Jumaat, Oktober 27, 2017

MOVIE REVIEW: otherlife

Hai hai hai ~ Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. Apa buat tu?? Hope uolls dalam keadaan baik-baik saja yaaa.. Alhamdulillah hidup lagi untuk hari ni. Hari ni, Aien nak buat review la sikit. Eh~ tak habis-habis lagi review dia. Sabaq~ sis baru balek dari jalan-jalan ni, bagi la idea sikit nak karang untuk entry tu. Sementara tu, moh ler share review sikit. Ye dok???

Jangan la boring k. Hope uolls jumpa something yang bermanfaat di sini. ehek~ Udah ler tu.. Moh ler kita ke title kita. 


What is OTHERLIFE?? Kenapa dia bersambung?? Disebabkan Aien ni peminat movie sci-fi dan seangkatan dengannya. Itu yang Aien nak buat review. Sejak kita dah masuk ke alam siber lagi berjaya ni, semua di hujung jari, macam-macam movie dan drama yang kita dah tengok. Daripada LUCY, ada lagi satu cerita yang macam Lucy, tapi tak ingat apa tajuk dia. Yang dorang paksa amek pil untuk..... HAAA! LIMITLESS. Dari movie dorang buat drama pulak. Dan ini kali, OTHERLIFE pulak. Conclusion daripada semua movie ni, dorang cuba untuk mencipta satu teknologi atau drug untuk kalahkan TUHAN. Yep! Anda tak salah dengar. Macam dalam limitless, dorang amek pil untuk create satu pembukaan otak untuk lebih bijaksana. Nama pun limitless kan. So, tak ada limit dalam otak manusia ni. But, everything comes with price. hehe

Eh, review cite limitless pulak. Ni tentang otherlife la.. hahaha



Oh, pasal otherlife ni. Sinopsis ringkasnya daripada rotten tomato:

A brilliant software engineer must reassert control over her revolutionary neurotechnology in order to heal her comatose brother and prevent her business partner using it to imprison the minds of millions.

Daripada Aien pulak, movie ni dengan erti kata lain,
Dia cuba bangunkan adik dia yang brain dead, dengan mencipta satu software yang boleh mencipta kenangan dan  adik dia boleh pilih macamana seterusnya kenangan tersebut. 

Eh? Tak faham laaaa... T^T

Nangis hujung katil jap. Mula-mula Aien pun tak berapa nak faham. Al-maklum la movie daripada netflix. Confuse dia terlebih. Senang cakap movie ni, bagi anda satu experience untuk melalui satu pengalaman tanpa perlu ke tempat tu? Faham? Dia macam software yang berbentuk cecair dan diserap masuk ke dalam sel anda as eyes mo. Tau tak eyes mo tu apa?? Ubat mata tu?? yang kena titis dalam mata tu?? *face palm* Macam tak betul je Aien petang ni. hahahaahahahaahaha Okay dah sudah gelak.

Tapi,  ::SPOILER ALERT::


part yang best bila dia ditangkap kerana boyfriend dia mati sebab cuba untested software (yang dia buat untuk adik dia) dan partner dia cuba nak tikam belakang dia. So, konon dia diberi satu pengalaman untuk hidup dalam box room selama 365 hari. WOW~ lama giler. sini je dia punya highlight dan menarik minat Aien nak tengok.


Ending dia, dia give up dengan software tu dan terima ketentuan TUHAN yang adiknya telah pun pergi buat selama-lamanya. THE END.


Ha ha ha ha ... Teruk kan review ni??



Kbai. Sebelum melalut lagi panjang.

Till we meet again..


Rabu, Oktober 25, 2017

MOVIE REVIEW: Tombiruo Penunggu Rimba

Hai hai~ Assalamualaikum uolls~ Setelah berdebu seminggu dalam draft ni, baru ada hati nak edit dia balik. Actually nak review sejurus lepas tengok masa deepavali ritu, but you know... I have no time. uhuk uhuk~ :p

Okay-s~ The story is about how I wondered on Deepavali holiday that was supposed to be KLUANG Journey but we didn't get a ticket, so we change to plan. Tup~ Yes. Watching the movies. With my brother in laws. It's been long time we didn't spend time with him actually. Since my husband being married with me. Kah~ Adik kau telah ditukar ganti. Kini, Kak Long bermaharajalela! *devil face*

It's actually unplanned rancangan. He did. Yes. My husband did. Malam tu tetiba we all kena balik kampung ada kenduri arwah my husband cousin. Husband said: "Kalau tak malam ni dah pergi dah tengok Tombiruo."

