Isnin, Ogos 29, 2016

Berlalunya Ogos tanpa entri~



Selalunya, masa duduk kat rumah, beribu-ribu entry di-submit ke mari, tapi bila dah balik ke alam student untuk semester terakhir, membuatkan daku tak ada update apa-apa. Sorry, guys. Thanks pada siapa yang sudi klik-klik sepanjang aien tak kunjung sini.. Terharu kejap. 

Well, berlalunya Ogos tanpa entri. Hanya dengan entri ni, aien ingin memohon ribuan ampun dan maaf, cebause tiada masa nak bukak laptop yang ada talian hayat yang masyuk.. T.T



So, Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke -59 bertemakan #sehatisejiwa. 

Terima kasih.


Ahad, Julai 31, 2016

BOOK REVIEW: Hero seorang Cinderella


Pada petang yang indah, aien merajinkan diri menaip untuk review. wow~ tetiba je kan? hehe

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Cantek kan novel ni?

aien follow up novel ni kat blog anjell lagi. baca-baca sampai ternanti bila lagi nak keluar anak dia ni? sudahnya, sebelum aien jejak tanah Malaya balik, aien singgah Popular beli la satu. Buat peneman diri dalam flight. 

Best! 

Anjell kan? dia tak pernah mengeciwakan. Feveret aien dia ni. 

Sinopsis novel ni based on apa yang aien baca, Tengku Ian menyamar sebagai orang biasa semata-mata nak melihat drama manusia yang tamakkan harta. Nura Medina, anak Datuk yang dianaktirikan oleh keluarganya sendiri. um, Kind of la bila bapak dah kawen lain pahtu busy. Sian Medina. 

Nak tahu kesudahan Medina dan Tengku Ian? 

Cepat-cepat la serbu Popular, MPH book store yang berdekatan. Kalau rasa malas nak keluar, click saja di shopee nuu dengan harga yang berpatutan. Siap ada diskaun lagi sekarang ni tau! 

Cepat! Cepat! 


Kbai

P/S: Waiting for another baby -Alpha Male.. Anjell kata taun depan kot dia release. Maka, mohon bertabah!





Sabtu, Julai 09, 2016

Julai in da house~

Waaaa~ 


julai dah sampai~ 

before that, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin pada semua reader's dan teman-teman blogger sekalian. Maaf juga sebab tiada sebarang apdet sepanjang ramadhan dan syawal pun actually nak menyepi lagi, konon busy.. tapi tak sampai  hati pulak. 


Lepak malam-malam sorang-sorang tetiba idea aien nak apdet pun datang. Haa~ tapi tak ada apa sangat eh.. 

Just nak share serba sedikit apa yang bermain dalam kepala untuk edisi ramadhan-syawal=praktikal aien ni. 

Untuk dua minggu lagi, praktikal aien akan tamat. Yeay~ hahaha betapa bahagia dapat lepas dari praktikal bukan sebab apa. Boring yang amat! Hanya Allah je tahu betapa boringnya aien dari jam 7.30 sampai 4.30 tu. Penyiksaan mental betul. Ado, aien tabik la pada mereka yang bekerja ni. Tapi bagi persepsi aien, kalo dah kerja lain pulak ceritanya kan? 

Bila praktikal yang sekosongnya memang la bunyi macam menarik, tapi hati aien risau kot-kot tak lulus kang untuk tu. T-T memang sobs sobs la masa tu. hahah 

Plus, praktikal masa bulan puasa, phew~ bertambah lemau la gamaknya. 
Alhamdulillah ramadhan juga telah berlalu, moga ramadhan kali ni bawa kebaikan buat kita semua. And syawal datang jengah la macam biasa. Tipikal bila dah masuk hikayat Y2K ni, tiap kali raya macam tak ada feel nak raya. mungkin sebab dah besa kot. kot la kan.

Kali ni raya, lagi santai, dengan baju raya acah muat je. dengan biskut, kek semua acah sempat je.. hahaha lawak pun ada. Semua pakat haa~ ko datang la masa kteorang open house nanti. 

itu lawak. adoyai~ 

Rini baru marathon gulung popia kecik. Sambil tu, layan la movie beribu raban yang ada. Kesudahannya popia aien masuk balik peti sejuk, aien sibuk fokus movie. Parah betul anak dara sorang ni. Dah la sekarang bersusun dramalist yang nak ditonton. Parah2.. addicted dah ni.. 

Tadi kan, berjela idea. Edit sana, gulung popia, terbang semua~ hahaha Tak apa la, janji ada entry, kan? 

k bai la semua.. Sampai ketemu. :P