Isnin, Disember 24, 2018

WHAT INSIDE MY BAG??

Hi~ Assalamualaikum 

Hari ini baru teringat yang post challenge ideas ni belom habis Aien buat. Rasa macam nak habiskan before new year la yek. 

Hee~ So today we will talk about what inside my bag during me going outside. Eh, dah kenapa speaking bagai? Ahahah Esok kan holidays, tu tertiber speaking. 


Officially sejak dah ada Nyonya Nayla, ini la beg yang Aien selalu bawak setiap kali keluar. Me have no beg anymore. Somehow Aien ni memang ada masalah untuk cari beg yang betul-betul selesa dan senang nak dibawak dengan diri ni. Senang kata, I still not found my dream beg. Kadang nak pakai handbag, tote bag, sling bag. Ah~ too much la beg. Nah, sekarang backpack Nyonya Nayla jugak jadi kawan.  

Yang dalam bekas hijau tepi beg itu adalah plastik sampah untuk pampers in case terberak or pampers penuh somewhere yang kadang kita pun tak tahu mana, nak buang merata begitu saja macam geli pula, makanya Aien ambil inisiatif untuk beli plastik sampah comel tu. Masa tu beli kat shopee dalam RM12 untuk 20 roll extra kot. Kira sekali dengan stock plastik dia la. Kalau untuk sebekas gitu dalam RM 3 sahaja. Tak termasuk postage. Alang-alang baik beli lump sum sekali dengan stock sebab nanti malas nak beli lagi. 


Wokey, this the ugly side of the beg. Always have tissue dan air dalam botol untuk kecemasan anda berjumpa dengan tempat tak ada air, so pish pish je situ. Dalam beg belakang free gift daripada Libress adalah duit raya Nyonya Nayla yang setia dibawa. Haha So, kalau ada sesiapa kasi, terus aja masuk dalam tu without check in dalam dompet Ibu. Risau kalau masuk dompet Ibu tak jumpa jalan keluar lagi dah. 


Finally, this is the whole item yang ada dalam beg tu. Benda penting untuk setiap kali berjalan tak kira dekat ke jauh. Unless macam weekly shopping barang dapur yang cuma 10 minit dari rumah, Aien tak ada la bawak. Nak ke KK untuk check up ke, nak keluar ke bandar JB ke, nak balik kampung Nenek ke. Haa, beg ni la setia menemani. Senang! Thanks to my sister give it masa Nyonya Nayla baru lahir. 

Wet Tissue, Pampers beberapa keping, dua pasang baju standby. Kipas (wajib) sebab Nyonya Nayla tak tahan panas. Minyak telon daripada Mustika Ratu. Roller balm bau sandalwood daripada Freshkon dan paling penting dompet Ibu. Kalau tak, jadi warga asing la Aien kat Johor ni. Ada setengah orang dia suka letak barang-barang anak dalam handbag dia. Well, Aien pernah buat a few months before. Macam, Ah~ serabutnya. Try hard nak bawak ke hulu ke hilir handbag besar. Like  annoyed me too much! Dan end up, Handbag dan Aien is enemy! I don't really like handbag. Setakat ni, macam ni la selesa. Tapi, hari tu kena warning jugak dengan Tuan Izwan. Bahaya beg belakang ni kalau kita letak dompet ke apa sebab in case orang bukak dari belakang kita tak sedar. Yes! That's why Aien terminat pulak tengok beg ala-ala korea gitu. Sling bag tapi cukup-cukup je untuk letak telefon, dompet dan alat mekap berapa ketul. So, Bila nak belanja ni? haha..


Ahad, Disember 23, 2018

REVIEW: MORGAN VACUUM HANDHELD

Hi~ Assalamualaikum | 



Ingat lagi minggu lepas Aien kata nak review pasal penyedut hampagas yang Aien beli masa sale 12.12? Jom.. Kita terjah! 


