Khamis, Disember 13, 2018

BELI APA TU PADA SALE 12.12??

Hi~ Assalamualaikum

Remember I told you gais, Aien menang voucher dari Lazada 2 hari lepas. Here I am to story mory dengan u olls apa yang Aien beli dengan voucher tu. Hee~ 

Al-kisahnya, Aien teringin sangat nak beli vacuum cleaner memandangkan rambut ni bersepah merata. Geram sebel bila nak menyapu. Lagi-lagi bila Nyonya Nayla pun sekarang ni dah start selak-selak karpet Ibu. Ado~ tak cukup dengan hanya kibas-kibas je karpet tu. Macam tak cukup bersih je rasa. So, I told Tuan Izwan. I wanna to buy the vacuum. He said, bazir je. Penyapu lidi pun bersih jugak. Haha 

Haa~ dah Tuan Izwan kabo gitu. Kita senyapkan aja la. Sampai la detik dapat voucher ni minggu lepas. Me like~ yeay!! Dapat beli vacuum. Yeay! Yeay! And sale 12.12 is coming. Cun! Tepat pada masanya. Saya suka!! 




Taraa~ usha² yang ni nampak tengah viral di kalangan rakan muka buku Aien. Tengok rating pun macam okay je. So, apa lagi grab la satu. Ikutkan harga dia kalau normal rm75++ la. Jadi dia dah turun la RM10 gitu. Termasuk postage sama jugak harga dia RM75. Pusing-pusing situ jugak kan. Why not grab je satu. Buat percubaan. Sekali dah proceed payment apa semua, Aien masukkan la kod voucher ni tadi, but, Sedih! Shipping voucher ni tak cover. Like, burn je la RM5 haku!! Aien dah la memang tak ada benda lain nak beli. Macam oh, tidak!! 

Bincang-bincang dengan Tuan Izwan, dia kata amek je la. So, dah proceed semua. Tunggu la dia sampai je. Jangan la abang posmen malas lagi nak panjat. Tak larat la nak pergi poslaju je. Haha 

Okay, tu je nak cerita. Till I write again~ 

PS: Nanti dah sampai Aien buat review. hee~ 

Rabu, Disember 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~ 

Selasa, Disember 11, 2018

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE



Hi~ Assalamualaikum | Oh no! Habis laa~ Mula-mula tengok Tuan Izwan main. Macam best je. Dia kalau jumpa game best, memang leka. Pahtu tanya, 
'Banyak makan space tak? Okay tak game dia? Macam ML?' 

Banyak kan soalan. Sebab Aien noob main ML, so tanak game macam tu. Ahak~ Lagi-lagi PUBG, lagi bertambah noob. Game smartphone ni memang popular di kalangan remaja zaman sekarang. Kadang-kadang mak budak ni nak la tau apa yang best sangat sampai deme ni tak nak keluar bilik bagai. Sampai makan pun tak kisah. Hadeh~ laparnya. 

So, bila Tuan Izwan dah menjawab semua soalan Aien kat atas tadi, Aien pun muat turun games tersebut di google play store. 


Mudah saja kan? Game Ragnarok ni makan sebanyak 1.3GB space dalam telefon pintar kita. Selebihnya Aien malas nak story pepanjang. Better orang yang lebih arif atau kalian suka nak google-ing this game, silakan. hee~ 


Bila dah settle muat turun, akan jadi macam ni. Well INI BUKAN ENTRY TUTORIAL HOW TO PLAY THIS GAME. Cuma nak cerita how addicted Aien for past week for this game. haha 

Sekarang dah level 53 kalau tak silap, sejak balik dari kampung MIL yang sendu line, Aien pun malas nak bukak. Makin susah nak naik level. 


Ini la muka depan permainan tersebut. Haa~ dia macam best la jugak, but bila ngajak adik ipar dia kata macam bosan je game ni. Haha 

Aien main pun sebab game ni boleh kena tinggalkan, unless kita tengah buat mission or apa² quest. Kena la tengok kejap-kejap. Tapi, WARNING! AMARAN KERAS! Game ni laju makan bateri!! 



Tidak!! Masa Aien tengah farming, nak kumpul item untuk quest, Allahu~ sepanjang malam biarkan dia charge, langsung tak naik! Like, WHAT???  Terus Aien terdetik, Oh tidak, handphone aku ni dah nak nazak, makin aku pendekkan umur dia. haha terus macam, Biar je la. Bila dah boring sangat, mood nak main balik baru main. Tapi, jeles jugak tengok Tuan Izwan main. Sekarang ni, ada satu kat telefon, satu dia pasang kat laptop. haiyoo~ Dahsyat kan penangan game ni. Dia kata sambil main sambil terkenang la zaman dulu. Kalau nak main game macam ni, kena pergi kedai pc dulu, baru dapat main. haa~ gitu..  

Gais~ kalau nak cuba main boleh la. haha tapi, kena sediakan quota internet kaw-kaw la kalai nak download. Melainkan anda pengguna u-mobile. hee~

Kbai.