posts in category KESIHATAN

Jumaat, September 27, 2024

Meneroka manfaat supplement GKB: Apa yang anda perlu tahu?

Meneroka Manfaat supplement GKB: Apa yang anda perlu tahu?


September telah tiba, maka dengan kedatangan bulan ini, Aien akan bertambah satu tahun umurnya. Sebagai seorang content creator serta blogger, menjaga kesihatan menjadi yang paling terutama. Siapa pun pasti setuju bahawa kesihatan itu sangat penting. Dalam pekerjaan seperti ini, mata sering terdedah kepada cahaya biru dari peranti elektronik apabila menghadapnya lebih dari dua jam. Tanpa kita sedari, hal-hal kecil ini juga dapat mempengaruhi sistem tubuh kita.

Untuk mengatasi masalah ini, Aien telah mencuba dua suplemment dari GKB, iaitu Cordyceps Cicadae untuk kesihatan mata dan Lion's Mane Mushroom untuk kesihatan menyeluruh. Kedua suplemment ini semakin popular dalam dunia kesihatan semula jadi dan dipercayai dapat menyokong fungsi imun dan kesihatan kardiovaskular. Walau bagaimanapun, penting untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum mencuba sebarang suplemment. 


Cordyceps Cicadae 350mg


Cordyceps Cicadae, yang terkenal dalam perubatan tradisional menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan mata. Dengan pengambilan harian sebanyak 2 kapsul secara klinikal telah terbukti dapat membantu meredakan sindrom mata kering, yang sering menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan visual. Selain itu, Cordyceps Cicadae berperanan penting dalam mengekalkan kesihatan kornea, memastikan ketebalan dan kekuatan kornea untuk perlindungan mata yang lebih baik. Suplemen ini juga dapat meningkatkan keseimbangan cecair mata dan menyokong kesihatan kornea serta mencegah keadaan glaucoma yang semakin teruk. Dengan hasil klinikal ini menjadikannya pilihan berharga dalam regimen penjagaan mata.  



Cordyceps Cicadae merupakan suplemment yang berasaskan sayuran. Yang penting, GKB Cordyceps Cicadae mendapat sijil pengesahan HALAL dari JAKIM serta nombor bersiri daripada KKM (MAL 20096067TC), menandakan ia selamat digunakan mengikut peringkat umur yang disarankan. Ia sesuai diambil oleh mereka yang sering terdedah kepada cahaya biru skrin seperti Aien, atau mereka yang menghidapi diabetes dan glaucoma. Walau bagaimanapun penting untuk mendapat nasihat pakar farmasi sebelum korang mula mengambilnya.



Lion's Mane Mushroom untuk Kesihatan Menyeluruh

Secara tradisional, Lion's Mane Mushroom (Hericium erinaceus) juga terkenal dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan menyeluruh. Dengan pengambilan 2 kapsul setiap hari, suplemment ini dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif, termasuk memori. Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong kesihatan mental dengan mengurangkan simptom kemurungan dan kebimbangan dengan meningkatkan serotonin dan dopamine dalam otak. Suplemment ini sangat sesuai untuk mereka yang semakin meningkat usia dan sering mengalami masalah kelupaan, serta untuk mencegah penyakit Alzheimer dan dementia.



GKB Lion's Mane Mushroom juga telah mendapatkan pensijilan HALAL daripada JAKIM dan kelulusan KKM dengan nombor siri (MAL21036127TC). Jadi tak perlu ragu-ragu isi kandungannya. 


Dengan bertambahnya usia, sistem saraf dan imun seseorang wanita yang telah melahirkan mungkin merundum. Lion's Mane Mushroom dapat merangsang pemulihan saraf serta mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan untuk menyokong sistem imun dan melawan radikal bebas. Ia juga berpotensi mengurangkan gangguan pencernaan seperti ulser.



Menjaga kesihatan adalah penting, dan suplemment ini boleh membantu kita kekal sihat di samping keluarga. Selagi ada peluang, rawat dan cegah untuk menjaga kesihatan yang merupakan anugerah terbesar daripada Allah SWT.

