Isnin, Ogos 13, 2018

VICISSITUDE



Hai hai, Assalamualaikum w.b.t

How do you think your life is changes? 
How much it's change? 
Do you realize it? 
It is move like you plan or just follow the flow? 


Terlalu banyak benda yang berubah. Hampir 28 years old living on earth. Bagaimana? Okay je. Suka? Urm... Tak suka?? umm... 

Dibaca seluruh entry sejak 2015 blog ni kembali aktif selepas Aien buat 2010 tapi gone hiatus like forever, nampak berbeza. Makin matang... Ecceeeewaah~ Tak ada la terlalu berubah, cuma berjalan seiring dengan masa. 

Sebelum menulis entry, Aien blogwalking dulu ke blog kawan-kawan meninggalkan jejak. Banyak rupanya Aien dah tertinggal. Tahun lepas, rajin juga ikut segmen bloglist, giveaway dan apa je la yang boleh connect dengan rakan blogger. Ingat lepas kawen boleh fokus dengan blog. But, life after marriage is harder that you expect. 

Naa~ tak ada la susah sangat, cuma diri sendiri tu yang nak atau tak nak. Tu aja. Kan? Past over a year, Aien stabilized kan hormon.. Hahaha Ya laa, lepas kawen kan.. Otak stress fikir orang dok doakan, "Akak!! cepat la dapat baby." or "Bila nak ada anak ni? dah berapa bulan kawen?"  me be like ------ kenot brain! 

Lepas ni, kalau Aien buat wishes kat orang baru kawen, "Tahniah! Selamat mendirikan rumah tangga, moga sampai ke jannah~" tu je. Tak nak stresskan pengantin. Cukup a dia stress nak fikir majlis dia, life dia. Hidup lepas kawen is not easy either man. I tell you. Belum lagi life bila kau dah berbadan dua, campur lagi dengan mak cik bawang membawang. Yadoi~ kenot brain!

Haa~ kan dah melalut. Kalau cerita bab life, semua orang tak kan habis cerita. Selagi belum meninggalkan dunia ni. Kan? Semua orang ada jalan yang berbeza. Mengikut plan atau follow the flow. 

Macam Aien, hanya follow the flow. Ikut je mana life nak bawak. Lepas dah ada anak, tak nak dah buat macam tu. Sebab tak nak anak ikut jadi lalang. haha Ikut angin  bawak diri dia ke mana. No no~ Even kehidupan sekarang ni unpredictable. Bermacam isu, macam penyakit, belum lagi dengan karma. Wallahu 'alam. Allahu~ 

Risau anak ni membesar macamana. Think nur, Think! By the way, I'm think I'm gonna change my nickname dalam ni laaa. Tak ada nampak sangat kecelaruan minda tu. Jelas terang dan nyata orang ni macamana. 

My real nama is Nur. or actually that is my nickname. Kalau klik kat medsoc tu, semua namanya berbeza. Nampak kecelaruan minda. Kadang-kadang rasa nak membesar, kadang-kadang rasa macam tak nak move on dari life yang lepas. Still kena juga sebab diri bukan makin muda. 


It's 2018 man!! Me is 28. 2 year more to 30 series!! NOOOOOOO! Anak pun dah sorang duhai diri! move on, get forward tho'... How do you felt? Me....


Macamana kan? Hidup harus diteruskan. Perjalanan hidup ni panjang lagi kalau umur masih ada. Jauh lagi nak kena fikir. Perubahan masih akan terus berlaku. Ke arah kebaikan atau sebalik. How? We still need to manage it unless we gone dek zaman. Kan?

Disebabkan terlalu tak leh move on dari life yang lepas, selalu mimpi rumah lama dari zaman kanak-kanak. Don't know why? Kalau kenangan yang manis tak apa. Ni semua bad dream. Such a bad dream, tak mahu!! Husband kata kena tido rumah tu. Kalau tak silap, rumah tu ada orang sewa kot. Even tu rumah sendiri. Tapi kitaorang dah berpindah ke rumah lagi satu. So, we'll see balik nanti. Oh by the way~ I'm gonna back home!!! Miri!! How much I miss you... 

Sabtu ni fly. Bawak anak. Her first flight. Yeay~ Excited and nervous sebab selama ni travel kalau ada orang bawak anak kecil, mulut bising je ngata anak orang. haha Tengok, diri sendiri handle macamana nanti.. *smirk face* *face palm*

Sambil menaip, dengar sinar.fm, nampak sangat test radio pun dah berubah. *face palm again* dulu sibuk playlist penuh dengan lagu korea. Sekarang pun masih penuh, tapi nak dengar tu sekadar untuk kenangan lalu. haa~ gitu. 

Latest lagu yang mencuri hati, tu... IKON 'Killing Me'. OMG~ Young kids.. Sedap lagunya!! Han Bin so handsome! ehhhh~ budak tu.. haha sudah-sudah la diri.. 



Dari entry ni nampak diri ni suka melalut. bwahaha~ dah la.. nak pergi masak dulu. Jap g sambung blog walking lagi. Anak sedap tido tu, Senang kerja ibu dia.. Menu hari ni, Ikan selar masak sambal lada dengan Kangkung tumis. Yummm~ 





till we meet again..




