posts in category MOVIE

Selasa, April 12, 2022

Movie Review: The In Between (2022)

 



Movie mengisahkan Tessa, lakonan Joey King seorang tidak percaya bahawa dia juga perlu ada kisah cinta tersendiri sehingga dia berjumpa dengan Skylar, lakonan Kyle Allen di musim panas, bukan sekadar cinta khayalan. Bila Skylar mati akibat dilanggar oleh sebuah trak, Tessa mula mencari jawapan dan menganggap bahawa Skylar cuba untuk menunjukkan sesuatu padanya daripada dunia sesudahnya. Tessa cuba reach out Skylar demi penghujung yang indah untuk kisah cinta mereka berdua. 



Lama betul tunggu movie ni keluar. Akhirnya ada juga di Netflix. Walaupun kisah cinta begini agak klisĂ© dan mendapat rating yang samar daripada rotten tomato, setidaknya movie ini adalah sebuah movie a good to cry.  Jika korang mencari alasan untuk menangis, go for it. 


Skylar were too sweet for Tessa yang sukakan kesunyian. From stranger watching movie without subtitles dan Skylar jadi penterjemaah bagi Tessa sepanjang movie romantic itu. Tak lama kemudian, mereka bertemu di sekolah Tessa ketika Skylar menyertai pertandingan kayak. 

Kalau ada jodoh tak ke mana, gitu la dia.. Dan mereka mula bercinta namun Tessa masih tidak menyuarakan isi hatinya sehingga saat mereka berdua kemalangan. 



Sejak Tessa jumpa subjek dia, bilik ajaibnya penuh dengan memori dia bersama Skylar. Segala memori dia bersama Skylar sehingga detik terakhir. 

Rupa-rupanya setelah pergi juga, Skylar cuma nak tunjukkan pada Tessa, supaya jangan pernah menyesal hubungan mereka kerana mereka saling mencintai satu dengan yang lain. 



Pergi tanpa penyesalan. Perkenalan mereka sudah ditakdirkan. Dan buat la sebaik mungkin untuk kehidupan yang lebih baik. - pesan Skylar buat Tessa yang selalu menganggap mak-nya tidak pernah setia. Dia membesar dengan melihat mak dia bertukar teman lelaki. Kerana itu, Tessa cukup trauma dan takut sekiranya dia juag bakal ditinggalkan. 

Pengakhiran yang cukup sedih, but quite smooth. Tessa berjaya masuk ke sekolah impiannya dan yakin dengan hasil fotografinya sendiri.

-The End. 


Rabu, Januari 19, 2022

Movie Review: Photocopier (2021)

 

sumber: wikipedia

Tajuk: Penyalin Cahaya

Genre: Misteri, Drama

Durasi: 2 jam 10 minit

Channel: Netflix

Cast: Shenina Cinnamon, Chicco Kurniawan, Jerome Kurnia, Lutesha, Giulio Parengkuan

Sinopsis: Setelah kehilangan biasiswanya selepas gambarnya di parti tersebar, seorang pelajar bergabung dengan seorang tukang fotokopi untuk menyiasat kejadian sebenar berlaku. 


REVIEW PANJANG

Aien yang pada mulanya ragu-ragu menonton kerna visual movie ini seperti cerita hantu. Di tanya dengan suami dia cuma angkat bahu. Tapi kerana ingin tahu apa sebenarnya berlaku, ikut juga menonton sampai habis. 

Jujur tiada lihat daripada mulanya..  Ehh.. Kenapa seperti berbicara Indonesia ya? Korang baca macamana? 

Okay, jujur Aien kata tak tengok dari mula sebab konon sibukkan diri di dapur. Sejurus selepas sekilas imbas  macam best pulak. Sur -Suryani menyiasat rahsia di sebalik gambarnya tersebar usai tamat parti. 

Aien mula tengok bila dia sudah di kedai rakan dari kecil - Amin yang memiliki kedai fotokopi. A.k.a fotostat. Dia cuba menyelongkar rahsia di sebalik kenapa dan bagaimana dirinya boleh kehilangan biasiswa dengan alasan yang tidak dia ketahui bagaimana boleh berlaku. Kata hati Sur cuma satu - pasti kerja si Rama, tukang gambar kumpulan teater juga anak orang kaya yang terkenal. 

