Rabu, Julai 20, 2022
Beraya ke Perkampungan Lima Bersaudara, Duyong Melaka
Jenuh la kalau selalu ke Melaka, dah tepu tak tahu ke mana nak tuju kan. Jadi kali ni En.Suami bawa kami anak beranak ke Perkampungan Hang Tuah bersaudara di Duyong, Melaka.
Tengahari dan waktu bekerja waktu paling ideal berjalan di Melaka ni. Lagi-lagi tempat bersejarah begini. Tak ada manusia yang bersesak ke sini melainkan lawatan sambil belajar. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, bawah 5 tahun percuma kemasukannya memang sangat aman terasa macam kampung itu kita yang punya. Haha
Apa lagi - bebas la anak-anak berlari bermain dan merasai keunikan rumah papan ni. Majoriti rumah sekarang batu simen. Tak ada lagi sanak saudara kami yang masih mendiami rumah papan begini. Ini la masa kita bagi mereka mengenal rumah zaman dulu kala.
Perjalanan dimulakan dengan menziarah Muzium Hang Tuah dan mempelajari serba sedikit sejarah Hang Tuah dan saudaranya. Asal-usul keris dan beberapa sejarah Melayu yang bermula di Melaka. Seronok. Aien pun dah tak ingat berapa lama dah tak jejak kaki ke Muzium. Walaupun dulu belajar di KUIM (Kini Unimel) tempat gini bukan la kegemaran. Haha