Khamis, April 07, 2016

97/366: One Rainy Day



Sometimes is not easy to let go your pain or people expectation over you, 
Sometimes, you wish that you could live with it without doubt,
But that feeling never gone away even though you want to. 
Because you living among humans, 
Not puppet.


Tergerak hati nak buat entry malam ni, kerana hati bernyanyi sedih, seiring dengan hujan di luar yang tak berapa nak lebat, but thanks God, alhamdulillah sebab basahkan bumi Kuala Sungai Baru ni. 

Let me, ask one thing? 
Do you guys pernah tertanya, ada ke orang berani nak confront dengan korang dan menyatakan yang dia tak suka korang? Maaf la bertanya luar alam, sebab kebiasaan orang akan menanti someone will confess with you about how much they love you, but do you really wish, that someone will do the 
same thing but not to say how much they love you. 

Ah~ apa aien mengarut memalam ni? 

Well.. 
Tahun ni merupakan tahun terakhir aien di alam diploma ni. Terbayang masa memula aien jejak kaki ke mari. Kenangan tu sentiasa hidup dalam diri ni. 
How I want to be like allahu~ people.. yeah~ you know what I mean. If you don't, dulu masa sem satu, even aien paling tua, tapi aien bersyukur dapat masuk kolej Islam. Pastu kawan2 yang aien rapat dulu geng2 senior yang saban minggu spending masa ke majlis ilmu, pantang dengar ada qasidah berdekatan, mula la nak curi2 keluar, sebab kitaorg yang dok asrama xdibenarkan keluar selepas jam 7. So, faham2 la. Mula2 rasa macam tak salah sebab kita kejar majlis ilmu, program cinta Rasul. Boleh kot. Tapi, naik semester dua, senior pun masing2 dah busy dengan praktikal dan sebagainya, aien macam tak tahu nak pergi dengan siapa. Kadang2 ada ja senior lelaki ajak sama. Janggal rasanya walaupun kita nak pergi majlis ilmu. 
Aien bukan nak fokus pasal tu, cuma agak awkward sekarang, bila aien dah sem 5 ni, senior yang aien biasa dulu yang sekarang ni dah sem 6, dah tak bertegur. 
Memang aien ni bukan jenis ramah la, tapi kalo aien nampak dorang, aien senyum. Tapi dorang susah nak senyum. Mungkin sibuk kot sebab majoriti dorang ahli MPP. Faham la kesibukan dorang. 

sekarang aien fikir, how far I aplikasikan Islam dalam gaya hidup? How far I be muslim as Muhammad people? 

Nak jadi seorang muslimah istiqamah memang susah. Aien tak berminat nak jadi hijabist yang pakai niqab or purdah but upload everything dalam laman sosial. 

pendapat aien, if I really want to back that kind of me once again, no more laman sosial, no more entertainment or anything. Jumud kah itu? 

Naa. Sebab itu salah satu, nak istiqamah diri dengan segala benda. You know I mean? Like if you want to hafal Quran, you need to away from entertainment. Segala benda lagha. Yang lalai. Yeah~ orang selalu cakap, tak   salah kalau kita amek benda tu semua untuk dijadikan jalan kebaikan tapi sejauh mana hati kita kuat dengan godaan dunia? 

Aien tak kuat nak jadi malaikat, ataupun sering orang ingatkan bidadari dunia, atau ustazah di alam maya, biar la kita jujur dengan diri sendiri. Aku buat semua ni untuk siapa? Banyak sekarang ni, tarbiah sentap, ustaz ustazah laman social. Ye, tak salah nak berdakwah.. tapi sejauh mana dakwah itu selari dengan akhlak peribadi kita? Kadang2 terasa diri hipokrit bila orang sangka kita baik, hakikatnya jauh panggang dari api. Sangkaan manusia memang kita tak boleh elak, apatah lagi manusia yang ada hasad dengki. 

hurm... jenuh nak berfikir. Aien cuma rindu, zaman aien pernah masuk sekolah agama, hafal Quran. Tapi aien memberontak sebab pergi sana dengan hati tak rela. Fitrah manusia inginkan kebaikan. Kembali ke jalan yang benar. 

Moga, hari ini lebih baik dari hari esok. 
Moga diri ini dan yang membaca mampu membimbing diri ke arah kebenaran. 

-SEGALA YANG DITULIS, ADALAH APA YANG BERMAIN DI MINDA- 




Sabtu, April 02, 2016

93/366: weekend yang membosankan!!



Hai hai semuanya. 