Sur cuba untuk mengodam emel Rama untuk mendapatkan contoh gambar latar belakang teater mereka demi menyelongkar kerja buruk si Rama. Akhirnya dia jumpa satu persatu gambar ketika parti itu dalam simpanan Amin juga. 

RAMA mempergunakan orang lain untuk mendapatkan "ilham" karyanya sebagai penata latar belakang kumpulan teater. Segala corak, titik yang ditayangkan di pentas itu rupa-rupanya hasil daripada fotokopi gambar badan manusia sebenar yang diambil oleh Rama. Sur hampir berjaya mengumpul semua bukti yang menunjukkan bahawa Rama adalah perogol dan penyumbangleweng. Namun, saat Sur meminta pihak atasan universiti menyiasat kes tersebut, bukti itu tersebar luas di kalangan pelajar dan Rama menyabit Suryani yang cuba memburukkan nama baiknya. 

Aih.. geram pulak tengok muka si Rama nih. Menyampah acah baik apabila ayah Suryani melutut dengan Rama agar tidak membawa kes ini ke mahkamah. Siap kata keluarga dia sudi menaja Suryani. Demi menjaga hati bapa, Suryani mengikut kehendak Rama yang meminta dia memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi. 

Sebelum Suryani ke pihak atasan, dia menjumpai seorang kakak yang juga menjadi mangsa Rama, namun Farah tidak berani untuk tampil menyokong Suryani. 

Apabila Suryani ingat yang tiada siapa yang akan membantunya, ibunya memberi peluang kepada Sur menjatuhkan Rama dengan cara yang lebih adil. Kebetulan Farah juga sudi membantu dan membawa seorang mangsa pembuatan Rama. 

Malangnya, mereka tidak mempunyai kuasa. Kisah in dikatakan adaptasi kisah benar apabila gangguan seksual susah hendak dibuktikan kesalahan pelaku apabila sang pelaku itu terdiri daripada golongan berada. Sur, Farah dan Tariq berjaya menjumpai rakan subahat Rama serta bukti yang paling kuat untuk menjatuhkan Rama, segala usaha mereka gagal kerana berjaya dikesan Rama. 

SEDIH. TERLUKA. Kesudahan cerita ini berakhir dengan Sur dan Farah cuma mampu membawa mesin fotokopi ke bumbung bangunan dan melemparkan segala fotokopi rasa hati mereka sebagai mangsa gangguan seksual itu dan mereka perlukan kuasa pelajar untuk membantu membanteras pelaku seperti Rama. 

Sesungguhnya kerjasama itu penting apabila semua mangsa berkumpul dan tampil menunjukkan bukti masing-masing. Walaupun cuma fotokopi dan bukan gambar asal tubuh mereka, itu juga hak milik seseorang dan tidak harus ditayangkan begitu rupa. Dan Rama terima padahnya. 


- SUDUT PANDANGAN AIEN

Gangguan seksual ini berlaku di mana saja. Nauzubillah min zalik, mereka ini menjadi mangsa kerana ketaksuban seseorang terhadap bentuk tubuh badan tak kira perempuan atau lelaki. Ataupun kerana nafsu semata. Bagusnya visual dan jalan cerita inj membawa kita menyelusuri jalan gelap yang ada di mana-mana walaupun pengarah menumpukan di Jakarta Indonesia semata. Dari mula lagi boleh predict the whole ending yet menarik minat penonton untuk terus menonton kerna ingin tahu adakah Rama berjaya ditumpaskan? Atau Adakah Suryani boleh mendapatkan biasiswanya kembali?

Rate Rotten Tomate 7.5/10 dan rate kebanyakannya 4/5 means, boleh diberikan lagi kemajuan pada movie sebegini. Boleh tonton di Netflix. Layan dulu trailer fotokopier. 



Jumaat, Oktober 29, 2021

MOVIE REVIEW: PENUNGGANG AGAMA 2

 


Tajuk: Penunggang Agama 2 

Genre: Mistik, Saspen, Thriller 

Durasi: 1 jam 29 minit

Cast: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Nasir Bilal Khan

Sinopsis: Kesinambungan daripada kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. 

