Jumaat, Oktober 12, 2018

ADA APA DI WEBTOON?

Hai hai Assalamualaikum w.b.t 


Haa~ uolls.. Bila Aien ada mood dan idea nak menulis, memang akan terus menulis je. Hee~ memandangkan anak ni tak bagi Ibu lepas masa dia tido.. So, kita temankan aja. Nasib baik kerja ada sikit lagi tak selesai. Tak apa, take your time untuk relax. Sambil-sambil tu, update la blog yang kadang rancak kadang sendu ni. Haha 


Ada apa pada Webtoon? Do you guys know what is it webtoon? Ever heard of manga? Or perhaps cartoon? or Is it same as Anime? These word sound unfamiliar yet I seem know a little about these term. 

Webtoon vs manga - lebih kurang sama bezanya Manga is word from Japan I think. Webtoon kinda Web- toon. Haaa~ dia macam komik online la gitu. Webtoon ni biasanya famous di Korea Selatan dan sekarang merebak di seluruh dunia. Macam virus pulak kan? Webtoon ni boleh dikategorikan bahan bacaan online yang tak berapa nak ilmiah la. Untuk suka-suka boleh, nama pun komik. Ish~ apa laa.. 

Aien mula mengenali dunia Webtoon ni sejak Aien pakai smartphone samsung. We all knew that Samsung is came from Korea Selatan. So, everything apps inside that smartphone majoriti is apa yang Korea ada walaupun tak semua. Macam LINE. LiNE is kazen mazen Whatsapp dari Korea. Eh~ apa ni bercerita pasal apa pulak dah ni?? *face palm*

So, senang kata sejak tahun 2014 gitu Aien dok follow comic² kat Webtoon ni. Hmm.. Hampir empat tahun gitu. Pada sesiapa yang suka baca comic, boring-boring tu boleh la ngadap sekejap webtoon ni. 


Anda boleh menjumpai Webtoon ni di Google Play Store. Seperti gambar yang tertera. Dalam apps ni ada macam-macam webtoon yang menarik. Depends pada genre anda suka baca. Pilih la dari top reading sampai la ke discover. Biasa kalau discover tu, penulis dia dari negara selain dari Korea. Ada yang best, ada yang cute lukisannya. Ada yang hurm...  😅 dan Itu juga terpulang pada anda. 

Kalau Aien, Aien dah subscribed hampir 20++ webtoon daripada top reading dan juga discover. Biasa la kalau genre Aien ni, fantasi,unique,romantic dan action. 

Moh tengok Top Five Aien dalam webtoon ni. :)


1. True Beauty by Yaongyi
- Comic ni baru lagi. Dalam belas jugak episode dia. Storyline best. As tipikal high school girl want to be pretty so that she can be excuse for bullied. And all she learn about beauty are from Youtube. Naa~ budak² sekarang kan pandai. 😌  Komik ni dikemaskini pada setiap rabu.


2. All time favourite - Super Secret by eon.
- Dengan tagline everyone has their secret, mengisahkan Ryan, jiran sebelah rumah adalah seekor werewolf. Haa~ macamana tu? Komik ni jugak dikemaskini pada setiap rabu.


3. Let's Play by Mongie
-Aien still tak tahu why I read this webtoon. haha Tapi serius lukisan dia cantek! Aien suka sangat. Webtoon ni cerita pasal gamers I think. 😅 Baru berapa episode naa~ nak tengok apa kisah Marshall yang merupakan pengkritik games dan Sam, game creator. Webtoon ni dikemaskini pada setiap Selasa.


4. Age Matters by Enjelicious
- Kisah antara 29 y/o girl yang baru lost her job dan CEO blind date apps LIME, Daniel Yoon. Haa~ age matters right?  Webtoon ni dikemaskini pada setiap Sabtu. Dan ini salah satu webtoon yang Aien jumpa di discover. Sekarang sedang slowly to top reading dalam genre romance. 


5. Last But not least, Unordinary. by Uru-chan. Webtoon ni dah lama dah kot. Bila la nak jumpa ending dia. Bila la si John tu nak tunjuk kuasa di sepenuhnya. Dan petition untuk John stop using hair gel still going. Hurm.. Panjang lagi ni. Jauh lagi perjalanan si John, dalam mengenali kuasanya.  Webtoon ni dikemaskini pada setiap khamis.  




Fuh~ Lima saja yang top reading Aien. Kadang nak baca tu, adeh malasnya. Tapi rasa sayang kalau tertinggal. Kadang Aien saja re-reading balik. Saja. Hee~ okay la. Apa webtoon feveret korang pulak? 

