Ahad, November 18, 2018

:: POST CHALLENGE :: WHAT MY FAMILIA LOOK ALIKE??

Hi~ Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua~ Adooo, kelupaan betol nak tinggalkan entry. Itu la orang kata benda kebiasaan pun bila tinggal sekali jadi lupa. Mari la kita teruskan post challenge ni.. 

Bila sebut family? Rindu benaran sama mereka. Yela, masing-masing dah sibuk dengan kehidupan masing-masing kan. Dah besar la katakan. Aien pun dah ada keluarga kecik. So, sekarang Aien nak bawak warga blogger kenal la sikit keluarga besar dan keluarga kecil Aien yang tak seberapa ni.


Gambar di atas ni my whole family. I mean, like kteorang adik beradik la kan. Gambar family yang diambil masa Aien kawen tahun lepas, dan rasanya ini je la latest family foto. Lepas tu, huru hara. haha Entah mana-mana family foto kitaorang. As you can see, our family di dominan oleh perempuan. uhuk~ Dengan 6 perempuan dan hanya sorang little dongsaeng lelaki, life kat rumah most like macam asrama perempuan. Haha dah la semua comel-comel. I would like say my family ni macam minions. Piiiuddooooo~ Piiidooo .. banana!

Siapa-siapa yang jumpa mesti akan tanya, kembar ke? eh, kawan yek korang semua? Aha~ itu mampu senyum je la. Orang pun cakap, untungnya ada anak perempuan ramai. Maknya goyang kaki je. uhu~ seronok seronok, tapi dukanya Mr.Umi je la tahu. Dia la jaga kami dari kecik, berenti kerja yang orang kata masyuk pendapatan dia. Jaga kami 6 ketul. Bila kami dah besar (sekolah rendah) baru la adik laki tu lahir. Like 10 tahun beza yang sulung dan bongsu. Adeh, Aien terbayang zaman kecik-kecik la pulak. Siapa sangka Aien masih berpeluang hidup di zaman Tun Mahathir tapi kali ni jadi mak ayah pulak. haha Struggle beb! 


Ini pulak keluarga kecil yang korang biasa dengar la tiap kali Aien membebel pasal dak kecik tu. Tuan Izwan boss besar Aien, Nyonya Nayla boss kecik. Haaa~ haha currently of course Aien living with them la. Keluarga besa jauh. Tak jauh la. sebab masing-masing merantau, ade la 3 ketul kat tanah Malaya ni tengah belajar. Dua ketul kat Kuching, Sarawak. Sorang dah kawen jugak sedang melayan seketul Beng beng yang galak testing untuk berjalan. Dan yang setia menemani Mr. Ayahumi di kampung, adik bongsu Aien. Haa, nampak busy berbeno family ni. Nak jumpa, mampu dalam video call je la. In shaa Allah, panjang umur ada rezeki dapat la jumpa. Nyonya Nayla entah masa tu dah pandai jalan agaknya. haha

Family like my heartbeat. Because of them, I existed. Because of them, make me what I am today. Saranghae familia~ 



Jumaat, November 16, 2018

MOVIE REVIEW: MAQUIA WHEN THE PROMISED FLOWER BLOOMS

Hi~ Assalamualaikum

Alhamdulillah telah kembali pulih, cumanya selera makan dan kepala pusing masih tertinggal. It's never mind. Selagi Nyonya Nayla behave, we are good. 

Lama dah Aien tak buat movie review ni kan. Sejak mood nak menonton hilang disebabkan bateri phone asyik draining very fast, rasa macam nak campak telefon ke sungai je. Tapi, aaaa tabuleh sebab ni Husband lanje. 😝 


Tajuk: Maquia When the Promised Flower Blooms a.k.a 
Sayonara no Asa ni Yakusuko no Hana o Kazaro (Let's Decorate the Promised Flower in the Morning of Farewells) 
Genre: Anime, Fantasy
Duration: 1 jam 55 minit
Sinopsis: A story between an immortal girl and a normal boy form a bond which lasts through many years. 



REVIEW AIEN:: 

Cerita dia simple. Tapi, deep sampai ke hati. Aien jumpa cerita ni ntah dari mana, siapa suggestkan pun tak ingat cause I do have short term memory loss, alih-alih semalam tengok dah ada dalam playlist video dan diri macam, hah! cerita apa ni? rasa tak pernah tengok, haa jom la tengok! 

