Ahad, Oktober 15, 2017

MOVIE REVIEW: MY SON kmovie

Nampak tak bila dah selalu nak update tu, ada saja idea dia. hiii~ Hai jumpa lagi. Aien baru lepas tengok movie sedih lagi sob sob air mata mengalir. Sedih sangat cerita dia. 

Meh, Aien nak story sikit. Movie apa? Of course la korea movie. Movie ni sis Aien yang tengok semalam di TvN Movie. So, dia cakap sedih and best, Aien terpengaruh la. Tajuknya: jeng jeng jeng.. 

 MY SON

hasil lakonan pak cik Cha Seung Woo dan Ryu Deok Hwan. 



Cerita ini ditayangkan pada 2007. Haa~ lepas sepuluh tahun baru nak tengok kan? Lulz~ 

Sinopsis berdasarkan asianwiki:

Lee Kang-Sik (Cha Seung-Won) is serving a life sentence for murder. Due to good behavior by Lee Kang-Sik for the past 15 years, he is granted a special 1 day release from prison to visit his family. Lee Kang-Sik can't even remember what his son looks like. What will he say?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sinopsis ringkas mengikut kefahaman Aien yang telah pun menonton movie ini, adalah:

Kisahnya tentang Lee Kang Shik yang dilakonkan oleh Cha Seung Woo ni tadi adalah seorang banduan yang telah dipenjara sejak umurnya 24 tahun akibat daripada kesalahan merompak dan membunuh. Dia juga telah meninggalkan seorang ibu dan seorang anak lelaki di luar sana. Namun, isterinya tidak dapat dihubungi. Setelah 15 tahun dalam penjara, Kang Shik membuat permohonan untuk berjumpa dengan anaknya. Akhirnya, permohonan dia diluluskan dan dia pun dapat berjumpa dengan anaknya untuk sehari. 

Namun, T^T

Part ni sedih, 

Setelah seharian menghabiskan masa bersama "anaknya" Kang Shik baru perasan bahawa anaknya itu bukan anaknya. T^T

Aien sob sob kat sini. Sedih sangat. Bayangkan seorang lelaki yang merupakan banduan nangis meratapi. OMG~ sedih sangat. Rupa-rupanya anaknya, Lee Jong Suk (bukan pelakon tu k) telahpun meninggal dalam perjalanan untuk melawat ayahnya. OMG~ sedih. Tak tahan. Amek tisu lagi.. Nak ajak korang tengok, tapi link dia dah broken. Jadi pandai-pandai la cari sendiri k. Sorrry! 



Selamat menonton! bai



Tahniah!



Alhamdulillah. Dengan jayanya AIENIENKA telahpun berwajah baru. Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls~

Kembalinya Aien di sini, untuk memeriahkan lagi blog ini di hujung tahun. :D Yeah? Hujung tahun sudah kan?? Ndak berasa bah kita ni. Sudah di hujung tahun dua ribu tujuh belas. Apa yang kamu rasa? Sepanjang tahun ni? Adakah berubah atau anda masih sama? hahaha mohon jawab sendiri. haha

Aien dah pun dengan rasmi tukar wajah baru. Even tak ada la baru sangat. Setakat tukar template, dan etc. Rasa okay kot? Btw, fyi untuk korang yang rajin singgah sini, cbox lama telah pun Aien buang dek kerana ketidakberjayaan untuk menampilkan segala isi kandungannya. T^T Sedih tahu~

makanya, Aien buat yang baru, dan masih belum rajin nak cari emoticon comel-comel untuk ditampalkan bersama. Ecewaaaahhhh~

Rasanya untuk kembali dengan penuh semangat tu kurang sikit sebab masih menjejak rakan blogger lama. heheh.. Nanti Aien tinggalkan jejak yer~ 

For all viewers, thank a lot for coming back to this blog. Even though, blog ni sentiasa sepi, uolls sentiasa bersama. Okay~ 

Aien nak p masak. Bai~

Rabu, Oktober 11, 2017

berhabuk sungguh


Kalau orang dah kata lama tu, maksudnya memang lama sungguh la. Sampai berhabuk. Hari ni, setelah hampir 10 hari mereput dah berhenti kerja, duduk tanam lemak je, baru ada hati nak buka blog. Itupun ehsan si hotspot DIGI yang nak expired besok. Hailo~ Kuno kan? 

Assalamualaikum Uolls~ 

Aien rasa nak kembali ke alam blog ni, nak mohon pemasangan TM dengan encik suami, hope la dapat. hehe. Kalau tak, bertabah saja la yer duhai hati. 

Setelah dikemaskinikan apa yang tak boleh dipasang di sini, ditukar lagu yang telah lapuk lamanya, Aien rasa macam memang perlu baju baru blog ni. hurm... 

Nanti akan difikirkan. Sekarang ni, Aien sibuk memikirkan benda lain untuk menjana pendapatan dari rumah? Ada sesiapa yang singgah sini, nak share tak macamana nak menjana pendapatan? Ada suggest jadi dropship, ada suggest jadi agent. Sebab kan dok umah. Suka skrol-skrol, and overall. benda senang ja~ hehehe

Senang senang pun mental beb, ai is sekarang too much malas. Dah nama nak bersara sekejap dari berjumpa dengan masyarakat. haha Susah ada penyakit anti-sosial ni. :P


Telebih dahulu, Aien menyusun sepuluh jari sebab Aien dah buang shoutbox sebelah tu, nak pasang balik dah tak ingat~~~ T^T sob sob la kejap. nak duduk lelama pun tak selasa dah sekarang. Buntot papan! Hadoi! k, tu je


Sebelum Aien merapu meraban lebih banyak, better off dlu. Till we meet again~

ps: U olls yang nak share dengan Aien macamana nak jana pendapatan, mohon ikhlas hati pm Aien yer.. hehehe di aisyenur@gmail.com k.. pape roger dlu~