Untuk mendapatkan kedua-dua suplemen GKB ini, Anda boleh mencarinya di senarai farmasi berikut:


  • Seluruh Malaysia: Alpro Farmasi, Watsons
  • Central: M Care Pharmacy, Leo Pharmacy
  • Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
  • Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
  • Perak: HTM Pharmacy
  • East Coast: Lau&Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
  • Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
  • Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
  • Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy

Untuk lebih informasi tentang produk GKB, korang boleh layari: 


#GKB #GKBInternational #GKBCordycepsCicadae GKBLionsMane #GKBMalaysia


PS: Kesan penggunaan pada setiap individu mungkin berbeza.

Selasa, Ogos 24, 2021

Darah nifas keluar semula?

 



Persoalan yang sering bermain di fikiran Aien sejak dah selesai berpantang. Mungkin ada yang tahu mengikut mazhab Syafie tempoh darah nifas itu adalah selama 60 hari. Akan tetapi, yang menjadi persoalan dan semalam Aien cuba cari di medium pencari google, kebanyakan berkongsi tentang tempoh itu saja. Tapi penjelasan sebenarnya, yang Aien baru tahu la sebagai seorang yang selalu lupa walaupun bersalin dalam tempoh yang agak rapat. 


Dulu rasa macam dah tahu, tapi lupa lagi. Dah jadi mak-mak selalu begitu la. Urat memori asyik putus sana putus sini. Sudahnya tiap kali menghadapi masalah yang sama, mesti nak kena cari di google. 


Macamana kira darah nifas sebenarnya? 


Darah nifas adalah darah yang keluar selepas seorang wanita itu melahirkan anak. Walaupun pun kelahiran si anak itu secara normal mahupun ceaser. 

Seperti Aien kebiasaan darah nifas itu akan keluar sekitar dua minggu dan kadang kala berlanjutan sehingga tiga minggu. Dan kemudiannya, akan bersih. Semestinya kita wanita, apabila sudah bersih dari sebarang kotoran akan mandi wajib. Tetapi yang menjadi persoalan itu, selepas mandi itu kemudian darah akan keluar semula. Adakah itu menjadi darah nifas lagi atau pun tidak? 

Kalau sikit sikit mungkin Aien tak terfikir nak berkongsi. Tapi setelah mengambil pil perancang pada hari ke 42 berpantang, kemudian darah keluar dalam kadar seperti period. Dah dok fikir, aku ni tumpah darah ke? Haha

Mungkin ada bacaan lain, yang mungkin Aien tak jumpa habis, berkongsi hal yang sama. Jadi untuk ingatan Aien sendiri, simpan di sini saja. 


-keluar darah selepas ambil perancang, kemudian hari Aien cerita. Sebab kadang-kadang hormon setiap badan itu tidak sama.


Berbalik dengan kiraan darah tadi. Bila ditanya pada yang lebih arif, mengatakan bahawa darah yang Aien alami pada ketika hari ke-50 ini adalah bukan darah nifas lagi. Kerana darah nifas itu dikira apabila ia keluar dalam tempoh 60 hari tanpa henti. Sekiranya korang mengalami seperti Aien yang kejap keluar lagi mandi lagi keluar lagi. Haa, itu dah di kira darah period. Mula la kita mengira seperti biasa iaitu dalam tempoh 14 hari dari mula darah keluar semula. Sekira berhenti kemudian keluar lagi. Sambung je la. Tapi  kalo sudah melebihi tempoh walaupun darah masih banyak, dikira darah istihadah iaitu darah penyakit. Wajib kita mandi dan solat seperti biasa walaupun masih berdarah.


Faham ke tu? Secara ringkasnya: 

  • Keluar TANPA HENTI sejak bersalin itu adalah darah nifas sehingga 60 hari. 
  • Jika SUDAH BERHENTI dan KELUAR SEMULA tapi masih dalam tempoh 60 hari, dikira DARAH PERIOD. 
  • Namun jika sudah melebihi tempoh period iaitu 14 hari dari tarikh keluar semula darah tersebut, dikira darah istihadah iaitu darah penyakit. 

Benda ni kadang kita culas nak amek tahu. Macam Aien . Dah dapat tahu, dan masih ingat lagi kena note down supaya bila kena lagi, tak la musykil lagi. eh, nak ngandung lagi ke tu? 