Amir pulak semakin obses dengan kerja sampingan iaitu merawat penyakit dan gangguan kerana ganjaran yang agak lumayan. Sejak daripada itu, dia selalu meyarung jubah putih dan kopiah dan suka digelar ustaz. 

Kehilangan Hanim, pelajar mengaji Anna menyebabkan kekecohan antara Ustaz Amir dan Father Michael. Kredibiliti Amir tercabar apabila Father Michael juga menawarkan pertolongan kepada kedua ibu bapa Hanim dan mula bersangka buruk pada Father Michael. 


MY REVIEW 

Amat jarang okay, Aien nak tengok cerita yang berada dalam genre ni melainkan ada orang ajak tengok. Macam biasa, siapa lagi la kan? Encik Husband dah pasangkan, kita tengok la sekali. Udah ler time maghrib-maghrib pulak tu. Anak-anak pun ikut sama tengok. Haha sudahnya malam tido semua ngigau. 
.

Daripada sinopsis kita dah boleh agak la jalan cerita, hasil arahan Syafiq Yusof ni. Kalau sesiapa yang dah tengok Penunggang Agama 1 mungkin agak dah kot kesinambungan cerita dia. HAHA 
.

Secara keseluruhan bagi seorang bukan pengemar cerita seram begitu, boleh la tengok. Buang boring. Tapi, banyak jugak kutipan yang filem ni dapat balik. Phew~ Ke itu yang 1 punya? Adehh.. 

Sedihnya bila kita tertipu dengan duit yang banyak. Sedih bila kita gunakan agama untuk mendapat keuntungan. Well, kalau benda mistik ni semua orang boleh tengok, tak guna juga kau nak menipu. Kadang-kadang bila berada di temoat tu, kita akan percaya pada 'ustaz' yang kita sangka dia baik dan berniat untuk bantu kita. BUT, somehow bila kau bayar berapa-berapa tu dalam jumah sedikit, rasa macam penyakit kau tu sampai bila takkan baik. Haha 
.

sedih kan? Motif filem ni bagus. Hasilnya pun bagus. Tapi kenapa Nasir Bilal Khan jadi momok? Dia kan pengali kubur. Sian la jadi momok pulak. 
.

Perihal kasyaf pulak, bukan semua orang mahu, tapi bila sudah terkena. mereka hidup dalam kebiasaan yang luar biasa. Allah tutup hijab kita daripada nampak benda yang tak nampak ni. 

Heee` udah la aku buat review malam-malam. K dah la. tu je la nak cakap. Okay je. Kalau ko tak tengok pun tak da hal la, sebab aku pun lari pergi solat maghrib dari habiskan tengok filem ni. Nak sambung lagi memang idok la. Kalau tak, jadi macam ni la. Insomnia. Terbawak-bawak wak dalam mimpi.... Huwaaa~ ibu is penakut... 

Ahad, Oktober 03, 2021

Movie: Frontliner


 

Tajuk: Frontliner 

Genre: Emosi / Kehidupan / 

Durasi: 1 jam 29 minit 

Pelakon: Azhan Rani, Emma Maembong, Beto Kushairy, Farah Ahmad, Shamsul Danish, Achey, Wan Maimunah , dll

Sinopsis: Dari barisan pekerja kesihatan sehingga la penghantar makanan, masyarakat di Malaysia berhadapan dengan virus Covid-19 yang melanda dunia. Kisah diambil  berdasarkan kisah benar. 


MY REVIEW

Berada di tempat kedua TOP 10 movies dan drama tontonan rakyat Malaysia, Frontliner mengisahkan tentang barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara dalam membendung virus Covid-19. Cerita ini diambil ketika Malaysia mula melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan 1 pada MARCH 2020 tahun lalu yang banyak mendatangkan kesan buruk pada masyarakat. 

- Dr.Azhan dan Nora pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pertama. Dr.Azhan seorang doktor pakar dia sebuah hospital kerajaan. Sejak pandemik covid-19 melanda Malaysia, Dr.Azhan menyewa rumah di hadapan rumah mereka semata-mata untuk membendung wabak dari terkena pada isteri yang sedang sarat mengandung. 

