Selasa, November 27, 2018

MOVIE REVIEW: THE HOUSE WITH A CLOCK IN ITS WALL


Assalamualaikum dan Hi! | The House withe a Clock in its Wall. 

Tajuk: The House With Clock In It's Wall
Genre: Thriller/Fantasy
Durasi: 105 minit
Sinopsis: Lewis, seorang yatim piatu bakal tinggal dengan pak ciknya, Jonathan di sebuah rumah 'tik tok' yang penuh dengan misteri. 


*My review*

Biasa la, Aien dan cerita fantasy pelik-pelik ni memang tak dapat dipisahkan. Tengok triller dia best, sekali layan.. rotten tomato pun tak kasi banyak sebab dorang kata lack of story telling. Dan ada yang cakap, boleh la untuk budak-budak 'tua' macam Aien. Haha So, boleh katakan tak rugi pun kalau tak tengok. Lagipun cerita ni berdasarkam novel yang ditulis oleh John Bellairs pada tahun 1973 dengan tajuk yang sama. Kira tua la kan? Bajet cerita ni besar juga masa pembikinan dia.  Satu lagi cerita yang tak berapa nak gempak dengan bajet yang besar. Over all, tengok la bagi support member. 

Lewis, budak yatim piatu yang bijak dan pelik tinggal dengan pak cik dia di New Zimbee ke hape.. Pak cik dia pulak seorang warlock yang cuba nak cari jam yang ditinggalkan oleh kawan dia, Isaac Izaard. Masalahnya sampai sudah dorang tak jumpa jam tu, sampailah Lewis p bangunkan Isaac ni dari kematiannya semata-mata nak show off dengan kawan dia, Tarby. 

Bila cerita fantasy, semestinya watak utama akan menang. Dan Lewis pun berjaya menjadi Warlock muda yang pelik. Kejahatan Isaac dan bini dia, Selena pun dapat ditumpaskan. 

Bercerita balik pasal movie ni, Aien rasa deja vu macam pernah tengok cerita ni sebelumnya. Adakah ini mimpi? Ayyyiiioookkk~ 

Okay, sampai jumpa next movie. Jaa Nee!


Isnin, November 26, 2018

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 oleh Airah Syahirah

Hi~ Assalamualaikum


Aien mula tertarik dengan blog Airah ni pasal Jajangmyeon dan terus baca apa saja  yng Airah selalu share. lebih-lebih lagi pasal skin care.

He~ join la sementara Airah tak closed lagi misi pencarian dia ni..

All the best .. 

Ahad, November 25, 2018

K-DRAMA REVIEW: TERIUS BEHIND ME

Hi~ Assalamualaikum

Dua hari menghilang, keserabutan masih tak tergendala bila Nyonya Nayla start makan. Ibu pun konfius plus excited nak kasi dia makan. Either be lurus bendul ikut FB, atau kasi je dia makan apa-apa melainkan benda keras. Aduh~ anak. Ibu serabut!! 

Dalam serabut tu, cuci otak jap dengan layan drama. Dah lama sebenarnya cerita ni habis, Aien je baru nak tengok. Hee~ macam best sebab Hero kesayangan berlakon. Layan je laa.. 


Title: My Secret Terius / Terius Behind Me
Region: South Korea
Episode : 32 (30 minute per episode) 
Genre: Friendship, Family, Comedy, Action
Actor/Actress: So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi
Sinopsis: Go Ae Rin baru sahaja kehilangan suaminya. Seorang lelaki misteri, Kim Bon menghuni sebelah rumah. Dia rupanya seorang perisi legenda. Kim Bon membantu Go Ae Rin menyelesaikan konspirasi yang mendiang suaminya terlibat tanpa sengaja. 

**********-----------**********

REVIEW Aien:: 

As usual cerita yang dilakonkan oleh So Ji Sub tak pernah menghampakan. Mula-mula ingatkan banyak action je, rupanya dia lebih kepada family dan kawan. Aksi tu kurang sikit la. But, still not bad. Go Ae Rin dalam diam dia terlibat dengan konspirasi yang membunuh suami dia. Kim Bon pun senyap-senyap tolong dia. Yang bestnya persatuan kediaman King Castle ni yang banyak menyokong dan membantu Go Ae Rin secara tak langsung. Ahjumma yang nampak biasa je suka tanya banyak-banyak, dalam masa yang sama dorang korek rahsia dan berkongsi maklumat. Jangan main-main dengan Ahjumma ni. 

Over all, cerita ni biasa-biasa je la. Aien pun sekadar tengok sebab So Ji Sub. Tak ada la boring sangat. Ending dia, Go Ae Rin tahu boss dia bunuh suami dia, tapi sebenarnya boss dia pun di-kambing hitam-kan oleh orang ternama yang terlibat dalam konspirasi senjata api dan rasuah. Haa~ pusing-pusing end up Go Ae Rin ni sebenarnya yang membongkar sendiri perisik-perisik yang ada di sekeliling dia dengan bantuan King Castle Information System a.k.a KiS. Terbaik kalo Ahjumma bawang kita pun gini laa. Senyap-senyap ubi berisi. haha