Adapun begitu, yang Aien baru tahu jugak semalam rupa-rupanya darah yang keluar selepas kita keguguran jika masih seketul darah usia kandungan tidak dikira darah nifas. Adoo, hari tu macam tak tahu. Nasib juga darahnya tak banyak. Haha 

Jadi Aien kongsikan di sini supaya di kemudian hari boleh rujuk semula jika ada rezeki cium bau baby lagi. Eh. 
Sekiranya ada salah sampai, korang boleh je betulkan. Aien okay je. 






Rabu, Januari 08, 2020

ROSACEA DATANG LAGI


Rosacea datang lagi | Hi~ assalamualaikum 

Lamanya tak kena ni,, Dulu, buat pertama kali hadir di wajahku, dan setelah itu, daku membuat kajian tentangnya.

::Baca sini::  The Story About Rosacea 

Sebab apa boleh jadi? 

Mungkin sejak Aien bertukar skincare routine dan ada yang lain konon berani nak cuba dan PAP!  Masalah datang. Pada awal penukaran skincare ni, dia macam tak ada jelas sangat pada Aien, sebab mungkin moisturizer Honey Bee venom dari True Island itu banyak membantu.

::Baca di sini:: Beralih Angin pada HERV

Jujur Aien cakap ye, setelah dua bulan kot, rasa serasi dengan apa yang adanya barang-barang skincare Aien, sebab tu Aien berani nak tulis kesannya. Walapun begitu, Aien masih jenis malas nak bergambar apatah lagi berswafoto.

:: Baca sini:: Selepas menggunakan Herv Natural


Tapi, semuanya berubah sejak toner favorite dah habis sejak dua minggu lepas. Huwaa~ 

Nangis jap bila pedih, plus gatal, tambah tangan tak reti dok diam asyik nak kopek je. Nak cuci muka pun seram sebab pedih gais. Pedih yang amat, bila dah cuci takut nak guna apa-apa pulak. So, I decide just keep going la kan. Tapi tapi tapi... Ianya makin bertambah parah. 

APA TONER FAVORITE? 


Nampak dalam kotak pink tu, botol biru tu. Yep! Clinelle Lotion tu is my favorite sejak bertukar kepada Herv ni. Sebab dia ngam dengan produk herv ni. Yet, dulu Aien beli dua botol masa promosi Watson, dengan pembelian kedua dengan harga RM 0.10 je. Apak berbaloi! Lama kot Aien simpan sebab dengan dengan produk Good Virtue sangat tidak memberi kesan apa-apa. 

KENAPA? 

Rupa-rupanya selama tiga tahun memakai produk Good Virtue Co. yang langsung tak membawa apa-apa perubahan pada wajah kerana bahan-bahan yang ada tidak membantu kulit Aien. Dia mendap gitu tak serap. Kulit wajah Aien mati kerananya. Eh~ betul ke? 

Which is kebanyakan produk Good Virtue Co. mengandungi alcohol dan juga pewangi O M G !! Yang mana kedua-duanya itu adalah sangat dilarang untuk jenis kulit kering dan sensitif. Oh, silly me! 

Mungkin pada setengah orang ianya sangat membantu, tapi pada sesiapa yang terdiri daripada kulit jenis sensitif dan juga kering, usahla berangan memakainya. Jangan la. buat bazir duit walaupun produk dia boleh dikatakan murah di kalangan semua produk penjagaan wajah yang ada di drugstore. 

Yang tak bestnya untuk skin type dry plus sensitive ni, produk dia semua mangai rega.  Lagi yang suri rumah ni, tepuk dahi kejap la di hujung bulan macam ni.

Kembali la idung ku menjadi randolph. Merah dan gatal tahu. Huwaaa nak nangis la macam ni. Kenapa ingat Rosacea ni takkan kembali ye? Uh uh ... habis pipi dan hidung. Dahi pun dah kena juga sebab tangan tak henti nak menggaru. Okay, minggu ni nak peram dalam rumah je la. Tak mau keluar. ~T_T~

Dan pada masa tengah berduka pasal wajah, ada member ajak beli Mary Kay yang rega dia boleh buat menangis jugak. Lagi bertambah sedih plus hati bilang mau, poket kata tidak. Berganda la kau menangis. 

