Rabu, Mei 15, 2024
Enjoy the view with Hi Tea at Melor House by Nurul, JB
Melor House Open House (Grand Launching)
Khamis, Julai 28, 2022
Putou Village, Kulai tempat baru untuk fotoshoot
Akhirnya dapat jugak masuk ke mari sejak dari Raya cina ritu nak masuk tapi tak dapat sebab ramai orang. Dah lepas dua kali Raya tinggal nak tukar tahun baru dapat masuk.
Putuo Village lawa sangat buat ambil gambar dan korang wajib singgah dan buat gambar kenangan bersama keluarga. Pada mulanya ragu-ragu jugak nak masuk sebab chinese area kan. Tambahan lagi kawasan Putuo Village ni boleh dikatakan tempat mereka berkumpul pada hari tertentu.
Setelah melihat ada pasangan pengantin yang buat fotoshoot outdoor kat sini. Kami pun ikut sama masuk. Heee~~ risau jemah. Haha Tambahan pulak masa kami sampai tu ada sepasukan auntie dan uncle berbasikal tengah park depan tu.
Macam biasa la kan, seketul kapisah ni selalu aje lupa nak snap-snap gambar yang senonoh sikit. Otak dia ni tak berfungsi dengan baik. heh~ jenuh lahai. Haa~ ni direction dia untuk korang ikuti kalau ragu-ragu la kan.
Estetic betul la kawasan dia. Lawa giler. Berkonsepkan buluh dan Panda seolah-olah berada di negara China pulak. Tapi, baca review lain ada yang kata Bali vibes gituu... Seperti gambar tertera bayaran masuk untuk dewasa cuma RM5 saja jika Malaysian. Kalau non RM10. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Berbaloi juga la kan.
Ajum tengok spamming gambar. Haha Sorry la Kapisah ni tak pandai amek gambar. Dia ikut dia aje la mana lawa, janji ada gambar kenangan. Hehe