Ahad, November 13, 2022
Ahad - sibukkan apa tu?
Hi hi Hi, kabare?
Baru timbul tenggelam dek sabut-sabut perkara hujung tahun. Selalunya begitu la kan. Saban tahun, di kala penghujung menghampiri kebanyakan memang ambil mood la untuk bercuti atau rehat untuk pembukaan tahun baru. Orang kata semangat baru gitu.
Aien pulak, berbaki sebulan nak masuk 2023 ni, a lot of things happen. Macam-macam. Nak cerita tak tau dari mana. Cuma mohon doa pembaca agar dimudahkan segala urusan Nur Khafisah sekeluarga. fuhhhh~ amek semangat yang semakin kabur.
Malas jugak nak bentang sejuta alasan sebab tahu diri ni belom kuat lagi nak bangkit dari zon selesa. Itu la MY BIG PROBLEM. Jadi bagi alasan tu macam alasan la kan? Haha
November? Di manakah kita? Drama pun ke lait. tak tau la sibukkan apa. Akal pun dah loading pending bermacam task yang harus diselesaikan. Kau rasa aku boleh ke? Doubting myself for better future? Selagi kau tak menapak, selagi tu kau tak tau.. kata yang sebelah. Begitu la drama setiap kali yang tengah ni nak berubah. Sebelah bagi semangat, sebelah suh relax. Haa~ boleh jadi konten. Aaaahhhh~ gituu.. semua benda jadi konten. Terlalu banyak idea dalam kepala. Jot down pun sampai serabut hak mana satu ko nak buat ni Nur? Begitu la kan...
Ibu anak tiga - nak buat semua benda untuk kesenangan anak-anak. Actually untuk perut sendiri yang dambakan makanan sedap, keselesaan hidup tanpa menyusahkan sang suami. Sangat pentingkan diri? Urm... Kalau ibu happy, anak2 pun happy.. Just an excuse right?
Life - doesn't work like we want to. But always work the way it is. Follow the flow while waiting, make your plan. - kata diri sendiri. Tapi sementara tunggu blur lagi.
Should change my name tho - MRs. Blur. Kena makan kismis banyak2 bagi kecerdasan otak. Atau consume Mindtopic keluaran eskayvie ke kan.
Begitu la kalau daku menulis rant hati.. Dia berjela. Bebel pusing situ je la kan. Okay . Berbaki dua minggu November ni. Banyak benda nak kena buat sebab next year adalah tahun baru yang penuh pancaroba dan dunia yang berbeza buat kami 5 beranak.
Husband ambik satu langkah perubahan besar dan I need to support even though risau dengan perjalanan kami nanti. Bumpy kah? Sanggupkah aku? Dan bagaimana aku nak start side income lain daripada duit rencehan yang sangat renyah? Allahu akbar. Most of time doubting myself sebenarnya. 5 years, selalu orang kata dah makin selesa dari pelbagai segi. But, untuk kami tahun ke-6 adalah satu stage baru untuk ibu bila anak dah start sekolah dan kena fikir lagi satu sudut yang berbeza sambil pujuk, kita akan survived nur. 😌 Bila datang overthinking dia, dan malam susah nak tido sebab selagi benda tu tak berlalu.. Walau orang cakap jangan difikirkan sangat. yet - susah~ sampai rasa dah la tak nak fikir dahhhhhh.. penatnyaaa..
Allah - kuatkan hati seketul Nur Khafisah ni. Dia percaya suami dia. cuma dia tak percaya dirinya bukan beban untuk semua orang. Dari kecik nyusahkan orang. besar pun nyusahkan orang. Penat la nak fikir bahagian positif. T^T
Nak bebel lagi ke? dah la Nur... Doakan semuanya baik2 saja. Allah kan ada? Jangan tinggal solat. Ubah hidup. In shaa Allah kau boleh. Aku nak~~~~~~~~
Bai semua...
Khamis, September 22, 2022
Kutip semua semangat
Sabtu, September 10, 2022
Semua benda nak cerita
Sedih la wei.. Asyik kena scam, asyik kena fraud. Walaupun tak ada la rugi apa-apa tapi tetap juga sedih sebab tak serik-serik percaya.
Dia macam... I wish...
Nak menangis aje rasa bila mengenang kembali kisah malam tdi kena scam di Instagram sampai scammer gigih nak suruh saya letakkan email dia sebagai owner instagram. urgh... Ingat aku b*doh. Tapi memang bod*h la sebab la kan sebab percaya ada oraang bebetul nak bagi. Dua kali dah kena macaam ni smpai konon dia nak baagi duit.
Urgh...
Ingat tak penat ke asyik kena aje? Ingat tak trauma ke sebab asyik nak percaya aje la. Selalu kena tapi masih jugak sama gitu juga la game kau nur...
Dalam berjaga-jaga mesti terkena lagi sampai macam ni. Tak tau la wei. Paranoid, geram dengan diri sendiri semua perasan berkecamuk dalam hati. Mengilai aku ketawakan diri aku malam tadi. Bo d- amat kau. Mana ada orang nak sesenang gampang nak bagi kau duit. HEY, DENGAR SINI EK.. SEMUA ORANG STRUGGLE NAK HIDUP.
