Sabtu, Disember 09, 2023
December - last month of 2023
Marathon drama sebanyak tidak
Sabtu, Mac 26, 2022
MAK KIAH HIDDEN CAMPSITE : Port Baru untuk getaway
Hi, Hi Hi
Kembali kita dalam siri bercuti dan berkhemah bersama si Nopal. Eh, bukan. Bersama Nayla, Najmi dan si kecil Nadhira.
Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Iskandar kelmarin, memang sudah dirancang oleh Sang suami nak berkhemah lagi semenjak pengalaman pertama kali berkhemah lalu meninggalkan rasa teruja dengan ketenangan alam tu.
Baca juga: Pengalaman berkhemah dengan anak kecil di Logok Campsite
Makanya, diulang kembali sesi berkhemah dengan tempat baru, suasana baru dan alhamdulillah pengalaman baru jugak apabila sebaik saja suami siap mendirikan khemah dan baru hendak melepas lelah setelah sejam jugak perjalanan daripada Skudai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Mula seronok, bila hujan lebat makin menderu mula membawa turun kepala air dari gunung. Allahu, punya seronok tengok anak mandi, terlupa dengan sungai tu. Seram, nasib tak terus bungkus la.
Sepanjang hujan lebat tu, tuan tanah Mak Kiah Campsite ada turun padang memantau keadaan sungai yang semakin tinggi airnya.
image kredit: Page Mak Kiah Campsite |
Dah sampai lupa ambil gambar khemah dah siap pasang, al-maklum la ada anak kecil. serba serbi serabut. Haha
Alhamdulillah setelah dua jam hujan turun, menunjukkan tanda redanya. Arus sungai mula surut. Dan kami kembali ke khemah yang habis banjir. Luar je la tapi. Dalam selamat selesa tidur 5 beranak sampai esok pagi. Tak sangka pulak kan. Try and error punya style. Haa, pengalaman kan?
Mak Kiah Campsite
atau layari page FB:
Rabu, November 27, 2019
JOM KENALI MUZIUM-MUZIUM DI PENANG
Masjid Kapitan Keling
Isnin, Oktober 14, 2019
12 THINGS YOU NEED TO REMEMBER
Sabtu, Oktober 12, 2019
REDISCOVERY THIS DAY 10-12 OCTOBER
Khamis, Februari 28, 2019
SUMMARY FEBRUARI 2019
Hi~ Assalamualaikum
Morning Sickness dah kurang, asyik nak masak!
Actually dari bulan lepas lagi mencuba dan terus mencuba masak. As you guys boleh tengok kat instagram Aien tu, ada la mencuba buat karipap, sardin la, karipap kentang la. Itu yang dimuatnaik. Yang tak which is Tart Telor yang hangin srbab terlupa kerana tidurkan Nayla, tapi seronok bawa balik kampung kasi adik ipar makan, dia suka. Mee goreng basah untuk trial ke berapa kali masih failed untuk penuhi tekak sang suami. Actually dia suka mee goreng mamak which me is no. haha
Apa lagi yang cuba masak, bergedil daging is winner sebab dari dia Aien tahu macamana style makan Aien untuk mengandung kali ni. Minggu lepas cuba masak daging masak itam, yang mana passed, akan tetapi failed dalam potong dagingnya. Pergh, liat juga walau direneh lama. Walau dah direbus. Sebabnya salah potong urat.Orang tua kata potong menyilang, ekau potong menegak siapa suruh? Memang la ekau gagal ajo. Apa-apa pun kita belajo yek. Satu lagi mende failed yang buat Aien trauma terus is, corn dog cheese yang selalu tengok berlegar resepinya di Instgram dan muka buku. Pergh, tengok macam senang resepi. Sekali den cuba~ mangai! Muak namati. Sayang cheese terpaksa dicuci dan buang saja. baik goreng gitu je sosejnya. haha Another trial which is Popia Carbonara yang boleh jugak la tahan rasanya sebab resepi dia senang dan sedap la jugak.
Untuk minggu ni, tercatat dalam note nak buat Roti Sosej telor, bihun soto, dan mee goreng. Tapi tak bestnya tempat beli barang dapur tu, serai tak dop, sawi tak dop, nyilek! Namun, setelah menelaah #FJBihunsoto dan #FJSambalKicap, berkobar Aien nak masak. Puhlish! Adakan serai pulak teda.
End up, semua Aien tak buat sebab, 1. Sosej yang nak dibuat roti sosej tu, direbus kembang namati. Which habis terus dingap begitu saja. Kah! 2.Tuan Izwan ada gotong royong dan membuatkan beliau makan tengahari di tempat kerja, so wat gapo nak bazir masak bebanyak.
Satu mende je jadi, adalah #fjsambalkicap. Fuh, syiok dia jadi even pedas gak. Minggu depan buleh la beli tempe, goreng, dan cicah! Yum!
Sudahnya tak pergi tampal gigi pun sebab Tuan Izwan ada program pada hari Nayla check up tu, berhuhu kami berdua Nayla dari jam 7.30 pagi di KK. Sedangkan appointment jam 10. Apak dia la tunggu lama. Nayla pulak kengantukan. Tapi sebab tengok orang ramai, seronok dia nak bermain. Lepas jam 10, pung pang pung pang, tak sampai setengah jam tunggu dah siap check up a.k.a timbang berat dia dan cucuk 9 bulan. Sekejap kan? Haha
Itu la yang berlaku untuk bulan ni. Tak ada yang menariknya pun. Harap next month ada yang menarik la kan. Oh ya, by the way Happy birthday untuk anak buah Mak long a.k.a Muhammad Fatih Mardzuqi Mohd Hamdan. Happy 3rd year! Sangat lincah dan semoga menjadi anak yang soleh, abang long yang baik dan penghibur hati ummi dan abi awak.
Untuk teman-teman semua, jaga diri di musim panas ni. Minum air banyak-banyak, kurangkan aktiviti luar. Mudah-mudahan kita dikuatkan antibodi untuk menghadapi panas yang melampau ini.
Sekian rumusan bulan dua untuk #littlemiinkafamily.. ♥