Ahad, Mac 12, 2017

One month later

Assalamualaikum 

Alhamdulillah hidup lagi hari ni.. Setelah sebulan semua telah selesai, dah pun menjalani kehidupan as housewife, Aien mencari idea dan masa untuk menaip. Al-maklum laaa, masa ada idea tak ada.. idea ada masa pulak tak ada kan? 

Well, hari ni, genap sebulan sehari Aien bergelar isteri orang. Macamana life? 
Biasa je. nak tau kena la kawen. heheh sebabnya, tiap orang lain pengalaman dia. Macam Aien, alhamdulillah so far, so good. 

Aien pun dah lama tak menaip di sini, rasa macam nak ubah gaya blog.. tunggu la.  

Geng, jangan boring singgah Aien punya blog. hehe even dah berhabuk sejuta tahun lamanya. 

Sebenarnya minggu ni, Aien nak p buat kad nikah kat pejabat kadi Johor Bahru, tapi nasib husband dah call dulu tanya macamana. Rupa-rupanya, satu Johor tundakan pembuatan kad nikah tu? hurm... punah la impian nak menyimpan kad nikah dalam dompet. haha ngusung ler sijil nikah besar gedabak tu. 

Ada sesiapa geng orang Johor yang dah berumah tangga singgah sini tak? Kalau ada, tinggalkan la pendapat anda di bawah yer.. meh la share share dengan Aien yang baru berjinak jadi warga Johor.  

Sebut lagi jadi warga Johor, semalam jugak, Aien dengan husband shopping untuk household weekly, mak ai... Aien still can't accept how expensive barang-barang kat sini. Nak berdarah mata rasanya. It's more expensive than Sarawak you know. Although people use to say, barang-barang Sabah Sarawak mahal la.. apa la. but bahan-bahan basah, sana murah nak mati. Bayangkan yer... Udang sekilo tak sampai RM 20 pun. Apatah lagi ayam kan. Hadeh, first month ni still tinjau-tinjau harga di kedai yang berdekatan dengan rumah Aien. Mula-mula husband bawak singgah ke Song Mart, situ memang murah habis, boleh la.. tapi, biasa la..  nak jugak jengah TESCO be like... sekali... just 5 item dah rm100. Apa kejadahnya.  =='

Bertabah la yer Aien. Jangan meroyan sangat. Kos hidup sekarang ni lagi ler... Dengan BR1M tak lulus nyer, dengan minyak tak tentunya.. adeh~ 

Dah la.. jangan bebel-bebel. P masak, p makan lagi baguih..  Sebelum korang-korang sekali terjebak dengan masalah housewife be like ni yer.   hahaha 

K, salam March yer kesayangan semua. Lagi 77 hari lagi nak Ramadhan. Pesan Aien, jangan lupa ganti puasa yer.. hehe 

Semoga bulan ketiga tahun 2017 ni mendatangkan rahmat buat kita. 

muah ciked~ bai 

Aien belanja sikit gambar yang tak berapa nak sweet ni untuk korang... 


Ahad, Januari 29, 2017

......

Assalamualaikum wbt
As you guys can see... yep! tak salah pun. Memang tetiba rasa nak menaip rasa hati yang sedih apabila terindu dengan kawan-kawan di sana. 

Teringat si dia yang tak bagi Aien untuk join dorang disebabkan satu peristiwa tu. Sedih. Deep inside it's so sedih. Why? 

Pernah tak something bad happen yang actually it's come from you and you decide to lie about it just because you know he will mad to you? 

Aien pernah terdetik dulu, I don't like lelaki yang treat me like a bullsh*t and they give a reason just because they love you? 

Seriously, till know I just don't get it why a man abuse a woman when they say that woman is their lover?

Just duh~

Hanya nak menyuarakan kesedihan hati ni. Rindu dengan geng KUSMA, dengan mereka yag bergelar teman. Takkan semata dah jadi isteri orang terus cut semua? I just good to cut people out you know. Just try it. 

I just want to spend my last time with them. before I get serious with the marriage life.. It not I don't get serious now, I just want to.... before become officially alumni of Kolej Universiti Islam Melaka. 


TT

Rabu, Januari 11, 2017

STEP 2: MANAGE IMPORTANT THING!


Step 2: Manage important thing! | Hi~ Assalamualaikum 

It's been a long time since last entry kan? Selamat tahun baru semua. Macamana tahun baru korang? harap semua baik-baik saja seperti yang dirancangkan. Jika tidak, anggap saja ia dugan dari Allah untuk hamba yang disayangiNya. Ujian kan, datang Allah rindu kita? 


Amboi, Aien ni... berceramah tahun baru yer.. Well, excited akhirnya punya waktu untuk tulis entry ni. Since the title make me more excited and nervous in the same time, so.. jom kita sambung, 


Wow.. lagi sebulan pejam celik untuk my big day.. ehem~ 

Lepas ikut kursus pra perkahwinan pada 27 & 28 Disember tahun lalu, Aien proceed dengan dokumen. Bila dokumen dah selesai, boleh saja settlekan benda lain. 

Demi tahun baru yang semakin tinggi harga barang, Aien decide untuk semua Do It Yourself thing. Dari hantaran, ke pelamin, ke rewang nya semua sendiri. Alhamdulillah thanks for parents and adik beradik yang faham even kami tak dapat berkumpul sama. 

Bila sorang di sana, sorang di sini, semua rasa macam... serabutnya. Tapi, alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Harap semuanya mudah sehingga majlis nanti. Lagi sebulan, Oh My Allah~ hahaha

Masih banyak jugak nak kena fikir ni, memandangkan Aien susah sangat nak bergerak sendiri. Semua nak kena tunggu driver. Semua orang busy.. Adeh~ tu satu hal jugak.. Tu je nak bebel pada 11.1.17 ni.. 

Start counting.. 

till the day.. 


Kalau ada kawan-kawan blogger yang dekat Miri, pm la sis kalau nak datang yer.. In syaa Allah.. sis layan. 

Till next step, Jaa Nee!