Khamis, Februari 04, 2016

35/366 - 4 Feb

Ohayou kalian semua,


Memulakan hari dengan zikir in syaa Allah tenang sepanjang. Jangan pulak kita beriman pagi-pagi, kafir di petang hari. Nau'zubillah min zalik yer. Mari la sama-sama menetapkan diri untuk menjadi mukmin yang sejati mencari redha Allah selalu. 

Awal nyer beta menaip hari ini. Bermula dengan entry sesuatu itu buatkan beta berfikir sendiri. hmm.. Secara tidak langsung buat beta terfikir beta menulis sebab apa ya? 
Based on cara beta tulis beta straight foward ja. Tak ada niat nak kenakan sesiapa yang mana penulisan beta menjurus kepada diri beta ja. Kan? ke tak? 
Fikir juga, beta bukan seorang yang banyak sangat idea. Idea ada, tapi bila dah mengadap entry untuk menaip ni da terbang bersepai ideanya. Parah kan? 

Semua orang kot mengalami masa yang lama, cumanya beta sekali dah menaip tu, sangat la tak gemar nak biar dia dalam draft. Straight kan? Apa yang beta rasa masa itu, itu la yang beta tulis. At least, susah hati beta, senang hati beta, sedih beta, gembira beta semuanya diekspresi dengan mudah. lulz sangat~ simple minded? hurm... 

Teruskan hari dengan berjalan ke SINI. Cik Ain ni memang rajin update story dia every day. #dotd. Haa~ seronok baca entry dia. Beta pun sama kalau boleh nak la update hari-hari, tapi dek kekangan data yang tak mengizinkan beta akan selalu update bila beta jumpa talian hayat la. Haa~ kalau nampak beta post setiap jam tu, maknanya talian hayat beta tu panjannnnnnngggggg sangat. hahaha

Teringat semalam, ada orang bertanya,

"Best sangat ke blog tu sampai mengadap tiap-tiap hari?"

Errr. sudahnya beta marah dengan dia. Because beta tak la berapa gemar orang dok pertikaikan minat beta. Sebenarnya boleh ja beta explain, tapi beta pun tahu orang lain tak suka dipersoalkan apa benda mereka buat, tu yang beta hangin terus.

Setiap orang ada minat sendiri. Actually dia tak marah pun, cumanya beta yang mood macam ke laut masa tu, rasa macam dia perli kita dengan hobi kita.


"Best. Sebab dapat kongsi ilmu dan dapat ilmu baru.. "

And then dia tanya lagi. Dan mesti la reaksi beta, why? Why? Why? Perlukah tanya sampai macam nak kecam orang? Ke dia memang stalk beta dan rasa penulisan beta di blog ni hanya la merapu semata-mata. Dari dulu, beta layan jugak blog, tak ada pun orang pertikaikan [sebab masa tu tak addicted] sekarang why need to pertikaikan hobi orang sampai ke lubang cacing? Dok pahe la..

Yer. Setiap hobi harus dijadikan manfaat di kala waktu lapang, dan kalau kita buat assignment, lecturer mesti cakap..


"Pastikan bahan rujukan anda bukan la daripada blog peribadi atau seangkatan dengannya kerana tidak tahu kesahihannya.."

And? Yang aku nampak, blog is satu platform tempat orang berkongsi maklumat sama macam facebook. Cumanya blog boleh tulis berjela-jela walaupun facebook pun sebenarnya boleh menaip berjela-jela. 

Senang cakap, blog is diary seseorang. Daripada blog kita nampak tuan tanah tu macamana orangnya. Tapi, kita tak boleh la nak terus judge orang tu macam tu, macam ni kan? 

Setiap orang ada karakter dia sendiri. Kan? Kan? 
Ni dah emo sangat dah ni entry nya. haha 

Untuk calmkan balik emosi, beta berjalan lagi.. rindu pulak dengan geng selalu lepak masa disember tu, Agaknya masa ni semua busy dengan life memasing, agaknya masa CNY nanti, mesti geng semua berblogwalking kan? Or spend time with family? 

Kita CNY tak ke mana.. TvT 

So, berjalan la dalam ni je yer cik Nur.. 

