Khamis, Disember 20, 2018
JALAN-JALAN PETANG, REDEEM DOMINO'S REGULAR PIZZA + CHEESECAKE BLUEBERRY DENGAN RM18.10
Hi~ Assalamualaikum | Ha, rupanya entry hari ni tak ada. Okay tak apa. Nasib kita ada cerita malam ni. Hee~ al-kisahnya, selepas Tuan Izwan pulang dari kerja, kami terus ke GDex Skudai Branch untuk collect vacuum yang hari ni Aien beli masa sale 12.12 di Lazada. Sebab tu la review vacuum tu belum nak ada, vacuum nya masih tersangkut di pusat penghantaran. Kalau ikutkan, hari Jumaat lepas dah sampai. Macam biasa, Aien hujung minggu tak ada kat rumah. Makanya, relakan diri tiap khamis ke poslaju ke, gdex ke, apa-apa la untuk ambik barang. Itu pun kalau ada beli atas talian la.
Okay, lepas dah ambik tu, Tuan Izwan bawak la pusing-pusing bandar. Ingatkan nak bawak jalan shopping mall ke, tercapai jugak hajat nak beli pembeku minyak tapi aik, tak! Ke mana ye.. Malas pulak nak tanya. Ikutkan aje la dia sambil bebel salah jalan. haha Last, dia berenti di Puteri Harbour. Me like, wow! Impian aku nak tengok circus tercapai!! Lompat bintang jap. Excited tak buleh nampak sangat. Rupanya, Tuan Izwan nak bawak Nyonya Nayla masuk ke Dinasour Park tu. Huuu~ sob sob la tengok. Sebab circus tu too much expensive untuk rakyat mahraen macam kita ni. Eh~ macam Aien ni. Di sebabkan tak masuk, so malas nak ambil gambar.
Bila nak masuk Dinasour Park, tengokkan cuaca yang nampak nak gelap, akhirnya kami decide untuk jalan-jalan sahaja tengok kapal. Nak duduk kat situ, rupanya semua kerusi dah tak ada. Dulu rasanya ada kerusi situ,kan? Last pergi, masa Aien ngandung rasanya.
Dah penat jalan dan langit pun makin gelap, balik la. Tak lama lepas tu, hujan. Haha Nasib baik tak beli tiket. Kalau tak, jadi al-bazirun sebab kejap naa je dapat masuk.
Cakap ngan Tuan Izwan, boleh tak nak singgah Aeon? Nak pergi Daiso. Tapi, Nyonya Nayla tidur pulak. Haiyaa.. Dalam hati, batalkan aje niat. Lain kali masih ada.
Nyonya Nayla pun sedap tidur. Dan alang-alang keluar, singgah la terus beli makan malam. Malas nak masak. And, jom p redeem pizza. Siangnya Aien dapat pesanan dari domino, kata dapat pizza murah. Apa lagi, jom!
Kotak cheesecake dia so comel.
Dan ini isi dia. Lupa pulak nak ambik gambar blueberry lava dia. Sedap! Aien ingat yang jenis sejuk punya. Mulut ni kemaruk dah minum dan makan benda sejuk. Allah~ sedapnya dapat ais krim.
Lastly, pizza regular 9" smokin beef 'n' chicken. Daripada RM30++ boleh jadi Rm19.20 includes service charge. Wow~ memang it's all about me. Haha
But, a bit dissapointed sebab kat menu tulis regular dapat 9 pieces. Ini Aien dapat, 6 pieces je. It's okay. Aien pun tak berapa minat pizza. Buat lepas tekak okay la. Yang satu hilang tu, Tuan Izwan kelaparan dah. Dia ngap dulu.
Next, I will review about my vacuum. Please stay tuned, okay?
till I write again...
Rabu, Disember 19, 2018
SEGMEN BLOGLIST YEASLMN #2019 (Januari-Disember)
Hi~ Assalamualaikum | Moga ada rezeki untuk tersenarai. ^^
Nak join, macam biasa klik saja banner di atas. Dan ikut saja arahan yang diberi. Selamat berkenalan semua. ^^
Selasa, Disember 18, 2018
MAJLIS YAASIN UNTUK ARWAH AYAH
Hi~ Assalamualaikum | Hujung tahun kian menghampiri, kalau warga Johor, kebiasaan di kampung-kampung pasti ini adalah musim makan free banyak. As means, jadual setiap hujung minggu penuh dengan majlis Yaasin dan doa selamat serta kenduri kendarat.
Keluarga mertua juga tak ketinggalan untuk membuat majlis Yaasin untuk arwah Ayah sekaligus doa selamat untuk tahun baru.
Ayah mertua Aien meninggal dunia pada awal tahun 2009. Jika tahun lepas, Mak tak kesempatan buat disebabkan sedikit kekangan masa dan kesihatan, alhamdulillah tahun ni dapat juga. Anak-anak pulang berkumpul, saudara mara datang memeriahkan majlis. Seronok.
Tapi serba salah la untuk Aien, sebab Aien tak ada tolong apa-apa sebab ada anak kecil. Masa masak-masak tu nasib ada Mak Ngah dan adik ipar Aien tolong. Kesian, tapi anak kecil ni diutamakan. Takut kang dia nangis-nangis, tak sedap pulak hati. Masa Aien balik petang Khamis tu pun, Mak kata semuanya dah siap, tinggal nak masak je. Biasa la orang tua, semua siap cepat.
Adoo~ bila dah tulis ni serba salah tu melangit tinggi tahu. Haha diri diri..
Menu untuk majlis ni simple je. Iaitu Nasi putih, Ayam Masak Ungkep, Sambal Goreng Jawa dan Pisang Masak Lemak. Aien tak sempat amek gambar semua. Sempat ambil satu je. Haha
Sambal Goreng Jawa jadi feveret kitaorang adik beradik siap request dengan Mak, buat banyak sikit. Alhamdulillah cukup la semua dapat merasa.
Aien cuba nak buat masih tak berjaya lagi. Sekali percubaan je, pahtu dah give up. Sayang kalau buat tapi tak jadi sebab bahan-bahan untuk sambal ni banyak jugak.
Over all, majlis berjalan lancar dan selamat sampai sudahnya. Hujan pun turun usai saja majlis dan selesai. Ahli Yaasin kampung pun dah selamat rumah agaknya. Ya lah, mana taknya langit start gelap selepas solat Jumaat. Risau jugak kan hujan tengah orang ramai tu.
Yang paling gembira sekali, akhirnya setelah setahun berlalu, anak-anak mak semua kembali. Seronok tengok mak tersenyum bahagia. Walaupun Aien menantu dia, takkan pernah sama dengan anak-anak dia. kan? Sebaik mana kita layan mak mertua kita, takkan pernah sebaik layanan anak sendiri.
Well, yang pergi biarkan pergi. Kita yang masih punya umur pulang la walau apa pun yang mengguris hati. Keluarga takkan pernah sama dengan kawan. Semoga tahun 2019 akan penuh dengan kebahagian buat diri Mak dan semua.
Till we meet again~
Langgan:
Catatan (Atom)