Isnin, November 05, 2018
LAZADA 11.11 SALE IS COMING!!
Wow wow Wow~ It's coming back gais... Before that~ Hi, Assalamualaikum and let's get start!!
11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumpa RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...
Klik saja pada 11.11 SALE FESTIVAL untuk mengumpul kupon istimewa untuk anda berbelanja pada 11.11 kelak. Well, the tricky part is peluang ini hanya dibuka pada dua waktu iaitu 11.00-11.10 pagi dan 5.00-5.10 petang sahaja bermula dari 1.11 sehingga 11.11 ini. Maka, standby la anda pada dua waktu ni untuk rebut peluang anda bagi memenangi apa sahaja yang disediakan di sana.
Ada beberapa barang Aien dah aimed untuk shopping 11.11 nanti. phew~ dengan diskaun yang cantek dan kos penghantaran berbaloi, siapa yang tak nak kan? Lagi-lagi peluang yang rare seperti ini.
1. IKEA Mackapar Hat & Coat Rack
First item that caught my eyes is IKEA Mackapar yang sesuai untuk diletakkan di entree. Lagi-lagi sekarang ni entree rumah baru Aien masih terlapang kosong gitu.
2. Locaupin 3/4/5 Tier Trolley Storage Rack
This trolley is boleh dikatakan item paling lama dok dalam wishlist Aien sebab tak tahu benda ni penting atau sebaliknya. Jika dilihat pada harga sebelumnya, like... tak perlu kot, but this time I should grab this trolley. MUST GRAB! Lagipun tengok macam ada free gift tu. Ehe~
3. Mark Kay Lip Sugar Scrub +Shea Butter Balm
The next item is This MaryKay Lip scrub yang Aien berkenan sangat dengan tekstur dia. So soft lepas dah guna ni. Bibir Aien pulak selalu kering. This lip scrub Aien dah pakai like twice. So dah jatuh cinta berkali-kali dengan dia, why not kali ni grab sekali dengan Lip balm dia, kan? Hope this set gonna be at marvelous price tho'. :)
4. Korean 4 steps Skincare Bestseller
Last but not least, set pencuci muka yang Aien teringin sangat nak cuba lepas baca review rakan blogger yang lain. Dia punya tarikan untuk dicuba tu kuat. And seem like boleh guna pada all type skin so, Aien nak cuba la untuk diri dan Tuan Izwan. We both have different skin type, and nak cuba yang ni kira set jimat la untuk dua orang. Gitu~
So, apa lagi cepat-cepat muat turun aplikasi LAZADA sekarang untuk rebut peluang anda~
Ahad, November 04, 2018
REDISCOVERY 4.11
Hi~ Assalamualaikum w.b.t
Happy Sunday warga blogger sekalian. Hujung minggu macam ni tak ada apa sangat nak buat bila Tuan Izwan pergi kerja. So, settle-kan hal rumah, jaga Nyonya Nayla tu je. Ada masa free bila Nyonya Nayla tidur, kita update blog. Yeah~
Tapi, masa Aien taip ni.. Nyonya Nayla sibuk jerit-jerit nak tidur, dah settle semua pun masih tak nak tidur, kita biarkan dia main dengan kaki dia dulu. Haha
Hari ni, Google Photo hantar notification pada Aien suruh ingat what is happening this day last year. Haa~ teringat la jugak. Kenangan pahit MIL Aien dikejar monyet. Baru mengimbau semalam dengan mak cik a.k.a adik ipar MIL. Rupanya dah setahun berlalu. Pejam celik je kan.
Masa pergi ni petang lepas balik dari jemputan kawan MIL kot kalau tak silap. MIL kata lama dah dia tak pegi sini, ajak la Tuan Izwan ke mari. Sambil tu, Aien pun nak jugak mengimbau kenangan first jejak kaki ke Tanah Johor ni. Tanjung Piai ni antara tempat² yang Tuan Izwan bawak. Adeh~ memang kenangan sungguh sebabnya dulu datang sebagai kenalan lama yang baru jumpa, sekarang datang sebagai isteri. *shy face*
Balik dari sini la kononnya nak rehat kejap selepas seharian berjalan, Tuan Izwan ajak balik rumah mak dia.. adeh~ sungguh tak sangka betol la kan. Kenangan kenangan..
Bila dah berjalan seronok la kan. Masa Aien ngandung suka sangat kalau Tuan Izwan ajak jalan. Fuh~ rasa dia mengajak p honeymoon je. Aceh~
Itu la namanya perempuan. Bila suami ajak jalan, bahagianya sampai langit ke tujuh. Orang kata, gembirakan isteri, maka home sweet home la anda. Iye ke?