Tenggelam dalam dunia sendiri. Actually masa memula entry tadi, nak wish 

HAPPY BIRTHDAY, SAENG IL CHUKKA HANMIDA, SENAH HELWAH


Pada seseorang. 

4 Feb ni dah lekat dalam kepala birthday orang tu. Walaupun orang tu tak ingat beta ni. haha 


-sekian cerita 35-

Rabu, Februari 03, 2016

33/366 - 2nd story of February


Sambil-sambil mencari idea untuk menaip, beta berjalan dari Segmen by Leya Yeolly yang beta ikut. 

Al-kisah banyak benda nak story. Selepas hari selasa yang kelas cuma satu, beta melarikan diri ke rumah sis beta untuk beratas talian. Dan beta menghabiskan masa dengan ini la. Hikayat seribu bulan di atas talian. hahaha


+ Dapat hadiah giveaway daripada Miss Dae.

Walaupun saguhati, beta bersyukur sangat2 sebab dapat. Sedih tak bunyi dia? haha
 Tak ada la, perasaan bila bukak dashboard and see the comment and the comment is to announced you are the of the winner. Mesti la rasa macam apperciate sangat2. 


Terima hadiah daripada dyllarezan

Yehaa~ hadiah dah sampai. Agaknya ni perasaan bila orang bagi hadiah yang kita nak. ye dak kimchaa?

hehe thnx dylla kerana memahami. Apa dia bagi? 


Tarra!!! alas kaki. Beta sudah la tengah mencari extra alas kaki untuk dorm beta. And up dylla dah bagi dulu. Okay, tak perlu p cari yang lain. Thanx a lot dylla.

+ random thought


Yang ni bahaya jika dibiarkan 'beranak' dalam kepala dan ianya akan memakan diri. 

Pernahkah kalian, terasa bila kalian dah berbuat effort ke atas sesuatu, namun feedback daripada orang sekeliling kalian sangat la tidak memberangsangkan? 

Acah, skema sikit ayat. Adoyai~ Masih dalam kecelaruan ayat nak pakai apa, bahasa diri pun kurang pasti, tetiba rasa macam mood merundum dek kerana diri rendah diri dengan blog yang serba tak la menyeronokkan hati. 


Macamana tu? 

Beta pun konfius. Adeh~ 

Penat jap berjalan. Singgah kat SINI cite pasal matluthfi, buatkan beta terus dah hilang mood nak blogwalking. hahaha 

Bila mood dah down, apa yang ada hanya rasa yang sedikit memamah hati yang sedia kecik ni. Dulu, mungkin asyik bertanya pada diri, kenapa orang tak faham aku? Sekarang ni soalan yang sering berkecamuk dalam hati is, Why you can't please people? 


Lumrah, apa yang kita buat semua orang takkan suka. Mesti bersepah je haters kat mana2. But, dalam hati mesti nak tahu, kenapa mereka benci aku kan? 

Word yang menjadi trademark sekarang? 

Ada aku kisah?
Suka hati aku la. 

And so on.. 

Dan sebelum perasaan ni jugak akan menyakiti anda semua, beta mengundur diri la. Feeling high sengsorang. Tell myself again and over again, be strong~ 

Yeah? 





Khamis, Januari 28, 2016

story 28/366

hai hai hai~

beta dah janji kan nak post hujung minggu? walaupun cuti beta dibekukan dan menyebabkan beta tak dapat balik untuk update with you gais~ TvT 
Beta try update dengan segala apa yang ada. T.T

Buat kalian, 
Terima kasih kerana tidak membiar sepikan blog ni. Terima kasih sebab singgah dan terima kasih untuk tagged saya dan tak dapat nak join segmen sekali bagai. 

But, good news.. 
I always read your komen on my blog, your new entry and so on. 
Kalau ada sesiapa perasan la kan~ hehehe

Makanya, entry kali ni kosong tanpa sebarang gambar. eh jap. cuba beta try secara manual dulu. kot2 la dapat campak sebijik dua gambo pun cukup
 
la.

Haaa~ betapa susahnya bekerja tanpa skrin besau.. T.T

apalah beta punya kegigihan ni. atleast ada la kan? yosh~ congratz.