Dah la, 

Till next, Jaa Nee!

Selasa, November 05, 2019

PERTAMA KALI TAMPAL GIGI DI KLINIK KERAJAAN


Hi~ Assalamualaikum | Pertama kali tampal gigi di klinik kerajaan

Okay, jangan ketawa. Haha Aien ketawa dulu. Hampir 30 kau, baru nak tampal gigi. Haha As some of you may read my first time scalling gigi di KK ni masa ngandungkan Izz beberapa bulan yang lepas. Tak ingat la bila tu kan. Jenuh cari entry dia balik..😌

How? 
As normally typical every Malaysian know, nak pergi mana-mana klinik kerajaan ni datang je  dorang tak makan pun korang. Cumanya atas lucky memasing la dapat untuk queue tampal tu. Sebabnya kalau tak silap Aien la kan, KKTU ni over 11 pagi je dah tak buleh untuk tampal. So, kena datang sebelah petangnya. For this time, Aien datang jam 2 petang, alhamdulillah dapat. (walaupun orang paling last)

Seperti kebiasaan mana-mana Klinik Kesihatan jugak, anda cuma perlu bayar RM1 sebagai pesakit luar. Haa, murah kan? tapi, masanya memang mahal. Hampir 3 jam Aien tunggu. Sampai habis bateri phone dok main. Naik turun p susukan anak dalam kereta pun masih jugak tak berganjak nombor tadi. Haha

End up, suku lagi jam 5 petang, baru nombor Aien kena panggil. Nasib la dapat doktor laki. Haih~ segan laa.  Tanya nak tampal tang mana. Pahtu dia tengok. Haa, dalam la lubang dia. Masa di tampal tu,, terasa sakit. Pahtu doktor kabo ler, kalo sakit jugaknya lagi kena datang lagi untuk cabut. Huaaa, sayangnya gigi aku. dah sakit baru sayang yek. Huhu Orang pernah cakap  jadi mak-mak ni, kalau tak jaga betul, gigi mudah sakit. Tapi, itulah, dah kena baru beringat. Nasib la badan.

Kisah gigi sebenarnya jujur Aien katakan, tak pernah sesekali buat pembersihan gigi ataupun apa-apa berkaitan dengan gigi sehingga la lewat 20-an ni. Pasai pa? Sebab rasa gigi masih elok. Padahal hakikatnya mangai, lubang sana, lubang sini. Tampal sana, tampal sini. Jujur juga Aien ceritakan, bahawa kali terakhir check up gigi adalah di bangku sekolah rendah? Can you imagine berapa lamakah atu?? Ueewww~ gelinya!!

Ini adalah disebabkan ketakutan ama doktor gigi atu. As usual la kan, semua orang takut nak cabut gigi apatah la orang yang punya trauma takutnya ama doktor gigi atu. Haa,, Jangan la jadi macam saya ni ye.. 

Bila dah ngandung, susu pun tak ada minum, habis kalsium disedut sang anak. Masa Kakak Nayla dulu, no one at that KK asked me to had a regular dentist check up. Till ngandungkan Izz, haa, baru la hado. Itu dentist cek, kabo ler berita buruk kat ekau. Dengan semangat ler eden ni pegi cuci gigi a.k.a scalling tadi. Fuh, dia punya perasaan cuci gigi tu rasa bersihnya mulut aku. Haha

Itu la sebenarnya nak pegi scalling sekaligus dengan tampal. BUT they said only one at the time. So choose! So Aien decide tampal je la, sebab nak makan susah.. T^T habis semua sangkut. Benci laa.

Kesudahannya itu la kan. Gigi sudah pun ditampal sementara dan dentist membekalkan Aien setab ubat tahan sakit yang Aien tahan tak makan ia sejak dari balik dari klinik gigi. Bangun tidur terasa ngilunya itu.. adooo~

Ini, ini.. memang ceritanya dicabut aja deh. Anyway, my gigi even though tak pernah kena check or so ever, all in good condition as dentist told masa scalling tu. Cumanya, disebabkan kerak gigi tebal namati, itu yang menyebabkan gusi dah jauh dari gigi. Sedih kan?

