Selasa, September 13, 2022
Cara sembunyikan aktivity luar kita dari dikesan facebook
Tetiba la kan, terjumpa hari tu, page Ilham Dekorasi kongsi pasal macamana nak hidekan aktiviti luar kita daripada facebook.
Mungkin benda ni dah lama orang kongsikan tapi saja nak refresh balik kat korang rasa menyemak aje kan FB ni detect apa carian google atau shopee aku.
Dia ni geng pengiklanan begitu la kan, rasanya la. Tapi since Aien rasa semak sangat dan terjumpa pulak tutorial yang simple ni, nak kongsi dengan korang. Benda ni pun boleh buat di aplikasi facebook jugak.
1. Pergi ke bahagian Setting dan cari security
2. Kemudian, cari OFF-FACEBOOK AKTIVITY
3. Putuskan hubungan aktiviti akan datang
Done cut off dunia luar dengan facebook. Harap berfungsi dalam jangka masa yang lama la. Kadang bendaa ni macam kejap aje la. Tetiba naik balik. Macam kena hack? Dunia digital tu itu la tu. Paranoid dia. Dia punya nervous hidup serba moden ni. Seram.
Jadi, korang boleh praktik untuk aplikasi facebook korang sekarang. Selamat mencuba! Harap membantu.
Ps: nak berenti main facebook semua media sosial diperlukan. Aiguu.
Isnin, April 25, 2022
First time beli barang kat Tiktok shop
Musim nak raya ni la baru nak bercari barang mekap, tutorial gaya shawl terbaru, tutorial mekap untuk beginner. Aahhh~ ko ingat bebudak je ke yang cari. Ibu anak tiga ni pun masih mencari ui. Haha Al-maklum la tahun ni semua orang beraya sakan. Dengan dapat duit sana sini. Kita yang tak berapa nak ada ni, mengada-adakan sendiri untuk mood sendiri.
Adakan dari segi mana tu? Semangat gais semangat. SEMANGAT. I need that spirit for little kiddos supaya dorang tahu dan faham meriahnya raya. Macam kita dulu-dulu. Tiap kali raya mesti ada baju baru, tak banyak, sepasang pun jadi la. So, untuk ibu pulak, terjebak la ritu terbeli barang mekap kat tiktok shop.
Selama ni lalu tak teringin pun sebab pujak hati kata, shopee lagi murah wei..Sekali apa yang merasuk Aien satu hari tu, lalu di fyp sorang tiktoker mekap ni sharing pasal HEAD MUSHROOM FOUNDATION.
Ya Allah ya tuhan ku.. selama ni lalu kat shopee tu, tak ada pulak teringin nak oi.. hantu apa rasuk ntah, tengok review tu..pap pap pap terus beli. total hangus RM12 sekali dengan postage. Kau rasa?
Dah beli termenung. Laju nau tangan. Ha HA Ha Mari la kita tunggu barang sampai.