Rabu, Oktober 10, 2018

HINDI MOVIE: BAREILLY KI BARFI



Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Kabare uolls? Seminggu Aien hilang ye.. Maafkan Aien kerana terlalu sibuk mengawal emosi yang baru nak stabil malam tadi. Well, dalam tempoh tu, banyak jugak movies dan drama yang Aien layan untuk alihkan diri dari terlalu fokus dengan emosi dan penat sendiri. Bila mental tak okay, kerja satu apa pun tak jalan. Terapi Aien sekarang ni deco² rumah pun tak berapa nak masyuk sebab sebab... tak jumpa mana yang berkenan. 😁 So, terapi yang paling senang is hiburkan hati kau dengan drama yang ada. 

Berdasarkan tajuk... eccceeewaaah~ di atas ni, Aien nak story pada uolls bolly movies yang Aien tengok dua minggu lepas. Haa~ korang yang sabtu lepas lepak² kat rumah mesti tengok cerita ni. Best kot~ bagi Aien yang dah lama tak tengok hindustan. Haha Tak ada geng nak tengok tu yang tak best. Alih-alih boring, terbuka hindustan tv3 and tengok la. Tapi tak dapat tengok habis sebab rebut dengan husband nak tengok I Can See Your Voice Malaysia kat ntv7. Redha je la dapat tengok separuh. Untuk habiskan, Aien download kat telegram. 😌 



Bareilly Ki Barfi yang berlatar belakangkan Bareilly dan mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Bitti yang berjiwa bebas yang hidup dengan gayanya tersendiri termasuk tidak tertekan dengan isu perkahwinan. Namun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan Chirag Dubey dan Pritham Vidrohi. 

Nampak menarik bukan? Mari kita baca dari sudut Aien pulak selepas menonton cerita ni. Yes~ Aien kasi 4/5 bintang dari kebanyakan cerita bollywood sekarang ni. Jalan cerita dia unik. Seolah ada seseorang yang bercerita pada kita how's Bitti dan Chirag serta Pritham ni bertemu. Seronok. And tak ada pressure sepanjang jalan cerita dia. Plus komedi gitu. Ingatkan cerita ni tipikal cerita cinta tiga segi, naaa~ bukan ... Ingatkan Pritham nak tikam belakang si Chirag tak bukan jugak. Adeh~ mana satu ni. Tapi, cerita ni tetap berakhir dengan happy ending. How's romantic comedy story yang tak berakhir dengan sedih kan? haha

Best. Best. Best. Aien berani cakap laaa, orang yang free spirit will love this movie. Errr..  unless you all to picky to choose what the best in story right? Kata nak enjoy, so enjoy the story. Feel the romantic. haaa~ gitu..

Nak tengok ke? Kejap.. Aien share link telegram. Sesiapa yang ada telegram tu, boleh la download tengok. Secara atas talian, Aien tak pasti macamana. hee~ Kalau kdrama or Asian movies tau laa.. Edited:: Aien dah share link dia. Still tak dapat pulak nak sambung ke pautan. So, you guys sendiri la cari. hee~ sesiapa ada telegram boleh follow @RickyChristanto untuk movie ni. Sekian.

Selamat menonton..

Khamis, Oktober 04, 2018

DRAMA REVIEW: MY ID GANGNAM BEAUTY

Hai Hai assalamualaikum w.b.t

Bulan ni banyak pulak Aien share pasal drama la movie laa... And kali ni pun Aien nak share pasal drama. haha tapi kali ni k-drama.  



Drama My ID Gangnam Beauty ini merupakan adaptasi daripada webtoon yang mendapat tarikan di Korea Selatan. Hakikatnya kalau kita tengok, drama ni realiti dorang kat sana. Ada duit boleh la nak ubah muka sana dan sini. Tak ada, pasrah je la. Kes buli pada mereka yang kurang cantek ni sangat la tinggi. Sedangkan cantik tu subjektif kan? 

Drama yang berdurasi selama 45 minit ini mempunyai 16 episode sahaja. Kalau fokus sambil susukan anak, dua tiga malam dah habis. hee~ Kadang-kadang skip jugak. Haha teruk kan? Tengok drama, tapi main skip skip. Yadoi..  Drama ni juga dibintangi oleh Cha Eun Woo yang merupakan ahli kumpulan ASTRO. Eh~ bukan astro tv tu.. Haa~ kumpulan kpop bernama ASTRO. Dari menyanyi, menari jadi pelakon pulak. Jangan kata artis kita je tamak. haha Aien gurau je k. Pada Uolls nak tengok drama ni, boleh la try search  Gangnam Beauty.  

Pada Aien, pengarah drama ni pandai manipulasikan jalan cerita drama ni. Even ending dia pun kita tak expect yang Soo Ah tu sebenarnya penat jadi cantek. People expecting everything from you bila kau cantek. Dan bila kau tak cantek pulak orang kutuk kau. haha hish jangan disangka Malaysia je ada acik bawang. Korea pun hado tau. Dah la, dari Aien membebel panjang-panjang tapi uolls tak tengok tak best jugak. Tengok la k~  Selamat Menonton~