Penamat cerita gigi ini tadi, adalah mohon la rajin cuci gigi gais. At least ye, setiap tahun sekali. Kalau rajin every 6 month. Pentingnya itu untuk gigi dan gusi anda. Jaga gigi anda kerana sakit gigi merupakan sakit yang amat bahkan mati kerananya boleh dikatakan mati syahid. Iya ka? Apa pun,, sakit gigi adalah antara sakit kedua selepas sakitnya bersalin. Huh,,

May Allah bless you olls dengan gigi yang sehat dan kuat. Yet,, sampai umurnya pasti luruh jua. kbai!

Sabtu, November 02, 2019

TIPS BILA ANAK-ANAK TAK SIHAT


Hi~ Assalamualaikum | Tips bila anak-anak tak sihat

Sebagai seorang Ibu, detik anak-anak menunjukkan tanda mereka tidak sehat adalah suatu yang merisaukan. Apatah lagi bagi anak-anak di bawah 6 bulan. Walaupun begitu, yang bawah dua tahun juga harus diberikan perhatian kerana mereka masih dalam kategori babies lagi dan seboleh-bolehnya perlu dielakkan pengambilan ubat. 

Semasa kecil dulu, Mrs. Umi sangat tak suka kalau kami sakit. Means bukan la apa kan, dia cumanya tak suka nak bawak kami pergi klinik melainkan semua home remedy dia dah cuba dan tak berjaya baru la dia ke klinik. Selagi boleh dirawat dengan home remedy, pasti dia akan mencuba. 

Begitu la perumpaannya. Tapi, perlu diingatkan Ibu bapa harus memberi sejuta perhatian penuh pada anak-anak apabila mereka sakit. Jika pada waktu malam, perlu bergilir-gilir tidur dan elakkan tidur terlalu lena. 

Di sini, Aien nak share beberapa tips yang Aien buat pada anak-anak sebelum ke final destination iaitu klinik. By the way, klinik itu perlu dalam kadar segera jika demam anak anda telah mencapai zon merah. 

1. Mandi dengan Lemon
- Aien tak pasti mana Aien baca pasal benda ni, but it's seem work with my kids. Apatah lagi bila baru mula nak demam. Badan baru dedar gitu kan. 

Kenapa Lemon? 

Sebabnya lemon salah satu buah yang kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan imun tubuh badan. Dengan mandian lemon ini dapat membantu buang toksin dalam tubuh badan sekaligus menyegarkan badan kita dengan harumannya. 

2. Minum Air Madu 
Resepinya air suam dan madu sedikit. Akan tetapi dilarang sama sekali memberikan madu kepada bayi di bawah satu tahun. 

Kenapa Madu? 

Madu merupakan salah satu makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia juga merupakan pengganti gula dalam tubuh badan kita. Dan apabila kita tidak sihat, madu adalah yang terbaik sebagai pembasmi bakteria usus dan ia satu sebab menjadi ubat tradisional untuk batuk.

3. Minyak Bawang Putih 
Caranya beberapa biji bawang putih ditumbuk separa lumat dan diletakkan dalam apa jua jenis minyak. Paling baik guna la minyak olive.

Kenapa Bawang putih? 

Bawang putih ada 1001 khasiat padanya. Antaranya ialah sebagai ubat untuk meredakan selsema dan kahak. Bawang putih bertindak sebagai pemanas dalam badan kita dan ianya sering digunakan dalam masakan serta bahan yang paling mudah hendak diperolehi dalam sesebuah rumah. Secara am nya, bawang putih is the best easy therapy. ^^


Bila tiga therapy ni dah bersatu, in shaa Allah anak-anak akan sihat seperti biasa. Tapi, macam biasa la, manjanya kemain ha.. Orang tua-tua kata anak-anak tu demam ke, tak sihat ke nak cari pemande dalam bahasa Sarawaknya atau cari akal dia nak membesar. Haa, gitu la kan. Anyway, sakit itukan penghapus dosa. Mudah-mudahan kita sebagai parents ni diberikan kesabaran dalam menjaga mereka tika mereka sakit.

