Rabu, Oktober 10, 2018

HINDI MOVIE: BAREILLY KI BARFI



Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Kabare uolls? Seminggu Aien hilang ye.. Maafkan Aien kerana terlalu sibuk mengawal emosi yang baru nak stabil malam tadi. Well, dalam tempoh tu, banyak jugak movies dan drama yang Aien layan untuk alihkan diri dari terlalu fokus dengan emosi dan penat sendiri. Bila mental tak okay, kerja satu apa pun tak jalan. Terapi Aien sekarang ni deco² rumah pun tak berapa nak masyuk sebab sebab... tak jumpa mana yang berkenan. 😁 So, terapi yang paling senang is hiburkan hati kau dengan drama yang ada. 

Berdasarkan tajuk... eccceeewaaah~ di atas ni, Aien nak story pada uolls bolly movies yang Aien tengok dua minggu lepas. Haa~ korang yang sabtu lepas lepak² kat rumah mesti tengok cerita ni. Best kot~ bagi Aien yang dah lama tak tengok hindustan. Haha Tak ada geng nak tengok tu yang tak best. Alih-alih boring, terbuka hindustan tv3 and tengok la. Tapi tak dapat tengok habis sebab rebut dengan husband nak tengok I Can See Your Voice Malaysia kat ntv7. Redha je la dapat tengok separuh. Untuk habiskan, Aien download kat telegram. 😌 



Bareilly Ki Barfi yang berlatar belakangkan Bareilly dan mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Bitti yang berjiwa bebas yang hidup dengan gayanya tersendiri termasuk tidak tertekan dengan isu perkahwinan. Namun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan Chirag Dubey dan Pritham Vidrohi. 

Nampak menarik bukan? Mari kita baca dari sudut Aien pulak selepas menonton cerita ni. Yes~ Aien kasi 4/5 bintang dari kebanyakan cerita bollywood sekarang ni. Jalan cerita dia unik. Seolah ada seseorang yang bercerita pada kita how's Bitti dan Chirag serta Pritham ni bertemu. Seronok. And tak ada pressure sepanjang jalan cerita dia. Plus komedi gitu. Ingatkan cerita ni tipikal cerita cinta tiga segi, naaa~ bukan ... Ingatkan Pritham nak tikam belakang si Chirag tak bukan jugak. Adeh~ mana satu ni. Tapi, cerita ni tetap berakhir dengan happy ending. How's romantic comedy story yang tak berakhir dengan sedih kan? haha

Best. Best. Best. Aien berani cakap laaa, orang yang free spirit will love this movie. Errr..  unless you all to picky to choose what the best in story right? Kata nak enjoy, so enjoy the story. Feel the romantic. haaa~ gitu..

Nak tengok ke? Kejap.. Aien share link telegram. Sesiapa yang ada telegram tu, boleh la download tengok. Secara atas talian, Aien tak pasti macamana. hee~ Kalau kdrama or Asian movies tau laa.. Edited:: Aien dah share link dia. Still tak dapat pulak nak sambung ke pautan. So, you guys sendiri la cari. hee~ sesiapa ada telegram boleh follow @RickyChristanto untuk movie ni. Sekian.

Selamat menonton..

Khamis, Oktober 04, 2018

DRAMA REVIEW: MY ID GANGNAM BEAUTY

Hai Hai assalamualaikum w.b.t

Bulan ni banyak pulak Aien share pasal drama la movie laa... And kali ni pun Aien nak share pasal drama. haha tapi kali ni k-drama.  



Drama My ID Gangnam Beauty ini merupakan adaptasi daripada webtoon yang mendapat tarikan di Korea Selatan. Hakikatnya kalau kita tengok, drama ni realiti dorang kat sana. Ada duit boleh la nak ubah muka sana dan sini. Tak ada, pasrah je la. Kes buli pada mereka yang kurang cantek ni sangat la tinggi. Sedangkan cantik tu subjektif kan? 

Drama yang berdurasi selama 45 minit ini mempunyai 16 episode sahaja. Kalau fokus sambil susukan anak, dua tiga malam dah habis. hee~ Kadang-kadang skip jugak. Haha teruk kan? Tengok drama, tapi main skip skip. Yadoi..  Drama ni juga dibintangi oleh Cha Eun Woo yang merupakan ahli kumpulan ASTRO. Eh~ bukan astro tv tu.. Haa~ kumpulan kpop bernama ASTRO. Dari menyanyi, menari jadi pelakon pulak. Jangan kata artis kita je tamak. haha Aien gurau je k. Pada Uolls nak tengok drama ni, boleh la try search  Gangnam Beauty.  

Pada Aien, pengarah drama ni pandai manipulasikan jalan cerita drama ni. Even ending dia pun kita tak expect yang Soo Ah tu sebenarnya penat jadi cantek. People expecting everything from you bila kau cantek. Dan bila kau tak cantek pulak orang kutuk kau. haha hish jangan disangka Malaysia je ada acik bawang. Korea pun hado tau. Dah la, dari Aien membebel panjang-panjang tapi uolls tak tengok tak best jugak. Tengok la k~  Selamat Menonton~ 


                  





Selasa, Oktober 02, 2018

MAKAN DI ASTANA PUTEH, SOLOK DUKU, MELAKA

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t

Hello October, Bai sad month September..T^T

Disebabkan hati yang tak berapa nak baik lukanya, Aien tulis la apa yang Aien teringat je ni. Pada malam 29 September konon nak p celeberet birthday advance, Ayah and Umi Aien ajak la makan di Astana Puteh. Kalau anda biasa dengar Pengkalan Balak, tak jauh dah tu. Kiranya dari Masjid Tanah atas sikit ja dah nampak Astana Puteh ni. Besa signboard dia. Lagipun Astana Puteh ni dibuka pada waktu malam saja. Sesuai dengan namanya Astana Putrh, nampak menyerlah gitu di malam hari. Selain daripada menyediakan makanan arab, mereka juga menyediakan homestay, dewan untuk anda yang berminat untuk membuat majlis keramaian di situ. Well, kalau nak buat majlis kahwin kat situ pun boleh, sebab semuanya dah lengkap. Penempatannya, surau dan dewan. bravo~ 

Aien dari mula belajar dulu teringin nak makan kat situ. Dah ada anak sorang baru dapat p situ. Rezeki ayah belanja sempena raikan birthday umi, dan kejayaan kakak Aien yang konvo pada ahad lepas. 

Menu dia tak kurang hebat. Semua nampak sedap. Dan yang pasti, Aien teringin nak makan nasi Arab dia sudah pun tercapai. ♡ 


Pembuka selera garlic bread with mushroom soup


Milk booster Aien. Air barli suam je.Haha


Grilled Chicken Chop with Fries 


Nasi goreng Paprik with Chicken Paprik


My menu. Yang ni cukup banyak jugak. Aien share dengan husband kot.  Nasi Arab Kambing 


Chicken Chop



Fish and Chip

iTu je menu kami malam tu. Alhamdulillah kenyang la sekejap sebelum balik tu, anak ngamuk dengan tak cukup rehatnya, dengan dengan dengan..  Overall my birthday spoiled. 


By the way, Astana Puteh memang sedap. Cuba la kalau anda ke melaka. :)