Ahad, Februari 07, 2016

BLOG REVIEW: Hoodpath

Alhamdulillah dipanjang umur. 

Happy new year for chinese fellow. 

Lunar New Year, habis rancangan feveret beta ditunda. Apakan daya cuti untuk 4 hari ni, beta bersengkang mata siapkan apa yang patut la untuk naik next week nanti. 

Tak baik mengeluh~ No No.. 

hehehe

Blog review? 

Yes. Indeed.

Beta nak buat review blog-blog awesome yang beta follow. Sangat awesome sampai beta rasa blog mereka harus dikembang mekar lagi dalam persada dunia blogger ni. 

Untuk first time ni, beta nak story satu blogger yang sama student macam beta, tapi dia dah melebarkan sayap, menjejakkan kaki di hampir semua tempat yang beta hanya mampu jejak dalam angan. TvT

Sob sob sekejap. 

She is awesome! Jjang! 

Normal student, lagi-lagi macam beta yang sel-sel tak berapa nak berkembang sebab masa Bonda suh minum susu, beta tuang susu tu dalam cawan adinda beta, haha tu la padahnya. Beta bila dah duduk asrama yang sangat strict dengan rule yang kalah asrama perempuan tahfiz, haa~ macam malas nak fikir bergerak ke sana ke mari. Lagi-lagi bila bercuti macam ni nak sesak dalam jammed? memang idok ler. 

Beta dengan rela merelakan diri mereput di depan Mister L kesayangan ni, jalan-jalan dengan mata saja. huk huk 

Sadis kan? 

Jangan! Jangan tergoda dengan Isteri VS tunang tu... (sis beta tengah tengok di sebelah)

Eh~ meraban pulak. mana ni... Sian Miss Dae, tunggu kat back stage bila la nak introduce ni.. haha Mian Miss Dae. 


Jeng Jeng... 
The most awesome blogger among all fellow blogger, 


-CLICK AWARD UNTUK KENAL MISS DAE-

Miss Dae ni dah berjalan merata tempat yang beliau telah list dan journal kan setiap perjalanan beliau dalam blognya. Fuh~ beta sangat jeles. Envy dia tu, tahap petala kelapan la.

Moh, rajin-rajin singgah baca semua entry dia. Sambil-sambil boleh belajar dengan dia, macamana nak travel ala-ala student, yang simple dan under bajet.

Jom Jom Jom~

Beta mengajak semua serang. Dah serang tu jangan lupa pulak untuk follow, supaya next trip dia, kita boleh follow up kan?


Khamis, Februari 04, 2016

35/366 - 4 Feb

Ohayou kalian semua,


Memulakan hari dengan zikir in syaa Allah tenang sepanjang. Jangan pulak kita beriman pagi-pagi, kafir di petang hari. Nau'zubillah min zalik yer. Mari la sama-sama menetapkan diri untuk menjadi mukmin yang sejati mencari redha Allah selalu. 

Awal nyer beta menaip hari ini. Bermula dengan entry sesuatu itu buatkan beta berfikir sendiri. hmm.. Secara tidak langsung buat beta terfikir beta menulis sebab apa ya? 
Based on cara beta tulis beta straight foward ja. Tak ada niat nak kenakan sesiapa yang mana penulisan beta menjurus kepada diri beta ja. Kan? ke tak? 
Fikir juga, beta bukan seorang yang banyak sangat idea. Idea ada, tapi bila dah mengadap entry untuk menaip ni da terbang bersepai ideanya. Parah kan? 

Semua orang kot mengalami masa yang lama, cumanya beta sekali dah menaip tu, sangat la tak gemar nak biar dia dalam draft. Straight kan? Apa yang beta rasa masa itu, itu la yang beta tulis. At least, susah hati beta, senang hati beta, sedih beta, gembira beta semuanya diekspresi dengan mudah. lulz sangat~ simple minded? hurm... 

Teruskan hari dengan berjalan ke SINI. Cik Ain ni memang rajin update story dia every day. #dotd. Haa~ seronok baca entry dia. Beta pun sama kalau boleh nak la update hari-hari, tapi dek kekangan data yang tak mengizinkan beta akan selalu update bila beta jumpa talian hayat la. Haa~ kalau nampak beta post setiap jam tu, maknanya talian hayat beta tu panjannnnnnngggggg sangat. hahaha

Teringat semalam, ada orang bertanya,

"Best sangat ke blog tu sampai mengadap tiap-tiap hari?"

Errr. sudahnya beta marah dengan dia. Because beta tak la berapa gemar orang dok pertikaikan minat beta. Sebenarnya boleh ja beta explain, tapi beta pun tahu orang lain tak suka dipersoalkan apa benda mereka buat, tu yang beta hangin terus.

Setiap orang ada minat sendiri. Actually dia tak marah pun, cumanya beta yang mood macam ke laut masa tu, rasa macam dia perli kita dengan hobi kita.


