Isnin, November 05, 2018

A LATE GIFT FROM SISTER

Hi~ Assalamualaikum w.b.t 

Isn't monday blues gais... ah ah~ not really cause every school had their holiday for tomorrow as Happy Deepavali for all. Yeah~ cuti. apa lagi la kan. Jom la mereput kat rumah. Sambil-sambil mereput tu, hidupkan la blog yang ada la jugak pengunjung. :) 

Remember last September is my birthday month, and I thought want to make some change because I already 28 man.. *slap face* gonna believe it two years more to 3 series. O M G .. dengan itu, marilah kita berhura hurey dengan tahun terakhir 2 series ni. 90's kids not young anymore.. T^T

Dah la.. dari sob sob tu jom unboxing hadiah yng jauh dari seberang. Gitu... Thanks adikku yang baik hati. Love you <3



Lupa pulak nak ambik gambar sebelum unbox kan  tadi. Excited sangat. aha~ Masa sampai tu, Aien tengah tidokan Nyonya Nayla, dia pun bangun sekali. Adooo~ kacau la abam poslaju ni. 

Al-kisah sebenar dari sebelum birthday lagi adik Aien ni dok VC Aien tanya nak kasut apa sebab tempat dia tengah sale kasut. So sekaligus nak belanja a.k.a kasi hadiah sekali la. Kita, orang nak belanja tadah aja kan.  ehe~ 


Cadangnya memula nak kasi sebesar kotak kasut je, alih-alih kotak sebesar megi tu ha. Adoo~ last dapat kotak besar macam ni masa dok asrama puluh tahun lepas. Dok jadi perantau ni macam tu la gaya kalau rindu tanah air. 


Lucky my old shoes baru je rabak masa Nyonya Nayla monthly check up hari tu, so this one is replacing her. Tapi kecik. Urm.. tak tak kecik, cumanya saiz ni saiz sebelum beranak, lepas beranak kaki dah kembang semangkuk dah gaya dia. Demi menghargai adikku terchenta, kan ku sarung jua. ^^


Dan ini adalah total semua barang yang dia kasi. Barut kereta a.k.a otto orang sarawak panggil untuk Nyonya Nayla. Nampak tak tangan dia sibuk nak interframe tu. Singlet itu dan singlet ini untuk Ibu, tudung, seluar dan juga baju lubang untuk Nyonya Nayla. Turun dari sepupu Ziqah Beng Beng  Haa~ itu saja sesi unboxing hadiah. Esok birthday adik ni pulak. Hurm, kakak dia ni tak ada idea nak kasi apa la. Cuma mampu kirimkan doa moga dia baik-baik saja dan rezeki dimurahkan. Moga bahagia disamping suami dan anak-anak. 

Till I write again. 



LAZADA 11.11 SALE IS COMING!!


Wow wow Wow~ It's coming back gais... Before that~ Hi, Assalamualaikum and let's get start!! 


11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumpa RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...

Klik saja pada  11.11 SALE FESTIVAL untuk mengumpul kupon istimewa untuk anda berbelanja pada 11.11 kelak. Well, the tricky part is peluang ini hanya dibuka pada dua waktu iaitu 11.00-11.10 pagi dan 5.00-5.10 petang sahaja bermula dari 1.11 sehingga 11.11 ini. Maka, standby la anda pada dua waktu ni untuk rebut peluang anda bagi memenangi apa sahaja yang disediakan di sana.  

Ada beberapa barang Aien dah aimed untuk shopping 11.11 nanti. phew~ dengan diskaun yang cantek dan kos penghantaran berbaloi, siapa yang tak nak kan? Lagi-lagi peluang yang rare seperti ini. 


1. IKEA Mackapar Hat & Coat Rack

First item that caught my eyes is IKEA Mackapar yang sesuai untuk diletakkan di entree. Lagi-lagi sekarang ni entree rumah baru Aien masih terlapang kosong gitu. 



2. Locaupin 3/4/5 Tier Trolley Storage Rack

This trolley is boleh dikatakan item paling lama dok dalam wishlist Aien sebab tak tahu benda ni penting atau sebaliknya. Jika dilihat pada harga sebelumnya, like... tak perlu kot, but this time I should grab this trolley. MUST GRAB! Lagipun tengok macam ada free gift tu. Ehe~


3. Mark Kay Lip Sugar Scrub +Shea Butter Balm

The next item is This MaryKay Lip scrub yang Aien berkenan sangat dengan tekstur dia. So soft lepas dah guna ni. Bibir Aien pulak selalu kering. This lip scrub Aien dah pakai like twice. So dah jatuh cinta berkali-kali dengan dia, why not kali ni grab sekali dengan Lip balm dia, kan? Hope this set gonna be at marvelous price tho'. :)


4. Korean 4 steps Skincare Bestseller

Last but not least, set pencuci muka yang Aien teringin sangat nak cuba lepas baca review rakan blogger yang lain. Dia punya tarikan untuk dicuba tu kuat. And seem like boleh guna pada all type skin so, Aien nak cuba la untuk diri dan Tuan Izwan. We both have different skin type, and nak cuba yang ni kira set jimat la untuk dua orang. Gitu~ 