Kalo ada sesiapa terjumpa instagram aku buat kat korang mcm ni report aku tau. Kot dia dapat hack ke. Geram lak ati bete.. Seronok ek jadi scam?
Gambar dah buang, video ada letak di reels, buat penat simpan. Akaun dah block dan report. Mereput la ko situ scammer. Geram lak ati aku nih..
Rabu, Ogos 31, 2022
Happy Merdeka Day Malaysia!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sejak Pandemik melanda dunia, sunyi hari kemerdekaan tanpa apa-apa sambutan. Alhamdulillah tahun ni, kita diberi peluang untuk berkumpul menyambut hari di mana Malaysia mendapat kebebasan daripada British dan segala penjajah. Namun begitu adakah kita sudah benar-benar merdeka?
Tema Merdeka 2022
Khamis, Ogos 18, 2022
Kisah Pengembala Kambing & Serigala
Masa kecil, kita sering terdengar atau lihat di televisyen kisah teladan seperti tajuk di atas kan?
Korang ingat lagi tak kisahnya bagaimana? Meh, Aien nak recap balik kisah teladan yang memberi kesan pada Aien sejak beberapa minggu ni.
Pengembala Kambing & Serigala
Apa teladan daripada kisah ini?
"Siakap senohong, gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri."
Isnin, Julai 25, 2022
Does mind keep the wrong memories?
Image by: Kaboompics |
Pepagi senin dah nak ngajak korang rant something. Actually benda ni bother sangat tau cause dah dua kali jugak la terkena. My old memories, the event I been thru was wrong mention my someone I know. Likee.. Aku salah ingat ke wei? Ke dorang yang ingat betul?
Selalu begitu la kan berlaku pada aku sebab aku punya memories just keep short term tau. Dia macam benda hari ni, kalo ko tanya minggu depan aku dah tak ingat. Benda yang aku tak nak ingat tak ingat la kan? Dengan erti kata lain PELUPA. Banyak sangat makan semut kot. Haha But, dari dulu lagi wei. Begini la perasaan aku bila adik beradik story pasal the hardest part in their life which happen within our family, but aku macam lost dalam story dorang tu. Even dalam story mak aku pun aku tak ingat. Lol sangat.
Jadinya kadang aku serba salah nak mengiyakan atau menidakkan pada hakikatnya tapi I choose like them la betul kecuali kalau aku rasa aku dipersalahkan dengan sesuatu perkara yang telah berlaku tu. Aneh kan?
Scene 1: My sister told me yang mak aku cakap dengan dia dulu aku yang nak study padahal masa dengan aku pulak, mak aku cakap yang kakak aku dah dapat result tempat study dan tanya aku tak nak join sama ke?
- this one of the hardest part memories nak dilupakan sebab aku masa tu dah kerja best. Masa tu pun dah umor 23 tahun.. Aku dah selesa pegang duit sendiri. Sekali dalam ingatan aku yang aku cakap kat atas la. Dan aku apply dan aku ikut kakak aku study di tempat sama. Dan kini aku jadi surirumah aku dipersalahkan sebab mensia-siakan diploma yang aku ada. Hurm..
Teruk ke ingatan aku ni? Bila akak aku kata mcm tu, I think la kan.. Aku kot salah ingat tapi tak mungkin la kan. Ehhh.. Pening lak kepala fikir. Aku tak menyesal pun la, cuma aku curious la memories aku ni macamana sebenarnya. Hahah
Dan sekali lagi aku terkenang the long ago memories. Dah lama gile kot. haha Ingatan aku ingat aku try hard untuk tidak menampakkan aku ni malang sangat, tapi bila kawan aku cerita. Aku lak yang ketara sangat crushed kat laki tu. OMOH~ Me like why kenapa macam terbalik je. Tapi akui je la zaman cinta monyet tu. Sepanjang malam aku dok fikir why. Sebab laki tu lelaki pujaan ramai kot. Aku lak siapa la nak suka dia. Seingat aku dia menampakkan dulu the match color outfit, lol. Aku tak leh blah bila kawan kata aku yang buat semua tu. Adehhh.. Macam... Wth?
Kalau korang la kan? Biarkan aje atau teruskan berfikir buat senak otak? Kenot la. Aku pilih untuk biarkan sebab aku dah berada di posisi aku sekarang which is. the old memories yang aku simpan tu la menjadikan aku sekarang. Aku dari dulu choose to follow the flow. Do not try harder when people do not expect the greatest thing will happen from you. Sedih kan? Even tho sebenarnya aku expect diri aku doing better than this. So, aku kena terus maju mengikut arus angin, dalam masa yang sama jadi diri aku sendiri walaupun aku rasa aku ni selalu copycat orang. Haha
Tu je la rant aku pagi senin ni. Saja nak ajak korang sembang supaya tak lemau. Everything is content gituu. Haha Korang pulak stay happy tau. Kalau tak happy pun nangis je. Don't worry, tak ada siapa yang tak hidup dalam kepuraan kan?