Nasib suruh Ibu senam sikit naik atas lagi. Dah half way ke Senai, baru teringat. Kiriman mak mentua untuk Umi terlupa. Allah. Kecik hati orang tua selamba aku kasi tau aku terlupa. Nanti aku post utk umi. Kesian mak gigih uli untuk bagi umi. Apa punya menantu la aku ni.
.
Tiba di Senai Airport, kena daftar masuk atas talian juga, untuk contactless punya prosuder. Tapi, ya la lama dah tak fly. Kelam kelibut juga jadi dia. Dengan malam tadi, dah isi E-health DECLARATION FORM tu, rupa-rupanya bertahan untuk 12 jam selepas isi tu. Allah Allah. Sudahnya lepas daftar masuk sebelum daftar bagasi kena isi. Bila dah isi, screenshot siap supaya sampai sana dorang kastam cuma terus scan sahaja QR code tadi. Yang di Senai Airport ni cuma nak tengok semua berada di garisan hijau termasuk anak-anak.
Prosedur masuk ke Sarawak: Musim Pandemik 2021 (Dari Johor - Bulan 11)
- Daftar masuk atas talian. (jika dah daftar dari rumah, screenshot siap-siapa QR Code tu, sampai kiosk, boleh terus scan je)
- Isi borang Sarawak E-Health Declaration Form. Kalau ada anak-anak bawah umur semua kena isikan. Nanti sebelum masuk ke balai berlepas, dorang perikda sekali lagi. kena screenshot siap semua.
- Jika pasangan bukan Sarawakian, bawak segala sijil nikah semua sebagai bukti.
- Bila daftar bagasi, mereka periksa MySejahtera profil untuk pastikan kita tidak bergejala dan carrier. Kena isi baru la, untuk data terbaru.
- Setelah tiba di Miri, kastam akan scan QR code. Salah seorang penjaga. Elok kalau yang Sarawakian tu la serahkan QR code tu. Haha
- Cek Kastam macam biasa. Ada anak kecik boleh ikut fast line. Khas untuk warga emas, ibu mengandung, keluarga bersama anak kecil.
- Husband dan anak-anak dibagi pas lawatan. Jaga elok-elok pas tu. Sebab balik nanti nak kena bagi dorang balik. Jadi anak-anak elok la tambah "K" bisok hari. Supaya dorang tak susah nak masuk Sarawak.
- Balik tak perlu isi borang kesihatan tu lagi. Prosedur biasa saja bila balik.
Malas la Ibu kau ni nak edit. Excited dapat tengok kapal terbang. Najmi tak sudah tanya, bila nak naik kapal terbang. .
.
Selalu flight dari JHB ni kalau ke MYY biasa petang, sampai jam 7 lebih gitu. Kali ni dianjak dia awal pulak. Nasib anak-anak excited nak naik kapal terbang, semua laju je bangun.
.
Dah sampai Miri, Alhamdulillah safely landing dalam jam 2 petang. Tok laki terus dapatkan kereta sewa dari Abang sepupu yang jaga situ. Avanza untuk 7 hari RM1.1k . Okay tak tu?
.
Naik kereta Nayla tanya. Kereta siapa ni ayah? Teruja kuasa dua lagi. Ayah dia bawak kereta sendiri. Ingatkan nak singgah beli diapers anak-anak dulu, tapi, hari Sabtu wak, jammed pasaraya E-Mart tu. Nasib Ibu kau ni bawak lebih diapers siap, sebab tahu mesti begini. Haha
.
Dah jalan jauh ni, malas nak berangkut segala benda yang boleh dibeli tu. Jangan semua la, sikit-sikit je. Kang menjeling aje tok laki . Sampai rumah, Opah sibuk menyapu. Allah Allah. Teruja kami balik. Opah mengemas satu rumah besar sorang-sorang. Kesian Opah. Thank you Opah.
.
I'm coming home. Alhamdulillah. Setelah 2 tahun lepas. Last balik May 2019. Sampai-sampai lapar, serang dapur terus. Haha Tepon pun campak mana. Langsung tak ada update heh.
.
Malam nak keluar beli diapers anak-anak. Ayah pulak ngajak ziarah pak cik mak cik di rumah tinggalan arwah Nenek laki. Ha, boleh la. Jangan tak ziarah. Jumpa si channa yang makin tembam ni. Usai-usai sebab bergegas kejar pasaraya takut tutup awal. Beli la Tok Laki Diapers dan susu anak-anak. Boleh la buat stok seminggu. Tak habis kita bawak balik.
.
Hujan gerimis melanda Bandar Miri. Kami pun agak kepenatan, ayah ajak suruh pergi Coco Cabana. Ya la, tempat wajib singgah kalau ke Miri. Tapi dah hujan gitu. Mana kan la.