Kisah hampir 4 hari tak mengupdate, beta sedaya upaya menahan diri untuk tidak menangis sebab tak dapat blogwalking, jerit sana jerit sini kat blog orang lain. Join segmen. sedih la jugak. Tapi, tak apa. ada masa pandai la beta mencurinya. haha

Back to student life, for last year make me wonder... haa~ why senior dulu2 suka nak sombong2 yek? hahaha

yela.. masa dulu memula masuk jadi junior, bila pandang senior2 rasa macam keciknye dunia bila tengok pandangan dorang tu. Tapi, once I been a senior, I felt like... "Aku masih junior lagi ke?"

Sebab pandangan junior zaman la ni lagi dahsyat dari pandangan senior. Pelik? Ke beta ja yang rasa macam tu?

Pedulikan la. yang penting beta dah final year.
 dan gunakan final year dengan baik.. duhai diri~

◾ Prepare diri untuk praktikal

Yang ni adalah benda wajib la buat mereka di final year. Persiapkan diri untuk menceburi diri dalam alam pekerjaan. intership, latihan amali, praktikal dan apa jua namanya. Yang penting masa tu siri kita kutip sebanyak-banyak ilmu yang berguna. Kalo diri sendiri masih berada di takuk yang lama, yang masih nak konon buat hal sendiri.. Jangan harap la mampu hidup di zaman pekerjaan. ye dok? eh eh~ apa entry malam ni macam emo sikit?

hehehe dah la jumpa seminggu sekali, ada hati lak nak emo. hehe Tetiba lak rasa macam nak lepas dendam tak dapat update every day, ini la padahnya. Kena lagi first week balik kolej, cuti beku pulak. Dengan karnival yang harga gempak-gempak semua. Memang berdarah mata nak oi~

Why? Why mesti first week or first month aku jejak kaki ke kolej?

1. Sebab semua orang baru dapat BR1M
2. Sebab student bakal mendapat PTPTN .

haa~ pandai kan pihak kolej? Bijak2...

Beta pun tak terfikir idea ni untuk negara beta.. Ah~ sudah la. beta nak rakyat beta hidup aman damai. ecehwah~

mengarut lagi meraban.

huish~ jangan la tension sangat. relax suda. Dalam week ni memasing teman-teman blogger pun tak banyak update entry. Al-maklum semua busy dengan life masing-masing. Beta harapkan kalian moga dalam keadaan baik-baik aja. Moga sentiasa dalam rahmatNya.

◾ TPPA?

Apa tu? What happen? Tengok bersepah viral sana sini. wonder la apa yang sebenarnya terjadi. Beta ni kalau sudah kembali ke kolej. Otak dan memori dah fokus dengan kuasa 100% pada subjek dan pembelajaran. Tetiba pagi tadi lepas dah settlekan segala urusan macam nak bukak facebook. ternampak la segala benda ni.

geng~ ade sesiapa rajin nak buat review tak? Based on bacaan,  TPPA itu bukan la sesuatu yang menguntung segala penduduk sesebuah negara bahkan ianya bakal menjatuhkan negara tersebut? and, guess the best part is our goverment os try their best to melaksanakan TPPA tu. omoh~
Dan bagaimana?

Beta selaku raja negara kecil beta.. tak mahu la negara besar beta musnah kerana kecerdikan pemimpin beta. allahu~ beratnya tugas pemimpin.

Teringat President fakulti beta punya statement, "TANGGUNG di dunia, JAWAB di akhirat."

Allahu. bukan la tidak mengalakkan sesiapa nak jadi pemimpin. cumanya untuk menjadi pemimpin itu, anda perlu ada sifat-sifat Rasulullah SAW yang empat tu. Kan?

Sudahnya, beta mendoakan yang terbaik untuk negara beta. Marilah bersama-sama kita mohon Allah tunjukkan kita mana yang terbaik buat Malaysia.

Okay la. disebabkan esok beta ada urusan seawal subuh, hahah menipu besau~

beta mohon undur diri.
 Thnx again ya. bagi yang sudi jengah ke mari. Ada masa, beta jengah kalian semua.

ps: Saranghae.  ♥♡♥♡ hehe