- Nasir / Achey seorang anggota polis yang telah lama tidak pulang ke kampung. Ibunya sering menelefon bertanya bila dia hendak pulang. Ibunya juga tidak percaya dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh membendung penyakit. Bahkan dia beranggapan Achey terlalu mementingkan kerjaa daripada dirinya. 

- Zulkifli dan Nadia serta Shamsul tiga beranak yang tersepit akibat covid-19. Zulkifli seorang anggota polis yang bertugas membuat sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerak dilancarkan. Nadia seorang cikgu tuisyen yang terjejas pendapatan. 

Aien tengok ni nahan hati nak nangis sebab tengok dengan laki. Kalau tak dia asyik nak cakap Aien ni hati tisu betul. Sedih kot! Mesti la nak nangis. Dorang barisan hadapan dah bertungkus lumus melakukan tugas mereka tanpa fikir cuti. Padahal mereka juga punya keluarga jugak. 

Bila tengok part Nadia merayu kat mak student dia minta bayar yuran, tapi ya lah kan masa tu semua pendapatan kurang. Lepas dah stress dengan tu, Shamsul anaknya pulak sibuk nak minta keluar padahal belakang rumah je. Tapi, sebab risau sesiapa boleh jadi carrier, Nadia marah anaknya. Akhirnya anxiety dia datang kembali. Bila laki dia balik, Zulkifli tu, berkhemah kat luat rumah. Haha part ni lawak. Sebab dia bagi laki dia makan ikut pagar. lepas bagi tu  baru dia bukak pagar. Terbahak-bahak kami dua laki bini ketawa. 

Bila scene ni buatkan Aien terfikir, macamana la orang yang ada anak teenager tu kan.. Lagi la terkongkong. Dengan budak-budak dah pandai expresi diri dorang kan. Aien ni dengan anak-anak kecik pun stress. Heee~ 

Kesinambungan penyebaran covid-19 di kalangan mereka semua ni bermula dengan Nora pergi keluar rumah tolong ada delivery guy exciden depan rumah dia. Adui, siap terkeluar tulang bak hang. Nora pegang dan terkena darah delivery guy tu. walaupun dia dah mandi selepas tolong tu, bersihkan badan apa semua. Tetap juga terkena sebab dia golongan berisiko tinggi. Buatnya dia masak untuk laki dan dan masa dia diserang sesak nafas, Dr.Azhan bawak dia pergi hospital. Masa nak ke hospital tu pulak, hujan lebat. Dr.Azhan pergi tolong Zukifli dan Nasir betulkan dorang punya payung di sekatan jalan tu. 

Pergi hospital, Nora disahkan positif. Dr.Azhan kena kuarantin sebab kontak rapat. 

Nasir pulak, disebabkan dia sedih mak dia asyik guna ayat tak sayang mak ke, tapi betul juga penyakit covid-19 ni ujian Allah je. Ajal maut di tanganNya. Kalau Allah kata nak mati sebelum covid pun boleh jadi. Tapi, tak salah kita ikut saranan kerajaan. Baik dibendung terlebih dahulu sebelum dah terkena. And dia balik kampung jugak untuk jumpa mak dia. Berpeluk dan bersalaman. 

Selepas Nora dan Azhan dikuarantin, mak Nasir pulak terus meninggalkan akibat wabak. Melalak si Nasir. Dia juga kena kuarantin sebab kontak rapat dengan mak dia. 

Masa ni Dr.Azhan tak faham, dia cuba untuk tidak duduk serumah dengan bini dia demi mengelak daripada terjangkit. Alih-alih positif jugak. Dia ingat bini dia ada curi-curi keluar ke apa kan. Tapi, Nora tak bagitau sehingga dia sesak nafas dan kemudiannya meninggal dunia bersama bayi yang dikandungnya. Allah~ sedihnya. 

Begitu jugak dengan Zukifli sekeluarga. Mereka juga harus kuarantin sebab kontak rapat dengan Nasir. Sambung-sambung gitu je la. Sedar tak sedar kan. Sesiapa boleh jadi carrier. 