Oh yaa, selain daripada tiga remedy di atas, Aien juga amek la orang kata home therapy yang lain untuk seluruh ahli rumah kekal sihat dan tidak di jangkiti virus demam ni.

Apa Dia? 

1. Potongan bawang besar untuk diletakkan di dalam bilik sebagai 'penyedut' aura yang tak sihat tu. I don't know mana baca, ni kira salah satu tips la kan. Bawang merah besar tu, potong la seberapa kerat anda suka, letakkan di setiap sudut bilik tidur anda. Kesannya, esok pagi anda pasti bertenaga. Kalau sesiapa yang ada masalah susah tidur, cuba lah. Tips ni untuk yang tak mampu lagi beli Young Living EO tu kan, haa ini cara mudah dan berkesan untuk anda 

2. Sup Ayam bertenaga means sup ayam yang diletakkan sejuta bawang putih dan halia, lobak merah dan juga kentang. Yummm.. Haa, bukan untuk bawah 6 bulan ye. Haha ni untuk anak-anak yang dah pandai makan, and boleh digest makanan terutama ayam. Kita orang tua ni pun kalo sekali sekala dibuatkan sup ayam simple gini, pergh,, ditambah dengan sambal kicap, sedapnya menjilat jari. 😂

Itu saja tips yang Aien nak kongsikan dengan korang semua. Harap dapat memberi manfaat pada semua pembaca blog ni.

Till the next tips. ^^






Rabu, Ogos 01, 2018

HFMD: THE PARENT'S FEAR

Assalamualaikum w.b.t


Sejak dua menjak kita dikejutkan dengan berita penyakit kaki mulut dan tangan yang menyerang dikalangan anak-anak kita. Namun, sebenarnya penyakit ini telah tular sekitar tahun lalu di merata negara dan akhirnya tiba juga di Malaysia. Bagaimana penyakit ini bermula? Penyakit ini mula tular disebabkan sejenis bakteria yang bergerak melalui air liur, sentuhan serta najis. Anda atau anak-anak anda mungkin akan terdedah dengan penyakit ini apabila bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, ketika menukar diapers najis anak dan memegang anak tanpa mencuci tangan, bermain dengan objek yang telah dijangkiti dan tahukah anda ia juga boleh merebak dengan hanya anda berkongsi udara dengan orang yang telah dijangkiti andainya mereka bersin? 

Penyakit kaki mulut dan tangan ini juga dapat dikesan dengan demam, kurang selera makan dan bintik-bintik merah di kawasan kaki dan tangan serta ulser di mulut. Jika anak anda menghadapi tanda seperti di atas, segera melaporkan diri di hospital yang berdekatan untuk permerhatian seterusnya.

Anda perlu dikuarintin dalam sebaik saja anda telah mendapatkan rawatan dari pihak perubatan. Kerana bimbang akan menjadi penyebar di kalangan mereka yang masih berjaga-jaga.


Dilihat di gambar sebelah kiri ini jumlah kumulatif kes HFMD di Malaysia kian meningkat dari masa ke semasa. Jika dilihat ketika mulanya kes HFMD ini Pulau Pinang terletak di rank tertinggi kes, akan tetapi kini Selangor menduduki kes yang tertinggi buat setakat ini. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini daripada menjadi 'PEMBUNUH SENYAP' untuk anak-anak kita. Sayangilah mereka dan jaga mereka kerana sistem imunisasi mereka takkan pernah sama dengan kita. Akan tetapi ibu bapa sekalian, kita juga boleh menjadi antara penyebar terkuat penyakit ini apabila kita sering kali mengunjungi tempat-tempat yang terdedah dengan jangkitan. Oleh sebab itu, perlu kita membersihkan diri sebaik pulang dari tempat-tempat awam sebelum penyakit ini menyerang keluarga kesayangan kita. 

Selamat menjaga diri dan moga kes ini dibendung dengan segera dan moga kita sama-sama membanteras penyakit ini. Apa yang penting, moga Allah SWT pelihara ahli keluarga kita semua daripada penyakit berjangkit ini. Amiin ya rabbal 'alamin. 


Take care, and till we meet again...