 Keadaan kotaknya selepas di ambil. As I told you last week, penyedut ni patutnya sampai  Jumaat lepas which means it's just take two days for delivery to you. Such fast delivery. Sayangnya, Aien pulak yang tak ada kat rumah. Makanya, Khamis minggu lagi satu baru amek. Ini la dia. Reaksi pertama bila tengok orang Gdex tu bawak keluar dari stor dia, O M G, comel je kotak dia.. Takut jugak dalam hati. In case ada part yang tak ada ke apa. Over all, semua lengkap macam gambar di bawah. :)

  
Dalam kotak itu, isinya ada lima termasuk warranty penyedut hampagas ni tadi. Dan jangan risau, if dia rosak ke apa, ada gerenti pulang balik dalam masa 14 hari dan jug warranty selama satu tahun. But, Aien tak tahu la mana nak cari store dia. Sebab dia tak ada cop ke pa kat warranty kad tu. Cuma kosong macam tu je. Sedih! Selain dari tu, korang jugak boleh tengok, ada batang pemegang yang perlu disambungkan ke badan penyedut tu. Dan seterusnya adalah dua jenis muka untuk sedut segala sampah yang ada iaitu muka leper dan muka muncung. As usual penyedut hampagas yang lain, leper tu untuk kawasan yang luas dan rendah serta bawah-bawah sudut yang tersembunyi. Untuk yang muncung sudut-sudutnya si leper ni tak dapat pergi tadi. Pahe dok? 


Taraaa!! Ini la rupa dia selepas di sambungkan. Macam kecik je kan. Sesungguhnya ia sangat comel. Percaya lah! Comel-comel dia, sedutan dia sangat kuat. Anda pasti berpuas hati dengan harga bawah RM70. 


Last but not least, nak tengok betapa comelnya dia, ketinggian di paras tu je. Kalau dengan Aien pulak takat dada ja. haha Maknanya Aien pun comel. >•<

Secara keseluruhan kepuasan membeli produk ni, sangat berbaloi dan sesuai la dengan harga dia. Bagi mereka yang bekeluarga kecil, dan risau habuk berterbangan masa sapu sampah, boleh guna yang ni. But, yang penting sekali. WARNING:: Anak korang ada yang pegang cause this thing make a loud sound. Nyonya Nayla terkencet dengar. Habis balas dengan siren dia yang dah kembali sejak semalam. 

Lepas gunatu, wayar dia boleh saja dililit pada belakang batang pemegang tu. Senang! Mudah! Sungguh puas hati. Berbaloi laa.. 

Tunggu Lazada buat sale lagi, kita rembat barang letrik lain lagi. Sebelum tu, meh kumpul duit dulu. 




Jumaat, Disember 21, 2018

C-DRAMA REVIEW: LEGEND OF YUN XI

Hi~ Assalamualaikum


Hari ni, Aien nak share dengan u olls, satu chinese drama yang Aien tengok minggu ni la. Pulun nak habiskan 48 episod punya pasal, habis data guwe. Nasib la ada GX30 by Umobile. Ecceeehh~ 

Tajuk: Legend of Yun Xi
Episod: 48 
Durasi per episod: 47 minit
Genre: Wuxia, Medical, Romance
Cast: Zhang Zhe Han, Ju Jing Yi, Lin Si Yi, Merxat

Sinopsis: 
Drama ini diadaptasi daripada novel 'Poison Genius Consort' yang mana berlatar belakangkan zaman perpecahan sebuah negara menjadi tiga iaitu Tian Ning, Western Qiu dan Northern Li. Disebabkan takut dengan adiknya sendiri, Long Fei Ye, Raja Tian Ning memerintah Long Fei Ye dikahwinkan dengan perempuan 'hodoh' untuk melemahkan semangat Long Fei Ye. 
-sinopsis panjang boleh baca kat wiki-

:: Review Aien ::

Disebabkan jalan cerita dia macam best la jugak, dan Aien dah try tengok sikit-sikit kat youtube sorotan drama dia, that's the reason why Aien tengok. Sebab kedua sebab Long Fei Ye. Kah~ 

Kisahnya drama ni panjang, sebab masing-masing dari tanah yang berbeza cuba nak lingkupkan Raja dorang ni. Katanya sebab Raja ni jahat. Dia cuba nak develop balik Poison Zombie yang menyebabkan perpecahan berlaku daripada Raja terdahulu. Senget kan? Poison Zombie ni sangat kuat dan Long Fei Ye adalah satu-satunya tinggal selepas ahli keluarganya di bunuh dan dijadikan Poison Zombie. Nak cerita macam satu-satu dah jadi macam story la pulak. Bukan review lagi. Over all, drama ni boleh la tengok sebab jalan cerita dia menarik. Spoiler alert:: ending dia, huh! 

Haha 


Till I watch next drama..