Khamis, Mac 30, 2023
Mee Basah Lejen Tak jadi
Resepi Mee Basah Lejen Hamdan Mubarak
Rabu, Mac 29, 2023
Resepi Donut Susu Viral
Allahumma solli ala muhammad
.
Hari ketujuh Ramadan, alhamdulillah masih setia disini mengolah resepi. Tahun ni, Ramadan dia lain maciam. Rasa makan tu tak sangat hype berbanding tahun sebelumnya. Ke sebab dah masuk 30-an ek?
Alasan mu saja malas masak. Malas masak, duit yilek, kita skrol la hari-hari resepi yang boleh dibuat menu berbuka. As semalam, padahal puasa pertama dah buat donut kampung untuk anak-anak. Tetiba terbuka Khairul Aming punya resepi Donut Susu Viral. Senang banget! Bahan-bahan semua ada! Ajum repeat donut lagi. 🤣
.
Resepi Donut Susu Viral by Khairul Aming
Ahad, Februari 13, 2022
Resepi: Kek Batik Coklat Ganache
Happy Sunday people~ Ramai gantung kuali ke tu? Sementara gantung kuali tu kan, meh la baca resepi pencuci mulut? Haa, manisan yang akak kutip resepi dia dari facebook dan akak kompile untuk ingatan akak esok hari. Tanda aku dan buat gaya ni. Haa, gitu. Akak ni pelupa orangnya.
Resepi akak try semalam masa anniversary semalam. Macam lama dah tak pekena kek batik kan. Padahal ritu baru melantak kat rumah mak mentua. Haha
Bahan-bahan Kek Batik:
Setengah buku buttercup
Secawan milo
Setengah cawan serbuk koko
1 cawan susu manis
setengah cawan susu full cream
1 bungkus biskut marie perisa biasa
Cara-cara buatnya:
- Panaskan kuali diiringi buttercup yang kejung tadi.
- Setelah cair, masukkan susu pekat. Pelan-pelan terus kacaukan dia. Dah sebati
- Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau terus. Jangan biar dia membeku. Risau.
- Masukkan susu full cream. (actually resepi asal guna susu cair)
- Dah sebati, masukkan biskut marie dan gaul bagi rata sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik.
- Tekankan bagi rata. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Done~
- Double boilerkan kesemua bahan dan biarkan ia cair. Pastikan sebati adunan ganache -nya.
- Dah sejuk, boleh tuang atas kek batik tadi.
- Kemudian, biarkan kedua mereka semalaman sebelum dipotong
- Dah siap!
Selasa, Januari 25, 2022
RESEPI: Ayam Goreng Pandan Gula Apong
Hari ini Aien nak share dengan korang semua resepi asal daripada KhairulAming yang diubah ikut bahan yang ada dan tekak sendiri. Haha Actually sebab bahan kurang je. Kita pakai je la apa yang ada ek.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
Jumaat, April 09, 2021
Tips dan petua lembutkan daging yang mana berkesan?
Salam Jumaat semuanya . Bersantai di hujung minggu? Minggu ni Aien nak share dengan korang la kan, tips dan petua lembutkan daging mana yang berkesan yang pernah korang cuba?
Haa, ceritanya begini. Minggu ni menu lauk daging sebab tekak macam teringin nak makan daging. Tapi jujur 4 tahun kahwin la kan, Aien tak pernah reti pilih daging dan juga masak lauk daging ni. Sebab apa? How many time I tried, daging konfem liat punya. Eh, tak cuba tips ke untuk lembutkan? Adooo.. Itu orang kata try and error dalam dunia masakan.
Sejujurnya dalam banyak-banyak housework sebagai suri rumah, memasak is not my passion. Walaupun makan is my favorite. 😁 Tapi sudah bergelar isteri dan juga seorang suri rumah, ko nak harapkan siapa lagi masak kalau bukan diri sendiri.
Berbalik cerita daging tadi. Aien beli seketul daging around RM10 . Entah berapa gram tak ingat. Tapi boleh dua kali makan kami 4 beranak. Disebabkan minggu ni Cik Laki pun jarang balik makan pagi, dia ada kursus. Senang la kerja Ibu ni.
First trial, nak masak daging masak itam ala kenduri. Okay, Aien cuba tips, RENDAM DAGING DENGAN SODA BIKARBONAT DALAM 10 MINIT. Fuh, dah rendam tu. Bau soda bikarbonat tu naik. Dan yes! Daging memang lembut. Macam lain macam la lembut dia. Lembut liat plus rasa soda bikarbonat dia mematikan selera. Urgh! Sudah la masak itam tu sedap tau. Kena daging macam tu, turn off betul la. Walaupun dan diperap dengan perapan masak itam tu dalam satu jam, masih terasa soda bikarbonat tu.
Dan Aien pun, give up! This tips can't be use anymore.
Hey, sebelum tu, Aien pernah cuba:
- Potong lawan urat. Still bila masak dia liat jugak dan lambat nak lembut. Macam tolong la bagi aku pressure cooker.
- Masak masukkan sudu/garpu besi . Tips nj memang mak Aien gunakan. Tapi I was not patient to wait that long enough. Dia makan masa. Kena reneh elok-elok baru lembut.
Rabu, Mac 31, 2021
Resepi Puding Karamel Roti paling simple pernah dicuba
Wah, terajin pulak buat puding ketika mood M tu beso je di dahi tu kan. Aien ada la simpan roti expired baki dari minggu lepas punya roti kan. Tak tau nak buat apa. Godek-godek la FB "Resepi roti expired" . Nampak pulak satu resepi yang macam sedap dan senang. Malangnya ia berbentuk video. Adeh. Tak ada tulis resepi pulak. Sebab dia dalam video kan.
Maka di sini nak mencurah untuk readers aienienka.com RESEPI PUDING ROTI KARAMEL PALING SENANG. Tanpa Oven dan mixer.
Jom kita mula.
1/3 cawan gula - masukkan dalam periuk/kuali untuk dijadikan caramelnya. buat dengan api perlahan. Risau hangit pulak nanti. Setelah gula cair dan berwarna keperangan, masukkan sedikit air. Macam percikkan air gitu. Tak tau la apa fungsi dia. Kemudian tuangkan dalam loyang. Sejukkan
Bahan-bahan roti.
4 keping roti yang dibuang tepi (tapi daku derhaka masukkan semua. Sayang pulak dibuang)
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 cawan susu manis
3 biji telur gred A
1 sudu makan esen vanilla.
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam pengisar a.k.a blender.
- Putarkan selama 20 saat sehingga sebati.
- Kemudian tapis bahan roti masuk ke dalam loyang caramel tadi.
- sementara korang blend bahan-bahan roti tu, panaskan la periuk kukus. Bagi air dia mendidih.
- sudah mendidih, masukkan loyang yang dah ada isi tu la kan dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit dengan api perlahan.
Nah, hasil kejadian yang sangat lawa. Dan sedap. Nayla bertuah pergi hirup caramel dia aja. Habis Ibu dengan Najmi makan puding dia je. Nasib la manis dia okay.
Apa laa, kata nak kurang manis nak pergi minum air gula Isnin nanti. Pigi laa. Haha
Tips nak bagi dia jadi, adalah gunakan cawan yang sama untuk sukat susu dan air tu.
Risau juga tak jadi jugan kan. But, turns out sedap giler korang. Harus cuba. Nak share video dia sekali tapi line macam harom syaitooon...
KREDIT VIDEO: limaunipis