So, apa lagi cepat-cepat muat turun aplikasi LAZADA sekarang untuk rebut peluang anda~ 





Ahad, November 04, 2018

REDISCOVERY 4.11

Hi~ Assalamualaikum w.b.t

Happy Sunday warga blogger sekalian. Hujung minggu macam ni tak ada apa sangat nak buat bila Tuan Izwan pergi kerja. So, settle-kan hal rumah, jaga Nyonya Nayla tu je. Ada masa free bila Nyonya Nayla tidur, kita update blog. Yeah~ 

Tapi, masa Aien taip ni.. Nyonya Nayla sibuk jerit-jerit nak tidur, dah settle semua pun masih tak nak tidur, kita biarkan dia main dengan kaki dia dulu. Haha 

Hari ni, Google Photo hantar notification pada Aien suruh ingat what is happening this day last year. Haa~ teringat la jugak. Kenangan pahit MIL Aien dikejar monyet. Baru mengimbau semalam dengan mak cik a.k.a adik ipar MIL. Rupanya dah setahun berlalu. Pejam celik je kan. 


Masa pergi ni petang lepas balik dari jemputan kawan MIL kot kalau tak silap. MIL kata lama dah dia tak pegi sini, ajak la Tuan Izwan ke mari. Sambil tu, Aien pun nak jugak mengimbau kenangan first jejak kaki ke Tanah Johor ni. Tanjung Piai ni antara tempat² yang Tuan Izwan bawak. Adeh~ memang kenangan sungguh sebabnya dulu datang sebagai kenalan lama yang baru jumpa, sekarang datang sebagai isteri. *shy face* 

Balik dari sini la kononnya nak rehat kejap selepas seharian berjalan, Tuan Izwan ajak balik rumah mak dia.. adeh~ sungguh tak sangka betol la kan. Kenangan kenangan.. 
Bila dah berjalan seronok la kan. Masa Aien ngandung suka sangat kalau Tuan Izwan ajak jalan. Fuh~ rasa dia mengajak p honeymoon je. Aceh~ 

Itu la namanya perempuan. Bila suami ajak jalan, bahagianya sampai langit ke tujuh. Orang kata, gembirakan isteri, maka home sweet home la anda. Iye ke? 


Tiket masuk Tg. Piai ni untuk dewasa RM3/person untuk kanak-kanak pulak RM1.50. Tapi tak tahu la tahun ni naik ke tak harga tiket dia. Tg. Piai ni sebenarnya macam hutan paya bakau gitu. Tempatnya sesuai kalau buat anda yang suka nak beriadah petang jalan-jalan sambil kuruskan badan dan jugak tengok pemandangan. But, Malaysian people always like free place. Haha 


Di Tg. Piai ni kena hati-hati la yer. Tertera di pintu masuk amaran keras jangan bawak apa-apa bentuk dan jenis makanan ke dalam kerana ia membahayakan nyawa dan jiwa anda. Masa kami masuk, alhamdulillah tak ada apa jua rintangan la. Takut juga kalau-kalau ada 'penjaga' yang sibuk perhatikan beg kita. Kalau boleh botol air mineral pun jangan. Sebab mereka ni agak agresif bila katanya 'makanan'. 


Berpeluh juga nak berjalan ni. Lagi-lagi masa Aien pergi ni dah berbadan dua. Adooo~ kejap² nak duduk. Nasib Tuan Izwan sudi bawakkan beg tangan. Terima kasih ya~ 



Haa, nampak tak perubahan langit tu.. Masya Allah masa ni takjub sangat. Nampak sana gelap, sini cerah lagi. Hujung sana macam dah ribut je, kita sini elok je.  Subhana Allah .. 


Ini la sebenarnya tarikan Tg. Piai ni sebab dia ada globe Penghujung Benua Asia ni. Masa pergi berdua dengan Tuan Izwan kawasan globe ni di tutup sebab masa dalam pembaikian selepas ribut air pasang. Alhamdulillah kali kedua pergi, dapat la jugak ke globe ni. 

Nampak sangat perubahan dalam masa setahun dua selepas ke sini. Banyak sebenarnya dah berubah. Tuan Izwan pun ada cakap, kalau ikutkan route perjalanan dia tak ada jauh sangat, tapi sebabnya asyik reput je kayu dia, maka pihak pengurusan pun buat route baru dengan menggunakan simen. So, gais yang suka nak jalan-jalan tengok pemandangan dan salah satu tarikan bila anda ke Johor, jangan la lupa singgah sini. Kalau datang musim air pasang, yang mana Aien belum kesempatan lagi nak pergi, dengar cerita air laut boleh sampai ke pintu masuk Tg. Piai ni. Which means, jauh tau. Haa~ kakak angkat dua kali dah mengajak masa air pasang. Well, tak ada rezeki lagi. Biasa awal tahun gitu ada la seminggu tempoh dia. Cuma tahap air pasangnya berbeza. Adeh~ seronok jugak tu kalau dapat pergi masa tu. 

Korang pernah pergi tak sini? Kalau belom jemput la singgah jalan-jalan yer. Tak lama cuti sekolah kan. Bawak la family pusing-pusing sini pun okay. Sambil jalan sambil kuruskan badan. Eh~ gurau je. Hehe

Till I write again.