Weekend yang sepatutnya aien spending masa di Kem Survival yang dibatalkan, maka aien menghabiskan weekend ini dengan..... 


yeah~ 

cerita hari ni, adinda kesayangan seorang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21. Saeng il chukka hamnida~ 

Plan rini, konon nak ziarah dia, akan tetapi, mengenangkan bakal mengeluarkan sedikit duit, fikir ribuan kali nak pegi ke tak. Dengan diri yang masih tiada idea nak buat assignment yang bakal disubmit isnin ni. 

Wah~ tahniah aien!! anda seorang pelajar berdedikasi. 

uhukz~ apa benda beraban ni. 

Semalam tengok Ho Goo's Love, sweet giler.. Lepas done watching drama tu hilang dah mood. terbang bersama Uee I guess. haha. mengarut la kau jemah~

Nampak kan sangat boringnya tu. So, hari ni sempat balik rumah kejap. Maka berjalan la singgah fellow blogger yang dirindui... Muah setepek~ rindu korang. 

haha berangan~ tak ada siapa la nak rindu hang. 

Sebelum aien mengarut dengan lebih karut, mari la kita... 

jom tengok DOTS.. kbai

-SEE YOU AGAIN-



Khamis, Mac 24, 2016

BROGA HILLS~ Here we Are

Setelah berehat dengan cuaca yang tidak menentu, aien akhirnya mengadap blog ni. Fuh~ berabuk jugak. Geng~ awak semua busy yek?

Tak pe. Moga kalian sihat selalu yek. Jaga diri dalam keadaan cuaca yang tak menentu.

Kali ni, aien nak update tentang Bukit Broga.

Dua hari lepas, aien and the geng panjat Bukit Broga memandangkan tengah cuti midsem. Syiok sangat! haha first time hiking kot. haha

Teruk kan aien? semua benda baru first time, habis selama ni hidup buat apa? haha Tak thrill langsung!

Meh~ dengar aien story.


Ni la muka-muka yang turut serta. 

Perjalanan kami bermula jam 3 pagi gerak daripada Kuala Sungai Baru, Melaka. Memandangkan semalam celebrate birthday boy, memasing pakat tak cukup rehat even deme yang bawak kereta. Ado~ kami konvoi tiga buah kereta dari Melaka. 

Sampai di Beranang, kami singgah rumah kawan yang akan jadi direction untuk panjat jam 5 pagi. Rehat sekejap sementara tunggu subuh. Plan nak naik sebelum subuh, tapi sekadar plan semata. haha

Lepas subuh, baru kami panjat. Tu pun warm up sekejap terus panjat. Sepatutnya ada 10 orang, sorang dah terkancus half way. Paksa send dia turun sebab risau dia push over herself, sampai atas tak ada siapa nak bawak dia turun. 

Sebab semua tak cukup rehatnya, Semua naik slow-slow. No rushing. Ala, nak kejar siapa entah kat atas tu. Haha Lagipun, hari mendung je. Sedap la jugak nak naik. 

Nasib tak curam. Team mate ni jugak pernah naik Gunung Dato' sebelum ni, dorang cakap lagi curam. Sudah la masa tu dorang naik hujan, turun tu memang mencabar. Selalunya lelaki tension naik ngan pompuan sebab slow. haha

Hampir jam 9 kot kami sampai kat atas. Ingatkan dah tak nak naik puncak, sebab sakit kaki. T^T rehat 15 minit kat batu besar, lunjurkan kaki.. Tunggu dua orang yang hantar sorang tadi tak kunjung tiba. Aien gigih naik sendiri. 


Mereka dulu yang sampai ke puncak yang tak berapa nak puncak. At least, okay~ 

Sakan la deme ber-welfie. Rupanya ramai jugak kat atas ni. 


Setengah jam kemudian, aien sampai jugak~ nampak tu muka penat habis. Habis jugak sebotol air aien bawak tu. 

Lepaskan lelah. Habiskan masa dengan selfie. Siap hujan lagi kat atas tu. Dengan kabus yang, masya Allah canteknya.. Subhanaa Allah la. Macam dragonball punya awan tu.. 

Broga hills telah berjaya ditawan! Yeah~ Muka puas hati~

Turun bawah dalam jam 10 lebih sebab risau hujan lebat. Kang basah semua. Cadangkan nak mandi air terjun Sungai Petkala, ke hape,... tapi dengar ada virus kencing tikus, kami semua terus lepak kat rumah kawan kat Beranang je. 
Tu je la planningnya. haha 

Acah-acah nak pegi Istana Seri Menanti, tapi tutup pulak dah. haha

Muka sedih ke tu? 




Yang ni~ tak perasan bila masa tuan punya cam ni snap! hampeh! 

Okay. Sekian saja cerita aien. 

haha boring kan~ in syaa Allah lain kali aien cerita lebih menarik. hehe



Lanje satu feveret gambo untuk hari itu: