Rabu, Disember 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~ 

Selasa, Disember 11, 2018

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE



Hi~ Assalamualaikum | Oh no! Habis laa~ Mula-mula tengok Tuan Izwan main. Macam best je. Dia kalau jumpa game best, memang leka. Pahtu tanya, 
'Banyak makan space tak? Okay tak game dia? Macam ML?' 

Banyak kan soalan. Sebab Aien noob main ML, so tanak game macam tu. Ahak~ Lagi-lagi PUBG, lagi bertambah noob. Game smartphone ni memang popular di kalangan remaja zaman sekarang. Kadang-kadang mak budak ni nak la tau apa yang best sangat sampai deme ni tak nak keluar bilik bagai. Sampai makan pun tak kisah. Hadeh~ laparnya. 

So, bila Tuan Izwan dah menjawab semua soalan Aien kat atas tadi, Aien pun muat turun games tersebut di google play store. 


Mudah saja kan? Game Ragnarok ni makan sebanyak 1.3GB space dalam telefon pintar kita. Selebihnya Aien malas nak story pepanjang. Better orang yang lebih arif atau kalian suka nak google-ing this game, silakan. hee~ 


Bila dah settle muat turun, akan jadi macam ni. Well INI BUKAN ENTRY TUTORIAL HOW TO PLAY THIS GAME. Cuma nak cerita how addicted Aien for past week for this game. haha 

Sekarang dah level 53 kalau tak silap, sejak balik dari kampung MIL yang sendu line, Aien pun malas nak bukak. Makin susah nak naik level. 


Ini la muka depan permainan tersebut. Haa~ dia macam best la jugak, but bila ngajak adik ipar dia kata macam bosan je game ni. Haha 

Aien main pun sebab game ni boleh kena tinggalkan, unless kita tengah buat mission or apa² quest. Kena la tengok kejap-kejap. Tapi, WARNING! AMARAN KERAS! Game ni laju makan bateri!! 



Tidak!! Masa Aien tengah farming, nak kumpul item untuk quest, Allahu~ sepanjang malam biarkan dia charge, langsung tak naik! Like, WHAT???  Terus Aien terdetik, Oh tidak, handphone aku ni dah nak nazak, makin aku pendekkan umur dia. haha terus macam, Biar je la. Bila dah boring sangat, mood nak main balik baru main. Tapi, jeles jugak tengok Tuan Izwan main. Sekarang ni, ada satu kat telefon, satu dia pasang kat laptop. haiyoo~ Dahsyat kan penangan game ni. Dia kata sambil main sambil terkenang la zaman dulu. Kalau nak main game macam ni, kena pergi kedai pc dulu, baru dapat main. haa~ gitu..  

Gais~ kalau nak cuba main boleh la. haha tapi, kena sediakan quota internet kaw-kaw la kalai nak download. Melainkan anda pengguna u-mobile. hee~

Kbai. 

Isnin, Disember 10, 2018

MENANG HADIAH! BLESS ME~


Hi~ Assalamualaikum | Yeay, happy Opening of December. Siapa tak happy bila holiday month is coming right? 

Patutnya benda ni Aien cerita as soon as possible bila dah dapat, but me kinda urm.. tak ada idea selain nak ucapkan terima kasih, xie xie, kamsahamnida, thank you, arigato! 

1. 

Hadiah dari Giveaway by Cik Puan Rrai. OMG~ Finally it's here. Selepas abang posmen retour balik barang ni, dan dia assume Aien tak ada kat rumah masa tu, sedangkan ikutkan rasa date dan jam yang dia kata sampai depan rumah tu, Aien ada ja dalam rumah. Tapaham~ Last, hari Khamis baru pergi ambil lepas Tuan Izwan balik kerja. Aien like sangat tudung bawal dia~ Nice. Nanti bila Aien dah pakai, Aien share kat iG k~ ^_^

2. 


Terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk 3rd Lucky Draw Prize untuk Lazada Blogger Contest! Wow! Double wow. Sebab untuk kesekian kali Aien join, ini kali pertama Aien menang. Alhamdulillah. Rezeki. Walau tak dapat yang gempak² hadiah dia, still RM75 ni, Aien dah berangan nak shopping masa 12.12 nanti. Beli apa, nanti kita cerita. Yuhhuuu~ 

3. 

Alhamdulillah, Aien menjadi salah seorang komentar top di blog Kak Shikin Razali dan terpilih mendapat hadiah saguhati darinya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kak~ Akak ni memang selalu kasi pada mereka yang sering singgah dan komen di blog beliau. Semoga rezeki beliau bertambah atas kebaikannya. Aien nak buat macam ni pun masih terfikir-fikir lagi. Namun, semoga kalian tak jemu singgah yaa.. 


Itu saja, rezeki nak dikongsikan dengan kalian. Alhamdulillah orang kata pembuka bulan cuti yang sangat baik, tapi, tu la. Emosi ni pulak swingy tahap kelapan. Tak tahu la manusia jenis apa ni. Haiyaa~ 

Till I write again~