Ahad, April 11, 2021
ChocoSweeties - Chicken Chop paling besar di Skudai
Hi, sepetang penat berjalan training pre Ramadhan ni, Cik Laki ngajak kami anak beranak makan di Choco Sweeties, Sri Skudai.
Masa mencari tu agak sesat juga sebab kedai dia comel bangat di kalangan barisan workshop dan jugak kedai dobj kalau tak silap. Ye la, kita pergi malam mana nak nampak. But, no worries! GPS sedia membantu. Korang search je, Choco Sweeties pasti akan jumpa.
Bila Aien nampak signboard dia. Wow, Cafe & Cakes. Mesti ada manisan dalam dia. Cause my tekak currently nak makan manisan je. Sayangnya itu kena order lain. Dorang macam tiada display punya. Tak apa la.
Tanya kat Cik Laki, mana tau tempat hipstur gini. Dia kata ada dorang tu makan sini kata chicken chop dia sedap. Tu yang nak cuba. Huish. Cik Laki ai dah pandai ler cari tempat makan cenggini. I like! Haha
Boleh la cuci mata tengok menu dia. Kalau baca review kat facebook pun majoriti kata puas hati la dengan harga dan portion dia.
Last but not least. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak makan Spagetti Carbonara. Bukan tak buleh buat sendiri. Tapi biasa la mak buyong, orang lain buatkan sedap aje. Sendiri buat wek wek. Nasib la labu.
Apa yang penting makan dengan portion begini di bawah RM50 memang berbaloi. Korang jika singgah Skudai, boleh je waze ChocoSweeties di Sri Skudai ni ataupun korang boleh order melalui aplikasi foodpanda. Memang berbaloi I tell you. Tak habis uolls boleh je bungkus sendiri dengan bekas polistren yang telah disediakan.
Thanks to Cik Laki sudi belanja bini dan anak-anaknya. Heee~ moga murah rezeki. Hati bini banyak happy dah lepas satu list ngidam. Tertiba tambah pulak satu menu. Huish. Siapa nak teman koi makan di Myeodong Toppokki ni. 😔
Masa operasi Choco Sweeties ni dari jam 12 tengahari sehingga 10 malam. Jadi, kalau korang nak order melalui foodpanda, boleh je cari ChocoSweeties dan order la ikut menu tertera. Cuma dalam aplikasi tu biasanya yang hot selling dan popular je ada. Nak lagi nikmat boleh pergi kedai dia, di Sri Skudai. Semestinya mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Selamat menjamu selera.
Selasa, November 03, 2020
Beli Ice Cream guna khidmat Grab food je
Apa ada dalam Wall's Happiness Box?
- 2 batang ais krim Magnum Coklat
- 2 batang ais krim Magnum Vanilla
- 2 batang Solero
- 1 batang asian pulut hitam
- 1 batang asian delight sea coconut
- 1 batang asian delight keladi
- 5 batang tealive boba
Jumaat, Oktober 02, 2020
Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab Food
Cuba Tealive Bubble Tea Mooncake Combo dengan Grab food • Yeay! Yesterday was Moon Cake Festival, so why not we try to eat some moon cake.
Apa itu Moon Cake Festival?
Kenapa Moon cake mahal?
- Berkumpul sesama sanak saudara. Sama ada masak di rumah mahupun makan di restaurant.
- Makan Kuih Bulan -merupakan kewajiban pada hari ini.
- Melihat Bulan - tanda syukur keluarga berkumpul.
- Hargai Bulan - membuat suatu sembahan (halau hantu)
- Membakar lantern - tradisi bagi kanak-kanak untuk berhibur
- Bagi hadiah - sanak saudara atau staff
- Hantar pesanan ringkas - bagi keluarga jauh
- Bercuti pendek dengan keluarga -
- Shopping -kebiasaan mereka lakukan
- Menonton wayang - jika tidak mempunyai idea apa-apa.
Macamana boleh terpengaruh dengan Kuih Bulan?
Rabu, Julai 08, 2020
Baru nak cuba Kek Tornado Viral
Ahad, Jun 21, 2020
Pertama kali cuba Texas Chicken dengan Grabfood
Selasa, Januari 14, 2020
Sedap ke makan di Yume Yatai?
sedap ke makan di Yume Yatai? |
Assalamualaikum , Hi! | Sedap ke makan di Yume Yatai?
Post entry ni asyik tertangguh je, alhamdulillah akhirnya malam ni dapat jugak tulis serba sedikit pengalaman makan di Yume Yatai Street Food. Sebenarnya Aien sendiri tak tahu kewujudan gerai kecil yang kelihatan viral di media sosial dan ramai mengatakan makanan di sini sedap dan view dia sangat menarik di malam hari. Bila adik datang dan dia kata nak cuba makan di sini, apa lagi. Kita bawakan saja. Jom!
Apa Yume Yatai?
Yume Yatai merupakan gerai kecil yang menjual street food seperti di Jepun yang berada di hadapan sebuah kedai kek. Jika anda yang pertama kali datang seperti kami, boleh cari di waze atau maps Yume Yatai. Secara langsung, anda akan dibawa ke sini. Destinasi anda ini mungkin akan keliru sedikit sebab nama pun gerai comel, tak kelihatan kewujudan papan tanda mereka.
sedap ke makan di Yume Yatai? |
Tak ada sambutan, seperti biasa adab mereka Jepun atau Korea Selatan yang sentiasa menghargai setiap pelanggan mereka. Yala, mereka menjual makanan negara timur itu, seeloknya adab itu ditekankan jua. Kami tahu, awal jam begitu mungkin mereka sibuk nak set up semua, tapi apa yang kami lihat, para pekerja sibuk bermain gadget masing-masing. Anda pulak bagaimana rasanya?
Adik terus pergi pesan makanan yang memang nampak sedap di media sosial.
sedap ke makan di Yume Yatai? |
sedap ke makan di Yume Yatai |
Bila minion nak pesan kek, tak nampak la servis caj yang kat atas tu, p la bayar rega sebijik ikut terpampang pada kek tu. Alih-alih adik tu habaq mai, 'kak, tak cukup dua ringgit.' Kami, untuk apa? servis caj? Dan apa yang kami dapat? It's so funny la.
Tapi jangan risau, kami bayar. Takut kang kena cari di alam maya kang.