Rabu, Ogos 08, 2018

DRAMA REVIEW: A LOVE SO BEAUTIFUL


Chinese Drama: A Love is So Beautiful | Hai hai, Assalamualaikum w.b.t

Di saat hati bahagia lepas layan drama ni, Aien pun merajinkan diri menulis review yang tak seberapa ni. 

Chinese drama yang bertajuk "A Love So Beautiful" ini mencuri hati Aien untuk sentiasa imbau kembali detik manis bercinta. Eeeeccchhhheeewaaah~ 

Detik romantis yang sentiasa menjadi kenangan terindah dalam diari. 

Okay, drama ni berdurasi selama 45 minit untuk setiap 24 episode ini amat la sweet dan manis untuk anda tonton di kala anda nak rasa feel young balik. Hee~ 

Mengisahkan tentang Chen Xiao Xi  yang mencintai Jiang Tian dari sekolah menengah lagi. Apa yang membuatkan cerita ni best lagi ada twist dramanya. Ha, padia? 

 Sebenarnya Jiang Tian lebih mencintai Chen Xiao Xi mencintai dirinya. Haa, agak² romantis tak? Dia je tak sedar betapa sang jejaka itu sering menjaga dirinya tatkala dirinya dalam masalah. Yeeheee~ sweet gitu. Buatkan diri rasa nak ulang balik je tinguk. Sudah la pelakon dia dua² comel. Perbezaan ketinggian antara mereka berdua yang sangat ketara juga memberi kesan jugak pada drama ni. 

Pasai apa? Sebab comel laa. Pahtu, mula la berangan. Haha 

Sang suami pun tinggi jugak dari Aien sampaikan teman sepejabat suami ngusik dia kawen dengan budak tak cukup umur. Bwahaha~ 

Nasib badan la jadi si minion ni. Asyik kena usik je. Nak buat kabinet tinggi² pun tak boleh sebab tiada tangga nak panjat. Haha 
Sudahnya dia juga jadi mangsa. 

K la.. Melalut pulak cita pasal Aien. U olls jangan tinguk tau kalau rasa diri tu nak kembali mengenang zaman cintan cintun dengan suami ke, nak berangan romantis ka, boleh la cuci mata sat~ 


Ni masa dorang sekolah. Nampak jauh beza kan susuk tubuh dorang dia. Sorang galah, sorang minion. <3


Ni final episode. Masing-masing dah bekerja dengan kerja impian masing-masing. Gonna miss them both. 

Oh ya~ awak-awak semua boleh menonton drama ni di A LOVE SO BEAUTIFUL ni~

SELAMAT MENONTON YA
edited: link was broken. Please search by yourself. Sorry! 











Rabu, Ogos 01, 2018

HFMD: THE PARENT'S FEAR

Assalamualaikum w.b.t


Sejak dua menjak kita dikejutkan dengan berita penyakit kaki mulut dan tangan yang menyerang dikalangan anak-anak kita. Namun, sebenarnya penyakit ini telah tular sekitar tahun lalu di merata negara dan akhirnya tiba juga di Malaysia. Bagaimana penyakit ini bermula? Penyakit ini mula tular disebabkan sejenis bakteria yang bergerak melalui air liur, sentuhan serta najis. Anda atau anak-anak anda mungkin akan terdedah dengan penyakit ini apabila bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, ketika menukar diapers najis anak dan memegang anak tanpa mencuci tangan, bermain dengan objek yang telah dijangkiti dan tahukah anda ia juga boleh merebak dengan hanya anda berkongsi udara dengan orang yang telah dijangkiti andainya mereka bersin? 

Penyakit kaki mulut dan tangan ini juga dapat dikesan dengan demam, kurang selera makan dan bintik-bintik merah di kawasan kaki dan tangan serta ulser di mulut. Jika anak anda menghadapi tanda seperti di atas, segera melaporkan diri di hospital yang berdekatan untuk permerhatian seterusnya.

Anda perlu dikuarintin dalam sebaik saja anda telah mendapatkan rawatan dari pihak perubatan. Kerana bimbang akan menjadi penyebar di kalangan mereka yang masih berjaga-jaga.


Dilihat di gambar sebelah kiri ini jumlah kumulatif kes HFMD di Malaysia kian meningkat dari masa ke semasa. Jika dilihat ketika mulanya kes HFMD ini Pulau Pinang terletak di rank tertinggi kes, akan tetapi kini Selangor menduduki kes yang tertinggi buat setakat ini. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini daripada menjadi 'PEMBUNUH SENYAP' untuk anak-anak kita. Sayangilah mereka dan jaga mereka kerana sistem imunisasi mereka takkan pernah sama dengan kita. Akan tetapi ibu bapa sekalian, kita juga boleh menjadi antara penyebar terkuat penyakit ini apabila kita sering kali mengunjungi tempat-tempat yang terdedah dengan jangkitan. Oleh sebab itu, perlu kita membersihkan diri sebaik pulang dari tempat-tempat awam sebelum penyakit ini menyerang keluarga kesayangan kita. 

Selamat menjaga diri dan moga kes ini dibendung dengan segera dan moga kita sama-sama membanteras penyakit ini. Apa yang penting, moga Allah SWT pelihara ahli keluarga kita semua daripada penyakit berjangkit ini. Amiin ya rabbal 'alamin. 


Take care, and till we meet again...