Sehingga 2021, kes masih tinggi walaupun ramai sudah divaksin. Alhamdulillah juga, kebanyakan kes itu adalah mereka yang tidak bergejala dan kuarantin di rumah sendiri. 

Sehingga dunia bebas daripada pandemik ni, jaga diri semua stay safe. Dan duduk rumah sekiranya tiada keperluan. Walaupun banyak sektor dah dibuka, bukan bermaksud kita sudah selamat. Tapi, semua itu demi ekonomi negara. Jaga diri semua ya! 



Isnin, September 27, 2021

TURKI MOVIE: Mutluluk Zamani


 

Tajuk: Mutluluk Zamani / Time of Happiness

Genre: Romance

Durasi: 1 jam 58 minit 

Cast:  Elcin Sangu, Baris Arduc

Sinopsis: True love is not about perfection, it is hidden in flaws. The movie 'Mutluluk Zamani' (Time of Happiness) tells the story of Mert (Baris Arduc) who creates his 'perfect' life without facing his past and Ada (Elcin Sangu) who builds her own way of life based on all of her past experiences.
—ahmetkozan    (source: ImDB)


MY REVIEW

Kerana masih tak boleh maju ke hadapan dengan gandingan Elcin Sangu dan Baris arduc, Aien sambung dengan movie ni pulak. But, terasa begitu pendek sekali~ 

Mengisahkan tentang Mert yang sentiasa hidup dalam kegembiraan buatannya demi melupakan kisah lalunya. Boleh dikatakan dia hidup serba mudah dan sentiasa memperolehi apa yang doa mahukan. Sehingga dia bertemu dengan Ada Altunay, satu-satunya wanita yang boleh baca setiap tindak tanduknya dan tidak mudah menerimanya seperti wanita lain. 

Movie ini cuma menunjukkan betapa Mert berusaha untuk mendapatkan Ada. Simple as he can go. Nak buat review pun tak reti buat panjang-panjang sebab Mert dapatkan Ada dengan mengubahkan satu-satu tanggungan Ada iaitu abangnya, Tarik Altunay, yang kebetulan bekerja di syarikat Mert. 

Pada hari Mert nak dapatkan kerjasama dengan syarikat daripada Jepun, Tarik terjatuh ke bilik mesyuarat Mert akibat leka memerhati wanita pujaan hatinya bersama lelaki lain. Tarik ditampilkan di sini berlainan dengan Mert yang pasif dengan orang sekeliling. Fokusnya cuma satu, iaitu Ashuman. 

Jadi, disebabkan itu, orang Jepun tu tadi, menyuruh Mert mengubah Tarik menjadi lelaki paling bahagia dalam masa sebulan. Jadi, demi mendapatkan Ada, Mert sanggup membantu Tarik menjadi lelaki yang boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Hujung movie, Ada rasa tertipu dengan Mert tapi disebabkan Mert berjaya memberi keyakinan kepada abangnya , dia pula membantu Mert untuk dapatkan kerjasama tadi. 

Simple kan? Haha Memang masih tak leh movie lagi la. Try tengok suggestion Tiara Sapphire  Kiraz Mevsimi tu... Baru 20 minit... tapi.. Haha


Pahtu Hani Mynis ada suggest lain drama Turki lagi bertajuk Seviyor Sevmiyor. 





Haa, nanti la tengok. Sudah, terjebak jauh ni..  Oh  ya, suka nyanyian Elcin dan Baris untuk soundtrack movie ni. Auch... macam sweet je suara deme... 



Sabtu, Julai 17, 2021

Movie Review: Monster Hunter


 

Tajuk: mOnster Hunter (based on game) 

Genre: Fantasy, Action, Violence 

Durasi: 1 jam 43 minit 

Cast: Milla Jovovich, Tony Jaa, Ron Perlman, T.I 

Sinopsis: Ribut pasir yang membawa Lt. Artemis dan krewnya ke satu kawasan asing di mana mereka berhadapan dengan raksasa yang tidak lut dengan kuasa senapang mereka. 


MY REVIEW


Aien jumpa movie ni berdasarkan senarai Top 10 movie/drama di Netflix dan cerita ni berada di tempat pertama. Kata mereka exciting menonton movie ni. So here I am after watched it. 

Lt. Artemis dan unitnya sebenarnya dalam misi mencari satu pasukan lain iaitu team Bravo ynag telah hilang jejak mereka begitu saja. Pada mulanya mereka meragui kehilangan team itu. Namun apabila mereka sendiri berdepan dengan ribut pasir sehingga mereka di bawa ke satu kawasan asing dan bertemu dengan pasukan Bravo yang telah hangus dibakar  dan pasir berada di sekeliling mereka menjadi kaca. 

Baru nak belek-belek member sepasukan tu, tetiba mereka diserang oleh raksasa bawah tanah yang bernama Diabola, (lebih kurang namanya la) Dari 5-6 orang mereka, tinggal Lt.Artemis seorang sahaja yang berjaya melepaskan diri daripada serangan raksasa kedua yang berupa kala jengking. Ikutkan dia jumpa anak buah dia sorang, sayangnya dalam badannya dah penuh dengan telur binatang itu. Jadi dia terpaksa tinggalkan. 

Setelah berjaya keluar dari sarang raksasa tersebut, Lt.Artemis diselamatkan oleh seorang lelaki. Yang pada mulanya ingat Lt.Artemis ni musuh. Aien dok la ingat siapa yek pelakon ni, macam familiar sebab dia langsung tiada dialog. Sekadar aksi yang cukup mantap. Skill pedang yang sangat jaguh. Rupa-rupanya Tony Jaa. 

Dan bermula misi mereka berdua untuk lari ke arah menara langit yang menghasilkan ribut pasir semalam. Dengan syarat pertama bunuh si Diabola, si pemangsa dalam pasir itu. 

Pada mulanya, Lt. Artemis mencadangkan agar Diabola  diboom dengan senjata yang ada di 4x4 milik pasukannya. Namun, Tony (Aien tak tahu nama dia dalam ni) mencadangkan agar Diabola dibunuh dengan racun si kala jengking. Bagaimana? Dengan menjadikan Lt.Artemis umpan sebelum binatang itu dibunuhnya. Gila! 

Dah berjaya dapatkan racun, mereka berdua segera untuk menyasar kepada Diabola. Namun, perjalanan ke Menara Langit tak semudah disangka apabila mereka berdepan dengan seekor lagi raksasa yang kalis api, iaitu Rathoila. (mungkin begitu namanya) 

Di sini Lt.Artemis dan Tony berjumpa semula dengan rakan-rakan sekapal Tony yang dahulunya meninggalkan dirinya demi menyelamatkan kapal mereka. Nasib la jumpa balik. 

Bila mengetahui Lt.Artemis ini bukan dari dunia mereka dan mahu pulang ke dunianya sebenar, Ketua kapal meletakkan syarat bahawa Lt.Artemis harus membantu mereka membunuh Rathoila tadi. 

Tapi, entah kenapa tetiba Lt.Artemis dah berjaya ke dunianya semula dan dijumpai oleh pasukan tentera yang telah lama mencari pasukan beliau, dan kemudiannya diserang oleh Rathoila di dunia sebelah sini pulak. Habis semua pasukan tentera kalah dem kerana raksasa asing. Nasib Lt.Artemis sedar lantas menyegerakan sesi pembunuhan Rathoila. 

Kemudiannya dibantu oleh Tony dan ketuanya. Malang sekali, seluruh pasukan tentera yang datang menyelamatkan Lt.Artemis tadi, mati. Ending movie ni, Lt.Artemis kembali ke dunia Tony untuk membunuh raksasa Rathoila yang lain. 

Macam.... aha dia tak nak sudah balik ke dunia manusia sebenarnya. Gitu la. Macam tergantung jugak ending dia, tapi sebab dari video game kan. Kan bayangkan je la dia masih la excited nak buru raksasa tu. Ahaha 

Rate movie ni memang excited, tapi macam hambar pun ada. Still meletakkan dia di tempat pertama yang ditonton oleh rakyat Malaysia. Nak tengok boleh tengok di Netflix.