Sabtu, Julai 09, 2016

Julai in da house~

Waaaa~ 


julai dah sampai~ 

before that, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin pada semua reader's dan teman-teman blogger sekalian. Maaf juga sebab tiada sebarang apdet sepanjang ramadhan dan syawal pun actually nak menyepi lagi, konon busy.. tapi tak sampai  hati pulak. 


Lepak malam-malam sorang-sorang tetiba idea aien nak apdet pun datang. Haa~ tapi tak ada apa sangat eh.. 

Just nak share serba sedikit apa yang bermain dalam kepala untuk edisi ramadhan-syawal=praktikal aien ni. 

Untuk dua minggu lagi, praktikal aien akan tamat. Yeay~ hahaha betapa bahagia dapat lepas dari praktikal bukan sebab apa. Boring yang amat! Hanya Allah je tahu betapa boringnya aien dari jam 7.30 sampai 4.30 tu. Penyiksaan mental betul. Ado, aien tabik la pada mereka yang bekerja ni. Tapi bagi persepsi aien, kalo dah kerja lain pulak ceritanya kan? 

Bila praktikal yang sekosongnya memang la bunyi macam menarik, tapi hati aien risau kot-kot tak lulus kang untuk tu. T-T memang sobs sobs la masa tu. hahah 

Plus, praktikal masa bulan puasa, phew~ bertambah lemau la gamaknya. 
Alhamdulillah ramadhan juga telah berlalu, moga ramadhan kali ni bawa kebaikan buat kita semua. And syawal datang jengah la macam biasa. Tipikal bila dah masuk hikayat Y2K ni, tiap kali raya macam tak ada feel nak raya. mungkin sebab dah besa kot. kot la kan.

Kali ni raya, lagi santai, dengan baju raya acah muat je. dengan biskut, kek semua acah sempat je.. hahaha lawak pun ada. Semua pakat haa~ ko datang la masa kteorang open house nanti. 

itu lawak. adoyai~ 

Rini baru marathon gulung popia kecik. Sambil tu, layan la movie beribu raban yang ada. Kesudahannya popia aien masuk balik peti sejuk, aien sibuk fokus movie. Parah betul anak dara sorang ni. Dah la sekarang bersusun dramalist yang nak ditonton. Parah2.. addicted dah ni.. 

Tadi kan, berjela idea. Edit sana, gulung popia, terbang semua~ hahaha Tak apa la, janji ada entry, kan? 

k bai la semua.. Sampai ketemu. :P

Jumaat, Jun 10, 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz 
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Ahad, Mei 08, 2016

Kisah RM50



Di hari ahad yang sangat menyedihkan, aien rasa lost sekejap. 

Kisah RM50 yang sukar nak diceritakan nilainya yang hilang ditelan dek zaman. 

Macamana nak cakap yang hakikat kini, duit kertas itu tiada nilainya? 

Semua orang tahu, tapi bila sebut amount sekian sekian, sekian... 

Waa~ banyaknya duit kau! 

Belanja aku wei... 

Namun, tuan empunya diri, ditelan mati mak, di luah hidup bapa. 

Macamana ni??? How?? macam tu la...

Bila tak kerja, masih bergelar student, sana sini nak sedut duit.. 

Belom masuk lagi dengan saman berjuta enam yang dek kerana perkara yang you never expect yang benda tu buat ko kena saman? 

Urgh~~

nak final dah pun.. 

tiga minggu jer lagi nur.. sabar! 

k maaf kan daku kerana luah di sini.. hehe

okay.

bai~