Rupa-rupanya... ada udang di sebalik mee. Senyap-senyap je dia buat planning. Esoknya cuti deepavali. Apa lagi. Berjalan la kita. :)

Kebiasaan Aien kalau tengok wayang mesti tengok kat TGV. Tapi kalau TGV yang ambil port untuk tayangan Tombiruo ni nuuuuuuu di hujung Tebrau sana, husband ajak tengok kat MBO je. Dekat dengan rumah. Berbaloi pun berbaloi. Tiket MBO paling murah. RM13 untuk dewasa. Yang lain Aien tengok kawan-kawan post TGV RM13 - RM15. GSC RM14 - RM16. Haa~ So, whatever pun janji anda bahagia. Aien bahagia.


Jom~ tengok. Dah tengok. Aien confuse bukan dorang ni kembar ke. Disebabkan lama dah baca novel ni dan tak ada review lagi balik.. Ingat-ingat lupa je la perjalanan dia. Over all, Aien okay je. Tahniah la pada team produksi. Berjaya bawak perfileman Malaysia ke satu tingkat lagi. Bravo! Kalau ada kritikan tu, anggap la kritikan membangun yer. Dengar cerita Laksamana Sunan pun nak dibawa ke layar perak. Wow~ tak sabar rasanya nak tunggu. Ada 7 ke 8 buku tu. Haaa~ macamana dorang garapkan jalan cerita tu, moh ler kita nantikan.

Till we meet again~

Kbai

Selasa, Oktober 24, 2017

Shopee Cash Voucher up to RM900 could be yours

Hai hai~ Assalamualaikum howdy nuffnanger-s~


Hari selasa yang redup disergah email daripada Nuffnang yang menyediakan satu port untuk anda mencuba bakat menulis sekaligus untuk menang hadiah. Wow~ awesome right? Apa lagi jom sertainya sekarang. 



Cara-caranya adalah yang pertama dan utama anda adalah nuffnanger-s~ Yes! Indeed. Yang tu penting sebab dapat email pun daripada nuffnang kan. But, Aien think it's okay kot kalau nak mencuba terus dengan menulis dayre tentang Shopee Mall ni. 

Bila sebut Shopee Mall, of course semua tahu sekarang ni tengah kecoh Lazada but hal dengan customer tentang delivery dan sebagainya. Ada setengah daripada customer dah order barang sejak awal October hari tu, sampai hari ni tak sampai lagi. Ish ish kesian. Alhamdulillah sepanjang Aien berurusan dengan cik Lazada, semua item Aien sampai ke rumah dengan selamat dan lengkap semuanya. 

Sementara semuanya sedang berduka dengan cik Lazada, moh cuba dengan Shopee Mall pulak. Aien usha harga di Shopee Mall much cheaper daripada cik Lazada ni. Apa yang Aien usha tu??

Of course Aien usha peralatan dan perabot rumah. Al-maklum la sejak menjadi suri rumah yang berjaya ni, asyik nak hias rumah je gamaknya. Aien usha perabot daripada IKEA yang dijual di Shopee Mall ni. Hurm... harga dia.. Sabar je laa.. mengoda memasing. 



Macam gambar di atas, kalau ni kat Lazada RM 60 ++ la.. sekali dengan postage semuanya dekat jugak RM100. Even orang selalu cakap beli di IKEA sendiri lagi murah dan berbaloi, tapi tunggu la IKEA Tebrau bukak hujung tahun ni or tahun hadapan, memang ke situ la jawabnya. Walaupun begitu, Shopee ni pre-order. Kena la sabar menunggu barang anda sampai 2 minggu dari tarikh anda order. Sabar yer. Kalau tak, pergi beli kat Lazada. :D





Kalau rak ni pulak, Aien telah pun beli dengan Lazada dan harganya dengan Shopee Mall sangat jauh beza. Bestnya rak ni pun tak ada pre-order. Dan sama ja terus sampai ke rumah. Yes! Aien dah jump port yang best untuk shopping!!!  >o< 

Sakan nampak yer.. Biar la.. Kebahagian tu harus dikongsikan bersama #ShopeeMallMY. tak ke gitu?? Siap la cik husband gaji... eh, dah gaji awal ritu.. Boleh la ni cekau satu. hehehe

Buat u guys, cara untuk join contest is such an easy task you know. Here the list thing you must do to participant. Just click the link SHOPEEMALLCONTEST to read more.. 


I hope this will work. hehehe 

Kbai