Immortal Lorph, Maquia jatuh dari tempat mereka apabila mereka diserang oleh askar diraja yang mahu kuasa abadi mereka. Bila dia terjatuh dia dia bawak diri tak tahu kemana. Terjumpa pulak dengan seorang pengembara yang membiarkan seorang bayi menangis terusan dalam pelukan mayat ibunya. Maquia sedih sebab suku Lorph ni kira macam Parting people laa sebab dia immortal kan. Siapa-siapa pun dia sayang, semua akan meninggalkan dia keseorangan. Dan kesunyian itu sudah lali bagi puak ni tadi. Tapi, Maquia tak. Diambil bayi tu tadi, dipeluk dan dia berjanji akan menjaga seperti anaknya sendiri sedangkan dia sendiri baru berusia 15 tahun. Quite proud you know.. Nasib jugak dia jumpa family kecik di hujung kampung untuk terima dia. Situ la, Maquia belajar menjadi seorang ibu yang baik. Haa, lagi satu, puak Lorph ni pandai menenun kain umpama surat. Ia sangat bernilai di kalangan masyarakat. Tapi, benda tu jugak buat dorang terancam. 

Okay la, ni dah nama Aien cerita penuh dah ni. I Love Details.  bwahaha 


Pokoknya, bila bayi yang dibela Maquia yang diberi nama Aeriel ni tadi membesar, dia tak dapat terima Maquia selalu menjaga dia macam budak kecik. Dia nak jaga Maquia macam seorang lelaki. Tapi, dia tak jumpa caranya. Akhirnya, Aeriel pergi meninggalkan Maquia dengan menjadi askar kerajaan. 


Well, yang Aien cakap deep tu ialah macamana kisah ni di-nilaiterap-kan haaa apakah itu?? Dia macam garapan kasih sayang seorang Ibu pada anaknya walaupun dia tahu mereka akan berpisah suatu hari nanti. Apa yang penting tu, mereka berdua adalah orang asing sesama mereka.



Till I write again... 




Khamis, November 15, 2018

:: POST CHALLENGE :: WHY ME START BLOGGING?

Hi~ Assalamualaikum 

Kepalaku pusing pusing pusing pusing pusing, eh~ ternyanyi lagu Didi & Friends pulak. Adooo, bengongnya kepala ni. Apa nak buat ni nak.... Tak ada selera nak makan, still kena makan sebab ada si kecil yang turut menumpang minum.


Soalan biasa yang akan ditanya... 

"Kenapa kau berblog?"

Biasa sangat dah dengar. And people also wondering a few question after that. But, this entry is not to answered all these question because soalan di atas? 

"Why Me start blogging?" 




Aien start blogging as you guys can see above, since 2008. Masa tu cuma sekadar nak buang boring, release tension, dan praktis menaip. Lagipun dulu konon cecita nak jadi penulis novel. Haaa~ asyik mengadap writer block je, Aien pun  jadi malas. Masa sekolah dulu boleh pulak bila tulis dalam buku. Dah makin besar, makin menjadi-jadi writer block tu.

Kalau tengok post lelama dulu, nampak sangat kemurungan seorang Nur ni. Hilang Nur dalam dark house. Bwahaha Patut jadi matahari menyinari. Tapi ini tidak.. tenggelam sama dalam perigi. Okay, itu untuk beberapa tahun yang lampau. Sejak 2015, Aien dan beberapa orang adik mula aktif join segmen, give away yang dianjurkan rakan blogger. Ada la menang sekali dalam sejuta join tu. Alhamdulillah la kan.

Dan sejak dari tu, mula dah nak tunjuk identiti matang tu. Sikit demi sikit. Aien sedar, patut simpan -aienienka- ni sampai bila-bila. Kan? And blog salah satu tempat konon nak kumpul duit jugak. Don't know why my nuffnang macam dah tak ada function. My GAdSense still tak boleh pakai, somehow kemurungan balik la bab duit tu. Ada banyak cara mudah dapat duit, for me..  ia tetap susah. Bwahah kata seorang makhluk yang putus asa dengan dia tak boleh dipisahkan. Last, blog ni terdampar selamanya sebagai personal and lifestyle blog je laa..

Secara tak langsung diari atas talian buat diri. Kalau nak bebel apa-apaan, ngadu kat sini. Haa~ buat korang yang kena baca.. Baca leklok naa, tinggalkan pesan buat diri ni supaya teruskan hidup yang Allah beri ni. Salah satu nikmat yang sering diri ni lupakan. Kan? So

Writer blok is coming again and.. till then...