Tiket masuk Tg. Piai ni untuk dewasa RM3/person untuk kanak-kanak pulak RM1.50. Tapi tak tahu la tahun ni naik ke tak harga tiket dia. Tg. Piai ni sebenarnya macam hutan paya bakau gitu. Tempatnya sesuai kalau buat anda yang suka nak beriadah petang jalan-jalan sambil kuruskan badan dan jugak tengok pemandangan. But, Malaysian people always like free place. Haha
Di Tg. Piai ni kena hati-hati la yer. Tertera di pintu masuk amaran keras jangan bawak apa-apa bentuk dan jenis makanan ke dalam kerana ia membahayakan nyawa dan jiwa anda. Masa kami masuk, alhamdulillah tak ada apa jua rintangan la. Takut juga kalau-kalau ada 'penjaga' yang sibuk perhatikan beg kita. Kalau boleh botol air mineral pun jangan. Sebab mereka ni agak agresif bila katanya 'makanan'.
Berpeluh juga nak berjalan ni. Lagi-lagi masa Aien pergi ni dah berbadan dua. Adooo~ kejap² nak duduk. Nasib Tuan Izwan sudi bawakkan beg tangan. Terima kasih ya~
Haa, nampak tak perubahan langit tu.. Masya Allah masa ni takjub sangat. Nampak sana gelap, sini cerah lagi. Hujung sana macam dah ribut je, kita sini elok je. Subhana Allah ..
Ini la sebenarnya tarikan Tg. Piai ni sebab dia ada globe Penghujung Benua Asia ni. Masa pergi berdua dengan Tuan Izwan kawasan globe ni di tutup sebab masa dalam pembaikian selepas ribut air pasang. Alhamdulillah kali kedua pergi, dapat la jugak ke globe ni.
Nampak sangat perubahan dalam masa setahun dua selepas ke sini. Banyak sebenarnya dah berubah. Tuan Izwan pun ada cakap, kalau ikutkan route perjalanan dia tak ada jauh sangat, tapi sebabnya asyik reput je kayu dia, maka pihak pengurusan pun buat route baru dengan menggunakan simen. So, gais yang suka nak jalan-jalan tengok pemandangan dan salah satu tarikan bila anda ke Johor, jangan la lupa singgah sini. Kalau datang musim air pasang, yang mana Aien belum kesempatan lagi nak pergi, dengar cerita air laut boleh sampai ke pintu masuk Tg. Piai ni. Which means, jauh tau. Haa~ kakak angkat dua kali dah mengajak masa air pasang. Well, tak ada rezeki lagi. Biasa awal tahun gitu ada la seminggu tempoh dia. Cuma tahap air pasangnya berbeza. Adeh~ seronok jugak tu kalau dapat pergi masa tu.
Korang pernah pergi tak sini? Kalau belom jemput la singgah jalan-jalan yer. Tak lama cuti sekolah kan. Bawak la family pusing-pusing sini pun okay. Sambil jalan sambil kuruskan badan. Eh~ gurau je. Hehe
Till I write again.
Khamis, November 01, 2018
HELLO NOVEMBER
Hi~ Assalamualaikum
Berlalu October dengan pelbagai kisah, datangnya November membawa cerita baru untuk kita. Aha~ planning untuk November masih samar-samar lagi. Aien kalau dekat hujung tahun macam ni blur sangat. Sebab tak tahu la, beberapa tahun ni bila nak hujung tahun je, Aien tak ada buat apa. Mereput je dekat rumah. Hahaha Last year mereput lepas konvo, sebab morning sickness teruk. Awal tahun baru cari kerja baru. Pahtu lepas bersalin berhenti jadi pengasuh Nyonya Nayla dan tukang masak Tuan Izwan je la. Sometimes wondering what and how should I do to buang boring.. Eh~ jap jap.. ni nak cerita pasal apa pulak ni.. Aien just nak say Hello je.. ::>_<:: Terlebih sudaa.
So pesanan tuan tanah ni cumanya mengharap kebaikan untuk kita sebab tak lama lagi Rabiul Awal menjelma dan.... Allah~ Aien lupa hari ni nak puasa~ Î …Î apadaaa... nak kena start dah ganti puasa yang habis dituang sebulan Ramadhan yang lepas. adeh~ Tak apa tak apa. Kita tunggu Nyonya Nayla dah start makan t k, baru kita selang seli puasa. huh~ Haha #janganangansaja.
Seperti biasa, Aien pun malas nak bebel panjang, Enjoy yur weekend sebab Aien nak balik kampung mertua. heeee Jumpa lagi ahad nanti. ^_^
Langgan:
Catatan (Atom)