Rabu, Ogos 22, 2018

HAPPY 3 MONTH



HAPPY 3 MONTH!! 

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, 22hb AUGUST 2018, genap la Nayla Insyirah 3 bulan. Alhamdulillah.   #syukurselalu

Dengan ini, Ibu nak belanja kakak Nayla~ taraaaa! Photobook by photobook. Eh, apa ke peliknya? Betul la. Buku bergambar Nayla dari mula lahir sampai errr ... bulan lepas kot. Sebab dah buat awal dari sebelumnya. So, collection gambar yang ada dalam smartphone Ibu, Ibu select yang mana nak simpan buat kenangan dalam photobook tu. Untuk buat photobook ni, Aien dapat promotion yang murah yang mana, Aien cuma perlu bayar RM2 sahaja untuk buku dan RM8 untuk postage. Murah kan? Dari harga yang hampir berjuta, (eleh, tipu je) dapat hampir 90% diskaun. Mana kau nak rembat tu? Maka, Aien pun cuba la, kot-kot ada rezeki lain kali, boleh cuci gambar pulak ke. hee~kan??

Aien banyak la baca, kawan-kawan blogger yang lain share how to use the promo code for certain item. Actually this kind promotion is jalan-jalan kat facebook Aien, tu yang ter-klik dan ter-buat. haha 

Aien dah lupa macamana nak buat dia, senang kata anda: 

> Ingat promo code dia. Contoh: MERDEKA18
> Download apps Photobook Malaysia
> Buat la album anda. Contoh: photobook. Choose 20 pictures. Limit 20. Just 20. Kalau lebih, promo code tu tak memberi kesan apa-apa masa anda check out nanti. 
> Proceed la, upload kan gambar, bagi alamat bagai.. ikut je jalan keluar dia. 
> Done! yeah~ Tunggu la 3 hari ke seminggu sampai la tu. 

Senang kan?





Yang ni, Ibu Nayla buatkan untuk Nayla. Dah namanya saja gatal tangan p buat. Al-maklum la rambang mata tengok dapat RM10 tu, rasa macam nak repeat lagi buat 4R print pulak, tapi dalam account sadis pulak tinguk. Mampu sob sob.. Delete project, uninstall balik photobook tu. Nanti dah ada isi balik account, kita download balik. And it repeat again as same. Haha Itu la masalah orang yang berkerja di rumah ni. 


For Nayla, Ibu doakan kakak baik-baik saja walaupun dah makin berat. Sabtu lepas, her first flight balik kampung opah a.k.a Ibu punya kampung. Alhamdulillah tak meragam. Sebab dia ngantok. Moga flight balik nanti kakak pun okay je tau. Balik dari Miri baru check up 3 bulan. Moga baik-baik aja. Semoga membesar jadi gadis solehah. 

Love, 


Ibu. <3

Isnin, Ogos 20, 2018

BOOK REVIEW: LOVE LILA

Assalamualaikum w.b.t 

Kabare u olls? Minggu ni bermula cuti sekolah sekaligus cuti hari raya Aidil adha a.k.a Hari Raya Haji. Haa, Aien pulak dah fly balik Sarawak ni. Sempat lagi update kan? 😄 Lagipun tengah tunggu calling, dah check in apa semua, tunggu je la. Okay, kali ni Aien nak share dengan anda semua karya terbaru Rin Ahmad selepas beberapa anak sebelum ni yang Aien pernah share seperti Jejaka Edisi Terhad dan banyak lagi la.  Untuk baby kali ni, Aien terpikat betul dengan muka depan dia. Naiceee~ Baru Aien perasan yang kali ni Rin Ahmad dengan Alaf21 colabration. Selalu dengan kakinovel kalau tak silap la kan. 


Tarraaa~ as you can see.. The muka depan is so cute with pink theme. 
Dengan snow globe. Auwww~ so comel!



Back view dia tak kurang awesome. Kalau kita trngok belakang ni pun boleh tau berapa rate jalan cerita novel ni. Rin Ahmad tak pernah mengecewakan. But, I take few days to read this book more than others. Kebiasaannya buku Rin Ahmad, Aien boleh baca around 4 or 5 hours. This one, kinda heavy content. Cause about doctor and nurse life. Garapan jalan cerita antara Juhaidi dengan Lila pun kinda pusing². Senang kata, ceritanya bukan fokus dengan cinta semata. Suka dengan Rin Ahmad sebab banyak ilmu jugak boleh dapat sambil kita baca novel dia. I wonder how typical novel boleh terjual di luar sana. Haha no offense. Tapi, still awesome sebab dorang boleh berimaginasi dan menghasilkan karya. Good job all writers out there. 

