Rabu, November 14, 2018

DAN BILA KAU DEMAM...

Hi~ Assalamualaikum

Maaf tak dapat update blog as regular as I used before. 
My little family got fever and bum~ started with little Nyonya got some high fever.. Lepas tuam belakang kepala dia, jangkit pulak kat Ibu dia. Last Tuan Izwan kena. Sudahnya, dua hari terlantar. Ibu dalam tak larat gagah masakkan bubur. pahtu kepala pusing bawak baring. Sudahnya bubur je dapat masak. Itu pun makan semangkuk sorang aja. Nyonya Nayla demam, makin banyak pulak dia minum. Sedut segala saki baki air dalam badan Ibu dia. Ibu lidah payau, air masak yang rasa biasa pun jadi macam apa ntah rasa dia.
Demimu anak, kutelan jua air pahit itu. Hari ni bertenga sikit la, dapat juga masak sup ayam untuk tambah tenaga. Basuh baju yang dari Ahad lepas dikepam. ;p 

Adoo~ tak apa. Sakit penghapus dosa. Tanda Allah sayang. Lagipun berapa la da sihat kan? Sakit sikit ja ni.. Be strong dear myself. 


Ahad, November 11, 2018

::POST CHALLENGE:: A LETTER FROM ME TO YOU


Hi~ Assalamualaikum.. 

DISCLAIMER: This letter I wrote for you, also me in younger version. 

Nak mulakan dari mana ya, Aien harap Nur baik-baik saja cuba struggle untuk study dalam Inggeris ya. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan benda murah dan iklan walau sendiri tahu iklan is iklan. Please, jaga diri. jaga duit. Dah kerja tu, kerja sungguh-sungguh. Jangan macam lepaskan batuk di tangga. Sura, I know you was tired with drama in your house, just bare with it. Because in few years, you will miss it. 

Paling penting nak pesan, jaga diri, jaga solat dan jaga iman. Buat akhir zaman ni, memang duit penting tapi iman tu lagi penting sebab bila kita sibuk kejar dunia yang tak berapa, akhirat pun kita tinggal. Apa yag kita dapat? Kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. 

Lagi satu, bertahan la dengan umi sebab umi sunyi. Umi bebel sebab dia sayangkan anak-anak dia. Masa sekarang which means in future pun ko banyak bebel dengan anak ko. :) 

Berjimat-jimat la dalam berbelanja. Jangan ikut sangat nafsu tu bila tengok duit banyak dalam akaun. Takat 4 angka tu, apa sangat la kan. Bagi la banyak sikit kat Umi supaya hidup Nur lebih berkat. Apa yang penting doa seorang ibu. 

Banyak yang Aien nak pesan dengan Nur. Well, everyone sees us like happy family which is yes in certain part, and we should grateful for that. Be bless with it. Because of that, Ayah still protect us even though Ayah nampak macam antogonis dalam cerita kita. Di sebalik gurau Ayah, ayah simpan beban sorang-sorang. Dia mahu dirinya dihormati anak-anak. Berkhidmat la dengan Umi dan Ayah sementara Nur tak kahwin lagi ya. 

Do something about your ego. Listen more than talk. Read more, write your story everyday cause in future you'll forget a lot. I mean really a lot. Take care yourself Nur. Cause I love you more than anyone else. That why I called myself -aienie- so that I always remember - I love myself other than anything. 

Please enjoy your youth, don't rushing to find who your right guy because he always be for you. ^^ Please please please, be happy, be grateful, be humble cause you are me. 





Sabtu, November 10, 2018

TAKUTNYA MENCUBA...

Hi~ Assalamualaikum

Di saat hatiku kian rapuh kerana ketamakan diri sendiri, 
otak membias segala macam cara untuk menjana pendapatan, 
namun diri takut untuk mencuba. 

Seram tohmahan manusia yang lidahnya tajam seperti pisau, 
Trauma masih menghantui diri. 


Dah kenapa puisi cerca merba ni Aien? Ada apa ni? Meh la story sikit... :'(


Please~ serabutnya diri malam ni. Allah~ haa! bila serabut sibuk cari Tuhan. Kerana mulut badan binasa. Apa lagi yang kau mahu? Nikmat yang ada kau dustakan, sibuk mencari benda yang tiada. Kau sedar apa yang kau buat tu salah, malu nak mengaku? Deep inside I know I was wrong, please forgive me. 

Pernah tak ada satu ketika, korang tau benda yang korang buat tu salah, tapi korang buat jugak. Konon pejam mata. End up korang nyesal sebab teruskan? O M G ~ I hate this kind of feeling. 


Konon nak mencuba sesuatu yang baru, 
Orang nak bentangkan jalan untuk kau,
Tapi kau takut nak berpijak. 
Sibuk nak angan mat jenin! Canang satu kampung kau mahu kaya, tapi hakikatnya kau sibuk melayan malas kau tu. 
Bila dimarah, sejuta alasan kau tadah. 
Orang lain juga kau marah! 

Eh~ mana satu impian kau? 
Sudah la miskin di dunia, 
miskin juga di akhirat gayanya. 

Tajam kan? Bisanya kau tahu? Pedihnya kau rasa? Nah~ ayuh berubah! Buangkan aura negatif mu itu. Duit boleh dicari. Ketenangan itu payah. Tenangkan jiwamu, lapangkan dadamu, bersedia la untuk berubah, in shaa Allah. Akan dibantu. Percaya, usaha, dan tawakal! Anda pasti boleh!