posts in category NAYLA'S STORY

Jumaat, Februari 22, 2019

HAPPY 9 MONTH ANAK!


Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah tahniah anakku, kamu telah membesar dengan sehatnya selama 9 bulan ni untuk ibu dan ayah. Terima kasih menjadi penghibur hati kami. Terima kasih juga kerana menjadi yang pertama buat kami. 

Nayla Insyirah, pemberian yang istimewa. Kamu adalah hadiah dari Allah SWT setelah 6 bulan ibu dan ayah bersama. Selama itu juga kamu sentiasa dirindui dan dinanti ketibaannya. Sejak kehadiran kamu disedari, ibu mula berhati-hati agar kamu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah SWT. 

Senyummu, tawamu, bebelanmu kini kian jelas di mata dan telinga. Sungguh, ibu rindu kamu walau kamu ada di depan mata ibu sendiri. 

Moga membesar dengan baik dan sihat. Menjadi anak yang solehah, kakak yang baik dan menjaga adik-adikmu. Moga dirimu lebih memahami jiwa ibu daripada orang lain. Kamu la anak, kawan dan jiwa ibu. Moga Allah sentiasa pelihara kamu tika ibu tiada nanti. ♥ Ibu.