So, Aien tamatkan review Aien dengan memberikan 4.5/5 bintang. Still awesome though walau amek masa yang berhari untuk baca. 

Okay. Now calling for flight going to Myy a.k.a Miri. See you soon in next entry. 



Khamis, Ogos 16, 2018

MOVIE REVIEW: ONCE UPON A TIME


Hai~ Assalamualaikum w.b.t 

Still feeling mochi-mochi romance lagi. :)  Bilakan mood ko nak melayan segala jenis drama ke movie romantik, habis semua ko bantai. Dulu, masa dara rajin benar layan segala jenis cerita yang ber-genre-kan romance. Lepas dah kawen semua tu hilang mood apatah lagi tengah sarat mengandung. Langsung tak dipandang. Mood orang tengah mengandung. Semua swing sana, swing sini. Lepas dah beranak ni, baru datang balik mood tu. Nak sweet-sweet gitu dengan cik suami. Tengah cari masa nak dating berdua. Tips untuk kekal perkahwinan. haha 

Kali ni, Aien nak share movie pulak. heee Movie yang bertajuk Once Upon A Time. Movie k. Bukan drama bersiri yang english tu. haaa yang tu pun panjang berjela yang tak sempat nak kejar balik. Tengok sampai season berapa je ntah. Masa dia ditayang di Star World dulu. 

Movie ini mengisahkan tentang cerita cinta antara Bai Xian dan Ye Hua. Movie yang telah diadaptasi dari fantasy chinese novel, Three Lives Three World, Ten Miles Peach Blossom and To The Sky Kingdom. 


Bayangkan bila tiga novel digabungkan menjadi satu movie, Wow~ Awesome! Dan cerita dia, sangat la sedih bagi Aien. It's love story between two person yang sangat loving each other. Yeah~ mohon la tengok if you ada fefeeling nak romance kejap. 
Biasanya bila Aien dah tengok movie macam ni, I was thinking again. If feeling down macam nak give up gitu, tengok cerita macam ni, then you felt strong again. Find the reason why you still love each other. Kan? 

Bak kata orang, cerita cinta orang memang best, tapi cerita cinta kita lagi best. Haa~ ni ayat pinjam dari blogger Mai yang baru berkahwin ritu masa raya. Aien baru tahu sebab yela, masa tu tengah pantang. Mana la sempat nak tengok-tengok semua tu. So, nak buat cerita cinta kita lagi best dari orang lain, maka kita kena create la idea. Amek ilham sana, ilham sini. Guna pakaikan. Tak salah kan? 

Lagi satu, Aien suka tengok movie ni, sebab Yang Yang. OMG~ this young boy. Such a beautiful face. Adik kot. URGH! Yang Yang ni sesuai betul cerita klasik macam ni. I'm really-really look forward his future drama or movie lagi. Keep Success young boi! Antara cerita Yang Yang yang Aien dah tengok is Love O2O. Dalam tu pun antara klasik dan moden jugak. Haa~ yang ni Aien tak ada buat review. Uolls boleh tengok kat LOVE O2O (DRAMA SERIES) la yer. Dia ada movie jugak sebenarnya yang dilakonkan oleh Jing Boran dan Angela Baby pada tahun 2016. haa~ Ada yang berpendapat movie dia lagi best dari  drama. Aien pulak rasa drama dia lagi sweet dari movie.  Aha~ you know why... *shy face*


 















Kiri ni yang LOVE O2O (2016) yang kanan ni drama. Korang pilih la mana yang lagi best. Lagipun jalan cerita dia lebih kurang je. End up dua-dua best untuk ditonton. Terpulang pada anda semua yang bijak memilih. Aha~


Adooo~ ni bukan masuk satu movie je Aien review ni. haha serabut nak baca. Mana satu yang best ni??? Well, tengok yang first dulu, pahtu sambung la dengan yang kemudian ni. Nak tengok, boleh je klik pada title masing-masing. Semuanya Aien dah sertakan sekali andai kata anda semua nak tengok la kan. Senang! tak payah nak cari-cari lagi. Just klik the link and watch. Enjoy your time. Apa-apa cerita yang best, Aien up lagi yer. Selamat menonton!