"Best. Sebab dapat kongsi ilmu dan dapat ilmu baru.. "

And then dia tanya lagi. Dan mesti la reaksi beta, why? Why? Why? Perlukah tanya sampai macam nak kecam orang? Ke dia memang stalk beta dan rasa penulisan beta di blog ni hanya la merapu semata-mata. Dari dulu, beta layan jugak blog, tak ada pun orang pertikaikan [sebab masa tu tak addicted] sekarang why need to pertikaikan hobi orang sampai ke lubang cacing? Dok pahe la..

Yer. Setiap hobi harus dijadikan manfaat di kala waktu lapang, dan kalau kita buat assignment, lecturer mesti cakap..


"Pastikan bahan rujukan anda bukan la daripada blog peribadi atau seangkatan dengannya kerana tidak tahu kesahihannya.."

And? Yang aku nampak, blog is satu platform tempat orang berkongsi maklumat sama macam facebook. Cumanya blog boleh tulis berjela-jela walaupun facebook pun sebenarnya boleh menaip berjela-jela. 

Senang cakap, blog is diary seseorang. Daripada blog kita nampak tuan tanah tu macamana orangnya. Tapi, kita tak boleh la nak terus judge orang tu macam tu, macam ni kan? 

Setiap orang ada karakter dia sendiri. Kan? Kan? 
Ni dah emo sangat dah ni entry nya. haha 

Untuk calmkan balik emosi, beta berjalan lagi.. rindu pulak dengan geng selalu lepak masa disember tu, Agaknya masa ni semua busy dengan life memasing, agaknya masa CNY nanti, mesti geng semua berblogwalking kan? Or spend time with family? 

Kita CNY tak ke mana.. TvT 

So, berjalan la dalam ni je yer cik Nur.. 

Tenggelam dalam dunia sendiri. Actually masa memula entry tadi, nak wish 

HAPPY BIRTHDAY, SAENG IL CHUKKA HANMIDA, SENAH HELWAH


Pada seseorang. 

4 Feb ni dah lekat dalam kepala birthday orang tu. Walaupun orang tu tak ingat beta ni. haha 


-sekian cerita 35-

Rabu, Februari 03, 2016

33/366 - 2nd story of February


Sambil-sambil mencari idea untuk menaip, beta berjalan dari Segmen by Leya Yeolly yang beta ikut. 

Al-kisah banyak benda nak story. Selepas hari selasa yang kelas cuma satu, beta melarikan diri ke rumah sis beta untuk beratas talian. Dan beta menghabiskan masa dengan ini la. Hikayat seribu bulan di atas talian. hahaha


+ Dapat hadiah giveaway daripada Miss Dae.

Walaupun saguhati, beta bersyukur sangat2 sebab dapat. Sedih tak bunyi dia? haha
 Tak ada la, perasaan bila bukak dashboard and see the comment and the comment is to announced you are the of the winner. Mesti la rasa macam apperciate sangat2. 


Terima hadiah daripada dyllarezan

Yehaa~ hadiah dah sampai. Agaknya ni perasaan bila orang bagi hadiah yang kita nak. ye dak kimchaa?

hehe thnx dylla kerana memahami. Apa dia bagi? 


Tarra!!! alas kaki. Beta sudah la tengah mencari extra alas kaki untuk dorm beta. And up dylla dah bagi dulu. Okay, tak perlu p cari yang lain. Thanx a lot dylla.

+ random thought


Yang ni bahaya jika dibiarkan 'beranak' dalam kepala dan ianya akan memakan diri. 

Pernahkah kalian, terasa bila kalian dah berbuat effort ke atas sesuatu, namun feedback daripada orang sekeliling kalian sangat la tidak memberangsangkan? 

Acah, skema sikit ayat. Adoyai~ Masih dalam kecelaruan ayat nak pakai apa, bahasa diri pun kurang pasti, tetiba rasa macam mood merundum dek kerana diri rendah diri dengan blog yang serba tak la menyeronokkan hati. 


Macamana tu? 

Beta pun konfius. Adeh~ 

Penat jap berjalan. Singgah kat SINI cite pasal matluthfi, buatkan beta terus dah hilang mood nak blogwalking. hahaha 

Bila mood dah down, apa yang ada hanya rasa yang sedikit memamah hati yang sedia kecik ni. Dulu, mungkin asyik bertanya pada diri, kenapa orang tak faham aku? Sekarang ni soalan yang sering berkecamuk dalam hati is, Why you can't please people? 


Lumrah, apa yang kita buat semua orang takkan suka. Mesti bersepah je haters kat mana2. But, dalam hati mesti nak tahu, kenapa mereka benci aku kan? 

Word yang menjadi trademark sekarang? 

Ada aku kisah?
Suka hati aku la. 

And so on.. 

Dan sebelum perasaan ni jugak akan menyakiti anda semua, beta mengundur diri la. Feeling high sengsorang. Tell myself again and over again, be strong~ 

Yeah?