Ahad, November 25, 2018

K-DRAMA REVIEW: TERIUS BEHIND ME

Hi~ Assalamualaikum

Dua hari menghilang, keserabutan masih tak tergendala bila Nyonya Nayla start makan. Ibu pun konfius plus excited nak kasi dia makan. Either be lurus bendul ikut FB, atau kasi je dia makan apa-apa melainkan benda keras. Aduh~ anak. Ibu serabut!! 

Dalam serabut tu, cuci otak jap dengan layan drama. Dah lama sebenarnya cerita ni habis, Aien je baru nak tengok. Hee~ macam best sebab Hero kesayangan berlakon. Layan je laa.. 


Title: My Secret Terius / Terius Behind Me
Region: South Korea
Episode : 32 (30 minute per episode) 
Genre: Friendship, Family, Comedy, Action
Actor/Actress: So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi
Sinopsis: Go Ae Rin baru sahaja kehilangan suaminya. Seorang lelaki misteri, Kim Bon menghuni sebelah rumah. Dia rupanya seorang perisi legenda. Kim Bon membantu Go Ae Rin menyelesaikan konspirasi yang mendiang suaminya terlibat tanpa sengaja. 

**********-----------**********

REVIEW Aien:: 

As usual cerita yang dilakonkan oleh So Ji Sub tak pernah menghampakan. Mula-mula ingatkan banyak action je, rupanya dia lebih kepada family dan kawan. Aksi tu kurang sikit la. But, still not bad. Go Ae Rin dalam diam dia terlibat dengan konspirasi yang membunuh suami dia. Kim Bon pun senyap-senyap tolong dia. Yang bestnya persatuan kediaman King Castle ni yang banyak menyokong dan membantu Go Ae Rin secara tak langsung. Ahjumma yang nampak biasa je suka tanya banyak-banyak, dalam masa yang sama dorang korek rahsia dan berkongsi maklumat. Jangan main-main dengan Ahjumma ni. 

Over all, cerita ni biasa-biasa je la. Aien pun sekadar tengok sebab So Ji Sub. Tak ada la boring sangat. Ending dia, Go Ae Rin tahu boss dia bunuh suami dia, tapi sebenarnya boss dia pun di-kambing hitam-kan oleh orang ternama yang terlibat dalam konspirasi senjata api dan rasuah. Haa~ pusing-pusing end up Go Ae Rin ni sebenarnya yang membongkar sendiri perisik-perisik yang ada di sekeliling dia dengan bantuan King Castle Information System a.k.a KiS. Terbaik kalo Ahjumma bawang kita pun gini laa. Senyap-senyap ubi berisi. haha 




Rabu, November 21, 2018

MINI PENCARIAN BLOGLIST JAN-DEC 2019 by S.K

Hi~ Assalamualaikum

Hari dah hujan, jom kita tarik selimut. Eh, sebelum tu moh kita blogwalking dulu yer. Aien jalan-jalan tadi terserempak ramai rakan blogger join Mini Pencarian ni. Tengok banner dia, uiihhh~ jatuh cinta elegan gitu. Apa lagi. Aien join la, mana tau ada rezeki. Sambil tu tambah kenalan lagi sambil ronda di malam yang dingin ni. 



Saya suka! Saya suka! dah macam Yin dalam Boboiboy dah Aien ni. Haha Moh la geng, meriahkan segmen member ni. Date line dia sampai 12.12.18 gitu. Macam tarikh kawen pulak. cantek naa..  Eh~ dah apa lagi? klik klik.. heee



Selasa, November 20, 2018

:: POST CHALLENGE :: MA FAVORITE APPS

Hi~ Assalamualaikum 

Dua hari Aien sepi tak ada update post challenge ni kan. Otak langsung tak leh progress la sejak baik demam ni. Sokmo pening kepala. Cepat lapar. Huish~ nauzubillah min zalik la kan. haha MIL Aien kata panas dalam, Nyonya Nayla pun sejak baik demam asyik skip-skip je poop dia. Risau Aien. Esok nak pegi check up, nak tanya la kan, kot-kot itu normal atau luar biasa. Takut itu luar biasa, kena pulun la kan. 

Yosh~ jom get know what my favorite apps sejak mengenali telefon pintar ni la kan. 



1. Ni apps bukan takat favorite, tapi satu kewajipan mesti ada dalam smartphone. Cuba tanya sikit, makhluk mana yang ada smartphone tapi tak ada apps ni? Tak ada la setakat ni kan. Dia mesti salah satu ni mesti ada. Apakah dia? 

Jeng jeng~ 


Siapa yang tak ada ni?? Penting kan? Selepas mengenali dua apps ni, kotak message tak lagi dijengah melainkan dapat message dari syarikat telco. Bwahaha 

Bagi Aien la kan, both dorang ni ada contra dan pro dia. Lagi-lagi bila Aien yang berjauhan dengan adik beradik, bila dorang rindu dan tengok Nyonya Nayla, Video call by whatsapp la yang menghubungkan kami. Dulu guna skype, tapi tak proper.. eh~ macam tak best la skype by fone. Dia best on laptop or pc baru clear. Telegram pulak untuk download cerita. :p Bila rasa nak lari dari whatsapp, chat la guna telegram. Bila boring telegram, lari ke whatsapp. Haa~ dorang ni Teman Tapi Mesra gitu dalam phone Aien. 

2. LINE Webtoon


As Aien cerita Ada Apa dengan Webtoon? hari tu, So guess this is my favorite too. Boleh klik pada link apa yang Aien baca buat masa ni. ^^ 

And, apa lagi ya? Banyak dah buang sebenarnya. Lagi-lagi sekarang dah ada Nyonya Nayla. Masa dengan phone adalah limited. I mean, macam nak main game ke atau nak reply apa-apa chat ke. Sekarang ni pun, phone Aien ni dah macam tv kecik. Tak ada penting, malas nak tengok. Iye la tu. 

Masa zaman trending smartphone memula dulu, Aien mesti cari phone yang boleh dengar lagu dan main game. Tak pun, untuk tengok movie. Itu je. Haha Boring kan? 

Nak cuba apps viral yang melambak sekarang ni pun malas sebab boring~ haha 

Dah la, asyik dengar boring sana, boring sini. Yuk kita bobok. Esok nak segar bugar p klinik ni. Jangan Ibu pulak yang kena cucuk ya Nayla..